Aku rasa mungkin ramai yang tak tahu beza tentang jenis-jenis barangan yang tergolong di dalam kategori di atas. Mungkin definisi aku salah, tetapi aku akan cuba terangkan berdasarkan maklumat industri yang aku tahu, OK?
Apa Kejadahnya ‘Replicas’?
Katakan kamu sebuah syarikat produk terkemuka seperti Supra. Mengikut trend pemasaran sedunia, agak munasabah untuk sebuah syarikat pengeluaran sekarang mengeluarkan atau mengilangkan produk mereka di benua Asia di atas sebab-sebab kos. Kos pengeluaran, buruh, pengurusan dan lain-lain pastinya lebih murah jika dibandingkan dengan kos pengeluaran di negara pengasas seperti Amerika misalnya.
Jadi berdasarkan kelebihan ini, Supra misalnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan kasut-kasut mereka di China. Setelah memeterai perjanjian, dan mengambilkira proses latihan, penelitian kualiti/mutu serta proses-proses pengeluaran lain, sebuah kilang kasut di China dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan semua kasut Supra.
Jadi Supra pun membuatlah pesanan untuk 5000 pasang kasut Supra, yang akan dibuat oleh Kilang Ah Boi (misalnya) di China. Pekerja-pekerja kilang Ah Boi pun bertungkus-lumus membuat 5000 pasang kasut Supra.
Setelah selesai membuat 5000 pasang kasut, wakil Supra dari Amerika pun datanglah ke kilang untuk membuat pemeriksaan kualiti. Teliti punya teliti, ada 500 pasang kasut yang logo Supranya senget sedikit. Berdasarkan sistem kawalan mutu Supra yang terperinci, 500 pasang ini tidak diterima untuk dijual di bawah nama Supra sebab tidak menepati tahap kualiti yang ditentukan.
500 pasang kasut ini akibatnya terpaksa dimusnahkan. Tetapi Ah Boi si pengurus Kilang Ah Boi ini pandai. Dari dia membazir 500 pasang kasut ini, dia bercadang untuk menjualnya kepada ejen yang sanggup membeli secara pukal dengan harga murah. Tetapi Supra beri syarat yang kasut-kasut ini tidak boleh dijual dengan label rasmi Supra, atau logonya harus dicabut, misalnya.
500 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Rejects’.
Ejen-ejen ini kemudiannya mengedar dan menjual 500 pasang kasut ini di premis-premis seperti Reject Shop, Factory Outlet Store dan lain-lain dengan sedikit keuntungan. (Sebab itu kamu semua boleh beli t-shirt jenama ‘Junk Food’ dengan harga yang amat murah!) Malah ada kilang yang membuka sendiri premis jualan yang menjual barangan-barangan ‘Rejects’ ini.
Oleh sebab menurut perjanjian Kilang Ah Boi sepatutnya membekalkan 5000 pasang kasut, dan yang menepati piawaian hanya 4500 pasang, Kilang Ah Boi terpaksa mengeluarkan 500 pasang kasut lagi untuk memuaskan hati Supra.
Tetapi Ah Boi si pengurus ini memang pandai. Dia berfikir, “Dari aku buat lagi 500 pasang sahaja, lebih baik aku buat lagi 5000 pasang… Aku tolak pada Supra 500 pasang, yang lagi 4500 pasang lagi aku jual sendiri.“
Jadi pekerja-pekerja Kilang Ah Boi ini bertungkus-lumuslah untuk membuat 5000 pasang kasut Supra lagi.
Tanpa pengetahuan wakil Supra ini, Ah Boi telah memberikan baki 500 pasang kasut, dan si wakil Supra ini pun gembiralah balik ke Amerika sebab proses membuat 5000 pasang kasut ini sudah selesai. Tapi sebenarnya pekerja si Ah Boi ini bukan berhenti di setakat baki 500 pasang sahaja, mereka pun berkerja keras menyiapkan 4500 pasang kasut Supra yang si Ah Boi tadi mahukan.
Ah Boi pun terfikir, “Baik aku jimat kos sikit. Aku tak payah buat kotak, aku guna padding yang nipis sedikit, kurangkan jahitan sikit… Alah… orang bukan tahu pun.“
Setelah siap 4500 pasang kasut ini, Ah Boi pun telefonlah ejen lagi seorang ini untuk mendapatkan pembeli. Memang untung besar dia ini, sebab Ah Boi sedar dia tidak perlu tanggalkan label atau logo Supra seperti bila dia mahu menjual kasut ‘Rejects’ ke ejen terawal tadi. Lagipun wakil Supra itu bukannya tahu pun, bukan?
4500 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Replicas’.
Ah Mei, pengurus besar Kilang Ah Mei yang kalah kontrak Supra dengan Kilang Ah Boi memang tidak puas hati melihat keuntungan besar yang diraih Ah Boi. Dia menyuruh konco-konconya untuk membawa balik sampel kasut Supra yang dikeluarkan Kilang Ah Boi. Setelah meneliti kasut itu, Ah Mei berkata, ‘Hek eleh kasut buruk ni. Aku pun boleh buat!’
Jadi berhempas-pulaslah pekerja kilang Ah Mei merobak dan merabik kasut Supra ini untuk mengetahui cara-cara kasut ini dibuat. Malah si Ah Mei mengupah bekas pekerja Kilang Ah Boi sendiri untuk bekerja di kilangnya. Mungkin si Ah Mei fikir mereka ada keupayaan untuk membuat kasut ini berdasarkan pengalaman mereka di Kilang Ah Boi.
Tetapi Ah Mei tidak sedar proses pemilihan bahan-bahan membuat kasut ini dahulunya dilakukan oleh Ah Boi bersama wakil-wakil Supra dahulu. Ini sebabnya kualiti kasut di Kilang Ah Boi memang tinggi. Yang si Ah Mei ini pula hanya main hentam, beli kulit murah dari kampungnya, guna fabrik murah untuk jimat kos dan lain-lainnya.
Kilang Ah Mei pula bertungkus-lumus untuk mengeluarkan 5000 pasang kasut Supra mereka sendiri. Setelah siap, Ah Mei senyap-senyap menjual semua 5000 pasang kasut ini kepada ejen-ejen penjualnya. Dan di antara ejen-ejen ini semua mungkin termasuk ejen-ejen yang juga digunakan Kilang Ah Boi.
5000 pasang inilah yang dinamakan ‘Fakes’.
Ah Chan, pemilik Kilang Ah Chan di hujung bandar tempat Kilang Ah Boi dan Kilang Ah Mei beroperasi terdengar ura-ura mengatakan kedua-dua kilang ini untung besar dengan kasut Supra. Memang dia tidak puas hati.
Dia perintahkan kesemua 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun yang bekerja di bawahnya untuk mengeluarkan kasut Supra juga. Tetapi Ah Chan takut kilang kanak-kanak bawah umurnya itu kantoi dengan pihak berkuasa, jadi dia terpaksa buat kerja senyap-senyap. Sebagai langkah keselamatan (atau kerana budak 12 tahun yang bekerja sebagai perekanya itu tidak pandai mengeja), ejaan ‘Supra’ ditukar menjadi ‘Sapra’.
Ah Chan berfikir kalau mereka boleh menjual 5000 pasang kasut ini, Kilang Ah Chan pun boleh. Jadi dia pun keluarkan 5000 pasang kasut Sapra ini untuk menumpang untung yang dibuat dua kilang terawal tadi. Setelah siap, 5000 pasang kasut Sapra ini diagihkan kepada ejen-ejen jualannya di seluruh dunia.
5000 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Knock-Offs’.
Secara mudah, inilah perbezaannya. Kalau salah harap maafkan, tetapi menurut apa yang kau tahu, inilah realitinya…
Popularity: 10% [?]
wow. aku teruja nih. terima untuk memberikan kefahaman ke-atas aku kerana aku kadang-kala terkeliru dengan replika, rejeks dan fakes ini.
Hahaha.. walaupun aku tak amik kesah sgt term ni asik terinterchange…tapi dapat gak menambah ilmu.. good example story… nukilan MM dah kembali segar…
pemilihan perkataan adalah comel; “perintahkan”? ahaa
janji comfort pakai. tak kisahlah berbrand ker tak. lainlah kalau aku anak lot. then nak kena jaga status…
work flow yang benar…
nama lain replicas adalah “mockup set” atau “trial set” atau “pre press”. ia nya juga untuk threshold quantity. dimana jika nak press 5000, maka tukang press akan press 6000. dalam kiraan 20% threshold. belen yang tak masok kiraan order akan dijual tukang press. ianya ori tetapi bukan under certified distributor.
ada sangkut paut dengan minimum order quantity (MOQ), minimum running quantity (MRQ). takkan nak kilang tu running kasot 500 aje…
nama lain reject adalah “off set press” dimana berlaku error atau low quality. disini threshold akan menyelamatkan keadaan order. yang rijek ni akan dilupuskan (jual la tu…) maka carik kat rejek shop.
fakes tu huraian nya tepat. benda original tetapi tiada dalam paperwork recorded/order (cth disini : pemilik Supra)
fakes banyak kekeliruan dengan terminologi “aftermarket”
knockoff aku tak tau…
tetapi pada aku aftermarket adalah knockoff…
“““““““““““““`
tetapi aku pernah terangkan rasanya di blog aku…
kini untuk mengurangkan benda begini berlaku…
tiada lagi in house maker.(satu kompeni buat semua)
cth Supra ni:
kotak kilang lain…
lidah kasut kilang lain…
tapak kilang lain…
shoelace kilang lain…
jadi.
ah boi hanyalah “assemble” sahaja.
TQ.
ohh.. daku ingat knock-offs spelling betul.
takpelah. kalau replica ka ori ka.. kalau yang pakai tu takde style, orang ingat fakes juge.
belilah yang takde brand pon janji best dipakai.
aiman tak peduli pon.
ooo..kasut kat jalan petaling tu kira Replicas la eh?
macam tu rupanya.
haha..good explaination.. siap pakai Supra wat contoh tu..
baru je bincang dgn “Amat” yg tnya soklan kat chatbox tu…
@erk kenyang
betul tu. sebab selalunya tak akan ada pengilang yang bodoh sangat tak pandai buat a little money on the side, bukan?
@diloz
bukan. itu selalunya fakes atau knock offs. replicas biasanya tidak dijual secara begitu.
hahahha sume ah ah ah jee… hahahah
owh…..begitu…
bagus btol info nih…
wahhh da putih da background die..hik hik hik
God info
love it…
pakai yang ori sebab material tu high quality
kasut ori kalau basah takde la bau hampeh macam kasut fakes
so, what about your skytop?hehehe..
dah check lom ‘u’ ke ‘a’?
jangan sapra dah….
skytop mm ori sebab dia ada pernah post gambar kotak masa show off macbook pro and lx3 dia. last month. hahahahahahahahahhahaha.
pergh..penat beta baca..damn it..good info..pandai sungguh Ah Chan
oh. jadi inilah gred A, gred B, gred C yang selalu kita dengar tu ye?
beb….aku ade permintaan.utk pengetahuan kau,ak malas sgt nak tulis kat email,so ak tulis kat komen…n maybe ak x bace balik utk jwpn kau.1permintaan aku boley tak kau buat blog cerite pasal fusion fission.mmdgkan aku dlm field engine.dah lame aku x bace pasal fizik ni.so plsssss la buat,myb nak nmpk mnarik ko tulis dlm bhs melayu,tp tecnical word dlm english.yang aku paham term BM pelakuran.tp cold fussion mmg cool.ko dah bace buku atomic bazaar?or sound like that.ak lupe judul die,buku nipis(ak melayu tipikal,mls mmbace tebal2)?tolong la…..ko buat ayat santai mcm bace majalh,and development kat msia mcm mn.info ikut2 kan kat wiki byk,tp ak rs mnarik klo ko tulis,sbb org slalu tulis psl politik,agama n fesyen n so on.tapi jgn wat ayat nerd…skian terima kasih
ikhlas dari saye
oh,macam tu kisahnya..
abistu, mane satu yang legal dan illegal?adakah kalau aku jual replicas atau fakes aku boleh disaman?
i think they prefer referring to you than to google / wiki. bagus betul.
BROV,
agak betul la ko punya definasi, dulu aku kat Puma cam tu ah jalan citer dia, siap Puma takut akan replicas sampai diorang akan own kilang tu, nama kilang tu terus jadi World CAT.
dunia kucing.
tapi knock-off paling power dalam dunia ni pada mata aku kat thailand ah, relek je shape air force one tapi ada logo adidas, nike, reebok dan puma dalam satu kasut.
that’s hawt.
Jom beli BATA je la…LOL
@Puteri Gunung Ledang
aku dah beli. kamu dah beli?
@KWAI TAR
World Cat? Meeowwww…
@mamemo
yang legal hanya original dan rejects. yang lain-lain tanpa kebenaran pemilik.
@Gayesopan
kamu salah ruangan. sila isi borang di tempat yang betul. Next!
ske sgt…
now i noe..
heheheheheh!!
kirim salam sama ah mei hahah
wah, this is a really good illustration. sekarang betul-betul faham. brilliant!
ah mei tu dah ade balak dah??
kalau xde,aku nak ayat…
leh tumpang kaya~~
hhoooorrraayyyy~~~!!!!
hari tu baru beli online kasut supra..arhhhh..made in Vietnam..FAKES punya kasut..rm350 x berbaloi..
seronok membaca story ko lah..aku terus faham apa maksud benda2 tue..