February 26, 2009 28

Pemerhatian Hujung Minggu.

By in Pemerhatian, Pendapat

(Maaf tiada gambar. Tiada kamera lagi.)

Baru-baru ini aku telah ke kawasan Bukit Bintang, untuk membeli-belah. (Membeli-belah pada aku merupakan satu penyakit yang amat melemahkan. Melemahkan situasi kewangan.)

Kalau kamu semua tidak tahu, kawasan Bukit Bintang yang aku kenal dahulu memang jauh berbeza dari yang ada sekarang. Tiada lagi Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, tiada lagi Bas Mini Merah Jambu, tiada lagi MCities dan banyak lagi.

Sekarang semuanya sudah berubah. Dan jumlah manusia yang berumpun di kawasan kecil itu memang amat memeranjatkan! Ya, kawasan syurga membeli-belah utama di Malaysia memang kecil, jika dibandingkan dengan Orchard Road di Singapura, ataupun Shibuya di Tokyo, atau mungkin Times Square di New York. Jalan Bukit Bintang memang jalan yang pendek, dan jangan lupa juga hakikat yang jika kamu seorang pejalan kaki, kalau kamu ingin berjalan dari hujung Plaza Low Yatt ke hujung Pavilion memang banyak rintangan (dan juga jenis cuaca dan bau-bauan) yang kamu perlu tempuhi. Pendek kata memang tidak selesa. Lagi-lagi di kawasan kamu hendak lintas di depan Pavilion. Berterabur.

Tetapi aku terperasan satu keadaan yang amat menarik di kawasan Tiga Segi ini. Kelompok manusia (muda) yang berkumpul memang jauh berbeza.

Aku boleh pecahkan kepada tiga kumpulan utama, Kelompol Times Square, Kelompok Sungai Wang/BB Plaza dan Kelompok Pavilion. Kalau kamu tidak percaya lihat sendiri hujung minggu ini.

Kelompok Times Square
Senang cerita mereka ini semua Goth Lolita Times Square. 99% akan berpakaian hitam. Sekali pandang macam orang yang berkumpul untuk pergi majlis jenazah. Bukan majlis jenazah Melayu tetapi majlis jenazah ala barat. Serpihan dari ini ialah budak-budak kampung yang ingin menjadi Goth Lolita Times Square tetapi tidak cukup wang atau belum habis sekolah. Biasanya mereka ini akan berpakaian hitam juga, tetapi memakai topi percuma (biasanya ada jenama Toyota, AirAsia atau topi Ferrari tiruan dari Jalan Petaling. Janji warna merah) dan berselipar. Ramai gila kelompok sebegini di sana.

Kelompok Sungai Wang/BB Plaza
Kalau kamu ke tingkat 4 ke atas di dalam Sungai Wang Plaza, akan ada serpihan-serpihan kelompok yang aku sebut di atas. Tidak lupa juga kelompok Mat Belia yang bertandang dari Plaza Low Yatt selepas membeli kipas untuk motherboard komputer mereka. Yang menarik bukan kelompok yang di dalam Sungai Wang Plaza, tetapi kelompok yang melepak di depan Maybank di antara Sungai Wang Plaza dan BB Plaza. Kelompok yang suka bergendang, menimbang bola atau melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menarik perhatian orangramai. Janji percuma.

Secara fizikalnya lebihkurang sub-kelompok Goth Lolita, tetapi tidak seteruk mana. Tidak banyak berwarna-warni, biasanya akan berpakaian hitam juga. Tetapi masih berselipar. Aku masih tidak faham konsep pakai skinny jeans dengan selipar, maaf.

Kelompok Pavilion
Kamu jalan jauh sedikit, melepasi Lot 10 (yang sunyi sepi, penuh dengan remaja yang tiada kawan), dan KL Plaza (yang LAGI sunyi sepi, penuh dengan orang dari Bangladesh dan Pakistan) dan melintas dengan mempertaruhkan nyawa ke arah Pavilion, kamu pasti akan nampak segerombolan manusia muda di pintu masuk utama pusat membeli-belah ini.

Senang cerita mereka ini hipster. Berpakaian berwarna-warna, selalunya berkamera. (Bacaan lanjut di sini. Sila baca, aku sudah malas tulis.)

Dan apa sebenarnya yang menarik perhatian aku ialah kewujudan kelompok-kelompok manusia muda remaja yang memang jauh berbeza tetapi wujud di dalam kawasan sama yang boleh dikatakan berdekatan juga. Memang jauh berbeza, tetapi wujud, dan mudah untuk kamu membezakan di antara semua kelompok ini.

Adakah ini bukti yang Malaysia sekarang bukan sahaja majmuk dari segi bangsa dan agama tetapi juga dari segi gaya? Tetapi semajmuk kita pun, mampukah kita semua wujud bersama di tempat yang sama secara aman?

(Macam deep sangat pula.)

Popularity: 5% [?]

28 Responses to “Pemerhatian Hujung Minggu.”

  1. si polan says:

    haaiihh..biasalah,budak² baru nak kenal dunia..

  2. .AzFaRuL. says:

    saya salah seorang pemakai skinny & selipar.

    ;)

  3. NIMI♥ Co. says:

    i love sandals..sangat selese!!

    hmm mmg manyak tol kelompok tp sangat takut ngan pemakaian goth

  4. Hannah Sullivan says:

    memang betul pemerhatian kamu. tapi untuk kelompok times square itu, perangai mereka agak annoying.

  5. buih says:

    ada sekali aku pegi times square, ade budak jalan pakai baju hitam yang ade riben2 pin sendiri dan kepak angel beli kat toys r us masa nak dekat x-mas.

    aku tak pergi lagi times square semenjak aku “nampak” benda tu.

  6. Anonymous says:

    Zaman berubah. Manusia pon berubah ye.

    Kaki loncat bulat bulat and abang botak dah takde. Kembali pula kuda gila tepi maybank dan abang lupa tarikh Halloween.

    Tapi amoi amoi di Sg. Wang masih sedap di pandang kadang kala.

    vlad

  7. Alan Marz says:

    kelompok pavi,berlagak kaya

  8. Anonymous says:

    Last pegi area BB masa new year2009,.
    Adalah uncle yang nak bagi tengok gelagat “budak2″ celeb new year..
    very irritating.
    Apa yang ku dapat?
    “Budak” sembur buih dan sempat ku tepis guna tangan yang akhirnya meninggalkan kesan bau yang memeningkan! Pemandangan juga memeningkan dengan tin spray n mineral merata-rata..
    Awefull!

  9. haniazrina83 says:

    aku selalu pergi kerja lalu depan times square. pagi2 tak nampak golongan tersebut. Cuma nampak golongan Arab yg melintas jalan ala2 membunuh diri bawa kereta sorong bayi, maybe tinggal di kondo atas Times Square. Dan aku nampak graffiti yg semakin cantik dan semakin ada unsur2 3D di pagar Kelab Las Vegas, sebelah Times Square. Maaf aku salah tajuk, tapi masih dalam aspek Segi Tiga malaysia. ok lah tu.

  10. porn collector says:

    hahha. kau memang power mm.
    ok, aku pula.

    geng gothic time square memang menjengkelkan. kebanyakannya, semua tak cukup duit atau tak reti bergaya. pandang orang buat muka ganas[baca:masam]. muka macam taknak buat susu untuk adik bila mak suruh. perangai ala-rempit.

    tingkat 4 bb plaza pula tempat oli sykes wannabe. musical elitist yang tak fikir tentang masa depan banyak. delusi. tak semua. selain bebudak gothic, bebudak ni pun suka pakai hitam atas sebab-sebab tertentu. geng metalhead yang boycott genre lain pun ada kat bb.

    yeah, depan maybank tempat bebudak semua berkumpul. ada pakcik tua yang ‘otai gila tak tahan’. dan orang main gendang rentak yang sama selama sejam. ada b-boy dan bermacam-macam lagi. shibuya versi malaysia. dan aku pun tak faham konsep skinny berselipar.

    lot 10 pula bagi aku bukan tempat remaja tiada kawan. tapi remaja yang ingin menjadi laindariyanglain. oleh kerana bebudak depan pavi terkenal dengan dslr tergantung di leher, menggunakan auto-mode dan membuat sesi pengambaran di tepi dinding pavi. bb dan time square pula memang famous. mat belia[tapi aku gelar budak ipta] pun ada sana. so, lot 10 lah tempat yang ‘underground’. baru gempak lepak kat tempat orang tak lepak. haha.

    jawapan bagi persoalan, bagi aku lah.

    bangsa/agama yang berbeza pun masih tak boleh wujudkan perpaduan. lagi lah dari segi gaya/budaya. kalau ada melayu, cina, india. and then ada melayu punk dan melayu skinhead. jahil sungguh mereka yang mengenakan gaya dan menanamkan budayanya sekali.

    hmm. btw, hari minggu kat seberang maybank bahagian giordano tu ada bebudak punk lepak. skinhead aku tak tahu lepak mana. tapi ada lah nampak berkeliaran. yang pasti, dah kurang.

  11. Xn a u f a l X says:

    utk kelompok times tu pon aku rasa diaorg agak annoying…lgpon dari apa yg aku slalu nampak..majoriti budak2 skolah..kecik2 lg..mcm tak sepatutnya..kelompok tu bukan kt times ja…msa aku balik kedah aritu pon aku jumpa kelompok mcm tu juga..dgn bunganya jaket itam yg besar..stokin belang..celaknya lagi..tak leh trima btol..merosakkan pemandangan ja..tp utk sliper tu.aku rasa ok lg..coz selesa kalo pakai..tak jadi isu sgt yg tu..

  12. cranberry says:

    Aku teringin nak tau kelompok The Curve macam mana :P

  13. aji says:

    AKU DAH LAMA TAK PEGI BB………….uwaaa

  14. khalifatullah88 says:

    aku peduli,jadi aku komen:

    1.aku sedih bila baca blog ni..
    baru aku sedar ramainya kawan2 aku yg
    minum arak macam minum air masak.

    2.aku sedar..yg kiamat sudah makin dekat..

    3.aku harap anak2 aku akan dapat aku didik,dan tak akan jadi macam melayu minimalis dan semua makhluk2 rosak di kuala lumpur..

    4.aku akan cuba sebarkan kata2 Allah pada kawan2 aku mulai harini..dan yg paling penting aku sendiri akan berubah jadi orang yg lebih baik..

    5.aku harap..Melayu Minimalis akan jadi Islam Maksimalis (bukan hanya diatas mykad)

    6.aku harap Melayu Minimalis tak akan malukan aku lagi..aku seorang melayu..malu dan sedih bila seorang melayu yang ada pelajaran tinggi boleh bangga dengan perbuatan minum arak dan bergaul bebas..kalau melayu berilmu sudah sampai tahap ini..apa lagi diheran pada anak2 rempit(Mat x sesuai..aku nak tukar kepada anak2 rempit)..

    7.aku harap Melayu Minimalis maafkan aku kalau dia tersinggung..aku dah sampaikan pesan..jangan cari aku dekat Mahsyar nnt..

    sekian
    khalifatullah88@gmail.com

  15. Tipu Tapi Benar (TTB) says:

    Seletah shuffle, tektonik juga sudah menjelma di kawasan Bukit Bintang/Sungei Wang!

    Apa yang saya nantikan ialah segerombolan remaja yang akan buat free running dan meloncat ke dalam kolam di depan Sungai Wang sebagai aksi stunt yang maha hebat!

  16. Anonymous says:

    ape komen MM pasal khalifatullah?..hahaha gg

  17. gman says:

    wahaha berbisa aduh saket~
    haha

    mM,
    agak benar lar apa yang mM tulis..
    ohoho

    and ive read all your tafsiran posts…

    n they are quite true also.

    tapi saya nak tny la sikit,
    mM ni tergolong yang mana?

    or

    golongan yang mana mM honour as “moden”,”liberal”, or “open-minded”?

    hermmm

  18. yaya says:

    MM, dah beberapa kali aku pergi Timesquare tahun ini dan terbaru minggu ini untuk buat kajian dan assignment, tapi aku dah tak nampak budak-budak Goth Melayu ni. Mereka mungkin dah transform kepada watak melayu lain yang lebih ‘in’ sekarang.

    Serpihan mungkin ada tapi aku tak nampak sebab aku dah keliling satu BB dan satu KL pada hari yang sama jadi tak tahulah.. aku rasa budak2 dah tak layan Goth dah sekarang.

    Lagipun di Timesquare tu kan ada 2 buah kedai yang menjual costum diorang ni so tak pelik lah kalau diorang nak lepak situ di mana diorang senang nak shopping dan update baju-baju hitam mereka tu.
    [dah laa kedai tu kena ada membership baru boleh masuk jadi aku tak pernah dapat masuk kedai tu]

  19. Lee says:

    aku suka times square ok. ade kuetiao sedap.

  20. yaya says:

    maaf mungkin masa aku pergi tu weekdays dan budak2 goth tu tengah kat skolah.. haha.. MM buat pemerhatian ni hujung mingu lol

    and motif aku nak defensive tetiba??

  21. Anonymous says:

    @khalifatullah88@gmail.com

    hurm..lama x dengar ayat2 sayu demikian rupa..masa aku baca ayat2 nko..aku cam terbayang..nko pakai jacket “MPP” atau pon “PRS” menaiki motor bawah 110cc dan melanjutkan pelajaran di universiti2 awam..
    (mungkin salah..tp peduli apa aku..)

    pe2 pon terima kasih..u done ur part i guess..

  22. dammit says:

    sejak 10thn lepas ni jadi tempat lepak aku, mmg macam2 berubah. Tapi yang golongan goth tu dah tak wujud aku rasa, dorang dah beralih minat ke ‘sukan’ shuffling.

    Mat belia sentiasa ada kat low yatt. Bagi aku, pavillion tu kira tempat budak2 ‘golongan atasan’ sikit, yang berduit, update dgn fashion dan bercamera.

  23. Mas Mohd Yunus says:

    helo en MM,

    interap sket.. si mazidul (360) ada buat cover pasal bebudak shuffling kat depan maybank tu. lepas tu, pada akhir rancangan tu sempat plak dia ckp, pihak dorng akan lapor perkara shuffling+remaja+yang legar2 kat situ kepada pihak berkuasa.

    aku rasa sungguh saks apabila golongan ini terlalu dicerut oleh orang-orang macam ini. Zaman ini sudah maju, aku rasa sudah ramai yang tahu menilai. Budak2 ni makin dilarang makin memberontak. Apasalahnya diberi kelonggaran sedikit utk mereka berhibur. Rakan muda pun dah out, apa lagi yang tinggal bagi mereka utk refresh diri?

    *makan kuih cakoi kat jalan alor memang saat menggembirakan.

  24. janjiDiana says:

    (aku dalam ke”bodoh”an, jadi aku copy je komen ni… dia benar…)

    aku peduli,jadi aku komen:

    1.aku sedih bila baca blog ni..
    baru aku sedar ramainya kawan2 aku yg
    minum arak macam minum air masak.

    2.aku sedar..yg kiamat sudah makin dekat..

    3.aku harap anak2 aku akan dapat aku didik,dan tak akan jadi macam melayu minimalis dan semua makhluk2 rosak di kuala lumpur..

    4.aku akan cuba sebarkan kata2 Allah pada kawan2 aku mulai harini..dan yg paling penting aku sendiri akan berubah jadi orang yg lebih baik..

    5.aku harap..Melayu Minimalis akan jadi Islam Maksimalis (bukan hanya diatas mykad)

    6.aku harap Melayu Minimalis tak akan malukan aku lagi..aku seorang melayu..malu dan sedih bila seorang melayu yang ada pelajaran tinggi boleh bangga dengan perbuatan minum arak dan bergaul bebas..kalau melayu berilmu sudah sampai tahap ini..apa lagi diheran pada anak2 rempit(Mat x sesuai..aku nak tukar kepada anak2 rempit)..

    7.aku harap Melayu Minimalis maafkan aku kalau dia tersinggung..aku dah sampaikan pesan..jangan cari aku dekat Mahsyar nnt..

    sekian
    khalifatullah88@gmail.com

  25. Melayu Minimalis says:

    maka bermulalah semula!

  26. AntiPemodalBesar says:

    aku paham perasaan hang MM… depa xpenah tgk tape blue zaman kecik2.lol

  27. jetto says:

    hey there..i wore skinny with sliper too..haha..then what shud i wear with?for guys and girls?

  28. Perhaps kind of a tangent but…I’m trying to write a essay on hip hop art. How historically accurate is this source on Graffiti?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes