December 21, 2008 36

Tafsiran ‘Mamat 2.0 @ Mat Shuffler’.

By in Tafsiran

Tempohari aku telah menghadirkan diri ke satu upacara pemujaan makanan ringan yang benar-benar menakutkan di tengah-tengah hutan buatan manusia (yang banyak nyamuk) di Subang. Selepas dihiburkan dengan band-band bingit yang memainkan lagu dangdut metal dan kurang fasih untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris (kalau kurang fasih, gunakan sahaja Bahasa Malaysia. Tidak salah pun!), kami ditakutkan dengan aksi-aksi sarkas. Bayangkanlah lebih setengah jam dibazirkan untuk menonton tarian artistik dan abstrak yang ditarikan penari perempuan berskirt tukang sorak (dengan seluar pendek di bawah) dan lelaki berbandana yang memakai kemeja-t tanpa lengan dan berconteng di muka.

Tetapi aku terperasan satu lagi perkara, yang boleh dikatakan menyumbang kepada 75% pengunjung hari itu, iaitu golongan yang akan aku gelar ‘Mamat 2.0′. (Mungkin juga termasuk di dalam golongan Mat Shuffler) Mereka ini lebih canggih dari golongan ‘Mamat’ yang aku ceritakan tempohari, dan di sini aku akan terangkan mengapa.

1. Terlambat Sedikit.
OK, konsep pertama yang aku perlu terangkan di sini ialah konsep Terlambat Sedikit®. Aku akan terangkan konsep ini yang aku baca dari laman Hipster Runoff secara mudah sekarang, dan aku akan terangkan lebih lanjut kemudian. (Mungkin) Dipendekkan cerita, mereka yang agak lambat untuk mengadaptasi sesuatu trend atau gaya terbaru, baik dari segi fesyen, pemikiran, hobi dan sebagainya. Sekurang-kurangnya 2 tahun lambat. Baca seterusnya dan kamu mungkin akan faham.

2. Fesyen Terlambat Sedikit.
Fesyen Terlambat Sedikit ialah jenis fesyen yang aku dapati paling popular sekarang. Untuk lelaki, yang perlu ada ialah topi jenis mesh cap, t-shirt ukuran ketat sedikit, skinny jeans murah (ya, memang ada skinny jeans yang mahal) dan selipar jepun yang jenis bukan selipar jamban. Selalunya semua akan berwarna hitam (sebab emo) tapi apa yang benar-benar menonjol ialah motif yang terdapat di pakaian-pakaian tersebut. Aku hanya boleh terangkan sebagai motif ‘extreme’, iaitu elemen rekabentuk berserabut dengan tipografi bersepah, yang mungkin popular satu masa dahulu di akhir tahun-tahun 90an. Susah hendak jelaskan jadi nikmati sahaja gambar rujukan di bawah.

Penuh dengan gambar tengkorak, hati yang dipanah, tatu, grafitti dan unsur-unsur sukan ‘extreme’. Selalunya bersepah dan berwarna gelap. Biasanya jenama-jenama yang bersalah yang masih mengekalkan imej rekabentuk sedemikian ialah jenama Quiksilver dan Billabong. Sudah tentu barangan yang dipakai ialah barangan tiruan yang dibeli di Danau Kota atau Jalan Petaling. Yang ada duit sedikit akan membeli produk tersebut dari cawangan-cawangan Factory Outlet Store yang penuh bersepah dengan jenis pakaian sedemikian.

Aksesori wajib pula ialah rantai leher berwarna perak atau emas, yang sedikit tebal ala-ala ‘Abang’ yang biasanya dipakai oleh pemain dram band-band muda yang aktif di dalam pertandingan ‘Battle Of The Bands’.

3. Jenis Tarian Terlambat Sedikit.
Apa-apa pun yang paling banyak menular ialah gejala ‘shuffling’. Kalau kamu tidak tahu, tarian ini sebenarnya berasal dari kotaraya Melbourne, yang banyak menampilkan unsur-unsur hip-hop dan tarian jalanan tetapi berlatarbelakang music jenis hard dance, trance atau techno. Jadi, dengan berpakaian seperti yang diterangkan di atas, golongan ini akan melayan ‘shuffling’ di mana-mana sahaja, akibat masih belum cukup umur untuk masuk ke kelab malam, ataupun memang hidup susah dan tidak mampu untuk membayar bayaran masuk ke tempat-tempat sebegitu. (Mungkin juga susah untuk masuk ke kelab malam sebab golongan ini selalu suka memakai selipar jepun jenama Quiksilver atau Billabong (tiruan).) Yang masih bersekolah pula akan selalu kelihatan melakukan ‘shuffle’ lengkap berpakaian sekolah ketika waktu rehat di sekolah. Malah, aku pernah melihat seorang budak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menari sebegini di tepi jalan ketika waktu rehat.

Oleh kerana tidak ke kelab malam, destinasi-destinasi terunggul untuk melakukan ‘shuffle’ ialah di kawasan Bukit Bintang (depan Maybank) ketika hujung minggu dan Hari Penyampaian Hadiah di sekolah. Rujuk video di bawah.

4. Aktiviti Harian Terlambat Sedikit.
Teori aku ialah golongan ini sebenarnya golongan Mat Rempit yang selalu kalah berlumba, ataupun golongan yang hampir jadi Mat Rempit tetapi tidak menjadi kerana hanya memiliki basikal. Akibat dari ketidakupayaan ini, golongan ini perlukan aktiviti-aktiviti lain untuk meluangkan masa lapang apabila mereka ponteng dari sekolah/kerja. Selain dari ‘shuffling’ yang aku tuliskan di atas, golongan ini juga suka menjadikan aktiviti-aktiviti lain yang murah dan tidak perlu membelanjakan wang yang banyak. Dengan ‘shuffling’ misalnya apa yang kamu perlu hanya topi jenis cap, lantai yang rata dan telefon bimbit yang ada pembesar suara. Cukup. Lain-lain aktiviti yang mungkin menjadi kegemaran golongan ini ialah melihat orang lain menari ‘shuffle’, dan menghadiri gig-gig percuma di tengah bandaraya. Kiranya kalau percuma sahaja akan berduyun-duyun mereka datang bagaikan ikan mengejar taik.

Lagi-lagi acara-acara percuma yang berlaku di Sunway Lagoon. Pantang ada acara percuma di sana, yang menjanjikan free show gadis-gadis sekolah swasta berbikini (yang juga pemilik blog) acap kali ia dilakukan. Kalau kamu percaya cuba Google blog-blog gadis berbikini ini dan tiap-tiap kali apabila menulis tentang acara-acara sedemikian pasti akan tertulis komplen tentang segerombolan golongan ini yang menganggu mereka ketika mereka cuba untuk mengambil gambar-gambar berbikini yang bakal diletakkan di dalam blog.

5. Mentaliti Kelompok Yang Terlambat Sedikit.
Sebagaimana golongan remaja lain yang mungkin belum berkeyakinan penuh dengan diri mereka, golongan ini banyak terdedah kepada tekanan dari rakan sebaya. Akibatnya seperti kelompok-kelompok lain yang berkelompok, sesuatu yang ‘baru’ itu akan dijadikan ikutan, dan akan diikut buta-buta. Malangnya trendsetter dalam kumpulan ini biasanya rakan sebaya yang mungkin dapat duit belanja lebih sedikit dari ibubapa mereka, dan akibatnya pendedahan mereka terhadap trend-trend yang kononnya ‘terbaru’ amat terhad. Proses pengaliran informasi juga terhad (selain dari fail-fail 3gp lakonan Pelakon-Pelakon Kesatuan Porno Amatur Malaysia/Indonesia) tetapi sekurang-kurang mereka celik IT dan pandai menggunakan laman-laman di Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tidak berfaedah seperti cara-cara muatturun fail 3gp ke telefon bimbit dan menyunting fail 3gp lucah agar boleh diletakkan di dalam Youtube.

OK aku sudah tiada buah fikiran untuk menulis lagi. Apa kata kamu semua sambung?

Popularity: 7% [?]

36 Responses to “Tafsiran ‘Mamat 2.0 @ Mat Shuffler’.”

  1. fatin fatan says:

    tengok jugak la umur yang tergolong macam mana.
    sebab masih budak?
    kan.
    dan dari golongan apa?

    means,masih childish dan tak tahu fikir.masih mencari – cari.
    kita tak leh samakan dengan kita.

  2. Anonymous says:

    kenapa mat-mat shuffler [yang gile poyo] di tempat aku ini, kebanyakannya datang dari baya aku[20an] tapi spm tak pass, gejala melepak di cyber cafe main dota whatsoever dengan kaler rambut hasil dari kerja part time kat cc dan kerja full time mereka adalah lepak di depan cc menari shuffle macam orang gile.

    aktiviti harian : cakap besar, konon ada tshirt armani exchange tu paling ‘up’, layan barang dan bergaul dengan budak-budak yang masih bersekolah yang bakal membesar sebagai sampah seperti mereka kalau tak diselamatkan.

    moto hidup : tak mahu maju. sambung belajar dan kerja tetap adalah uncool.

    kegemaran : menonton animax.

    gile mengarut dowh mat shuffler kat sini. aku sangat bersyukur bila cyber cafe tu kena tutup at last sebab tak perlu aku tengok benda semak lagi.

  3. Fendy says:

    sekarang nak usha budak sekolah shuffle je dpn bus stop skolah. sure je leh dpt. tapi awas, 6 sebatan kalau masih dibawah umur. hahaha

  4. serez says:

    bercerita tentang mat shuffler kadang2 semak di mata aku. fenomena ni biasa dilihat di sarawak, jalan highway sultan salahuddin. kalau nak shuffle atas stage kat dewan skolah tu kira ok jugek tp dh tak tentu arah bebudak tu menyemak kat tengah2 jalan. gilos aku hampir terlanggar bebudak dengan kelajuan aku pada waktu tu agak tinggi. maybe sebab dorang mabuk kot.
    anyway kupasan mamat 2.0 kau bagus jugak. suka aku baca.

  5. Qing says:

    Oh konsep Terlambat Sedikit rupanya. Patutlah encik buat tafsiran tentang mereka pun terlambat sedikit.

    Bagus. Bagus. Ikut konsep.

    Jom ikut saya ke Melbourne ;)

  6. errk, kenyang says:

    hahaha…aku sedikit ulu…
    sebab aku pernah ke carbon hanya berselipar di malam jumaat…dan seterusnya ke backroom (old basement) dan berjaya masuk….ya selipar hitam cap ikan lumba lumba…

    maaf kan aku bertanya…(sebab ini bukan ruang tanya abang minimalis)..apa beza dengan tarian 2step/garage…(betul ke solan aku ni?)…

    lately aku dengar/baca 2step tergolong dalam golongan violence dancing.
    (kena pulak bersama valve soundsystem – mimpi)

  7. effizzul says:

    Aku harap dalam 2 tahun nanti akan ada video Youtube budak2 sekolah buat Parkour sewaktu Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah!

  8. Anonymous says:

    Melampau siot..x minimalis langsung care kau menghina org..kau pun same jer ngn melayu2 yang lain..busuk hati..dan kau mempengaruhi org lain dengan nukilan kau..jgn lah memandang org terlalu rendah..kau tur pun berasal dr kampung yg family kau sendiri masih lagi percaya bomoh2..saper yang kolot kt sini??

    btw setahu aku budak2 kt subang tu sume anak2 org kaya..so agak tidak patut ko ckp baju mereka tiruan beli kt danau kota skinny jeans murahan..

  9. thrasher says:

    aku pun x taula asal budak2 sekolah skang x cool mcm dulu. kecoh sial. budak2 skolah era 80′s, 90′s dulu relax je. main skate, layan punk, thrash, gangsta rap mcm house of pain, cypress hill. semak sial nak turun KL weekends dan musim cuti sekolah.
    fuck.

  10. PinkCherry says:

    Point 2
    ‘Penuh dengan gambar tengkorak, hati yang dipanah, tatu…’

    Who said this is outdated? Ed Hardy hellooo – fans include Ms. Paris, Madonna and Jessica Alba tau! And they’re definitely not into this mamat shuffler tau. Uhuk I terasa ok. Now shy wana wear my red Ed Hardy cap yg penuh dgn tengkorak, bunga rose and hati dipanah!

  11. Pemotong Kapak says:

    Satu perkataan saja aku berikan kepada mat2 shuffle nih..”Jangan Buang Masa”..jd guna otak apa maksud tuh.

  12. Nick says:

    Aku juga turut menyampah dengan golongan ini. Terlalu taksub dan obses serta ingin show-off sampai menyusahkan orang lain.

    Aku pernah tengok golongan ini menari2 di terminal bas KL Sentral (hari Ahad, orang ramai) sampai menyusahkan orang nak berjalan menuju ke Stesen Monorail. Mungkin mereka nak mengorat awek2 UiTM yang sedang menunggu bas U80 mereka.

    Dan pada yang taktaw dan tak penah tengok, kat depan monorail KL Sentral pon bleh tunggu bas dan aku pnah tengok dorg menari2 (sempat lagi) masa nk naik bas sedangkan kereta blakang dah hon2. Tak silap aku ada yg pakai sweater PHC atau Hardstyle Klown (bangang mengalahkan clown kt funfair).

    Nak naik bas dekat tempat yg sesak dgn manusia (terutamanya warga asing) pon sempat berjoget, pastu wat muka kerek.

    Sapa2 xsetuju ngan aku, boleh g lepak kat lokasi2 yang aku cakap kat atas pada hari sabtu/ahad.

  13. rawrsa says:

    rata-rata sekolah aku ramai bebudak main shuffle kat tangga sebelah kelas..

    tapi kadang-kadang mereka selalu buat bising dalam kelas. Siap tubuh kelab shuffle lak tu dengan baju t-shirt yang tiru logo FF7 AC lak tuh.

    anyway video yang MM jumpe tu sebenarnya sekolah aku :3

  14. macam kenal je melayu minimalis says:

    mamat shuffler youtube patut jadi the new NUma2 Dude!!

    anyway, mana link 3gp dgn blogger2 yg berbikini? nak jugak tgk :P

  15. mamijawi says:

    mami tgk ada jugak mamat2 shuffler ni yg okeh2 cute2 mcm anak ikan, mami memaaaaaaaaang suka nak bela. meh sini mami kemam2 kamu ye, mamat shuffler.

  16. wandai says:

    oh tidak. adik lelaki aku dari golongan itu. masih belajar, di sekolah menengah agama.
    memang bagus.

  17. sarloamd says:

    ada kes kawan aku yang kerja di victoria music sungai wang. didatangi sekumpulan ‘mamat 2.0′.

    “bang, cd lagu shuffle ada?”

    “kau nak lagu camne? trance? techno?”

    “taklah. nak lagu shuffle lah”

    kawan aku malas layan, bagi cd dangdut.

    “shufflelah kau dengan lagu tu” kata kawan aku dalam hati.

  18. tuhan says:

    next…

    mamat 3.0 = mamat tektonik
    coming to any free events near you…!!
    hahaha

  19. tuhan says:

    btw mind my ignorance… tapi is shuffle considered as dancing..???

    hmmm… tatau lak.. since cam they (they as in those who dah lame involve in dancing) never really actually “approve” shuffle ney sebagai satu tarian kann..??

    there was this one time.. there’s tis dude auditioned for “do you think you can dance? (malaysia)” tatau season bape.. tapi ade sorang mamat 2.0 ney shuffle and the judges which i knoe they are from menari-nari punye background (well known plak tue) cam gile babi pangkah budak tue..
    but on the other side… mamat-mamat yang sewaktu dengan mamat 2.0 tadi neyh sume ckp cam terbaik lah… gempak lah shuffle dier…
    so tell me.. is shuffle actually considered as dancing?

    and owh yea… ade satu point lagi ptt diletak…

    “kalo nak tengok mamat 2.0 ney beraksi atau “menari”.. sila singgah ke area traffic light diantara bbplaza, lot 10 ngan mcD seberang jalan tue… since memalam mesti byk sgt mamat 2.0 neyh”

  20. Nick Name says:

    wah ada new comers dalam ruangan ulasan kepada abang minimalis….tak pe la…mungkin dia tak biasa lagi ngan environment kat sini….

    well, pada pemerhatian aku, mamat 2.0 ni masih dalam ketegori terkawal…sbb kbykkan adalah 25 below…bila dah besar skit, ada duit, dia dah tak shuffle…dia ke arena lain plak…(mcm azman kepada azmi)

    tapi shuffle ni bleh jadi positif kalau dipantau….aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti ko-kurikolum atau pendidikan jasmani….

    dan harapan aku sama macam effizzul, nanti ada budak buat Pakour plak….lagi extreme…amacam? hehe

  21. fievelski says:

    haha…kelakar buah la baca ko nyer post tp pengamatan ko memang banyak yg tepat

  22. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    "mamat 3.0 = mamat tektonik"

    "dan harapan aku sama macam effizzul, nanti ada budak buat Pakour plak….lagi extreme…amacam?"

    Saya juga berharap bahawa budak-budak sekolah dan mereka-mereka yang tunggu SPM akan mulakan demam Tektonik & Pakour!

    Ini perlu untuk memastikan tarian kaki sakit terpijak paku karat atau terpijak bara api seperti shuffle dapat dikurangkan!

    Apapun, mesti meriah kalau 4-6 orang budak-budak sekolah buat 'popping' macam U-Min di depan Pavillion!

  23. derqdnl says:

    huh! aku serabut amat dgn budak2 pelik2 kt BB skrg! semak!

  24. durian says:

    kesian cik mat kena joget. (lebih kurang mcm tu la aku dengar)

    lagi lambat lahir, lagi pelik la trendnya.

    ah, kalau aku kat wujud kat zaman diorang, aku akan join juga. peer pressure siapalah yang mampu tanggung?

    ‘Malah, aku pernah melihat seorang budak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menari sebegini di tepi jalan ketika waktu rehat.’ haha. hebat dia.

    nanti insaf la tu. biar je la.

    jangan hisap dadah sudah.

  25. Anonymous says:

    kepada commentor yg tulis “Tuhan”

  26. Anonymous says:

    kepada commentor yg tulis “Tuhan”, sebagai nama.

    Sekiranya anda orang Islam, tak baik anda buat macam tu. Anda menggunakan perkataan “Tuhan” itu dengan cara yang tidak appropriate.

    P/s: maaf saya tertekan submit sebelum siap komen saya tadi.

  27. Anonymous says:

    @Tanpa Nama: LOLS

    @mamat 2.0: shuffle itu seni, jangan benci kami. fuck you!

    aku suka gelakkan budak shuffle..
    akulah hero internet. LULZ.

  28. luminary says:

    pakour is one of the topics that most ppl r talking about.. intresting topic u got here MR…about the shuffle thing..i would want to agree wit u saying tht most of the kids really try their hard to dance infront of the public..it looks stupit but look at the bright side they might end to become ‘some1′ one day.. who knows ryte? tgk la org melayu lain pon xshuffle tp berlagak org berduit mabuk sex… idiots! but btw jgn salah kan org sedangkan negara kite yg dilanda dgn bahan2 mcm ni dari negara org luar.. its not those kid’s mistake..era bertukar.. lain org lain lagak nye..n MR.. since u ni pandai berkate lagak u tu hebat sgt ke??tell me bout it.. u pon ape kurang nye lambat dan lembab.. =)dnt get me wrong! but its true..

  29. budak jahat says:

    ala mamat 2.0 ni cuma lepak-lepak asah tapak kaki jek. cuma xtau sampai bile baru diorang rasa tapa kaki tu dah cukup haus diasah.

  30. Sex! Sex! Bang! Bang! says:

    ‘aku tak peduli’ pada budak-budak dan jenis-jenis orang yang ada di luar sana (berbeza dengan kau, kau ‘peduli’).

    yang aku kasihankan adalah orang macam kau yang menghukum sesuatu ‘kaum’, kemudian berpura-pura ‘terkini’ merangkap ‘tak lambat’.

    sekarang beritahuku wahai MM, apa yang terjadi jika bebudak ini ‘on time’ (kononnya macam kau) mengikuti perkembangan ‘trend’? adakah dunia semakin sejahtera? pseudo-intellectual ya ya.

    kau jaga tepi kain orang. tanpa disedari perangai kau lebih kampung dari orang kampung. lebih hutan dari orang hutan. minimalist my arse, modernity my cunt!

    bagi aku kau racist dan chauvinist terhadap golongan marhaen. ‘liberal tahi kucing’ gelaran aku pada kau MM. liberal tahi kucing.

    “OK aku sudah tiada buah fikiran untuk menulis lagi. Apa kata kamu semua sambung?”

    f.n: artwork/stroke ladyesah pernah dibuat orang, tak usah lah nak menipu melayu lagi, orang melayu dah pandai pakai internet.

  31. Melayu Minimalis says:

    @luminary
    parkour agak menarik sebenarnya… tetapi so far selain dari iklan poyo kat tv aku tak pernah lihat budak2 kita layan parkour kat atas bangunan di brickfields misalnya…

    @fievelski
    thank you :)

    @pink cherry
    Ed hardy different la…. i was talking about all those generic ‘streetwear/surfwear’ designs…. Ed Hardy classic mah…

    @erk kenyang
    2step/garage dah tak layan dah sekarang. dua2 muzik tersebut dah evolve jadi grime+dubstep. cuba layan kalau boleh…

  32. Melayu Miniskirt says:

    At least diorang tak hisap dadah tak kacau orang tak hasut tak ganggu keamanan orang lain..

    oh mungkin ganggu mata kau.

    tak salah diorang nak shuffle ke, marhaban ke, qiamulail bersama ke..

    jgn ingat semua manusia se-standard mu (standard kah?)

    kalau semua manusia sestandard kamu mungkin kamu tiada bahan lagi untuk di tulis di sini :D

    salahkah mereka shuffling? Itu juga salah satu SENI..

  33. Anonymous says:

    thnks to aku tak peduli

    meh aku pon nak cite sket pasal bdk shuffle

    darjah 3 dah kaler rambut(ikut abang konon2)
    kulit dahla itam kaler nak perang satu kepala.
    ok fine.trendy.
    abg dgr techno. adik pon sama
    abg x shuffle sbb dah 20+++ (tukang rekod video adik pastu pass kat member2)
    adik hari2 shuffle. ngn member2 die.
    herannya aku, jalan 3 langkah. shuffle selangkah
    haha gian nak shuffle. ok. minat dorg nk buat mcmne en.
    pastu pegi kedai, beli rokok suria. kecik lagi dah isap rokok.
    ya allah. yg besar sket bli gam, dpn mata aku sehari sebelum new year
    time tu aku nak bli topup
    aku x kesah sgt,pegi mampus la ko nak buat ape kan

    tp ko tu bdk lagi
    siap ade bdk2 pempuan. cbe ko pikir sket. dah ade video 3gp,kecik2 dah pandai meraba.
    itu golongan yang tidak berkemampuan

    what about golongan yang up sket.
    golongan ini akan memilih untuk menari di kelab2 terkemuka kerana mereka akan ditendang keluar klo bershuffle di gig-gig
    lagipon techno tidak available kt gig
    hanya air mineral sahaja yg dijual
    klo nk keras sket vanila coke pon ade
    eh ape aku mrapu ni
    mmg shuffle sejenis tarian yg menyihatkan badan
    tp klo dah ke club
    ape dorg cari
    mula2 pegi menari,sebulan kemudian minum sket2
    sebulan kemudian minum byk2
    nak lg feel telan bijik
    pastu kenal la mcm2 jenama lagi, ice,bedak or whatsoever.
    sex xyah citela.
    dah besar sket parti lah ape lah
    aku benci duh gologan snob nih sumpah !

    melayu miniskirt mcm bodoh
    at least x hisap dadah kepala jubor ko
    pegila knl sorg dua mamat2 shuffler ni
    sumer jenis beer ,liquor knl.dadah jgn cite r.
    ko nak marhaban or qiamullail butoh ko dlm kelab then dgr lagu techno. nepal pon reti ckp pakai otak,
    klo dgr lagu2 raihan kt masjid ade gak kemungkinannya

    lgi satu 2step/mosh tu hrdcore dance
    hardlines/straight edge kids
    mmg violence klo ko x reti tp bajet tau
    pegi gig harcore ke trash ke punk ke ade la bdk2 clean ni beraksi
    dgr music yg ade faedah(teaching something) is lot better thn techno shit
    clean is better then u hippy motherfucker

  34. Anonymous says:

    en. MM ni golongan terlebih awal ke?

  35. Tenux says:

    bodo sial MAMAT 2.0 yang terlebih cool nih
    ahahahahaha
    ak rase nk sepak2 je kalo ternampak
    terkinja2 mcm beruk….
    kasihan mak bapak nk belikan kasut
    ni bkn stakat bdk2 skolah je
    ni ak tgk budak2 SAR kecik2 lg darjah 1 da nk wt shuffle2
    siap kai songkok lagi tuh
    besar2 xtaw la ape nk jd
    LOLLLL

  36. mohd says:

    anak bangsa lain sibuk blajar, anak bangsa kita sibuk bershuffle…anak bangsa lain sibuk kejar gred tinggi dan markah tinggi, anak bangsa kita sibuk cari baju untuk menari…anak bangsa lain mintak duit kat mak nak beli buku..anak bangsa kita tipu duit mak cakap beli buku tapi beli arak. kepada korang yang sibuk bertelagah mempertahankan yang shuffle tu betul, benar hebat, n berfaedah, sudah2 lah tu. ada banyak lagi perkara yang lagi penting dalam hidup..pelajaran, masa depan, maruah peribadi. kepada yang sibuk berfikir pasal lagu mane yang paling best untk menari n lari dari tension stadi (kononnyela), cukup2 la..banyak lagi cara alternatif lain yang boleh kita buat. ingat, kita ada agama, budaya and maruah nak kene jaga. jangan le amerika sangat..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes