Apa Yang Tidak Kena 5.

Posted on Tuesday, March 24th, 2009 at 09:39

(Gambar dicilok dari tempat biasa. Sila baca nukilan-nukilan awal.)

Apa Yang Tidak Kena. (Lihat Rajah 1.)

Tolonglah. Aku tak tahu hendak mula dari mana. Seperti biasa, gambar-gambar sebegini di ambil di dalam tandas. Tetapi ini mungkin bilik air, tetapi aku rasa tidak salah jika dikategorikan di dalam jenis Gambar Tandas ™. Wahai perempuan Melayu sekelian apa salahnya keluar dari kepompong tandas kamu dan mula bergambar di ruang tamu, misalnya. Atau di kawasan rekreasi air terjun.
• Aku hendak ceritakan sedikit tentang pakaian bercorak cetakan haiwan. Ia hanya sesuai dipakai oleh a) Datin separuh umur yang ingin mengembalikan ‘keremajaan’. b) Barisan pelakon ‘Cats‘ c) Haiwan sebenar. Kalau manusia kelihatan bagus dengan belang-belang rimau sudah tentu Tuhan jadikan kita berbelang. Kalau pakai dari atas ke bawah dengan pakaian bercorak sebegini, memang salah dan bakal ditahan Polis Fesyen atas jenayah terhadap manusia. Kalau hendak pakai pastikan ianya tidak lebih dari 10% jumlah permukaan pakaian atau aksesori kamu. Lebih dari itu kamu boleh keluar padang.
• Potongan pakaian yang jelas kelihatan seperti dipotong sendiri atau oleh rakan serumah. Sekeping kain serta sebilah (?) gunting tidak menjadikan kamu seorang pereka fesyen secara otomatik. Kalau kamu sebenarnya membeli/membayar untuk pakaian seperti mereka berdua ini, kamu sudah ditipu jadi sila ke Kementerian Perdagangan dan buat aduan.
OK-lah, perempuan yang disebelah kiri ini sebenarnya agak menawan. Raut wajahnya (jika kamu dapat lihat matanya dan dibandingkan dengan perempuan di sebelah kanan) pada aku memang menarik, tapi alihkan fokus mata kamu ke bawah sedikit…

Perut gagal. Tuhan memang maha adil.
• Sebagaimana mentaliti gadis yang suka memakai pakaian lengan panjang ala catsuit berwarna hitam di bawah baju singlet, (ala-ala penyanyi nasyid wanita yang ingin tampak seksi tetapi menutupkan aurat. Maaf, tetapi menampakkan bentuk badan yang tertutup 100% bukan menutup aurat. Ataupun senang cerita fesyen Erra Fazira) perempuan di sebelah kanan sepatutnya lebih berani. Alang-alang kamu berani berpakaian sebegini tetapi akhirnya akur kepada sifat malu dengan memakai coli (hitam) dan seluar spandex hitam sukan lumba basikal, lebih baik kamu go all the way. Hambar.
• Tidak silap aku kedua-dua perempuan ini juga memakai stocking berwarna kulit. Terus terang aku bencikan stocking berwarna kulit jika dipakai wanita. Warna hitam (yang memang seksi), malah warna-warna cerah dan terang juga memang sedap mata memandang. Stocking berwarna kulit, terutamanya jika dipakai dengan pakaian senteng sebegini hanya akan merimaskan orang-orang seperti aku yang ingin melihat kulit terdedah tetapi runsing dengan tona warna perut yang terdedah dan kaki yang berstocking. Stocking warna kulit yang paling bagus sekali ialah kulit kaki anda. Siapa setuju?

Popularity: 11% [?]

Responses (20)

  1. cHoki2BeSt says:

    masih berbisa seperti biasa..beta arap mereka yang terlibat tampil mempertahankan diri hahahaha beta mahu tahu drama apa yang akan terjadi

  2. 1412 says:

    roooarrr

  3. Peeps says:

    i doubt those two are female anyway…haahahahahahhahahahaahha

  4. my name is earl says:

    ewww. if i had a girlfriend who wears like that, i’ll be leaving her. malu nya. perut boroi lak tuh. beer belly. sayang. bukannya hot pon. pfffft

  5. azwin khairuddin says:

    people tend to be blind sometimes, and they tend to do whatever things the wanna do. agaknya mereka ni terlalu eager nk menjadi yg terbaik. dan yg paling terhangat kot. oleh itu, terjadi la benda-banda ni.hehe.
    p/s: stoking warna kaki tu kalau takat pakai utk elak melecet ok kot? tu pun pekena yg parat buku lali je. kalau dah sarung smpai atas tu mungkin nk cover ape yg patut kot. who knows. tp xnmpk de pakai stocking la.

  6. afan says:

    kesimpulan : huduh 2 2 ekor tu….

  7. Azzam?? says:

    MM… ko suka kiri ek?? aku suka kanan dowh.. dia tak lupa ajaran mak abah dia soh pakai coli dan spandex lumba basikal kalo nak seksi2… hahahaha

  8. aji says:

    bagi aku kanan lagi menawan

  9. Mustasha Musa says:

    Setelah menatang sejarah links di laptop ferrari saya, yang kamu paparkan tanpa kebenaran saya lantas mengambil langkah melihat sendiri apakah menarik karangan-karangan sekalian atau ia cuma satu lagi bahan ajukan yang tidak membawa makna.

    Saya fikir blog ini punyai isi-isi tersirat yang menarik dan banyak pembaharuan dari segi penggunaan bahasa yang bijak dan lancar berbanding dengan blog “soapependapatyouall”.

    Ulasan yang serba ringkas, intelektual dan menarik perhatian boleh membawa faedah kepada para pembaca. Saya yakin usaha ini boleh terus maju dan mara ke hadapan.

    Sekian.

  10. Melayu Minimalis says:

    @Mustasha
    erm. thanks.

  11. Ayyman Rahim says:

    Nampak macam bitch je?

  12. Shikin Hambali says:

    blech…. tak mampu nak ckp bende lain…. orang klu pkai stokin cenggini maknenye diorang buat show…hmm mungkin gak tu…

    eewww wtf punye show?

  13. Alan Marz says:

    kiri perut buncit.ahahaha

  14. $ABRINA says:

    eh Flintstones the movie ke?
    heh

  15. gua member dengan anak orang miskin yang baru nak up .. says:

    macam ni lah bai, kalau anak orang kaya berpakaian begini mesti takda problem kan bai. inilah nasib orang miskin, sering kali dicondemn oleh orang kaya.

  16. TuTs says:

    yg soal stockin tu ak stuju! hahaha

  17. Ara says:

    mmg byk artis mlayu pompuan (awl zmn 2000 dlu) yg pkai bju seksi tp lapis2 ngn bju dlm la pe la..pd hal, bknnnye bertdg pn..xdela, kalau bertdg, phm la kn..die kne tutup aurat..tp yg x bertdg? hei..alang2 ko dah menyeksi tu, seksi jela..

    nmpk x kena dowh bile pkai lapis2 gitu..cube tgk fazura, nabila huda,ha,dorg tu brani n daring..aku bkn la nk agungkan pkai seksi2 ni, aku sdri pkai tdg, tp aku pn rase kalau ko nk menyeksi, bkk je trus..xyah nk cover konon2 malu..

    tp..haha..org melayu kn sensitif ngn pemakaian artis2 melayu yg ‘terlampau seksi’ ni..kang silap2 kne kutuk la, pe la..~lalala..

  18. tipikal melayu says:

    “those who hates most, loves the most”

    -beware of what you hate-

  19. cHoki2BeSt says:

    @tipikal melayu

    er..beta tak setuju tapi jauh sekali ingin mengubah tanggapan kamu..cheers..

  20. yulia says:

    mentaliti alang2 dah seksi, seksi terus lah tu macam alang2 dah meraba fuck terus lah. ish3.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes