Z bertanya…
memandangkan
1) Sunburst 2009′s lineup dah keluar
2) I’m not happy but don’t wanna point fingers and start cursing at the organizers
3) U seem to know much more than I do about these things
so I wanna ask,
what’s the actual procedure that these organizers have to follow to bring the international acts here? step by step.
Proses untuk membawa artis luar bukannya mudah. Pertama sekali ialah mencari artis yang ingin dan sanggup bermain di Malaysia. Kebiasaannya ini akan dibuat melalui ejen-ejen artis atau ejen-ejen persembahan artis. Kebiasaanya seorang ejen itu boleh menjadi wakil untuk beberapa artis di bawah naungannya. Malangnya, di arena ejen-ejen antarabangsa, reputasi Malaysia sebagai tempat untuk membuat persembahan adalah amat buruk. Aku dengar ini disebabkan ramai promoter persembahan di sini yang suka menulis dan bertanya tentang harga persembahan, tetapi tiada tindakan susulan, ataupun tidak mampu untuk membayar bayaran yang penuh selepas persembahan. Lagi satu ialah reputasi Malaysia sebagai lanun cetak rompak, yang tidak memberikan sebab bagus untuk mana-mana artis untuk datang ke sini demi menyokong penjualan album mereka. Selain dari itu kawasan Asia Tenggara masih ada stigma sebagai ‘sarang pengganas Islam’, mahupun sebagai ‘kawasan berpenyakit’. Senang cerita ejen-ejen ini biasanya tidak akan melayan pertanyaan tentang artis mereka yang datang dari Malaysia dan biasanya tidak akan menggalakkan artis-artis mereka bermain di rantau ini.
Selalunya ejen-ejen ini mempunyai senarai promoter yang boleh dipercayai (berdasarkan kejayaan mereka membawa artis-artis luar terdahulu), dan ejen-ejen ini akan menghantar senarai artis yang sedang tour di kawasan Asia Tenggara kepada mereka ini, dan terpulang kepada promoter-promoter tempatan untuk membida dan membawa masuk artis tersebut. Disebabkan reputasi buruk, tidak ramai promoter tempatan yang berada di dalam senarai ini.
Katakan jika ejen dan artis sudah bersetuju (biasanya tentang jumlah bayaran persembahan), promoter harus mencari jalan untuk membayar artis yang ingin dibawa. Di Asia Tenggara misalnya akan ada ramai promoter yang berkongsi kos perjalanan, sebab itu ramai artis akan main di sekitar Kuala Lumpur, kemudiannya Singapura, Jakarta dan Bangkok. Di peringkat tempatan pula, biasanya promoter akan cuba mencari penaja untuk artis yang dibawa, yang kebiasaanya adalah syarikat-syarikat komunikasi, arak dan rokok sebab mereka yang banyak wang untuk dibelanjakan. Selepas belanjawan dikira (yang biasanya melibat kos bayaran persembahan, pengangkutan artis dan kru serta set serta tempat tinggal, pementasan, promosi dan sebagainya), permit persembahan artis perlu dipohon. Permit ini bukan murah, biasanya dalam RM1500-3000 seorang. Jika artis mempunya entourage seramai 50 orang kira-kiralah sendiri. Permit lokasi, permit dari Kementerian Dalam Negeri juga perlu. Ramai artis sangkut di KDN, atas sebab-sebab imej, ideologi politik/agama, reputasi buruk, lirik dan sebagainya.
Senang cerita, hanya untuk membawa seorang artis luar untuk membuat persembahan di sini memang bukan mudah.
ahmdsyhmi bertanya…
kau layan band electro?
disco punk ke..
band apa pilihan kau??
Aku suka The Rapture, Yeah Yeah Yeahs, The Hives, The Music, Justice dan Sebastian.
47 bertanya…
satu ketika dulu MM pernah mendedahkan yang MM adalah paperless.
sudah pasti menjadi paperless membuatkan usaha memiliki/menerajui sesuatu karier mencabar, bukan?
jadi, dari peringkat yang boleh dikatakan ‘susah’/'mencabar’, berapa lamakah MM mengambil masa untuk sampai ke tahap ‘senang’ atau ke tahap sekarang at least, regardless of senang atau susah?
apa pendapat MM tentang ADD/ADHD? adakah kemungkinan manusia manusia bijak tapi paperless (aku personally kenal beberapa orang) adalah disebabkan ADD/ADHD?
thanks MM and take care!
Macam aku, aku rasa aku bernasib baik. Aku mempunyai portfolio kerja yang agak baik, jadi tidak menyukarkan aku untuk mendapat kerja walaupun paperless. Disebabkan portfolio ini juga amat cepat untuk aku sampai ke tahap senang aku. Kalau hendak diikutkan aku sudah pun bekerja selama 10 tahun, dan aku rasa tahap pencapaian aku sekarang mungkin sama dengan tahap pencapaian seseorang yang mempunyai kelayakan bersijil. Jadi dari segi itu aku memang tidak ada apa-apa penyesalan.
Untuk soalan kedua pula mungkin ada kaitan. Kejap aku nak makan.
Ayyman Rahim bertanya…
Bagaimanakah perasaan menjadi Melayu Minimalis?
Untuk yang kenal aku secara peribadi mungkin tiada hal. Untuk yang kenal aku berdasarkan reputasi atau blog ini pula memang menarik kadang-kadang aku perhatikan. Lagi-lagi kalau tiba-tiba aku perasan ada orang melihat dengan tekun ke arah kasut aku misalnya. Aku rasa mungkin lebih menarik untuk orang yang gambarnya keluar di blog aku kot, sebab aku dengar mereka ini selalu ditegur oleh entah siapa-siapa tentang gambar mereka yang muncul di sini. Juga mungkin menarik jika aku ingin mengambil gambar rakan-rakan dan pose pertama yang mereka berikan ialah aksi tutup mulut mereka.
Selain dari itu aku rasa tiada istimewanya.
Tanpa Nama bertanya…
soklan pertama.
aku suka kau..kau suka aku tak?
soklan ke-dua, ke-tiga & ke-empat
” si mata ” itu kekasih kau kah? melayukah dia? perempuan itu memenuhi ciri-ciri idaman kamu? apa pendapat dia tentang kamu?
soklan ke-enam
apa kejadian/benda yang membuatkan anda trauma sampai sekarang?
maaf aku adalah “tanpa nama”
maaf solan berbentuk peribadi.
Untuk soalan pertama aku tak kenal kamu jadi maaflah. Aku tidak berpunya dan buat masa ini tiada niat untuk mempunyai atau dipunyai.
Untuk soalan kedua, ketiga dan keempat jawapannya semua rahsia. Maaf, aku masih kekalkan konsep bahawa yang peribadi itu harus kekal peribadi.
Soalan keenam pula walaupun peribadi aku rasa aku boleh jawab. Kejadiannya melibatkan perkahwinan dan perceraian. Itu sahaja.
d7 bertanya…
bebaru ni aku dpt mail pasal ‘what you don’t know about facebook’
ringkasannya dia bitau facebook ni merupakan medium utk CIA collect data pasal kita..privacy kita etc mende tu sume lah.
but diaorg just target pada golongan professional.
em, nko pernah baca x? betul ke ape yg diaorg cakapkan tu..
sekali baca aku rase logic lah pulak..
dua tiga kali baca pun aku rasa sgt logic..
comment nko?
Internet memang berguna untuk menyebarkan paranoia. Tetapi Amerika Syarikat memang terkenal dengan undang-undang ‘Patriot Act‘ mereka, yang digunakan untuk merisik maklumat peribadi menggunakan fail dan data peribadi di Internet misalnya. Dan disebabkan Facebook itu adalah berasaskan di sana, aku rasa tidak mustahil perkara yang kamu sebutkan itu betul-betul berlaku. Aku cuma perlu katakan, “Let The User Beware!”
Tanpa Nama bertanya…
what is your fav perfumes?
Aku kurang pakai minyak wangi, tetapi untuk lelaki yang terakhir aku guna dahulu ketika zaman berfoya-foya adalah Ralph Lauren Polo Black.
Mas Mohd Yunus bertanya…
encik MM,
tahun lepas, en MM ada plan mahu menanam bunga/pokok-pokok kecil di dalam rumah. Tahun ini, plan tu tak dikonsider lagi ke?
gud luck.
Aku secara tidak sengaja telah meracun pokok-pokok aku jadi semuanya sudah mati. Memang agak malang. Aku memang bercadang untuk meneruskan penghijauan rumah aku tahun ini tetapi kereta aku tidak muat kalau aku ingin membeli pokok-pokok besar yang aku inginkan.
Lopo bertanya…
1.Apakah komik yang MM paling minati?(tidak kira dari dalam atau luar negara)
2.Bolehkah MM tunjukkan sedikit bahagian muka MM?(hidung,telinga,pipi,dahi,lidah…tapi saya lebih berminat dengan bahagian mata anda)
3.Macam mana prestasi kereta MM(satria neo),ok ke tidak?
Itu sahaja soalan untuk musim ini,semoga ketemu lagi MM.
Salah satu komik kegemaran aku ialah siri ‘Dark Knight Returns‘ hasil Frank Miller. (Walaupun aku kurang minat ‘Dark Knight Strikes Again‘ yang pada pendapat aku tidak konsisten langsung. Selain dari itu aku minat manga ‘Battle Angel Alita‘ dahulu, ‘Next Wave‘, segala komik yang ada hasil lukisan Alex Ross (seperti ‘Earth X‘ dan ‘Kingdom Come‘) dan dan juga siri ‘Marvel Zombies‘. Kebiasaanya aku membaca mengikut ‘comic events‘, seperti ‘Crisis On Infinite Earths‘, ‘Identity Crisis‘, ‘House Of M‘, ‘Civil War‘, dan ‘World War Hulk‘ misalnya.
Untuk soalan kedua jawapannya tidak boleh. Sila Google.
Untuk soalan ketiga prestasinya memang agak bagus dan memeranjatkan. Duit minyak aku jimat, dan buat masa ini memang tiada masalah. Dan pengendaliannya juga memang bagus, kereta yang ‘melekat’ di jalan, dan boleh dapat awek.
Tanpa Nama bertanya…
Adakah MM suka akan Drum n Bass? Apakah perbezaan DnB ngan 2 step?
Boleh bagitau DJ DnB yg terbaik dari Malaysia? Apakah pendapat kamu tentang Spacebar?
Ya aku suka tetapi semenjak kebelakangan ini agak hambar pada pendapat aku. DnB lagi keras, 2-step lebih ringan.
DJ DnB terbaik di Malaysia ialah Spacebar yang sentiasa dekat di hati.
abang mat tora bertanya…
Listkan website yg memberikan tutorial teknik mudah mengambil gambar menggunakan kamera compact dan dslr utk para beginner.
www.google.com. Terus terang aku belajar semuanya menggunakan buku atau bertanyakan kepada rakan-rakan jurugambar.
fnl bertanya…
Erm, saya tak faham bila orang bergambar sambil tangan menutup hidung, seperti membawa isyarat/style tertentu. Apa maksudnya?
Maksudnya—”Eeew, like, I don’t want people to know I’m in your blog!“
Tunggukan jawapan seterusnya, OK?
Popularity: 2% [?]
siap ada season tu. hebat.
MM, maaf lambat. 1 soalan je
Novel apa yang boleh MM sarankan untuk saya baca ?
MM..ter miss nak tanye soalan..
saya berminat untuk memiliki leica d lux 4.
soalan nye berbunyi begini..apekah kelebihan dan keistimewaan leica compared to others??
trima kaseh!
“DJ DnB terbaik di Malaysia ialah Spacebar yang sentiasa dekat di hati.”
ehem ehem
ya ah MM.. DnB scene skrg bosan.. I love Spacebar when they mixed Kosheen song hahah.. ada link yg boleh d/l Spacebar mp3? Last year went to Roni Size gig.. huaa… wicked mate!!
eh mana aci mm, soklan aku x de unsur politik dan agama, tapi x di jawap. “rahsia” katanya. terima kasih.
cik anon…harry potter….sedikit keanakan..tp experience spt x boleh dijual beli…;P
tanpa nama diatas :
kau pergi gig roni size ek…
gila lah… cita cita aku tu…
celah mana kau dudok ni…
aku pon dengar roni size bbc 1xtra kat dance with angie ng aje…
“DJ DnB terbaik di Malaysia ialah Spacebar yang sentiasa dekat di hati.” hahaha…aku tak boleh hendel…
ops, nak tnye..
sye tau abg mm nie lelaki tp nk tnye gak hal psl pompuan.. mgkn abg mm ley tlg jawab, kalo x ley mgkn abg mm ley tnye kwn2 pompuan abg mm..
soklan nye:
mcm mane pompuan ley buat ketiak mereka licin , tnpe sebrg bulu?? dieorg shave ke? kalo shave bukan boley tmbh blk? so dieorg selalu shave ke?? dieorg gunr ape smpai boley maintain licin cmtu??
kalo bley tlg jawab yek.. soklan nie selalu bermain di dlm kepala saya.. tak tahu nak tnye sape..
sekian, terima kasih!
ada tempat khas yang boleh cantikkan ketiak. putihkan. licinkan, what not. aku belum pernah try. kawan aku selalu ajak. mungkin itu rahsianya. takde bulu sebab cabut la dey, tak pun waxing. aku tahu ramai je perempuan cabut satu-satu untuk jaminan kelicinannya. kami memang sanggup.
ada juga perempuan memang tak banyak bulu.walaupun ketiak. tq
Thanks for the answer, MM!
:errk, kenyang
Mlm tu MC Spider ngan Roni Saiz.. mmg terbaik… balik sejuk2.. terus demam akibat byk melompat dan minum minuman keras heheh…
saya di perantauan bukan di Malaysia.. heheheh…DnB gig terbaik pernah aku pegi.. Jummat ni Double O spin… Friday the 13.. should be good gigs.. cio..