February 9, 2009 11

Tanya Abang Minimalis Musim 8 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

eD bertanya…
1 – Google’s search engine algorithm is based on the Page Rank algorithm. How about Yahoo?
2 – What’s the difference between nerd and geek?
3 – Seeing how the future will be based on ‘cloud computing’(most probably), kenapa setakat ini hanya Google yang nampak bersedia ke arah itu? How about other big IT company? e.g. Microsoft, Yahoo, etc.
4 – Linux now is as user-friendly as Windows. But still very few Malaysian uses Linux. Pada pandangan anda, kenapa?
5 – Malaysia satu negara yang sedang membangun. Bagaimana langkah yang boleh kita ambil supaya masa akan datang negara kita tak menjadi seperti Jepun? Maju tapi menghadapi masalah NEET, freeter, etc.
6 – Are you against, for or don’t care about open source? Of course it’s free, tapi kalau semua nak percuma, siapa yang nak develop software lagi.
7 – Katakan aku akan berpindah ke Jepun bulan Mac ini. Berapa banyak baju, seluar yang perlu dibeli sebelum fly? Apa lagi barang-barang yang perlu aku beli?
Sekian. Terima kasih.

Banyak sangat soalan. Ingat aku ensiklopedia?
1. Jawapan kamu di sini.
2. NERD ada Pharrel Williams dan akan bermain di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Geek tiada Pharrel Williams dan tidak akan bermain di Kuala Lumpur bila-bila masa pun.
3. ‘Cloud computing‘ aku rasa masih bergantung kepada kepantasan talian Internet. Selagi kelajuan itu tidak sekata di pasaran yang syarikat tersebut ingin tumpukan, selagi itu aku rasa kurang realistik untuk mereka fokus ke arah tersebut. (Kelajuan Internet di KL misalnya amat berbeza dengan kelajuan di Singapura.) Aku pasti Microsoft dan Yahoo sedar tentang hakikat ini, tetapi aku rasa mereka pandai sebab membiarkan Google bereksperimentasi dahulu dengan konsep ini. Sekarang terpulang kepada mereka untuk mengeluarkan produk yang boleh menjangkaui segala apa yang Google hasilkan apabila tiba giliran mereka pula.
4. Sebab kebanyakan komputer yang dijual di pasaran tempatan disertakan bersama dengan Windows. Sebab yang sama juga untuk mana-mana pasaran di dunia.
5. Aku rasa tiap-tiap negara membangun dan maju ada kumpulan masalah-masalahnya sendiri. Pada pendapat aku isu yang muncul di Jepun mungkin kurang relevan dalam senario tempatan sebab mentaliti kita amat berbeza. Mungkin masalah-masalah kita apabila mencapai tahap negara maju lebih serius jika dibandingkan negara-negara lain. Mungkin.
6. Aku pro-Open Source sebab siapa lagi kalau bukan pengguna yang mempunyai pendapat yang berguna? Malangnya tidak ramai pengguna yang sedar betapa kompleksnya proses membuat perisian.
7. Jangan beli banyak sangat. Aku pasti kalau kamu beli semua dari Malaysia apabila kamu tiba di Jepun kamu akan kelihatan seperti ketinggalan zaman. Sekurang-kurangnya 5 tahun. Percayalah. Laburkan wang itu untuk membeli keperluan asas di sana.

Tanpa Nama bertanya…
abang layan lagu metal?kalo layan,lagu@band ape yea?

Sila baca balik siri nukilan ‘Barangkali Ini Catatan Pertama Tentang…’ untuk selidik sedikit sebanyak tentang citarasa muzik aku. Kalau band metal aku suka Dragod Red.

Tanpa Nama bertanya…
MM, redtube boleh kacau line internet ke?

Segala laman web yang mempunyai kadar trafik tinggi akan mengacau talian Internet kamu.

Qasiyh bertanya…
MM,international car ape yg murah(range harga 50k-70k)dan x mkn minyak sgt…

Hmm. Suzuki Swift. Tetapi awas tempat duduknya memang tidak selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Tanpa Nama bertanya…
Salam sejahtera Encik MM, ini pertama kali saya menanya soalan untuk ruangan Tanya Abang Minimalis. Soalan-soalannya:
1. Mengapa anda mengguna blogger untuk mengendali blog anda? Mengapa bukan WordPress? Daripada pengalaman saya, interface blogger (seperti dashboard, comment management, post-editing dan sebagainya) agak kuno dan kurang elegan. Saya percaya pengguna Mac mempunyai citarasa yang lebih tinggi, therefore akan lebih cenderung menggunakan WordPress.
2. Apakah reaksi anda jika mendapat tahu bahawa Steve Jobs sudah tiada (meninggal dunia)?

Untuk soalan pertama aku pernah mencuba WordPress sebenarnya, dan aku suka, cuma aku malas untuk berpindah buat masa ini. Mungkin satu masa nanti. Kalau kamu ke wordpress.org memang ada blog Melayu Minimalis yang betul-betul minimalis.

Untuk soalan kedua tiada reaksi.

stanum_saliva bertanya…
ermmm,betul ke…
www.blackle.com
www.googlenight.com
dapat jimat banyak tenaga????komen sikit…

Ianya sama konsep dengan tindakan memadamkan paparan komputer kamu untuk menjimatkan tenaga. Tetapi aku rasa ada lebih banyak perkara yang kamu boleh lakukan untuk menjimatkan tenaga selain dari menggunakan laman-laman tersebut, seperti menggunakan fungsi ‘Energy Saver’ di dalam komputer kamu misalnya, atau menggunakan komputer yang lebih mesra alam.

XMaTaPeJAmCeliKX bertanya…
MM,
aku dah menamatkan prog diploma pengajian perniagaan major dlm transportation.Pada pandangan MM ler,dalam masa sekarang nie..patut ke aku smbg study..or kejer.Kalo smbg study…dalam bidang ape yg mempunyai prospek yg tinggi…!Aku cuma minta pendapat org yg lebih tua jek.Thanks..

Berdasarkan senario ekonomi sekarang, aku sarankan kamu bekerja sahaja. Apabila keadaan bertambah stabil aku rasa permintaan pekerjaan di dalam bidang kamu (atau mana-mana bidang pun) akan bertambah.

Tanpa Nama bertanya…
kalau ko diberi pilihan ko nk kerja sbg ape..??
ape tahap gaji yg senang pada ko..??

Aku senang dengan kerja aku sekarang, dan tahap gaji aku sekarang juga amat memuaskan. Kalau aku benar-benar boros memang boleh hidup mewah. Memang aku perasan hidup mewah pun, cuma sekarang aku sedang membayar untuk kesilapan-kesilapan lama yang aku telah lakukan satu masa dahulu. Tetapi aku amat gembira dengan situasi kerja aku sekarang. Tiada rungutan.

revrie bertanya…
Soalan pertama:
Mahu menjadi seorang drummer yang teknikal. Apakah knowledge2 yang perlu? contohnya penguasaan triplet ke. Bagilah term2 yang berguna.

Soalan kedua:
Bila mau kasi nyanyi saya punya?

Jawapan untuk soalan pertama—gunakan Youtube. Memang berguna untuk belajar teknik-teknik serta kemahiran tertentu. Bukan untuk drum sahaja malah segala apa benda kamu boleh belajar di sana seperti teknik melipat baju. Aku misalnya belajar teknik mempertahankan diri selepas melihat klip-klip budak sekolah perempuan Malaysia yang bergaduh. Untuk soalan kedua aku tidak faham.

roketkertas bertanya…
encik mm
jikalau encik mm ditakdirkan mati esok n encik mm sedia maklum,
apakah 5 perkara yg encik mm akan wat?
(soalan ni xberkaitan dgn agama,mungkin)

1. Minta maaf dari ibu bapa.
2. Minta maaf dari kawan-kawan rapat.
3. Fikir tentang nombor 4.
4. Fikir tentang nombor 5.
5. Fikir tentang nombor 3.

Tanpa Nama bertanya…
nape ur blog dah makin boring?
kurang menyengat seperti biasa…

missgege bertanya…
MM, blog ko makin boring la.
serius!
so ape ko nk buat?

Maaf, aku menulis atas kehendak dan kepuasan sendiri, bukan untuk kepuasan orang lain. Kalau bosan dan inginkan gossip-gossip artis Melayu atau gambar Melayu bogel sila gunakan Google.

crazy_labelle bertanya…
xnak buat tafsiran pasal org dan dunia blogers ke… or forum ke…
org here means maybe lelaki or pompuan…
diorg tertarik kat menda cmne…
mcm forum/blog specific (cth IT) byk di pelopori oleh sape…
n trends skang…

Aku pernah tulis tafsiran tentang para blogger Melayu di sini.

Tanpa Nama bertanya…
there is a article by you which you said that the old SP was one of your favorites. if, in any chance, the ‘new’ SP came around our region, would you go for old times sake? not counting if you’ve seen the old line up in its full glory.

Semestinya aku akan pergi. Tetapi harus ada James Iha dan D’Arcy.

Weed and Bandages bertanya…
MM, aku rasa mungkin kau tua sikit dari aku kot. Jadi aku nak tanya kau,
masa inflasi dan juga reformasi sekitar 1997, 1998 kau di mana, buat apa, apa aktiviti sosial di sekitar Bukit Bintang.
Waktu itu aku study di Perak.
(semalam aku nak p umah kawan, gila penuh budak budak sekolah goth tak goth koya punk tak punk main lintas jalan penuh gaya, walau di honk banyak kali. semua pakat2 dok berkumpui depan Maybank tu, then aku wonder tahun 1997,1998 apa scene area sini?)

Hmm. Soalan menarik. Aku ada menulis sedikit tentang perkara ini di nukilan yang ‘Zaman Lot 10 Yang Aku Rindu‘. Ketika itu selain dari budak ‘skater’, bersepah dengan budak-budak yang berpakaian ala Zainal Abidin sekitar era ‘Hijau’ iaitu berkemeja-t putij yang dimasukkan ke dalam jeans Levi’s 501 dan memakai kasut but Doc Martens. Eh bukan, itu era lebih awal. Era yang kamu maksudkan itu malangnya sedikit asing untuk aku sebab aku tiada di Malaysia ketika itu. Maaf.

yen bertanya…
1. apa pandangan anda tentang indutri perkilang di negara kita dalam tempoh 3-5 tahun akan datang?
2. pendapat anda dengan rekabentuk industi di negara kita?

Susahnya soalan. Tetapi pendapat aku mudah. Selagi negara kita tidak mampu membuat penyelidikan tentang rekaan produk sendiri yang bertaraf global (ya, bukan bermaksud kerepek ubi/pisang dan kain songket, tetapi produk konsumer yang lebih meluas peluang pemasarannya) aku rasa kita akan ketinggalan sebab banyak syarikat multinasional lain yang berpindah arah mendirikan kilang-kilang di China misalnya sebab kos yang lebih murah. Jadi kemungkinan besar kita harus menggunakan infrastruktur yang ada sekarang untuk mengeluarkan barangan tempatan yang lebih bermutu untuk dipasarkan di pasaran dunia.

Untuk yang kedua aku rasa kamu maksudkan ‘industri rekabentuk’ negara kita? Kita masih ketinggalan. Cuma dahulu kita mungkin ketinggalan 10 di belakang negara lain, tetapi aku rasa sekarang kita hanya ketinggalan 5 tahun sahaja. Aku rasa sedikit sebanyak kita harus berterima kasih kepada lanun cetak rompak yang banyak membekalkan perisian-perisian berkualiti dengan harga yang amat murah. Pencetus idea mungkin ramai, tetapi perlaksanaan kita aku rasa masih lemah.

1985 bertanya…
adekah ko tau band yg bername The Most Dangerous Race…x byk info psl band tu…adekah ko suke lg mereke???

Tidak kenal.

Tanpa Nama bertanya…
hi MM. Sekiranya kau tahu, atau kau ada kenalan yang tahu, tolong terangkan proses mendapatkan funding bagi TV program tempatan. cari sponsor? duit sendiri dulu nanti baru stesen TV bayar balik dengan ‘jualan’? Stesen TV hulurkan percentage wang dalam bentuk bayaran terdahulu? TQ
N

Semuanya bergantung kepada cara kamu berurusniaga dengan penaja. Aku rasa majoritinya menggunakan wang sendiri, sekurang-kurangnya di peringkat ‘pitching’ ketika menjual idea rancangan kepada stesen tv. Selepas itu semuanya bergantung kepada penaja kamu. Mungkin.

*Sarah is the One berkata…
upcoming events sepanjang tahun 2009 (atau 2010 kalau kau ada info) yang dirasakan berbaloi, atau mesti pergi. entertainment related.

Sigur Ros Live in Malaysia. 3rd or 4th quarter of the year.

Tanpa Nama johnStanier berkata…
so MM pergi tengok BTTLS tak bulan 3 nanti?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar aku ada di sana di waktu yang sama untuk membeli kasut.

d7 berkata…
lagi satu aku nak tanye pasa kamera polaroid.. dengarnya depa dah stop produce / jual eh? ke aku yg salah info ni.. aku cam berminat je kamera tu tapi adekah aku dah terlambat utk merealisasikan minat aku nieh?

Mereka sudah hentikan pengeluaran filem/slaid Polaroid, tetapi baru-baru ini mereka telah mengumumkan produk baru ini.

dena_r berkata…
what is your favourite star wars character and location/planet?

Ketika kecil dahulu figura aksi Weequay memang salah satu yang aku paling gemar. Jadi untuk watak sampingan aku suka watak itu. Untuk watak utama pula sudah tentu R2-D2. Lokasi kegemaran aku pula semestinya Bespin atau Cloud City.

Tanpa Nama F berkata…
apa pendapat anda tentang beban yang diletak diatas bahu pelajar skrg? Terlampau banyak tak?

Sila mula bekerja sepenuh masa dan tanya balik soalan itu kepada aku, ya?

Popularity: 2% [?]

11 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 8 Episod 2.”

  1. Tukang Carut says:

    haha. jawapan yang cool+bernas. aku suka yg soalan last ni. betul jawapan kau tu. aku sekarng mungkin hanya bekerja untuk belajar (practical). tapi aku dapat beza kan beban belajar dgn bekerja. lain. nak kata lg berat, tak jugak. tapi memang berbeza.

  2. Anonymous says:

    Sigur Ros.. huh.. aku terlepas gig dia… arghh.. tak per.. esok layan Judas Priest heheh….

  3. Von says:

    kau terlepas gig sigur ros? hui..rugi tu bai.

  4. Nick Name says:

    saya nak ulas soalan dari yen,

    1. dalam tempoh 3-5 tahun ni, industri di Malaysia agak sulit. Tahun 2009 adalah tahun yang agak tenat. Mmg banyak kilang berpindah ke China, tapi byk juga yang pindah kat sini. Isu di China ialah, IP. Dalam tempoh masa 5 tahun, kita mungkin akan recover tapi impaknya terhadap negara tidak dapat diramal. FDI negara masih lagi memberangsangkan. Hari ini juga ada press conference dari Menteri MITI mengenai isu ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mida.gov.my @ http://www.miti.gov.my

    2. Rekabentuk industri (jika ini yang kamu maksudkan) negara telah bermula dengan giat pada zaman Tun Dr. Mahathir. Kita boleh lihat dengan perancangan beberapa Taman Perindustrian utama dan Rancangan Pembanguna Wilayah Ekonomi (ECER, NCER, IDR dsbgnya) di Malaysia. Contoh, di Kulim Hi-Tech Park, ianya lebih tertumpu kepad industri Semiconductor. Di Gebeng, kawasan perindustrian berat. Di Tech Park Malaysia, lebih kepada projek2 berteknologi tinggi dan R&D. Mungkin ianya tidak segah nama Silicon Valley di US, tapi mana tahu, kawasan2 ini akan dikenali dunia dalam tempoh 10 tahun lagi.

  5. Anonymous says:

    Soalan keenam pula walaupun peribadi aku rasa aku boleh jawab. Kejadiannya melibatkan perkahwinan dan perceraian. Itu sahaja.

    1. adakah anda fobia dng perkahwinan selepas pengalaman lama?
    2. kenapa anda ambik masa yg lama utk berkahwin semula?
    3. how old is yr son?
    3. ada target umur tak utk berkahwin semula?

    sorry kalau soalan di atas terlalu peribadi.

    sfera

  6. fictionita says:

    How do i get myself near Pharrell? like, so near, i can smell him? PLEASE, PLEASE, PLEASE tell me. o’ wise one.

    pretty please?

  7. dD.Diyana says:

    I can’t believe I spent a good 20 mins reading this post. And the previous post.

  8. d7 says:

    thanks for d polaroid pogo dgcam info.. ohohoh..

    woah.. MM da ade anak? leh tgk picca x.. heee

  9. mukrimania says:

    terima kaseh kerana menjawab.

    terima kaseh juga kepada nick name..

    sebenarnya aku ingin meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang kej. rekabentuk produk.

    boleh nak tambah soalan?

  10. mukrimania says:

    mukrimania dan yen adalah org yg sama.

  11. Nick Name says:

    mukrimania, anda boleh saja direct ctct aku untuk tanya soalan berupa ekonomi semasa berkaitan perindustrian…

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes