December 27, 2008 36

Trend Terhangat 2008.

By in Pemerhatian, Pendapat, Youtube

Sudah hampir setahun aku menulis nukilan tentang Trend Terhangat 2007, dan sekarang tiba masanya untuk aku tuliskan apa yang hangat pada tahun yang lalu ini. Mungkin tekaan-tekaan aku banyak meleset, tetapi apa-apa pun memang dijangka, sebab aku bukan Nostradamus pun. Apa-apa pun kali ini mungkin pendapat yang lebih serius sedikit, kalau serius sangat dan kamu tak boleh terima sila tonton saluran Astro Ceria.

1. Evolusi Budaya Indie Kepada Budaya Neo-Rempit.
Hip-hop pernah mencuba dahulu, dengan berleluasanya pemakaian kasut jenama Timberland di kalangan peminat-peminat sukan bermotor kuasa rendah, tetapi nampaknya budaya indie (yang definisinya telah pun disongsangkan untuk kesesuaian tempatan) yang lebih berjaya menepati citarasa golongan ini. Lihat sahaja kedai Topman di hujung minggu, penuh dengan budak-budak berpeluh dan comot akibat menaiki motosikal keliling Lembah Kelang (mungkin juga Seremban) yang berpusu-pusu untuk membeli kemeja-T separa mahal. Lihatlah juga mana-mana gig besar-besaran di Lembah Kelang (seperti konsert Rock The World tempohari) dan aku jamin ramai dari mereka ini merupakan mereka yang berkembang dari kelompok-kelompok Mat Rempit.

Secara tidak langsung aku mengaku ini mungkin merupakan perubahan yang amat menggalakkan, tetapi pada masa yang sama mungkin menjadi duri dalam daging bagi golongan yang mula-mula memupuk budaya ini di dalam minda mereka, iaitu golongan Innovators atau Pelopor. (Lihat bawah)

2. Kelajuan Pemindahan Maklumat Menjadi Semakin Ketara.
Segala apa yang berkait dengan budaya popular (atau pop culture) nampaknya semakin mudah, walaupun mungkin sejak kebelakangan ini terdapat kekurangan golongan yang boleh dianggap Pelopor.

Dengan keberkesanan Internet sebagai medium carigali maklumat dan semakin mudahnya bagi sesiapa untuk mendapatkan perkhidmatan Internet bermakna pergerakan trend tempatan akan menjadi semakin laju. Akibatnya akan menjadi lebih sukar untuk seseorang itu untuk kekal sebagai seorang individu yang unik dan beridentiti sendiri. Jika kita lihat di rajah atas, kategori tahap inovasi boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama, Pelopor (2.5% dari masyarakat), Pengikut Terawal (13.5%), Majoriti Awal (34%), Majoriti Lambat (34%) dan Ketinggalan Zaman (16%). Budaya indie misalnya, sekarang mungkin berada di tahap Majoriti Lambat (jika kita lihat pengaruhnya di dalam budaya Neo-Rempit sekarang) dan fasa Ketinggalan Zaman akan bermula di ketika kita dapat melihat Mawi tiba-tiba memakai seluar jeans skinny dan kemeja-t berslogan ‘Saya Jiwa Kosong’ dan menyanyikan lagu ‘Rantai Rasa’ di saluran Astro Awani.

Aku harap dengan kelajuan pemindahan maklumat ini Kuala Lumpur akhirnya akan berjaya mengatasi Bangkok dan Singapura sebagai trend mecca (dari segi muzik, fesyen, idealogi) di rantau ini dan mungkin menjadi setanding Hong Kong atau mungkin Jepun! Tidak mustahil. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan Pelopor.

3. Penerimaan Lebih Meluas Muzik Tempatan (Yang Bukan Mawi/Siti).
Atas sebab-sebab yang sama di atas kita akhirnya dapat melihat karyawan-karyawan muzik yang berjaya mengenengahkan muzik-muzik karya mereka sendiri yang bukan dijanakan di dalam kilang-kilang konglomerat Mahaguru Muzik kita. Aku betul-betul bangga dengan perkembangan ini, dan jika dilihat dari publisiti (yang biasanya buruk) tentang pemuzik-pemuzik generasi baru kita dari media kita, masyarakat secara amnya sudah menerima hakikat yang ada banyak pemuzik bagus di kalangan kita. Cuma aku kasihan melihatkan sesetengah pihak media yang masih tersangkut di takuk lama, yang masih berasaskan berita sensasi selebriti tanpa kredibilit yang cuba diaplikasikannya kepada generasi baru pemuzik-pemuzik ini.

Nasib baik ada Internet.

4. Kejatuhan Pengaruh Media Massa Conventional.
Sekarang ini zaman penulis blog boleh menang pilihanraya. Dan zaman maklumat boleh diperolehi dengan mudah dengan menekan satu butang.

Aku rasa kematangan pemikiran pembaca akan datang secara beransur-ansur. Kematangan untuk menilai mana yang baik dan buruk, mana yang benar atau tipu. Dan aku rasa dengan lebih kebebasan media (yang tidak tertakluk kepada mana undang-undang berunsur sekatan) rakyat hanya akan boleh untung. Sebagai contoh lihat sahaja blog ini, dan ulasan-ulasan yang diberikan oleh kamu semua. Aku rasa pembaca sendiri boleh menilai tahap kematangan pembaca berdasarkan komen yang diberikan, bukan sahaja dari segi kematangan pemikiran, juga kematangan untuk menilai penulisan aku berdasarkan apa yang aku tulis selama ini.

Juga lihat hasil-hasil penulisan penulis-penulis kita. Walaupun masih ramai yang berasaskan penulisan sensasi, tetapi tahun ini telah muncul banyak penerbitan yang menyoal kedudukan kita sebagai masyarakat, dan persoalan-persoalan genting yang hanya akan muncul di dalam masyarakat pasca-penjajahan yang matang. Walaupun masih wujud pengharaman itu dan ini, tetapi dengan menularnya penerimaan penulisan-penulisan yang subjektif dan kesedaran tentang tahap kematangan diri, aku rasa masyarakat kita secara amnya hanya akan berkembang kesedarannya.

Walaupun ini tidak bermakna yang pihak berkuasa akan menghentikan polisi-polisi yang diamalnya dari dulu sampai sekarang, tetapi sekurang-kurangnya sekarang jumlah mereka yang mempersoalkannya dan memahaminya akan bertambah, yang sedikit sebanyak mendorong kita untuk menjadi lebih kreatif di dalam pemikiran.

Sekali lagi, nasib baik ada Internet.

5. Perlaksanaan Doktrin Kejutan.
Sebagaimana penulisan Naomi Klein di dalam bukunya ‘Shock Doctrine‘ (sila baca sendiri ya?) kegawatan ekonomi dunia sekarang menyebabkan banyak polisi-polisi drastik tidak masuk akal dilaksanakan. Dari sudut tempatan, peningkatan (dan seterusnya penurunan) harga petrol mengejutkan ramai pihak, walaupun sekarang lebih ramai yang asyik dengan hal tanah runtuh (dan tindakan susulan yang muncul selepasnya), dan senaman yoga sebelumnya. Kalau dilihat dari segi sosiologi memang tidak mengejutkan pun. Cuma di masyarakat kita lebih banyak perlaksanaan ‘penumpuan perhatian’ ke pada perkara-perkara lain (seperti siaran langsung perkahwinan selebriti) agar kita tidak panik dan lalai serta kurang tumpuan kepada perkara-perkara yang sepatutnya lebih penting dan patut didahulukan. Selama ini mungkin proses ini berkesan, tetapi seharusnya kematangan itu disertakan bersama dengan kemahuan untuk mencari maklumat tentang perkara yang sebenar.

Apa-apa pun aku perlu ingatkan di sini yang aku bukannya seorang aktivis, jadi pandai-pandailah ya? Seperti kata si Nabil (yang tidak kelakar), ‘Lu Fikirlah Sendiri!’. Mungkin ada makna tersirat yang lebih mendalam.

Hmm.

Aku macam tiba-tiba rasa pemerhatian aku terlalu mendalam. Maaf jika kamu semua tidak faham. Apa-apa pun sila layan video Hujan di bawah.

Popularity: 4% [?]

36 Responses to “Trend Terhangat 2008.”

  1. amoi chantek says:

    pasal rock the world rmai budak rempit tuh maybe jugak.. sebab masa aku gi tuh, memang ramai budak2 yang berpakaian pelik2.. berpakaian bukan seperti budak indie la.. (aku pun bukanlah berpakaian spt budak indie tapi mereka lebih kepada seperti punk or rempit)

  2. amoi chantek says:

    lagi satu, aku bukanlah arif dalam menilai benda macam neh.. better aku kene tanya bf aku dlu.. sbb dy lebih arif dalam bende neh…

    masa aku ckp aku gi rock the world pun dy cam kata apew ntah.. sbb tuh tmpt bdk2.. tapi tak tau la.. dy kata mcm tuh maybe jgk sbb dy tak dpt dtg.. aku gi pun atas dasar terpaksa mengikut org…

  3. Z says:

    5 je? Should be more than that!
    Meluasnya budaya online shopping! Hahaha aku suggest ni sebab aku baru try, maybe aku yang ketinggalan.

    Anyway aku paling geli tengok budak-budak ni pakai t-shirt ‘Takkan indie hilang di dunia’. Cam..eurghh.

  4. .theberuk says:

    .Point nombor dua agak menarik. Saya rasa ramai golongan pelopor yang wujud dalam Malaysia ni cuma mereka tak ada peluang untuk menonjolkannya, atau mungkin juga mereka menggunakan ideologi punk sebagai pegangan hidup. Mungkin.

    Dari segi pemakaian, saya rasa baik cuba lawan dengan Singapura dulu. Cuba bandingkan reaksi masyarakat bila kita pakai topi itik macam Bjork. Tengok mana lagi tak-ambil-peduli.

    p/s : saya tak suka tengok orang pakai tshirt ada slogan macam yang diceritakan.

    p/s : tah kenapa, aku juga tak suka perkataan ‘indie’. Mungkin pasal indie dah tak wujud.

    Saya rasa elok encik MM cuba tekankan pasal golongan pelopor ni. Pelopor dalam bidang apa yang kita nak kena ada?

  5. alhambra says:

    untuk cari gali golongan pelopor ini, kita kena keluar dari kotak ‘trend’.

    istilah trend ini sendiri sudah disalahtafsirkan. orang kita yang mula-mula bawa masuk pengaruh/trend luar akan digelar pelopor. hairan bin ajaib.

    di malaysia saya percaya, belum ada trendsetter yang betul-betul set ‘trend’.

    orang kita masih berfikiran feudal, kagum dengan dunia kulit putih, barat, patetik. mati melayu!

  6. Hujan? butoh la says:

    Never Mind The Bollocks, Here’s the Sex Pistols is much-much-more better than Saya Jiwa Kosong.

    That’s it.

  7. Anonymous says:

    Dulu kalau orang tanya band aku main genre camne… aku senang je sebut “indie rock”….

    tapi sejak kebelakangan ni…kalau boleh aku tanak sebut “indie rock”…geli aku rasa nak sebut skang…

    Media mesia macam main interpret je jargon tuh…asal itu band baru…Indie Music..Indie bands… hehh…

  8. enamdegrees says:

    haha…graf tu budak@budak atau dengan bahasa lebih sopan; pelajar ekonomi mesti tahu pasal tu.

    itupun kalau diaorg bukan jenis hafal.

    yg pasal peralihan perhatian masyarakat tu pun betul, kita memang handal, tak hairan lah Amerika boleh tiru kita dalam sesuatu hal yang melibatkan maslahat umum.

    akan tetapi ok saja apa yg kau tulis tu MM, saya baru nak syok tengok-tengok ko dah berhenti.

    1 lagi nak tambah selain dari media massa tu, bukan setakat media sahaja tetapi syarikat penerbitan buku Melayu kecil-kecilan juga semakin membesar, berjaya bekerjasama dengan penerbit Indonesia, sama-sama mencetak dan menjual buku secara silang, mengalahkan penerbit yang kita maklum dibiayai oleh rakyat.

    :-)

  9. Bok says:

    biase r. skrg tgh trend indie. so ramai la nak jadi budak indie. mane la tau nanti dtg trend dangdut. maka semua budak indie ini bertukar menjadi budak dangdut.

    owh video clip dari band hujan. dulu dorang kate dorang ni anti video clip. hurm.

  10. Anonymous says:

    jangan stop menulis sudah ler mm.people will go crazy kot.

  11. spitzer says:

    Sori, nak lari tajuk sket.

    Dulu masa En. MM sekolah menengah ke, kat U ke, macam mane u counter the idiocy of your own classmate? Or just wat taktau je?

  12. Hafeez N. says:

    Ironik kan?
    2007-Hujan
    2008-MTV Hujan

    selepas ni?

  13. shyaitan says:

    apa pun black metal jugak yang best.

  14. enamdegrees says:

    *budak-budak

  15. AkuKopiKauSiapa? says:

    indie ini hip.
    sebab itu orang suka. apa-apa sahaja yang hip, pastinya semua orang suka. walaupun pada masa dahulu di zaman peloporannya indie bukan sesuatu yang di arus perdana. jadi apa lagi yang bukan di arus perdana? itulah yang perlu diterokai. jangan lah setakat ambil pengaruh dari barat sahaja.

    sebenarnya Malaysia ada identitinya sendiri. tetapi pastinya kerana free manson meluaskan pengaruhnya di mata-mata kamu semua sehingga menganggap apa sahaja yang hip, dari barat, ialah cool dan mesti diikuti.walaupon ianya kotor dan negatif.

    sehingga mempengaruhi MM, aku, dan kamu semua.

    terima kasih.

  16. AkuKopiKauSiapa? says:

    mengenai hujan itu:
    secara pandangan aku yang biasa ini. muziknya bes. tapi aku tidak suka hujan. mungkin kerana aku komunis. takkan komunis mahu layan apa sahaja di arus perdana. jika kau pakai skinny jeans. aku pki seluar biasa-biasa sahaja asalkan sesuai kerana adakah kau mahu pakai skinny jeans itu sehingga ke tua?

    jadi pastinya aku lebih matang dan bersifat kepeloporan dari kau kerana aku lebih awal memakai seluar yang biasa-biasa sahaja berbanding kau. kerana kau dah tua baru nak pakai. aku sejak dari muda dah pakai.

    *tentang penggunaan perkataan kau bukan ditujukan untuk kau. kau terbabit ditujukan untuk sesiapa yang membaca komen aku ini. aku lebih senang menggunakan perkatan “kau” berbanding “sesiapa yang membaca”

  17. Anonymous says:

    apa2 pun awek lam video ni marvelous

  18. Espada says:

    baca komen kat blog ni layan.

  19. Leesa says:

    I like that you juxtaposed the significance of The Shock Doctrine with Malaysia. While it is not quite as extreme as the American context, the observation nonetheless holds true and is quite worrisome. Having said that however, I take comfort in the knowledge that Malaysia’s anti-western sentiments has some truth and substance to it after all!

  20. Melayu Minimalis says:

    @Leesa
    Wow thanks for commenting on something that i want commented. i guess more than anti-western sentiments it is more of anti-total-capitalism sentiments that should matter, although capitalism has its own role to play in society, it’s just that I cant stand the assumptions made on the book that non-total capitalism is based on socialism/communism (i.e. state-based companies and free education/medical benefits). I’m still in the middle of reading the book so it’ll be quite interesting to read the conclusion.

    itu saja lah.

  21. Melayu Minimalis says:

    @alhambra

    memang ramai pelopor di sini, cuma seperti kata jacques cousteau, (aku tidak ingat kata-katanya yang sebenar) “Manusia hanya akan cuba membunuh mereka dengan idea2 baru, dan jika tidak boleh dibunuh, mereka akan diseksa atau dipenjarakan.” (lebihkurang begitulah. aku akan cari quotenya yang betul kecuali ada pembaca yang boleh tolong aku.)

    Pelopor ramai, cuma kamu hanya perlu tahu mencari mereka dan cuba membuat segala ‘bias’ yang kamu ada…

  22. alhambra says:

    free mansons???

    freemason bukan teori konspirasi, ia adalah ‘kelab’ (paling tua) yang sah di sisi undang-undang.

    kat malaysia ada 382 ahli sejak kurun ke-20, dalam reramai ni ada 3 melayu. untuk masuk anda hanya perlu percaya pada ‘supreme being’.

    teori konspirasi mungkin tentang illuminati kot, NWO kononnya adalah perjuangan mereka. ia tiada kena mengena dengan freemason ya, sebab saya adalah salah seorang daripada mereka ;-)

  23. fatin fatan says:

    gila ekonomi.
    haha. sampai ke puncak.

  24. Anonymous says:

    hahaha…MM,ur english is terrible,u know?dont try to look cool by trying to use bombastic words,make sure ur grammar’s good 1st,dasar melayu tipikal!

  25. Anonymous says:

    Wow thanks for commenting on something that i want commented<—-apa bende ko cakap nie?

  26. Leesa says:

    So true! Klein does make that assumption but I opine that its only for simplicity sake (or biases, who knows? It’s difficult to write a book like the Shock Doctrine without being bias). I think you will come to realize that she doesn’t set out to define anything, only to highlight and emphasize the evils of capitalism thus resulting in a lot of biases. I agree though that she doesn’t explore the middle ground, choosing instead to juxtapose extreme ends of the continuum, but this makes for high impact contrast which strengthens her argument hence making The Shock Doctrine the powerful read that it is.

  27. Anonymous says:

    well Tanpa Nama,u can’t blame MM for not trying since Leesa was so good with her words and surely for someone who calls himself a minimalist will try to keep up with the standards.tercabar?sudah pasti!

    but as the minimalist said,

    Aku Tak Peduli. Kamu Pedulikah? Tapi awas, komen bodoh hanya akan membuatkan anda kelihatan bodoh, jadi komenlah dengan bijaksana

    this is just another “komen bodoh” from another Tanpa Nama

    and yes, kami peduli.

  28. Melayu Minimalis says:

    @alhambra
    ya aku tahu tentang konsep freemasons dan ideologi tentang supreme being. kalau aku nak masuk freemasons macam mana?

    kat malaysia ni ada skulls n bones melayu ke?

    @leesa
    that is pretty much her way of writing. comparison of two extremes. her whole book makes me think twice of globalisation!

  29. Anonymous says:

    apekah tindakan kite terhdap pelopor2 atau masyarakat ini?adekah skdar bercerita tnpa sbarang tindakan atau sekadar memandang sebelah mata?di mana org2 yg dikatakan bijaksana tp hilang pertimbangan atas desakan kepentingan diri sendiri untuk membetolkan keadaan atau memajukan keadaan atau me`layu`kan keadaan?

    -manusia biasa

  30. Melayu Minimalis says:

    @Tanpa Nama 04:57
    ok aku layankan.

    “Wow thanks for commenting on something that i want commented.”

    =

    Wah terima kasih kerana mengulas tentang sesuatu yang aku inginkan diulas.

    =

    コメントされたかったコメントをどうも。

  31. AkuKopiKauSiapa? says:

    MM :
    mahu join freemason?
    kamu mahu join pertubuhan yahudi kah?
    lebih baik kau join ahli sufi. huhu

  32. dena_r says:

    i think my grandpa was a member. we still have his age old handbook

  33. aji says:

    aku rasa lagi bagus hujan tak buat video clip.

  34. aji says:

    sejak pakai LC ni aku juga dah tergolong dlm golongan neo-rempit. seperti kata nabil yg tidak kelakar haha kelakar la. lu pikir la sendiri.

  35. Dr. Lou Natic says:

    so naomi klein is a fucking bitch who fantasizes about being raped by karl marx. is that supposed to be news?

    i’ll tell you what’s a 1-2-3, naomi klein, basically, is a purveyor of black propaganda, and she’s cheap.

    her mission appears to be carefully designed disinformation to undermine support for free markets and drum up support for socialist policies.

    she isn’t interested in the truth as in advancing a radical leftist political agenda through any means necessary, instead she identified the main pillars of market-oriented philosophy and has decided to systematically attack them though dishonest polemics.

    it’s a strategy that is essentially (antonio) gramsci-an in nature hence the close relationship between her style of debate and that of noam chomsky and howard zinn, et. al. tell half the story, twist the facts to fit your narrative. adopt a pose of outraged moral self-righteousness while associating your opponents with all that is evil. take your reality and bargain with it cheaply, it’s nothing but a very basic idea.

    easier said is that socialism can’t win through honest argument, so it is forced to resort to dishonest demagogy to take power.

    btw, eeva looks different in the video. indie-fied eeva perhaps? sheesh…

  36. macam kenal je melayu minimalis nie says:

    Wah kau pun baca shock doctrine naomi klein?

    org kedua yg aku kenal yg baca buku tebal nie hahahah

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes