Tanya Abang Minimalis Musim 9 Episod 3.

Posted on Saturday, March 21st, 2009 at 11:13

Von bertanya…
Hello MM.
1. Bilakah bermulanya darjat/nasib manusia di nilai melalui sehelai kertas?
2. Dalam 5-10-20 tahun akan datang, prospek dalam bidang apakah yang diramalkan meluas(demand tinggi)? (Kerja)
3. Boleh buat slot ‘Apa Yang Tidak Kena’ tentang muzik?

1. Mudah. Bila manusia pertama yang boleh menulis sedar nilai dirinya sebagai manusia lebih bermakna dari manusia yang tidak boleh menulis.
2. ‘Consulting Tastemaker‘. Iaitu orang yang tahu tentang budaya, trend serta pergerakan semasa dan tahu bagaimana untuk mengeksploitnya untuk keuntungan. Ini mungkin akan menjadi lebih relevan memandangkan budaya-budaya yang digolongkan di dalam subculture semakin hari semakin kuat pengaruhnya bukan sahaja di dalam bidang sosiopolitikal malah ekonomi dan mungkin kerohanian. Mungkin.
3. Tidak boleh.

amp bertanya…
Hi,
Soalan saya ialah kenapa dalam drama CSI asal nak siasat tempat kejadian (dalam rumah) mesti dilakukan dalam gelap??

Sebab suis lampu mungkin mengandungi cap-cap jari serta bukti-bukti lain seperti air mani dan cecair vagina.

Kurie bertanya…
1 – Apa pendapat ko tentang program “camSpace?” Aku dah try, sangat menarik cuma susah skit nak biasakan diri.
2 – Apakah ko rasa ini permulaan untuk ‘virtual realiti’ sebenar seperti dalam movie Minority report?

Camspace itu macam permainan sahaja beb. Kalau nak the real deal cuba lihat sistem ‘Sixth Sense‘. Aku benar-benar kagum apabila melihat video cara sistem ini dikendalikan.

siput bertanya…
pada pendapat MM, nak study architecture, kat Malaysia atau luar negara lagi ok? atau sama je? terima kasih =)

Pada pendapat aku, belajar serta kerja di luar negara mungkin lebih bagus untuk memantapkan diri. Bukan apa, sebab mungkin buat pertama kalinya di luar negara kita akan mampu bersaing di arena antarabangsa tanpa apa-apa ‘kelebihan’, ‘subsidi’ serta belenggu istilah bumiputera. Akibatnya jika kamu sendiri tidak mampu bersaing atau tidak mengambil langkah-langkah untuk memastikan kamu itu mampu bersaing maka kamu akan sedar apa itu sebenarnya kegagalan. Cuma kegagalan kamu ini lebih tinggi kosnya.

Magica bertanya…
Halo MM
2 questions:
1) LOMO camera bagus ke ?
2) Mane nak carik kast asics kat lembah klang.

1. Bagus jika kamu inginkan gambar-gambar yang boleh diambil dengan kamera Lomo.
2. Mana-mana cawangan Studio R atau Royal Sporting House di Lembah Kelang.

cHoki2BeSt bertanya…
apa yang perkara yang pertama anda fikirkan ketika bangun tidur?

masa kini teknologi solar agak popular tapi gagal mendapat sambutan oleh pelabur. Tetapi hari demi hari kesedaran terhadap tenaga boleh-perbaharui ini lebih cerah tetapi dalam kadar perlahan. Apakah masa mungkin teknologi nuklear akan lebih diambil serius seperti tika ini selepas pembukaan dua gegarsi teknologi solar di Malaysia? (Melaka dan Cyberjaya)

1. “Ada masa untuk sambung tidur tak?”
2. Tenaga nuklear sebagai sumber kuasa yang dijanakuasakan aku rasa tidak mungkin di Malaysia. Kemungkinan besar kita akan dipandang seumpama pariah antarabangsa sebagaimana yang menimpa Iran. Tenaga solar pula selagi jumlah tenaga yang dikumpul tidak sejajar dengan kos sebagaimana sumber tenaga lain aku rasa lambat lagi untuk diterima umum.

m a girl wanting ur answer bertanya…
nak tanya en mm. if given a chance to choose, which one u would choose:
be lucky in love?
or
be lucky in life?

Lucky in love, semestinya.

ella safina bertanya…
agak2 abang mm, mana piah zadora pegi?

Pergi bertaubat mungkin. Aku pun kurang pasti.

red pill bertanya…
1)adakah MM seorang yang minat bermain sukan? sebab kebanyakan boys they all interested in football misalnya even they don’t know how to play it (kaki bangku)
2)MM ada ‘elergic’ tak? anything tak semestinya for food only..
3) i’m craving for seafood. kat mana paling best seafood area klang valley ni?

1. Tidak minat sukan terutamanya bola.
2. Aku hanya alah kepada perangai burok dan habuk.
3. Hmm susah soalan ini. Cuma nasihat aku satu. Orang yang paling pandai masak makanan laut BUKAN orang Melayu atau orang India.

errk, kenyang bertanya…
1) semacam trend untuk pemilik rumah memiliki dinding berlukis atau bercorak. (aku tak tau term nya) ada yang lukisan muka, urban batik?, bunga dan banyak lagi. adakah itu custom wallpaper atau custom hand drawing. servis tu dah ada ke di arena tempatan? (servis mural taska aku ada jumpa) (aku pernah berbual dengan interior designer tapi dia juga blurr… tak update betol.)
2) lighting art (seni pencahayaan) masih belom berkembang di minda pemilik rumah tempatan. rata rata mengatakan untuk dapat cahaya yang bes perlu lampu mahal. rata rata mengatakan pakai lampu kalimantang sudah. paling hebat pon kata “beli uplight 3 ketol suda cukop apa”.
pada aku yang penting adalah lokasi, bouncing, dan light spread cahaya tersebut, oh tak lupa design lampu atau base socket. boring aku mensuggest mereka nih. tapi nak suasana cosy, relaxing dan sexy. tapi modal mau kecik. hahaha. macam mana aku nak educate dorang nih?
3) do you need walking closet for your shoes collection? lu suda kira collector. eh ke peminat saja.

1. Cuba kamu hubungi Munkao. Dia pandai buat mural, malah terkenal di Amerika Syarikat, tetapi malangnya tidak terkenal di Malaysia.
2. Buat contoh pencahayaan di rumah kamu sendiri dan ajak kawan-kawan kamu datang rumah dan lihat sendiri. Kalau tidak cukup juga belanja lebih sedikit, buat rumah yang cantik serta indah yang boleh masuk laman coolhunter.com.
3. Tidak perlu. Aku bukan banyak kasut sangat.

domestobot bertanya…
Apakah pandangan MM tentang prospek pekerjaan dalam bidang kejuruteraan bahan di Malaysia?

Maaf, di luar bidang pengkhususan aku. Aku takut bila ramai bertanyakan prospek itu dan ini serta di mana untuk belajar serta soalan-soalan berkenaan pilihan yang mungkin bakal mempengaruhi masa depan pembaca aku.

Seperti aku kata sebelum ini, ‘It’s better to have tried and fail than never to have tried at all.‘ Aku rasa kalau kamu benar-benar percayakan kata-kata ini tidak kisahlah apa yang sesiapa pun kata pada kamu, kamu pasti akan dapat mengejar kerjaya serta impian yang kamu inginkan. Janji jangan hisap dadah.

Mas Mohd Yunus bertanya…
1) kota paris dan jepun sudah sinonim dengan ledakan perkembangan fesyen semasa. Pada pendapat en MM, di Malaysia ini, di manakah port yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai pusat fesyen terkini? Kalau en MM katakan Kuala Lumpur, sebutkan area yang paling sesuai sekali dijadikan fashion centre ini. Ini juga mengambil kira soal taraf sosial, compatible dengan keperluan semasa dan paling senang untuk diakses oleh sesiapa pun.
2) En MM pernah memberi pendapat tentang groupie-groupie tertentu seperti Lolita Goth, Hipster,Shuffler etc etc. Terdapat lebih sedikit tafsiran tentang kekurangan mereka. Bukankah perkara itu menunjukkan mereka merupakan golongan yang berani mencuba, sedikit kreatif walaupun mencedok dari pop culture yang lain.Jauh sangat mahu dibandingkan dengan golongan Barat mahupun Asia Timur yang lebih up to date, tetapi orang kita tidak ketinggalan,bukan? Boleh tak en MM membuat tafsiran / pemerhatian disertakan dengan cadangan-cadangan yang boleh digunapakai?
3) En MM adalah seriuscompact-user. Ada tak url pengguna-pengguna compact cammy ni, maksud saya, url hasil-hasil gambar mereka?
4) En MM penggemar muzik. Adakah muzik rock kapak pernah menarik perhatian en MM. Jika ya, apakah lagu yang diminati?
Sekian.

1. Bangsar Jalan Telawi serta The Curve bukan di hujung minggu. Sila ke laman ini untuk inspirasi.
2. Kalau kamu baca betul-betul semua nukilan-nukilan berunsur fesyen aku bukan sahaja menunjukkan kekurangan sesuatu jenis fesyen, tetapi idea-idea untuk mungkin merelevankan lagi jenis fesyen yang dibawa. Adaptasi itu perlu, bukan peniruan bulat-bulat. Kamu bukan berhidung mancung, berambut perang serta bermata biru. Aku juga bukan.
3. Lihat sahaja flickr dan cari laman ‘Camera Finder‘. Carilah model-model kamera yang aku sebutkan dahulu.

1412 bertanya…
1. adakah mustahil bagi manusia untuk menggunakan teknologi antimatter sebagai sumber tenaga utama?
2. apa pendapat kau tentang teori evolusi charles darwin?
3. apakah teori-teori sains yang paling kau kagumi?

1. Mustahil dalam seratus tahun ini. Aku rasa semuanya bergantung kepada hasil ujikaji Large Hadron Collider.
2. Dari segi logik aku rasa memang logik. Aku pun semakin lama semakin berevolusi kepada seorang yang semakin tua tetapi berotot.
3. Paradoks temporal.

perempuan plan to get married bertanya…
why do marriages fail ? anak skrg bukan sbg lockage kpd married couple lg so yea, ways to avoid cerai. i really need that. does kawin awal akan galakkan cerai? i’m 22 yrs old right now,plan to get married akhir tahun ini.

Perkahwinan sebenarnya bukan menggalakkan cerai, cuma membolehkan cerai dari segi undang-undang. (Sebab kamu tidak boleh bercerai sebelum berkahwin, bukan?) Dari pemerhatian sekeliling aku, ramai orang bercerai sebab belum bersedia.

Belum bersedia dari segi kewangan, emosi, fizikal dan macam-macam. Taktik ibubapa kita ialah sama seperti melontarkan budak yang tidak tahu berenang ke dalam laut, tetapi dengan peningkatan kesedaran, hak, serta keperibadian sendiri cara ini mungkin kurang sesuai di zaman sekarang.

Apa yang penting ialah kenali diri sendiri dahulu sebelum mencuba untuk mengenali orang lain. Itu aku rasa nasihat yang paling penting. Jika kamu sendiri tidak boleh menerima diri kamu sendiri, masakan orang lain akan dengan mudah menerima diri kamu.

Kalau malas fikir sila serah kepada takdir dan suruh ibubapa kamu carikan jodoh seseorang yang ada bau-bau bacang yang akhirnya akan menyebabkan anak-anak kamu ‘kurang bersinar’. Kalau tidak, rajin-rajinlah buat tinjauan, cuba sikit perisa ini, kemudian perisa itu, dan bila sudah cukup rasa goreng semua. Tetapi awas jangan sampai hangus.

OK, sessi soalan sudah ditutup. Sehingga bulan depan!

Popularity: 2% [?]

Responses (16)

  1. Von says:

    Nampaknya, kena buka kilang macam Ah Boi. TK(terima kasih).

  2. Thebeautyholics says:

    MM lupa nak jawab soalan ke4 Mas Mohd Yunus

  3. Danial Fa-iz says:

    @ erk, kenyang: kalau tak silap aku istilah yang dicari ialah ‘feature wall’. feature wall tak semestinya custom made, mahal atau diimport. yang penting ada personaliti. cuba google frasa feature wall, ada banyak sumber yang mungkin boleh membantu.

  4. Syafiqah Othman says:

    wow. Sesi soal jawab kali ini sangat best. I really enjoyed it! syabas MM.

  5. Bro Hitz says:

    People,
    Seriously soalan korang bosan.hambar
    Tidak Sharp Cat langsung.
    Make effort la pecahkan kepala MM.

    Ok.Semoga berjaya bulan depan lagi.

  6. Thehodoholics says:

    Tulah… aku pun sgt hambar bila soalan ke4 Mas Mamat Yunos, MM tak jawab…
    (cuba sedang membayangkan MM berkaraoke lagu2 dari Kompilasi Rock Leleh Yeah Yeah Vol 13)

  7. siput says:

    terima kasih =]

  8. cHoki2BeSt says:

    Terima kasih kerana menjawap dua soalan dari beta..

    Beta semakin menghormati kamu hari demi hari walau telah mengetahui rupa paras dan cara penampilan diri kamu serta kawan-kawan kamu..

    Harap tak kira apa yang telah dan bakal kamu lalui harap kamu akan berjaya.

  9. xeem says:

    @red pill:

    In regards to your seafood question,

    There is this steamed fish head place (I assure you it’s like 3/4 of a fish instead of just the head!) in Chan Sow Lin. It’s on Jalan Tiga. It says Steamed Fish Head or something and it’s very easy to find. You will see people guiding you to park your car. The place is zinc-roofed by the roadside. When you walk in it feels like a squatter-home.

    Regardless of the shady atmosphere, the place is great for fish. Nothing else comes close. Anthony Bourdain visited when he made his trip to Malaysia. I’m missing it now.

    A quick google search gave me this result, describing accurately with pictures what the place looks like.

    http://verysedap.blogspot.com/2008/03/chong-yen-steam-fish-head-food-stall.html

    There are two sauces, clear and gravy. Get the gravy.

  10. Anonymous says:

    Saya telah pg ke singapore,best. MM punye blog telah banyak mempengaruhi gaya hidup saya. Terima kasih. walaupun saya duduk di kubikel tetiap ari tetapi saya tau dunia,haha.

  11. domestobot says:

    Terima kasih atas jawapan MM. Lain kali saya akan tanya lagi. :-)

  12. Mas Mohd Yunus says:

    hehe thanks encik MM.

    tapi soalan ke 4 saya tak berjawab. en MM ter-limpas ke?

    (aku harap2 pun nanti en MM bleh keluarkan re-make salah satu lagu rock kapak. re-make versi baru..hihi..kata en MM, tahun ini dia ada projek besar pasal muzik (mahu jadi rokstar?))

    apa lagu cadangan ni =)) have a nice day, en MM.

  13. asking for help says:

    MM, nak tnye one more question. kenot wait until nx month la pls2. ;P

    can u give a suggestion abt the best websites that offer free sms services to msia?

    note: im not in msia currently.

    sorry to trouble u. thankssssssss!

  14. Melayu Minimalis says:

    @asking for help
    Google/GMail now has sms service. have you checked it out?

    @Mas Mohd Yunus
    alamak terlupalah ;)

  15. aji says:

    hampa la soalan ke 4 tak dijawab

  16. izzat says:

    bila nk jawab soalan yang ke-4 ni.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes