riziaq bertanya…
tak terlambat lagi kan nak bertanya?
mm keje involving biotechnology kan?
apa pendapat mm dengan biotechnology di msia nih?
bagaimana pula dgn gaji?
aku akan pursue degree in biotech tak lama lagi di negara orang so amat2 lah ingin tahu..
Pada pendapat aku segala bidang yang melibatkan sains dan teknologi amat penting untuk mana-mana negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Aku rasa kita amat bergantung kepada kepakaran luar sehinggakan kita sendiri dianaktirikan. Walaupun mungkin tidak seteruk 10 tahun yang lalu, tetapi aku rasa kejadian ini masih berlaku, konon-kononnya atas nama ‘perpindahan teknologi’, iaitu teknologi luar yang diterapkan ke dalam teknologi kita.
Aku sarankan apabila kamu belajar di negara orang nanti jangan hadkan kepada pembelajaran akademik sahaja, tetapi tumpukan perhatian juga kepada pembelajaran sosial seperti cara bekerja, etika kerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mentaliti pekerjaan dan penyelidikan. Lagi satu belajar cara ‘menjual’ kemahiran kamu, jangan pandang rendah nilai serta keupayaan kamu. Kalau kamu mahir dalam bidang ini aku pasti gaji yang bakal diterima memang akan setimpal. Tetapi kalau kamu belajar di Botswana maaflah.
pali bertanya…
hi MM,
apakah pendapat kau tentang aktiviti parkour di malaysia memandangkan malaysia yang kononnya sebuah negara demokrasi tetapi terikat dengan pelbagai undang2 yang menyebabkan aktiviti2 seperti parkour ini tidak dapat dijalankan dgn lancar di malaysia.(aku tgh buat dokumentari psl parkour sbnr nya)
Bukan sahaja parkour sahaja yang terbantut penyebarannya, aku rasa banyak lagi aktiviti kreatif yang terhalang akibat sebab-sebab tertentu. Cuba lihat dari sudut ini, dahulunya skateboarding
memang aktiviti yang kurang popular dengan pihak berkuasa, tetapi lihat sahaja sekarang. Aku rasa perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada mana-mana bidang sukan kreatif. Yang penting jangan menyerah kalah.
cik anon bertanya…
MM, maaf lambat. 1 soalan je
Novel apa yang boleh MM sarankan untuk saya baca ?
Sila baca buku-buku karangan Chuck Klosterman, Farish A Noor dan Dina Zaman. Maaf tetapi kebelakangan ini aku jarang membaca buku fiksyen.
who bertanya…
MM..ter miss nak tanye soalan..
saya berminat untuk memiliki leica d lux 4.
soalan nye berbunyi begini..apekah kelebihan dan keistimewaan leica compared to others??
trima kaseh!
Lebih baik beli Panasonic Lumix LX-3. Spesifikasi dan mutu yang sama, cuma jauh lebih murah. Pada aku tiada kelebihannya kecuali prestij memiliki barangan berjenama Leica dengan bintik merahnya. Tetapi kalau kamu mampu (beza harga dengan LX-3 lebihkurang RM1000) apa salahnya. Sila ke www.dpreview.com untuk maklumat lanjut.
aku konpius bertanya…
ops, nak tnye..
sye tau abg mm nie lelaki tp nk tnye gak hal psl pompuan.. mgkn abg mm ley tlg jawab, kalo x ley mgkn abg mm ley tnye kwn2 pompuan abg mm..
soklan nye:
mcm mane pompuan ley buat ketiak mereka licin , tnpe sebrg bulu?? dieorg shave ke? kalo shave bukan boley tmbh blk? so dieorg selalu shave ke?? dieorg gunr ape smpai boley maintain licin cmtu??
kalo bley tlg jawab yek.. soklan nie selalu bermain di dlm kepala saya.. tak tahu nak tnye sape..
sekian, terima kasih!
Ada yang cukur, ada yang cabut, dan ada yang menggunakan teknik waxing. Ada juga yang secara semulajadi memang tiada bulu ketiak. Kalau mereka amalkan penjagaan kebersihan yang baik aku rasa tidak pelik ketiak mereka lembut, gebu dan enak dihidu dan dijilat.
Tanpa Nama bertanya…
Soalan keenam pula walaupun peribadi aku rasa aku boleh jawab. Kejadiannya melibatkan perkahwinan dan perceraian. Itu sahaja.
1. adakah anda fobia dng perkahwinan selepas pengalaman lama?
2. kenapa anda ambik masa yg lama utk berkahwin semula?
3. how old is yr son?
4. ada target umur tak utk berkahwin semula?
sorry kalau soalan di atas terlalu peribadi.
sfera
1. Ya.
2. Masih tidak berkahwin.
3. Darjah Satu.
4. Que Sera Sera.
fictionita bertanya…
How do i get myself near Pharrell? like, so near, i can smell him? PLEASE, PLEASE, PLEASE tell me. o’ wise one.
pretty please?
Berdiri di sebelahnya.
Cara-Cara Supaya Berpeluang Berdiri Di Sebelah Pharrell Williams
– jadi pihak media. Tawarkan perkhidmatan penulisan kamu kepada majalah-majalah hiburan tempatan yang relevan dengan Pharrel Williams agar berpeluang menemuramah beliau.
—jadi jurugambar. Tawarkan perkhidmatan fotografi pula jika taktik di atas gagal.
—jadi artist liaison. Tawarkan perkhidmatan percuma kamu kepada Pineapple Events, pihak yang bertanggungjawab untuk Pesta Muzik Sunburst. (Aku rasa sudah ada 300 orang ingin merebut jawatan ini, yang biasanya akan ditawarkan kepada mereka yang pernah menjadi artist liaison kepada Pineapple Events.)
—selidik siapa yang menyediakan perkhidmatan katering di Pesta Muzik Sunburst dan cepat-cepat tawarkan perkhidmatan sebagai waitress.
—selidik siapa yang menyediakan perkhidmatan sekuriti di Pesta Muzik Sunburst dan cepat-cepat tawarkan perkhidmatan sebagai pengawal.
—masuk cawangan Persatuan Bulan Sabit Merah/RELA yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mereka di Pesta Muzik Sunburst.
—masuk rancangan One In A Million, menang tempat pertama dan habiskan RM1 juta untuk merakamkan lagu dengan beliau.
–banyak lagi cara sebenarnya, tetapi mungkin terlalu fanatik dan bakal menakutkan si Pharrell dari kamu selama-lamanya.
Terima kasih.
Popularity: 2% [?]
hahaha aku rasa jawapan paling kelakar dari MM ialah pasal ketiak..mungkin aku saja yg rasa kelakar itu..hahahaha
aku rasa macam tak sesuai la…
mamat “tanpa nama” tu tanya umur anak kau…
not about revealing but more toward personal/family matters. kinda complicated.
hahaha…aku pulak yang boring soalan tu. i have my own reason…hahaha…
Kehadapan MM,
List yang kat website sunburst tu dah btul2 confirm ke? dengar cita coldplay/311/radiohead nak datang. tak jadi ke? pls MM, aku betul2 nak tau..
Terima Kasihhhh MM
oh that’s really help..
terima kasih byk..
Aku rasa, si aku konpius tuh orang yang sama google ‘Kenapa artis wanita tiada bulu ketiak’ dan tiba di blog aku. So funny
Hahahah
• sempat ke nak tawarkan perkhidmatan penulisan?
• jurugambar? takde bakat. pass.
• suara tak sedap, muka pecah. pass.
• confirm ke kalau jadi waitress can get up-close?
• pengawal? ah yu kihdihng mih arr? -__-
• ok. ok. boleh consider. nak bagi CPR senang je. kot.
• agak2 ah nak masuk OIAM…
• fanatik? me? nooo laa. takde la sampai nak grab baju dia kasi koyak. maybe just a bit syahdu la if i get to stand face-to-face dgn dia.
but thanks for the ideas. ei, but u got lubangs raaaiiiittteeee???
Umur aku baru 22 dan bf aku dan aku ingin bekawin sekitar hjung tahun ini. tapi kami sentiasa gado, walaupun bukan gado teruk keranna dia kurang peka dan aku pula mudah sentap.
adakah ini prone utk penceraian?
ape pendapat MM klu a girl confess perasaan die kt sorg laki?salah ke?
couldn’t agree more on the LX3 la…mmg best ar..takyah ah beli LEica..unless terlebih duit.
mm celah skit ye…
kepada yg nk amek biotechnology, akoo sarankan kalau pas abes belajar nnti, kije kat luar dlu. masa belajar focus ape benda ko minat. biotechnology tue luas sgt. cam ko amek science. nnti orang tanye biotech ape? gen? bioinfo? lestari?
akoo dlu amek biotech gak, tp mesia skang bukan negara perindustrian. kungkang kungkang campur pertanian ngan industri. job xbyk sgt la utk dak biotech. sbb tue MBC buat satu kursus utk sutdent biotech mengganggur.
sila rujuk MBC – malaysian biotech corp utk maklumat lanjur
rasanya aku dah tanya..tapi tak ada respon..ni aku nak tanya lain la. apa pandangan dan tafsiran anda terhadap bartender perempuan atau female bartender?