Tanya Abang Minimalis Musim 9 Episod 2.

Posted on Friday, March 20th, 2009 at 09:30

Lopo bertanya…
1.Boleh tak MM beri cadangan dan idea kat aku IPTA atau IPTS mana yang terbaik untuk aku sambung belajar didalam bidang seni bina,aku dah tak tau nak pilih yang mana?

2.Apa perkembang kereta MM? Ok kah?

3.Tak ingin buat ‘Petang/Malam Semalam Di Luar Negara’ pulak?? Itu sahaja untuk kali ini!

Maaf, untuk soalan pertama aku benar-benar kurang pasti, jadi aku tidak akan menjawab. Untuk soalan kedua setelah lebih 6 bulan memandu Satria Neo aku, sampai sekarang masih tidak ada masalah. Aku memang akan sarankan kepada kamu semua yang ingin membeli kereta di dalam julat harga RM40,000-RM50,000. Minyak pun tak ‘makan’ banyak.

Aku pernah buat apa… Baca nukilan ini dan ini. Mungkin tahun ini aku akan berpeluang pergi lebih jauh lagi, jadi tunggulah sahaja, ya?

mizzy N bertanya…
dear encik minimalis, kenapa semua orang dalam drama menangis tak lap air mata macam tisu tak wujud dalam dunia drama tv? aku geli tengok air mata lekit2 tu.
ps: Aku tau dia nak tunjuk efek menangis hebat tapi saja nak tanya pendapat encik sebab encik akan komen dengan menarik.

Sebab itu dipanggil drama. Sebab drama harus dramatik. Kalau tidak nampak airmata itu namanya Berita Jam 10 atau Berita Perdana.

Weed and Bandages bertanya…
Ms Weed minat juga Moloko, Moby, Beck dan apa pendapat MM tentang mereka? Pernah ke konsert mereka?

Jika MM diberi peluang menjadi seorang guru di sekolah menengah, sanggupkah sahut cabaran itu? (boleh jawab ‘ya’ atau ‘tidak’ – jimat masa :)

Dari senarai yang kamu beri aku pernah minat Beck satu masa dahulu, terutamanya lagu ‘Devil’s Haircut‘. Malangnya sekarang Beck sudah semakin kurang relevan dengan aku, jadi aku sudah kurang mendengarnya. Aku tidak pernah ke mana-mana konsert tiga artis yang kamu sebut.

Ya, aku sanggup. Sebab boleh tengok awek comel berpakaian seragam.

Tipu Tapi Benar (TTB) bertanya…
MM,
Tak lama lagi siaran televisyen di Malaysia akan didigitalkan. Dan pengguna televisyen perlu membuat sedikit perubahan dalam menghadapi perubahan ini.
Soalan : Apakah pentingnya pertukaran kepada sistem digital ini dan bagaimanakah ia dapat memberikan kebaikan kepada kita, terutamanya kepada penerbit filem, penerbit program dan individu yang meelibatkan diri dalam industri yang seangkatannya di Malaysia?

Lama lagi. Proses pendigitalan siaran TV Malaysia dikatakan akan mengambil sehingga tujuh tahun. Malah di Amerika pun yang sepatutnya melakukan pertukaran ke siaran digital secara besar-besaran pada Februari 17 tempohari telah ditunda kepada Jun 12 akibat kekurangan kupon bantuan kotak ‘converter’ analog/digital serta kelembapan rakyat Amerika untuk menerima secara penuh konsep TV digital. Kalau di Malaysia aku rasa akan lebih kecoh sampai kena berkumpul di bawah pokok sambil protes tunjuk lurah dada. Mungkin.

Aku rasa medium digital akan memaksa pembikin siaran TV serta filem menjadi lebih terperinci dengan kerja mereka, sebab setiap inci skrin akan terang benderang tanpa sebarang kekaburan. Bukan imej serta gambaran sahaja, penataan bunyi juga akan jadi lebih jelas. Jadi tiada ruang untuk malas atau berkarya sambil lewa. Paling kurang pun aku rasa dengan sistem digital yang lebih jelas mungkin kita semua boleh melihat apa sebenarnya ‘kekurangan’ kita dan mengambil iktibar.

the blackpaper bertanya…
Kehadapan Saudara MM,
Apakah langkah-langkah atau penyelesaian yang saudara MM biasa ambil ketika menghadapi tekanan kerja ditahap yang agak teruk. dan adakah langkah yang diambil itu berkesan mengurangkan tekanan itu.

terima kasih,
Kertas Hitam

Salah satu yang penting bagi aku ialah untuk merehatkan mata yang penat merenung skrin komputer. Cara paling senang ialah memfokuskan mata ke arah objek yang lebih jauh sebab sudah berjam-jam berkonsentrasikan objek-objek di dalam skrin komputer. Salah satu lagi hobi aku ialah masuk ke dalam kereta dan memandu tanpa arah tujuan. Tetapi kena pastikan yang tangki minyak serta poket ‘penuh’.

roket bertanya…
mm sudah ad ramai pengikut,dh aku kira sudah boleh mempengaruhi pemikiran pembaca dalam certain issue,so penah x terpk nk wat mcm dalam cite fight club,kumpulkan pengikut n p letupkan klcc ke, parlimen ke, atau pokok demokrasi mungkin?
haha

Sudah pun bermula. Sila baca nukilan ini. Cuma tiada banyak sambutan. Mungkin tiada sistem undian melalui SMS. Lagipun aku percaya yang penting bukan manipulasi politik, cuma peluang untuk merubah mentaliti.

fadzlie bertanya…
tahu tak di mana ada menjual kamera polaroid? bukan kamera digital, tapi yang instant tu. sudah mencari di lelong.com.my dan ebay.com.my.. tapi tak jumpa.. hanya jumpa yang digital..

Cuba cari di cawangan-cawangan Cash Converters. Aku pernah jumpa beberapa kali.

Neys bertanya…
apa perkembangan terbaru muzik tanah air kita?

Soalan ditolak kerana berbentuk terlalu am.

Ummu Qaish bertanya…
boleh aku tanya pasal cinta?!
sukar untuk memilih mana satu yang patut aku kahwini… kedua2nya aku suka dan kedua2nya punya keperibadian yang aku mahukan…

Orang semuanya boleh berkata wang itu bukan segalanya, tetapi percayalah, wang itu kalau bukan segalanya, akan menjadi sebab yang agak besar untuk sesuatu yang baik mahupun yang buruk berlaku. Jadi, pilih yang lebih banyak wang atau sekurang-kurang berada di dalam posisi yang lebih berupaya untuk mendapatkan wang. Cinta bukan segalanya, itu semua kisah tahyul dalam siri drama dan wayang gambar. Kalau hidup kamu kurang selesa, secara automatiknya kamu akan lihat semua benda di sekeliling kamu sebagai kurang menyelesakan, termasuklah si dia yang kamu cinta tunggang-terbalik.

StingRay bertanya…
Gambar kat atas tu kat damansara?….dekat jalan PJU? =}
macam kenal….=)

Ya.

KumbangKhayal bertanya…
kau rasa cutting jeans mana yg cun kalau padan dengan puma 917 atau puma first round?

Potongan yang sesuai dengan bentuk badan kamu.

hac01 bertanya…
apa yang kau rasa patut dilakukan agar gejala samseng atau kebinatangan para pelajar di sekolah menengah dapat dikurangkan?

Hantar semua masuk penjara atau letakkan semua yang bermasalah di atas sebuah pulau dan suruh mereka bunuh sesama diri. Kalau kamu pandai jual hakcipta konsep ini sebagai rancangan TV realiti dan sediakan undian SMS.

Kalau tidak boleh juga mungkin sudah tiba masanya sistem pendidikan kita mula kurangkan perhatian terhadap pencapaian akademik di dalam peperiksaan dan ujian dan mula tumpukan usaha untuk mendidik kerohanian dan moral sebagai tunjak utama pendidikan.

Belajar pandai-pandai pun tetapi apabila pegang ijazah tidak pandai mencari kerja apa gunanya bukan?

komentar tidak bernama bukan dari bernama bertanya…
a. jason mraz live in malaysia (dh lepas)
b. sunburst 2009 (dh lepas)
c. sarah brightman live in malaysia (dh lepas)
d. jamiroquai live in malaysia
e. rachael yamagata live in singapore
f. coldplay live in singapore

which one do you likely will be goin? why?

Jamiroquai. Sebab aku suka Jason Kay. Dan Coldplay. Sebab aku suka ‘Yellow’ dan ‘Fix You’,

Pengandung bertanya…
cara cara mencegah kehamilan apabila sperma telah berjaya berenang kedalam vagina secara berkesan selain dari amalan memakan nenas,berjumpa doktor, atau apa saja amalan tipikal lain. Mengikut pengalaman sedia ada encik minimalis, atau boleh berikan nama ubat yang amat mujarab yang boleh didapati di farmasi berhampiran,sekian terima kaseh

Kamu ingat aku doktor? Inilah masalahnya. Apabila satu pasangan yang aktif seks tidak sedar tanggungjawab yang dipikul. Akibatnya terpancut sini, termengandung sana, terbuang sini, terbuang sana.

Tiada ubat yang mujarab. Yang penting tanggungjawab dan kesedaran. Kalau kamu tidak sedar tanggungjawab tersebut sila melancap atau mengamalkan seks yang tidak melibatkan vagina. Aku seorang pro-lifer, dan aku sedih setiap kali terdengar kisah tentang kenalan yang terpaksa menggugurkan kandungan akibat kelalaian.

Jadi fikirkan betul-betul ketika membuat aktiviti yang melibatkan sperma.

Nama dena_r bertanya…
do u think Soundscapes will only bring in post-rock / math rock bands or do you think i still have a chance to watch freak-folk/ americana/ naturalismo bands in malaysia?

btw what do you think of leica d-lux 4 and c-lux 3. ingat nak angkat satu dari pavilion.

Aku rasa ada peluang, cuma buat masa ini Soundscapes mungkin lebih tertumpu ke genre-genre yang kamu sebutkan sebab mungkin lebih senang dipasarkan. Aku pun hendak melihat Sufjan Stevens, Bonnie ‘Prince’ Billy dan mungkin Animal Collective.

Hanya beli Leica jika kamu cukup duit dan tidak perlukan duit lebih untuk membeli kasut dan sebagainya. Sehingga itu berlaku, aku rasa Panasonic Lumix FX-37 (sebagai model sama dengan Leica C-Lux 3) dan Lumix LX-3 (sebagai model yang sama dengan Leica D-Lux 4) sudah mencukupi. Tiada banyak beza kecuali logo bulatan merah Leica. Apa-apa pun jangan angkat di Pavilion. Sila cari pengedar besar Leica di Plaza Pudu. (Tak silap aku.) Lebih murah di sana. Oh ya, bakal-bakal pembeli Leica tidak akan bertanya pendapat orang lain apabila ingin membeli kamera. Mereka hanya beli.

zarticcus bertanya…
Hallow…
aku sangat rasa heppi kerana ada jumpa peminat Smshing Pumpkins… lagi2 pada material awal2 sekitar era Gish… bagiku Gish sangat spesial kerana ke”raw”an/ke”garage”an, bits of psikadelik, balada yang menyusuk kalbu dan solo yang thundering serta interlude yang feelnya sangat “high” bagiku(seperti lagu Bury Me)…
ok berbalik kepada soalan…

MM ada rasa tak band2 lain serta albumnya yang MM boleh kasi rekemen yang agak2 boleh dapat feel yang sama/lebih kurang dengan album Gish, Smashing Pumpkins ini…
thenkiu…

Soalan yang baik tetapi sukar untuk dijawab. Kalau untuk aku apa kata kamu cuba dengar album Deftones ‘Deftones‘, Jeniferever ‘Choose A Bright Morning’. Susah soalan ini. Terus terang aku katakan karya-karya awal Smashing Pumpkins memang tiada tandingannya. Sebab itu sampai sekarang aku masih minat.

XMaTaPeJAmCeliKX bertanya…
En MM
MM penah melalui zaman kegemilangan Skateboarding di bulat-bulat kan?MM penah skate ngan ariff budiman,helmy afro tak pon boy ipoh?
En MM

Apa pandangan MM mengenai contract sosial..!Adakah dier masih relevan?

Tidak pernah.

Untuk soalan kedua jawapan aku tidak relevan. Aku rasa kita semua sudah mampu bersaing di tahap yang sama. Kalau tidak mampu sekurang-kurangnya yang benar-benar ingin bersaing tidak akan ketinggalan.

cHoki2BeSt bertanya…
kalau kamu betul ada anak (tak salah jika kamu beri pendapat walau kamu tiada anak tidak bukan?).

Apa pendapat kamu tentang status dan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia pada masa kini? Dan dari aspek mana perlu di titik beratkan?

Sila lihat jawapan aku bagi soalan tentang gejala samseng di sekolah di atas.

Lola bertanya…
“If you’ve been given a chance to further up study on MSc. Technology Management in a top Engineering School located in Australia, will you take the offer and leave your very cool NEW job (u’re there for less than 3 months) at a world-class GLC which is listed in KLSE Main Board and give out annual bonus up to 6x of your basic salary.

Would you stay or rather go?

Saya akan tinggal. Tetapi seperti kata mereka, ‘It’s better to have tried and fail than never to have tried at all.‘ Jadi terpulang kepada kamu.

Tunggu episod ketiga pula ya?

Popularity: 2% [?]

Responses (16)

  1. komentar tidak bernama bukan dari bernama says:

    see you there then… :)

  2. seKadar memberi pendapat says:

    utk soalan no.1, aku suggest: utm>usm>um>uitm

  3. nanie says:

    Pengandung bertanya…
    cara cara mencegah kehamilan apabila sperma telah berjaya berenang kedalam vagina secara berkesan selain dari amalan memakan nenas,berjumpa doktor, atau apa saja amalan tipikal lain. Mengikut pengalaman sedia ada encik minimalis, atau boleh berikan nama ubat yang amat mujarab yang boleh didapati di farmasi berhampiran,sekian terima kaseh

    Kamu ingat aku doktor? Inilah masalahnya. Apabila satu pasangan yang aktif seks tidak sedar tanggungjawab yang dipikul. Akibatnya terpancut sini, termengandung sana, terbuang sini, terbuang sana.

    Tiada ubat yang mujarab. Yang penting tanggungjawab dan kesedaran. Kalau kamu tidak sedar tanggungjawab tersebut sila melancap atau mengamalkan seks yang tidak melibatkan vagina. Aku seorang pro-lifer, dan aku sedih setiap kali terdengar kisah tentang kenalan yang terpaksa menggugurkan kandungan akibat kelalaian.

    Jadi fikirkan betul-betul ketika membuat aktiviti yang melibatkan sperma.

    LAIN KALI TANYA PHARMACIST BUKAN DOKTER…. SALAH SATU MASALAH ORANG DI MALAYSIA IALAH TIDAK MENGUNAKAN KEPAKARAN PHARMACIST. PASAL UBAT TANYA DOKTER?! SALAH! ADA UBAT KALAU DAH TERBUAT SEKS LUPA NAK PAKAI PROTECTION. TAPI BAK KATA MM…AKU SETUJU APA DIA KATA.

  4. 1412 says:

    mm,

    1. adakah mustahil bagi manusia untuk menggunakan teknologi antimatter sebagai sumber tenaga utama?
    2. apa pendapat kau tentang teori evolusi charles darwin?
    3. apakah teori-teori sains yang paling kau kagumi?

  5. Von says:

    aku tersentuh la dengan ‘It’s better to have tried and fail than never to have tried at all.’

  6. farizzet says:

    Lopo bertanya…
    1.Boleh tak MM beri cadangan dan idea kat aku IPTA atau IPTS mana yang terbaik untuk aku sambung belajar didalam bidang seni bina,aku dah tak tau nak pilih yang mana?

    saya bole jawabkan,saya akitek. utm, um, uitm, usm, uia, ukm, upm, adalah universiti awam yg ada sarjana muda senibina. kebagusan universiti2 ini sudah disusun mengikut urutan. utm, um, uitm san usm saja sudah diiktiraf oleh lembaga arkitek malaysia.

  7. zarticcus says:

    Saja nak memanjangkan jawapan Lopo… Aku rasa UM arguably boleh letak depan UTM(aku bukan penuntut UM),jadi bukan saja nak bias kat UM)… kerana
    1.UM sorang je skang dapat pengiktirifan RIBA(tak silap aku)… RIBA adalah satu body arsitek internasional yang sangat femes… untuk keterangan lanjut sila bukak google.com dan type RIBA…
    2. Kelas dia kecik…UM sgt memilih pelajar dia utk fakulti ni sperti yg aku dgr… Jadi quality is more focused than quantity di sini…
    3. UM kat KL… UTM kat skudai… err.. KL ke Skudai lagi best kalau nak cari barang2 art serta tempat beristirehat rasa anda..
    maaf kalau infonya ada salah-silap kerana sperti kata aku, aku bukan pelajar UM…

  8. perempuan plan to get married says:

    why do marriages fail ? anak skrg bukan sbg lockage kpd married couple lg so yea, ways to avoid cerai. i really need that. does kawin awal akan galakkan cerai? i’m 22 yrs old right now,plan to get married akhir tahun ini.

  9. farridhusin says:

    sambungan lagi kepada jawapan lopo:

    pendapat aku, Uitm mungkin sebuah university yang terbaik yang menawarkan kursus senibina.

    aku sendiri bukan dari Uitm, tetapi, dari segi pelajar-pelajar praktikal yang bekerja di bawah aku semasa tempoh praktikal mereka, pelajar daripada Uitm boleh dikatakan yang terbaik.

    UM, UTM & USM juga terbaik.Arkitek aku adalah seorang pensyarah di USM, tetap bersependapat dengan aku dalam hal ini.

    ada university yang menerapkan semata mata rekabentuk 'melangit' dan bukan perihal perihal yang tersirat.

    apa apa pun, usaha saudara lopo sendiri yang menentukan hala tuju hidupnya.

    harap harap saudara lopo bersedia.

    p/s:
    sila semak dengan PAM mengenai status penganugerahan Part I & II.

  10. kuikui says:

    erm…
    ak kunun nk beli keta neO..
    dilema nk pilih warna..
    *x sdq dri..wit ak ckup ka..

  11. Lopo says:

    Wah,terima kasih semua yang membantu yah! btw,aku hari tu dah apply kat UTM dah,harap dapat lah! Tapi kalau kat uitm tu dia hanya tawarkan seni bina dalaman saja lah..so apa beza ‘seni bina’ dan ‘seni bina dalaman’?

  12. Melayu Minimalis says:

    @Lopo
    kau ni pun satu.
    lain gila lah.
    seni bina dalaman = interior design
    seni bina = architecture.

  13. Lopo says:

    Aha,yela MM,aku keliru lah!

  14. dena_r says:

    alfa architecture school tu tak bagus ke? apape pon lopo, jgn masuk kolej swasta utk amik archi.

  15. Pengandung says:

    @nanie
    mesti mak kau pharmacist, tak pun nenek kau, tak pun kau sendiri hahaha

  16. [...] aku buat setiap bulan ketika aku tiada idea untuk menulis, aku akan buka kembali ruangan ‘Tanya Abang Minimalis‘. (Sila lihat nukilan-nukilan lama ya, mana tahu soalan kamu sudah pun [...]

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes