March 5, 2009 18

Apa Yang Tidak Kena 3.

By in Apa Yang Tidak Kena

Hari ini sebagai bonus aku beri kamu semua dua gambar. Kepada sesiapa yang berpuasa sunat aku minta maaf, pahala kamu kurang sedikit 0.5 milisaat dari sekarang.

(Aku sudah beri amaran.)

( Gambar dicilok dari blog orang yang cilok gambar orang.)

Apa Yang Tidak Kena. (Lihat Rajah 1.)

• Gambar yang terlalu disunting menggunakan Photoshop sehingga tidak kelihatan apa-apa kedutan, lipatan, tekstur atau apa-apa kebenaran. Akibatnya model kelihatan seperti mayat bernyawa pra-reput.
• Stail rambut yang digayakan terlalu 1980an. Aku pasti gambar ini diambil selepas tahun 2005. (Kalau aku salah, maka gambar ini memang menepati citarasa zaman 80an tersebut). Selepas tahun 1998 aku rasa kesedaran tentang lapisan ozon bumi dan kesan yang diberi oleh campuran bahankimia chloroflourocarbon yang wujud di dalam semburan rambut membuatkan fesyen-fesyen berasaskan semburan rambut seperti di atas menjadi kurang popular.
• Aku tidak faham pose model ini. Apa yang cuba dilakukannya? Duduk bersilang kaki sambil menggayakan tangan seperti aksi separa-sparring tetapi satu siku direhatkan di atas lutut. Memang tidak masuk akal. Gaduh manja sambil duduk? Aksi ngesot lutut dengan siku? Jurugambar ketandusan idea? Memang kekok.
• Berbahu tebal bermaksud kamu tidak layak menggayakan pakaian yang mendedahkan bahu, terima kasih.

Lihat Rajah 2. (Aku rasa gambar orang yang sama.)

• Prop tidak munasabah. Tiga biji tayar, dinding bercontengkan grafiti anak panah dan daun kering. Apa motifnya? Sekurang-kurang untuk prop sebegini pastikan model itu bogel dan kamu boleh jual gambar-gambar kamu ke majalah bogel Siam.
• Maaf, kalau hendak gunakan daun kering pastikan jumlah daun cukup untuk menutupi seluruh lantai. Kalau tidak cukup bawa penggambaran ke luar studio.
• Model terlalu manja dengan Tayar #1. Apa relevannya? Kenapa tidak beri layanan yang sama kepada Tayar #2, dan yang malang sekali sebab terbaring, Tayar #3? Di dunia realiti tidak akan ada wanita yang akan memegang tayar sebegini. Aku memang tidak pernah nampak perempuan berlaku sedemikian terhadap tayar-tayar.
• Anak panah menghala ke bawah. Arah bawah selalunya memberikan maksud merundum, kejatuhan, kegagalan, sama seperti sesi fotografi ini. Gunakan anak panah yang menghala ke atas. (Gunakan psikologi.)
• Berbahu tebal bermaksud kamu tidak layak menggayakan pakaian yang mendedahkan bahu, terima kasih.
• Walaupun begitu kudos kerana untuk kedua-dua gambar ini model berjaya menggunakan aset yang paling ketara iaitu lurah dada untuk mengalihkan perhatian dari perkara-perkara lain yang tidak kena.

Popularity: 9% [?]

18 Responses to “Apa Yang Tidak Kena 3.”

  1. gman says:

    muncung panjang betul

    herm~

  2. Anonymous says:

    aku tak paham maksud berbahu tebal.
    tebal di bahagian yg mana?

  3. smowkin says:

    betul-betul pandai menggunakan kelebihan semulajadi – lurah bukit.

  4. dyla rosli says:

    bahu tebal tu, rangka bahu dia besar, tengoklah tu, memang besar 0.0

    make-up macam tahun 90-an -.-

  5. porn collector says:

    hah. apa yang tak kena dah macam starting nak boring. aku rasa kau ambil gambar yang tak pop. 1st thing yang terlintas kat fikiran aku, shoulder luas. and then, gambar boring.

    budak darjah 5 je yang ghairah tengok lurah ni.

    try ambil gambar budak hipster kelamkabut pakai crocs ke. ambil gambar yang sensasi lah. walaupun kautakpeduli, hentam je. baru rock.

  6. Anonymous says:

    bro,
    aku tak suka ruangan baru kau ni. kata dah matang tapi kenapa nak bincangkan apa yang tak kena pada orang lain. atau aku yg terlalu tua utk baca blog kau ni.

    sudahlah gambar kau cilok [kau kata sdri]. ke dgn seizin tuan punya diri?

    aku ingat blog kau lain dari yg lain yet ruangan ini buat aku kecewa.

    just my 2 cents.

  7. Lopo says:

    MM,link la blog mana kau dapat pic ni..

  8. Anonymous says:

    betol la.. tak matang la ko buat entry cam ni.. macam gersang sgt. nk tgk blue or mende lucah tu tgk sendiri2 sudah. takyah nk share ngn org lain.

  9. Melayu Minimalis says:

    ok per. jadi blog porno. atau poron kata budak melayu dulu2.

  10. dena_r says:

    apa kata cheongsamlover?

  11. cHoki2BeSt says:

    hurm..berbahu tebal..hahahaha..dlm erti kata lain..perempuan sasa..

  12. Melayu Minimalis says:

    @Choki
    ya! perempuan sasa. tapi dia ni macam tak sasa pun.

  13. *Sarah is the One says:

    em em em, ruangan ni agak kontroversi sikit tapi i personally feel like i can use some advices on myself. so thank you on that.

    ehehehehe.

    tapi agak kesian juga orang dalam gambar ini sebab sini ramai orang datang baca.

  14. suparman says:

    aku suka ruangan ni..hahaha. gambar yang najis harus dikomen sebagai najis.. kalau dah tau diri tu bukan photog jgn memandai gunakan photography sebagai batu loncatan nak ambik gambar bogel. aku suka ruangan ko ni…hahaha

  15. melayuwillalwaysbemelayu says:

    Oh come on lah melayu minimalis. Ruangan apa yang tidak kena ni memang tak kena lah dengan umur, jantina dan golongan macam kau. Benda2 macam ni selalunya dibuat budak perempuan berusia 17 tahun yang mentalitinya masih ditahap pra-matang atau budak lelaki luar bandar yang juga 17 tahun yang masih jakun dengan perempuan, lurah, punggung etc. Orang yang civilized selalunya tak buat benda2 ni walaupun untuk suka2 sebab pemikiran mereka selalunya tak sampai ketahap yang serendah ini.

    Mari aku terangkan lagi. Aku ajak je, tanak baca takpelah.

    “Aku tidak faham pose model ini. Apa yang cuba dilakukannya? Duduk bersilang kaki sambil menggayakan tangan seperti aksi separa-sparring tetapi satu siku direhatkan di atas lutut. Memang tidak masuk akal. Gaduh manja sambil duduk? Aksi ngesot lutut dengan siku? Jurugambar ketandusan idea? Memang kekok.”

    Komen aku: Menjadikan pose model itu sebagai satu isu lebih tidak masuk akal sebenarnya. Mungkin kau yang ketandusan idea. Humiliate orang lain tanpa sebab yang kukuh memang sangat tak cool. Ya, tak salah kalau kita ingat kita cukup bagus untuk memberi pandangan, tapi salah kalau kita ingat kita sangat bagus lalu condemn orang.

    Next,

    “Berbahu tebal bermaksud kamu tidak layak menggayakan pakaian yang mendedahkan bahu, terima kasih.”

    Komen aku : Aku tergelak besar. Apelah kau ni. Statement ini ridiculous betul lah. Mungkin model itu yang tidak sesuai dengan baju tu, lalu posing pulak tunduk2 macam tu, memanglah tidak kena. Apapun, statement kau begitu lame. Terima kasih.

    Next,

    “Model terlalu manja dengan Tayar #1. Apa relevannya? Kenapa tidak beri layanan yang sama kepada Tayar #2, dan yang malang sekali sebab terbaring, Tayar #3? Di dunia realiti tidak akan ada wanita yang akan memegang tayar sebegini. Aku memang tidak pernah nampak perempuan berlaku sedemikian terhadap tayar-tayar.”

    Komen aku : Usah lah kau mention pasal relevan. Kau condemn gambar2 minah ni dan gambar2 yang sebelum ni lagilah tak relevan. Sebut pula pasal reality, mungkin kau yang patut sedar cepat sebab aku pun tak pernah nampak seorang lelaki sebegini enthusiastic terhadap gambar-gambar random, siap cilok siap elucidate bagai.

    Lastly,

    “Walaupun begitu kudos kerana untuk kedua-dua gambar ini model berjaya menggunakan aset yang paling ketara iaitu lurah dada untuk mengalihkan perhatian dari perkara-perkara lain yang tidak kena.”

    Komen aku : Aku tak terkejut dengan yang ini sebab memang lumrah lelaki. Lagi2 lelaki yang memang tidak banyak kerja lain untuk dibuat. Tapi aku ada kenal lelaki2 yang berdignity dan mempunyai taste yang tinggi.Diorang tidak heran dengan lurah2 sebab benci perempuan murah.Tapi tak ramai pun lelaki macam ni.Lelaki2 yang boleh dijadikan suami.

    Oh well, lifestyle kau urban, kau nampak educated, tapi mentality macam orang yang duduk entah dekat mana. However, ni blog kau, suka hati kau lah. Cuma aku rasa reputation kau agak tinggi untuk buat benda2 ni.

    Kau creative. Tu aku tak nafikan. Bye.

  16. melayuwillalwaysbemelayu says:

    To suparman,

    “aku suka ruangan ni..hahaha. gambar yang najis harus dikomen sebagai najis..”
    Aku rasa dia ni seorang gangster yang rasa dia cukup kuat untuk cari pasal dengan orang.Perangai dia yang macam najis dimata aku.Dan mungkin dia terlalu bebal untuk diajar supaya berbudi bahasa.

    “kalau dah tau diri tu bukan photog jgn memandai gunakan photography sebagai batu loncatan nak ambik gambar bogel.
    Hahaha suparman seorang yang lucu juga.Kalau dah dia mampu nak beli sebuah kamera, suka hatilah dia nak buat apa dengan kamera dia.Satu gambar bogel pun aku tak nampak.

    “aku suka ruangan ko ni…hahaha”
    Memanglah.orang macam kau.

  17. kuc1n993m0k says:

    bukan ini model dari indonesia yach?
    apa nama nya tu..rika delima

  18. dianna :) says:

    different people different opninion.

    p/s : traffic naik ouh. :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes