March 5, 2009 18

Petang Semalam Di Majlis Pelancaran 1.

By in Advertorial

Aku jenis orang yang suka menonton TV. Dan kalau kamu rajin mengikuti penulisan aku kamu akan tahu bahawa aku sebenarnya seorang yang agak remeh dalam jenis maklumat yang aku boleh terima. Atas sebab yang sama juga memang lebih terdorong ke atas rancangan dokumentari dan juga berita. Dan yang ada ramai model kurus berbuah dada besar.

Tetapi aku tak faham, walaupun Malaysia ini sekarang sudah berada di dalam era di mana maklumat boleh diperolehi dengan mudah, ramai dari kamu yang masih bergantung kepada maklumat yang disuapkan terus ke mulut kamu.

Inilah indahnya Internet. Kebebasan. Bukan sahaja untuk memaparkan kepada satu dunia video-video 3gp ‘kebolehan-kebolehan istimewa’ kamu, atau untuk mencari gambar-gambar yang mungkin berfaedah kepada ‘kajian’ seksualiti kamu, tetapi kamu diberi kebebasan untuk mencari maklumat yang relevan kepada kamu.

Jadi cuba kamu bayangkan kalau kamu gabungkan kedua-dua ini; Internet dan televisyen.

Nasib baik sekarang boleh tonton TV dengan Internet. Ya, Nasib Baik Ada Hypp.TV! :)

Apa-apa pun aku seronok sebab dengan Hypp.tv aku boleh tonton Al-Jazeera dan Fashion TV, 24 jam sehari. Apa yang lagi seronok ialah—
• guna Internet, jadi tidak perlu lagi tonton siaran popular ‘Service Is Currently Unavailable‘ yang melonjak-lonjak jumlah penontonnya bila hujan lebat.
• tidak perlu tertonton siaran ‘Macam-Macam Aznil’ dan ‘Bolos’ bila tukar saluran.
• lebih laju dari Youtube, dan visual muncul serta-merta. Kalau tidak percaya cuba sendiri.
• cuba buat Matematik (Ilmu Hisab kata orang tua) sedikit—RM9.90 sebulan untuk 30 saluran rancangan! Berbaloi, bukan?
• ada saluran Debar 99. Bayangkan kamu tonton ‘Seekers’ tiap-tiap hari! Tiap-tiap hari kamu boleh cari alasan untuk tidak tidur berseorangan di atas katil!
• ada Fashion TV. Khas untuk peminat fesyen. Dan model perempuan. Dan bahagian-bahagian badan model perempuan.
RM9.90 sebulan untuk 30 saluran! Dan tiada bayaran tambahan langsung.

Jadi tempohari aku telah dijemput ke majlis pelancaran Hypp.tv ini, terima kasih kepada TM dan Nuffnang. Ramai juga penulis blog lain yang aku kenal, dan juga yang kenal aku, walaupun sebenarnya tidak penting pun. Dan semua penulis blog dan selebriti blog di situ diharuskan memakai kostum.

Teka aku pakai kostum apa?

Aku jadi Orang Halimunan. Cuba teka mana satu aku?

Popularity: 3% [?]

18 Responses to “Petang Semalam Di Majlis Pelancaran 1.”

  1. Helmi Razali says:

    kau menyamar jadi dinding kat belakang tu kah? ha ha

  2. Shemmi says:

    Aku teka kau adalah rantai kepada awek berbaju hitam tu..tempat pilihan yg paling bijak, ko kan bijak!

  3. Shafiq Mustapa says:

    aku tahu.
    kau pakai baju bintang2 pastu terus camo dengan backdrop tm blakang tu

  4. Atira. says:

    ehh macam best!

  5. hasbullah awang says:

    bosss
    hypp.tv memang layan ke?
    atau kau terpaksa cakap best
    sbb kau dijemput ke launching?
    sbb trend sekarang aku lihat invite penulis blog acak acak tersohor bila ada product launching
    and biasanya review dari penulis blog acak acak tersohor ni majoritinya (kengkadang boleh dikatakan semua) positive. adakah ia positive memang sbb positive atau, sbb dah dijemput ke majlis orang takkan nak review tak best pulak atau takut untuk tidak diundang oleh mana2 pihak lagi? ini memang aku ikhlas tanya nih, takut rugi RM9.90.

  6. cyrusdavirus says:

    aku baru visit website hyppo tuh, pakai windows ek? aku pakai imac, adess.. xbley~ sedeynyer.. harap harap future nnti derang wat untuk pengguna mac cm aku~

  7. cHoki2BeSt says:

    hurm…skrng juga aku try usha..(ayat org yg tunggu disuap)

  8. aji says:

    AKU SEPENDAPAT DENGAN HASBULLAH AWANG……

  9. Diloz says:

    dah macam blog Kennysia dah ni.
    nasib baik produk ini menarik.
    kalau aku di Malaysia aku dah subscribe dah.

    jadi,apa lagi kawan-kawan!

  10. bakrihafizhisham says:

    diloz,
    perlukah berada di malaysia untuk subscribe bende ni?
    kata internet?
    bukan boleh dapat dimana mana ke?
    kat toilet sunway pun ada internet

  11. Penguin Digital says:

    siot….. hypp.tv tak menyokong linux

  12. Anonymous says:

    kau tiada dlm gambar. itu sudah pasti, sebab kau lelaki melayu.

  13. Anonymous says:

    “Dan yang ada ramai model kurus berbuah dada besar.”

    minat kau perempuan kurus bertetek besar. tapi awek yang kau heret sini sana macam ‘PAPAN’.
    macam budak perempuan baru habis sekolah. hehehehe. fikir? kau memang tak pernah dapat kepuasan hidup.
    wake up man! kau bukan umur 20 an lagi.

  14. Melayu Minimalis says:

    @Shemmi
    tepat sekali!!!

  15. Anonymous says:

    ko bukan mac user ke? camne leh tgk hypp.tv?

  16. porn collector says:

    ada debar 99, ada fashion tv. hahha. serious lawak.

    tak payah petang semalam di majlis pelancaran 2 lah, kecuali kalau ada gadis tunjuk bontot.

  17. mousqy says:

    hrmmm…baik bukak tvu network,
    sangkal ngan service TM yg tak begitu baik

  18. Anak Pendang Sekeluarga says:

    salam ziarah,blog yang bagus,jemput penulis muzakarah di blog saya,dan sila add blog saya…tq

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes