March 29, 2009 10

Kadangkala Rumah Yang Baru Memang Banyak Habuk!

By in Layan Diri

p10008731

Akhirnya proses pemindahan nampak macam hendak selesai. Sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka, dan sebenarnya memang melegakan hati apabila mempunyai dotcom sendiri. Mula-mula aku terfikir juga sama ada untuk mendaftar akutakpeduli.com ataupun melayuminimalis.com, tetapi mungkin pilihan kedua itu seakan-akan laman porno Melayu yang penuh dengan gambar-gambar gadis yang berpakaian amat minimal.

Apa-apa pun tidak banyak masalah yang timbul. Mungkin akan ada cacat-cela dalam seminggu dua ini, tetapi aku rasa buat masa ini tiada apa-apa masalah runcing.

Hujung minggu lalu memang banyak aktiviti yang aku lakukan, dari terbeli banyak kasut hinggakan ke aktiviti kononnya kesedaran alam sekitar yang pada pendapat aku banyak juga menghabiskan tenaga. Tetapi disebabkan kamera aku bukan di tangan aku sekarang, kemaskini ‘Malam/Petang Semalam’ mungkin terpaksa kamu tunggu sedikit lagi. Jadi dipersilakan untuk usha sini sana, jika ada apa-apa cadangan sila beri komen di ruang di bawah ya?

Popularity: 3% [?]

Tags:

10 Responses to “Kadangkala Rumah Yang Baru Memang Banyak Habuk!”

  1. Apa kata ana dapatkan penajaan dari pembuat t-shirt indie tempatan dan jadikan penajaan itu sebagai hadiah *(selain dari untuk kegunaan sendiri) kepada pertendingan penulisan atau kemasukan (entri) terbaik bulanan atau pun mingguan *(kalau ada dapat banyak penajaan, boleh la buat mingguan, ye tak?).

    Dengan cara itu, encik MM bukan sahaja dapat menarik ramai pembaca, tetapi juga membantu mempromosi pembuat-pembuat t-shirt indie tempatan didalam memasarkan barangan mereka.

    Nak senang, hadiahkan satu MP3 dari kugiran-kugiran indie tempatan pun bagus juga.

  2. PS – Maaf atas kesilapan ejaan. Ianya tidak disengajakan.

  3. xeem says:

    those jeans look great, what are they?

  4. MuNziR says:

    congrats wei ada dotcom sendiri.
    wacayasamalu.

  5. aida says:

    takes longer time to load as compared with the blogspot..

    :)

    • Melayu Minimalis says:

      yeah i know. freaking annoying. will optimize the blog so it’ll run faster. sigh.

  6. Syuxx says:

    why not just registered for both of them?
    yang satu tu just redirect ke main blog ni.
    jaga branding. ahaha

  7. Hensem says:

    cheeey, kasut baru doh!

  8. Just a tip, you should back up all of your past, present and future posts just in case if someone gets to hack your website. I am pretty sure there are hackers out there that are envious with your traffic.

    However, if you’ve already backed it up then just ignore my two cents.
    Nanti aku sumbang 5 sen. xP

    Nik.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes