han Love bertanya…
kenapa org bercinta jauh selalu kena tipuu
) nie sume x adil en ? hahaha . kesian yg si perempuan asyik kena tipu jekk . camne die nak ubah sume nie erkk ?
Jangan jatuh cinta. Apa-apa pun di dalam percintaan bukan perempuan sahaja yang asyik kena tipu. Lelaki pun kena tipu juga. Selagi kamu amalkan diskriminasi sebegini selagi itulah kamu akan ditipu.
epool razak bertanya…
1 – Ada tak band/pemuzik bop yang encek minimalis tahu selain daripada senarai yang sudah ada dalam wikipedia macam davis, dizzy dan coltrane? Jika ada boleh senaraikan?
2 – Apa cara terbaik untuk beritahu ahli band jika kita mahu keluar dari band itu?
1. Sila lihat laman ini dan cuba muatturun semuanya. Mudah.
2. Beritahu yang kamu berniat untuk masuk Tabligh. Setahu aku taktik ini amat berkesan, dan pernah digunakan untuk banyak band-band terkemuka masa ini. Terutamanya yang dari Johor Bahru.
Ahmad Munzir Che Kamarrudin bertanya…
Salam,
MM mungkin sedar tentang kekurangan atau kelemahan negara kita dalam menangani masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan bidang sukan (sesetengahnya), politik, agama, perkauman dll.
Dari apa yang aku perhatikan, warga/penduduk nagara kita semakin hari semakin kreatif. Baik dari segi pemikiran, fotografi, tarian, nyanyian, design, rekacipta dan sebagainya. Lihat saja filem Geng: Pengembaraan Upin Ipin (sebagai contoh). Pada pendapat MM la kan, (1) apakah agaknya faktor-faktor yang menyebabkan hal yang demikian? (2) Boleh ke pemikiran seperti ini diaplikasikan ke dalam bidang-bidang lain?
1. Ransangan serta stimulasi minda yang berpanjangan. Kena pandai mencari inspirasi yang diperlukan, serta pandai menilai apa yang baik dan yang buruk, serta cara-cara mengaplikasikan apa yang dilihat di dalam konteks tempatan. (Ertinya tidak tiru bulat-bulat). Aku rasa tiada alasan bagi sesiapa yang hidup di zaman Internet sekarang untuk memajukan diri, dalam apa-apa bidang sekalipun. Yang penting kena tahu untuk melihat ke arah mana, dan yang pentingnya perlu melihat dengan minda yang terbuka dan tidak terkongkong dengan apa yang disumbatkan dari zaman kecil lagi.
2. Boleh. Cara pemikiran yang aku sebut diatas bukan untuk golongan kreatif sahaja. Keinginan untuk belajar itu penting. Selagi ada keinginan apa-apa pun boleh jadi, bukan?
Tidak Mahu Namanya Disiarkan bertanya…
aku tidak tahu bagaimana hendak bertanya malalui ruangan komen. maka inilah cara yang paling aku ketahuan
1-boleh kah skinny jeans dipakai oleh orang yang berkaki kecik berpinggang normal (32-34) tetapi berperut buncit?
2-apa pendapat kau tentang kerja mendakwa tertuduh di mahkamah
3-cara permakanan kau seperti melayu ortodox cam aku juga. tetapi nilai kehidupan kau aku dapati sedikit berbaza. bukan menghakimi kau,tapi kemelayuan kau terserlah setiap kali bercakap mengenai ayah dan pemakanan kau.adakah berkasut banyak seperti gaya metrosexual termasuk dalam kategori melayu minimalis
1. Boleh sahaja. Pada aku yang penting bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu memakainya dan cara kamu membawa diri. Tetapi pada masa yang sama perlu menilai kebatasan diri sendiri.
2. Indah kecuali kamu sendiri yang dituduh.
3. Melayu Minimalis bukan cara hidup, hanya nama gelaran aku sahaja. Tidak wujud ‘cara’ Melayu Minimalisme. Metroseksual itu apa?
moon sailormoon bertanya…
hai bro MM,sya sbnarnya nak cite skit..tp x tahu nak start dr mana…sya mula dr hruf s la…sbnarnya sejak sya masuk umr 19 dan nak mlompat ke umur 20…sya x tahu la knapa,sya tibe2 bleh jd org penakut…sya takut nak tgok cite yg ade bunuh2 ni…bunuh die cam potong kpala ke dan seantaro dgn nya…cam cite DARK NIGHT,teringin nak tgok tp bile kwan kate JOKER tu bnuh ngan kejam,sya x jdi nak tgok…klau sya tgok cite cam tu mesti sya nyorok blkang kwan…klau tgok cite hantu,tok sah nak kata pe la…bleh kata kan 80% sya tutup mata…or lari sebatu dr cite tu…itu bru tgok ngan kwan blum lg..tgok sorang2…itu memang perubahan tuk bdak yg msuk umur 20 thun ke??????????…sya jd keliru btul…
Bro MM agak cam ne?….
Aku takut dengan cara kamu menaip.
katie kellenberger bertanya…
hi.sy nak tny en mm,ap digital camera y bagus bawah rm600/rm650? sy da byk tgk camera ni smp jd konpius.thx~
Cari jawapan kamu dari laman www.dpreview.com. Apa-apa pun cari Panasonic Lumix.
dill malik bertanya…
hello MM (hihi)
this issue has been bugging me.
so our passport says that we have to renew them 6 months before the written expiry date or else you’re not allowed to travel.
WHAT’S THE POINT OF THE WRITTEN EXPIRY DATE then?!
Peringatan. Kerana sesungguhnya manusia itu mudah lupa. Dan kamu tidak mampu untuk lupa ketika kamu berada 4,000km dari pintu depan rumah kamu.
.theberuk bertanya…
.nyatakan cara atau proses yang seharusnya dalam mempelajari gitar.
(contohnya: chord – scale – blablabla)
Beli gitar. Angkat gitar. Tune gitar. Praktis. Praktik. Praktis. Yang lain semua tidak penting.
1412 bertanya…
mana dahulu? ayam atau telur ayam?
Ayam.
Mas MLP bertanya…
helo en MM. Soalan saya:
1)ada list mana-mana negara atau tempat yang benar-benar yang ingin dilawati tak? Dan kenapa memilih negara itu.
cth jawapan : Italy – sebab aku nak lawat kedai buku Shakespeare Company
2)wujud tak t-shirt ada perkataan Aku Tak Peduli? Saya dah baca archive tapi kurang pasti. Kalau dah memang ada, bleh jual kat blog ni tak?Kalau belum ada, design la. Kompom ramai yang beli.Tag Aku Tak Peduli tu best. Kalau nak letak Melayu Minimalis, bleh juga. Dua -dua pun bleh.
3)Apa maksud penggunaan Penganut dekat kotak member kat bawah nun ni?
1. Sebenarnya buat masa ini aku tidak ingin melawat mana-mana negara. Kalau ada pun mungkin aku ingin kembali ke Tokyo dan membeli-belah di Tokyu Hands dan Uniqlo.
2. Tidak wujud dan tidak perlu wujud. Aku serahkan kepada kapitalis-kapitalis berwawasan di luar sana untuk mengambil langkah seterusnya.
3. Kataganti ‘Pengikut’.
Cik Mata Hati bertanya…
Hi there..
sy \suke blog kamu..
Juz, sy ni pengikut baru. 1 je soklan, penulis A.T.P ni laki ke prmpuan? sbb hari tu bce penulisnye gadis minimalis, skrg abg minimalis plak.. Or ade dua blogger? or i trsalah msuk blog? or i amnesia? Kelirulah!
You amnesia.
joe bertanya…
MM,
apa kah perbezaan muzik diantara:
1. techno
2. trance
3. house
4. industrial
5. psyche
6. rave
saya selalu keliru diantara satu dengan yg lain. terimas.
Lihat ‘Ishkur’s Guide To Electronic Music‘. Mungkin agak lambat tetapi aku juga belajar dari laman ini suatu masa dahulu. Sila sabar dan tunggu laman ini load sepenuhnya, OK? Memang berbaloi.
roketkertas bertanya…
ko thu tak cite pasl james titor yg dtg dr masa depan?kalu ko thu,ko rasa bnda 2 btl ke x?atau hoax je
Wah. John Titor. Aku sebenarnya dahulu pernah mengikuti perkembangan si John Titor ini, walaupun aku tidak sempat mengikutinya ketika dia aktif di dalam Internet sekitar tahun 2000-2001 dahulu. Aku rasa ini hanya satu tipu helah yang mungkin lebih cepat merebak dahulu kerana dunia Internet masih muda dan penuh dengan pengguna-pengguna yang belum matang. Apa-apa pun banyak dari tilikan masa depannya telah disahkan tidak tepat, jadi apa fikir lagi?
Lopo bertanya…
1.MM ada buat bandkan? Mana nak dapat Demo atau CD band MM eh?
2.Soalan yang paling aku suka tanya;MM punya kereta ada baik kah? Post la gambar kereta kau,aku suka kereta S.Neo kau dari orang lain punya!
Aku dah takda benda nak tanya ni,mungkin baru bangun kut..haih..
1. Tidak pernah dan tidak akan wujud.
2. Aku sudah selalu letak gambar kereta di sini apa…
dyla bertanya…
1. saya seorang pelajar grafik. Apa pandangan MM tentang masa depan dalam bidang ini? dan kalau saya mahu teruskan ke peringkat degree, apa jurusan lain yang mungkin lebih sesuai untuk pasaran kerja tapi dalam masa yang sama masih berkaitan grafik?
2. Kepimpinan baru di malaysia. Boleh bawa perubahan tak?
3. Anonymousity di lapangan blogging. Ada yang mahu jadi anonymous sebab mahu bebas berkata tentang apa saja, ada juga yang yang jadi anonymous sebab mereka memang popular di dunia nyata, ada juga yang sekadar mahu jadi misterius. MM bagaimana?
4. kalau ada yang mahu bikin entri seperti MM (Malam semalam di ibukota, contohnya) tapi diolah sedikit. dan dikredit kepada MM. Boleh kah?
semoga sentiasa minimalis!
1. Kerja-kerja kreatif pasti akan wujud, sebab manusia itu sebenarnya banyak bergantung kepada visual untuk membuat keputusan, sama ada untuk membeli sesuatu atau untuk mendapatkan perkhidmatan mana-mana pihak. Jadi permintaan pasti akan ada. Salah satu unjuran senireka yang kamu patut ambil perhatian ialah jurusan multimedia dan mungkin 3D rendering. Salah satu urutan impak kegawatan ekonomi dunia ialah banyak perniagaan harus menjimatkan kos pengiklanan. Dan cara paling mudah untuk membuat ini adalah menggunakan internet, jadi pada pendapat aku, banyak kerja kreatif yang membabitkan pengiklanan misalnya akan berpindah ke alam maya, dan kedua-dua jurusan yang aku sebut di atas mungkin relevan. Di Malaysia misalnya pengiklanan online masih muda dan baru, jadi tidak hairan bila kamu selesai belajar nanti permintaan untuk tenaga kerja yang mahir dalam dua bidang ini mungkin agak tinggi.
2. Mesti ada perubahan. Cuma perubahan ada dua jenis, yang baik dan yang buruk. Kamu rasa yang akan datang ini perubahan baik atau pun buruk? Aku kurang optimis.
3. Terus terang aku berbuat begini atas kedua-dua sebab. Mungkin pembaca yang kenal aku akan setuju. Mungkin tidak.
4. Dipersilakan. Kalau kamu tidak tahu blog ini dan kandungannya adalah dilesenkan di bawah di bawah Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia.
Kita sambung esok yuk?
Popularity: 2% [?]
ramai juga yg ‘noob’ rupanya..maksud aku atas beberapa aspek persoalan la..
banyak lagi beb. penat aku nak jawab. tapi buat saja.
Aku terkekek-kekek sambil membaca persoalan Moon Sailormoon. Dahla dia tengah takut dengan penuh perasaan, aku boleh gelak guling-guling pulak. Comel betul kanak-kanak zaman sekarang.
Terima kasih beri aku link tu, terima kasih banyak-banyak
Konsert Jamiroquai kat sepang ada pergi kah? Sound sedap ooo!!!
Moon Sailormoon bertanya dgn penuh perasaan kusut ketakutan…tapi MM jawab camtu…nangis aku tahan gelak…
Ada sempat lagi tanya soalan heh??
Kalau sempat aku nak tujukan gak…
Aku cuba mula2 nak explore musik ke arah2 electronica yang smoothy sket… buat masa ini aku sangat baru terjebak dengan bunyi2an ala bristol sound/triphop macma massive attack, dj shadow, portishead…serta juga nu-jazz/bossanova electro/lounge/etc macam Nicola Conte, Cornelius…
aku macam kurang berminat nak pegi clubbing sbb mungkin dari segi ‘sosial’nya di situ yang kurang seragam dgn diriku, serta mungkin muzik2 yg diputar…
Ok soalannya berbunyi begini…
Ada ke club2 kat Malaysia ni yang memutarkan lagu2 ala2 triphop/bristol sound/nu-jazz/lounge… Aku nak sangat rasa experience dengar lagu2 begini dengan begitu relax waktu jumaat malam serta boleh lepak isap tiga-empat batang rokok(selain dok bilik, tutup lampu, pasang lampu kelip2, kemudian putar lagu)…
Bak kata orglah…sangat ‘noob’….
kalau MM taknak jawab gak… lainkali aku tanya balik gak…tapi mesti kene tunggu lama..
oklah aku jawap soalan kamu sahaja kat sini.
jawapannya takda. subgenre electronica yang kamu cakap memang kurang relevan dengan clubbing culture di Malaysia. kalau di Barat, jenis2 muzik macam tu biasanya kedengaran di chillout clubs/lounge, atau pun dimainkan oleh club sebelum ‘malam bermula’.
kalau kau rajin kau cuba find out bila aku DJ chillout set aku, sebab aku banyak main muzik2 yang kau sebut kat atas.
am i too late? i just remembered what to ask. what ever happened to Kevin B, dj for the show The Edge on the then cool and English speaking WOW FM.
ok i answer for you also.
he’s on Capital FM 88.9, running the Rock segment. He’s my neighbour you know… see him around the block sometimes.
sekadar untuk berkongsi, menjawab soalan dill malik:
jika tarikh luput passport sudah dekat (within 6 months), kalau kamu travel ke luar negara, akan ada masalah dengan imegresen negara tersebut sebab nanti pihak imegresen ingat kamu nak menyelinap masuk negara itu dan tidak mahu pulang ke malaysia lagi. (macam mana nak pulang ke malaysia kalau passport sudah tarikh luput kan?)
renew passport merupakan perkara yang mudah dan pantas.