Di tempat aku tinggal ini ada sebuah gim persendirian yang memang sentiasa meriah tiap-tiap hari. Aku boleh perhatikan lelaki-lelaki berotot kental yang turun naik gim, bermotivasi otot keras yang sanggup berusaha tiap-tiap hari untuk mendapatkan bentuk badan yang optima. Dan disebabkan sudah dua hari berturut-turut aku terserempak dengan mereka ini, apakata hari ini aku buat tafsiran tentang mereka pula.
1. Berotot.
Tangan yang pejal, otot kaki yang kental. Mungkin otot telinga mereka juga berotot besar. Kalau dahulunya memang sukar untuk bertemu mereka ini, tetapi disebabkan taraf kehidupan secara amnya yang sudah meningkat, lebih ramai yang berpeluang meluangkan masa semata-mata untuk bersenam, terutamanya untuk mengangkat berat. Aku rasa kesedaran bahawa bukan hanya pembina badan yang patut bersenam sudah mula menular (malah aku pun sudah mula bersenam tahun lalu, cuma alatan angkat berat aku sekarang sudah tidak berat langsung untuk aku. Bulan depan beli yang baru!), dan sampai bila lelaki yang berbadan seakan ‘diukir’ ini hanya disinonimkan dengan golongan yang tidak ‘lurus’ bukan? Cuma apa yang universal di antara mereka ini ialah fakta yang mereka ini memang sukakan cermin. Untuk melihat perkembangan harian otot-otot sendiri.
2. Lengan Pendek.
Sudah tentunya golongan ini suka menunjukkan hasil kerja penat lelah mereka tiap-tiap hari di gim. Cara paling mudah ialah dengan memakai kemeja-T tanpa lengan dan seluar pendek. Segala peluang untuk menunjukkan otot akan diambil, terutamanya ketika ingin bersalam dengan orang (dengan otot lengan yang mengancam) atau ketika ingin membayar makanan di kedai mamak. Rambut pula selalunya pendek. Setakat ini aku tidak pernah berjumpa dengan Mamat Gim yang berambut panjang atau dreadlock, mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan disebabkan oleh rambut panjang di dalam gim.
3. Tidak Suka Gim-Gim Besar.
Segala apa gim-gim besar-besaran yang kamu lihat di Lembah Kelang tidak akan dikunjungi mereka. Pada mereka itu hanya tempat lelaki-lelaki malang untuk mencari pasangan, tidak kisahlah sama ada perempuan malang lain mahupun lelaki malang juga. Mereka ini lebih sukakan gim-gim persendirian yang dibuka di lot-lot rumah kedai di sekitar kawasan perumahan, yang biasanya hanya akan berlantaikan simen dan tidak mempunyai sistem penyaman udara. Alatan-alatan senam juga mungkin masih yang dibuat dari besi buruk ataupun mungkin konkrit. Senaman basikal diharamkan. Kalau boleh mereka akan menggunakan alatan senaman yang dibuat dari bangkai atau mayat manusia, yang boleh dilempar-lemparkan sambil menjerit “WE ARE SPARTA!!!” sekuat hati. Sudah tentu filem ’300′ merupakan visi dan pemberi semangat kepada motivasi yang mereka perlukan. Kalau kamu tidak percaya sila Google gim-gim persendirian ini. Ada banyak di Lembah Kelang!
4. Suka Lagu Laju.
Lagi-lagi yang berentak techno atau metal. Tidak kisahpun apa janji ganas, dan mempunyai irama yang sekata agar memudahkan mereka mengira apabila membuat kiraan senaman. “1.. 2… 3… 4… 5… 6… 7… 8… SPARTA!!!” Paling pantang bila ada Mat Otot yang membawa teman wanita yang masih tidak faham erti ‘bau peluh’ yang tiba-tiba memasang lagu dendangan Faizal Tahir untuk berhibur. (Mereka anti Faizal Tahir sebab hendak sangat tunjuk perut yang tidak kental bercontengkan logo ‘Superman’). Sebab itu jarang ada perempuan di gim-gim persendirian sebegini. Mungkin sebab tiada bilik persalinan pun.
5. Suka Memanjat.
Aku tidak tahu mengapa tetapi ramai di antara mereka ini yang sukakan aktiviti wall-climbing atau memanjat. Foosbal memang tak main lah, itu hanya aktiviti untuk Mamat Pakistan Yang Suka Mengambil Gambar Bogel Bersama Teman Wanita. (Cerita Lain.) Mungkin aktiviti ini memberi lebih peluang untuk mengeraskan otot ketika memanjat, yang pada waktu yang sama akan mengeraskan hujung-hujung jari menjadi seperti batang besi. Dan kamu semua tahu perempuan sukakan benda yang keras, bukan?
6. Suka Protein.
Walaupun diet yang tinggi karbohidrat memang penting untuk menambah berat badan ketika mula-mula bersenam angkat berat, selepas proses ini memang penting untuk menambahkan pengambilan makanan berprotein. Bukan susu penambah berat yang sebenarnya bukan menambah berat pun, tetapi menambah selera makan. Dan kalau kamu banyak makan benda yang salah tanpa bersenam memang sia-sia sahaja. Akibatnya ramai di antara mereka ini sukakan minuman protein shake, susu berprotein tinggi yang boleh diambil tanpa memerlukan kamu untuk makan daging, ikan, tempeh dan sebagainya. Aku rasa ini akibat langsung dari taraf kehidupan kita yang semakin meningkat. Tapi hati-hati, pengambilan berlebihan tanpa kawalan (dan juga pengambilan dadah-dadah pembina otot) hanya akan membina benda selain dari otot, biasanya jerawat.
7. Tidak Sukakan Skinny Jeans.
Aku tidak pernah melihat Mat Otot berseluar skinny.
8. Nampak Macam Bernafsu Tinggi Tetapi…
Ada seorang rakan aku yang dahulunya obses untuk membina otot yang sebesar mungkin. Setelah sampai ke tahap saiz otot yang diingininya dia sedar yang amat sukar untuknya mencari teman wanita. Selain dari pilihan perempuan yang mempunyai otot sebesarnya (ada beberapa di Lembah Kelang ini. Mungkin agak seksi jika tidak berketul sangat), perempuan-perempuan yang meminatinya (berdasarkan saiz otot) adalah perempuan-perempuan yang ‘berumur’ sedikit. Akibatnya dia serta-merta mengecilkan otot. Kisah Benar. Katanya perempuan-perempuan sekarang lebih sukakan otot ‘berukir’ yang sederhana, bukan yang macam Arnold Schwarzenegger atau Malek Noor. (Malek Noor dahulu, bukan sekarang, ya?)
Erm, sekian sahaja untuk kali ini.
Popularity: 6% [?]
aku pun x suka lelaki berotot besar sangat..maafla takut seh! tak tahu nape…otot skit skit dah le,cam malik noor tak berkenan
Walaupun aku lelaki, aku tengok lelaki muscle macamni pun tetap geli. Entah -.-
kenapa nak kena ada otot sebegitu?
perhatian: ini bukan soalan tak puas hati atau cemburu. cuma tiba tiba terfikir sendiri. itu saja.
Mamat Pakistan Yang Suka Mengambil Gambar Bogel Bersama Teman Wanita..
Itu aku sudah tengok!
Hahaha
lol.
Can’t wear skinny jeans because your thighs measure bigger than the thigh opening on the jeans. Absolute torture.
I hate rock climbing. My trainer loves that shit though.
Don’t really care for the song but my friend loves Dragonforce while lifting. So you nailed that one.
No, I don’t wear short sleeves. I think it’s gay.
But, Who am I to say, it’s not like I’m huuuuuge or anything.
ada otot otak takde buat ape kan
boss
ya ke mat otot ni suka wall climbing?
sbb setahu gua
tak ramai wall climber/rock climber yg berotot lengan besar2
agak susah nak bergerak kat dinding
kalau tangan dah sama besar ngan peha.
hahahahaha…aku pun xske laki otot besar kecuali….
just kidding..tkt wooo nak bawak balik jumpa mak…ekekeke…
ohh aku cukup suka tag tafsiran anda. mungkin aku pun mahu melontar 2 sen.
1. mat otot tanpa otot bukan laa sorg mat otot (tapi bole jadi mat bontot, mat sontot atau mat jontot akal sperti post sudah). tp mat tanpa otot juga sinonim dgn mat sotong.
2. hahaha…aku tringat crite transformers lol
3. bukan x suka tp x dibenarkn. yg di gym besar kononnye org berada atau 'brader'(lihatlah yg melonjak2 riang dgn penuh 'les mills' nya). jerit mlebihi kadar desibel yg normal menyebabkn mereka merajuk lantas membuat laporan bertulis yg ditaip.
4. mulai esok, lagu siti nurhaliza berkumandang d celebrity fitness sebagai tindakan susulan kpd #3.
5. err..anna rina suka lah memanjat. dia mat otot ke? atau org lain yg ayam lemah?
6. hahahahahahaha. terlupa subjek sains tingkatan 3 atau tpengaruh dgn gambar pyramid makanan belakang tin biskut ke MM? bykkn lagi membaca. Penyataan thesis kini bertanda merah.
7. mamat 2.0 suka lah skinny jeans tu, sampai nampak rekahan posterior berkerak. euw.
8. err…frasa kunci bercanggah dgn penerangan & elaborasi. seperti mengatakn wanita bernafsu membelibelah tp menerangkn ttg saiz bra yg kurang bersesuaian.
p.s.: gambar dirompak dr gimnasium tolaklebih?
@aku tertawa lagi
p.s—BETUL!
lagi satu org ckp kalau otot nye besar…yang bawah tu kecik…
Tapi I suke g gym free kat ofis. cuci mate and conquer the treadmill..LOL…
best pe org berotot ni…LOL..
hurm..berotot?..
ak x brape nk suke sgt
aku tkut ble nmpk org otot besar2 ni
ak slalu trpk cmne klu dorg trhempap aku ..addui keras ak kat situ.
so yg sderhana is juz fine.
tp lain org lain taste kn
lalalalal
aku pernah ada kawan mat gim,
katanya ;
1- angin segar lagi bagos dari aircond
2- diy gim lagi fighter dari professional, nampak street sikit, ala ala penjara dari US.
3- mat gim susah berak.
4- kalau mat gim berbadan sederhana, tak otot sangat, jadi perhatian mat mat tak ‘lurus’.
5- senang nak mintak pdrm, cawangan khas. rujukan : gim awam taman rama rama.
sokong!sokong!
i pon ske laki yg sederhana je ototnyer not cam bina badan je..
eeeee!!
cuba mengempiskan perutku ini…
cukup lah bersenam sekadar untuk membuang lembik2 lemak di perut, lengan dan leher yg menunjukkan anda seorang yg sangat pemalas menjaga kesihatan.. tak perlu sampai ketui2, kadang2 ramai yg salah tafsir, kalau ke gym, motif utama untuk ketui2 kan badan… aku pernah alami, sorang abang2 yg menjual protin di gym, mengkritik orang2 berbadan kecil macam aku.. bangang!! aku pergi gym untuk fit kan stamina, bukan nak buat badan ketui2.. btw, best betul tafsiran2 kau, aku suka.. sila mentafsir lagi ok?
wall climbing best! saya perempuan yg mempunyai hobi wall climbing… otot tak besar pun
mat otot susah nk korek telinga sendiri..berlaga bicep..
heh.
kawan perempuan aku pun buat muka bila aku cakap nak tone kan body kat gym..coz dia ingat badan aku boleh ketul2 macam malik nor. what the fish.. padahal tone kan body cun je aku tengok mcm denise richard sume tu, bukan ketul2…
mentality org melayu ni tahpape laa
ha kan bagus pop up balik
Wa..bnyk comment entry nih.kewl..sbb aku de sikit terasa..n plus i hv fwens like em..i would say they are nicer..and can be trust as friends..so..MM 50% rite about this..still yet..here my 2 cent
<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1. Berotot.
yup..i got my six pax and i still love my long sleeves
2. Lengan Pendek.
ya la..selesa dow..plus..bkn senng nk cari baju selesa kalau dah besar2 mcm tuh.
3. Tidak Suka Gim-Gim Besar.
Sbb gim kecik murah n x de org tegur kalau buat powerlift. coz they couldnt care less as long as u got the FORM right.
4. Suka Lagu Laju.
not really
5. Suka Memanjat.
Nope
6. Suka Protein.
Nope.prefer natural in which got for u and not gonna be a fake muscle.
7. Tidak Sukakan Skinny Jeans.
Mmg x ar..those are just for a small dick person
8. Nampak Macam Bernafsu Tinggi
ha..tang nih betul..most of the person that i know with gigantic muscular..either already married..or have a self confidence issues..most of them will go with tudung/more that 55kg women/less than 160cm..kire typical awek U-awam -.-'
hahahhahaha! lucu2. membaca statement #7 membuatkan ak terus membayangkan kaki berotot dlm seluar skinny… ahahaha!
aku paling sukakan sparta! 1,2,3,4,5,6,7,8…SPARTA!! wahahah
@anon 2009 Feb4th 16:29
You don’t take whey? Where are you getting information that whey gives you fake muscle. It’s as real as any other protein, just that it’s an isolate from milk.
If you are more elitist about weightlifting, you would know that timing is everything. You can’t chow down carbs/protein pre and post-workout to fit an optimum timeframe. The supplementary whey gives you that.
Six pack? Yawn. It’s been a long time since I’ve met an avid weightlifter who cares about his packs more than the measure of his thighs.
whey potein..why dun u try eat..then stop..like 1 year..see what happen..seen it but..now my fwen back to his old figure when he stop..plus..i just like tyre that ran out of air sort of speak..
..
all i can say..i’m gud..after a year i would say i am still maintaining my muscle
btw..its all depends on ur style la..if u wanna maintain ur time in da gym..go for it..
@xeem — please do prove the guy above wrong..seen ur blog..dow not so much n lame..but hells yeah..keep it up..it..since i pity a bit la coz u sparked all over his opinion..(maybe coz of ur seriousness in weightlifting) but hells yeahhh a have ur back bro..
aku byk protein. keding je.
Flamer alert! Hello Mr.XEEM..can’t u just let him be with his opinion? If he think its fake..let him be..
why wanna talk bout his dick n his six pack? let him be.. people couldnt care less bout him..n of course u..mind ur own business..btw..seen ur blog..and ur anger is understandable coz u really into it..and its like a taboo to u when people talk bout what-u-think-u-know..but kewl bro..
Hurm…pas baca entry nih teringat plak aku satu quote tuk org2 bina badan di luar sana..
“I try not to let what others are doing influence my decisions,because I feel you got to make decisions for yourself,you got to be true to yourselves.Because if you let what others do influence what you do,you really got nothing left for yourself. ~Layne Norton.:
@anon Feb 5 00:32 and anon Februari 4 23:31
Ah, no worries. I’m just mentioning stuff I know. You never know when misinformation misleads people. I never want that to happen, especially in something as delicate as weightlifting/bodybuilding.
The blog was a place to share personal goals and achievements, which was why there are multiple contributors. I’m actually quite nervous having people look at it. Haha.
Anyway, this is not my blog, nor my comment space. I shouldn’t derail the commentary section to fit my own agenda (I’ve been doing that a lot nowadays.. jeez).
@Petrolec That quote is true. I am not affected by the scrutiny of my diet being the same immaculate slab of chicken breast and eggs day in day out. It doesn’t make me sick, it doesn’t make me bored. I just eat that shit up. Don’t mind me saying, Layne Norton is a beast.
tak bersetuju with the lagu techno, or fast2 lagu
bukan term mat otot = Azman?
lain la..mat otot x wannabe..they are what they are..
mr Azman wannabe as hell..
mamat2 yg sebuk nak berotot2 neh sedar tak yg pompuan sebenarnya geli tgk otot2 yg bagak?? oily plak tuh.. we prefer men that look tough bukan nampak cam popeye~!!
Body builder memang takde yg berambut lebat/pjg mengurai sebab bila dah terlebih protein,DHT level pun bertambah dan menyebabkan rambut mereka gugur dan tahun demi tahun mereka akan tampil dgn imej botak pula.
Perkembangan otot juga seiring dgn peningkatan testosterone level so memang tidak hairan sexual desire mereka turut meningkat.
Tapi tafsiran aku terhadap lelaki yg ke gym2 kecil adalah kerana nak save budget.. =P
salah bro,..bukan movie 300..tp rujukan yg penting ialah ‘pumping iron’.
owh..gym kecik psl save budget..x berapa nk setuju la plak kan..sbb u aint going to find a huge muscular guy at high class fitness center..
its like..instead of going to hv a teh tarik in air-conditioning restaurant, they go to mamak with open air-ed area -sort of speak-
most of them have their own mini gym at home..i do..go there just wanna socialize with people that have passion about it..
about perempuan suka ke x..it doesn’t concern them (most of them) coz they are man with ego and passion..things that most likely gurls do not understand..ya la..maybe some of them go build their muscle to get gurls..but from my experience..they do it for themself! no for girls or other stuff..
like i said..most of them..
spend 4 years hanging around people like em..when they talk..(at least what i experience) all they talk about is business,future,how to earn more monet,how to support a family and other stuff..sex/Gurls? come 2nd.. (most of the time)
PEACE!
Tafsiran aku berdasarkan 2tahun pengalaman memberi consultation kpd mat2 otot yang ingin mengambil supplement bg mencapai fitness goal meraka.
Secara teori,otot memang bagus kerana dapat bertindak sebagai mesin pembakar lemak yg paling hebat tapi sbg perempuan normal,aku hanya agak kurang berselera/bernafsu melihat mat2 otot yg kelihatan seperti kuih koci yg terbalik iaitu badan mereka 2-3x ganda lebih besar dari kaki mereka.
Maaf jika ada yg tersinggung.=)
Ini pendapat aku sahaja.ok?
no 3 klaka..hehe
@anon 2009 Februari 5 22:30
What you said is true. I have to agree on the point of strong work ethic, dedication, motivation, determination. Girls somehow pale in comparison to life’s priorities.
@Thebeautyholics
I hardly see people with big bodies and small legs. Big thighs build big bodies. Bodies are built from the bottom up, not the other way around. Superior genetics would make it easier. Generally, if you don’t have great legs, a thick body is hard to come by.
no 7, ayat pendek tp mmg kelakar habis…..geli ahh if jumpa org mcm tu….
aku rasa perempuan lebih suka tengok badan seperti J.Timberlake, C.Ronaldo, D.Beckham yg berbaju
mamat gym dan mamat ragbi yg tak berbaju mmg macam diva = faizal tahir
7.45ptg LRT: gadis-gadis t-shirt berkolar, track bottom sederhana skinny, sport shoes berjenama, lengan ada muscle skit , bawa backpack berjenama Carlifonia fitness atau fitness first…pasti dari ofis terus ke gym…oohh cutenyer
hehehe
@ xeem:
u can see the kuih koci guy at THE GYM PLAZA DAMAS,SRI HARTAMAS KL~
=P
diaorang pakai skinny jeans? muahhahahahahha dah macam badut sarkes..
aku geli la tgk orang yang muscle dia besar gedabak…cuak beb. mcm iklan ridset tu…geli siot