April 7, 2009 21

Tanya Abang Minimalis Musim 10 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

penglipurlara bertanya…
mm antara transformers 2 ngan heri poter,mane yang ko lagi tunggu?
ape pendapat kau tentang bagi golongan2 beruniform? mcm bomba,askar,polis sume. adakah bagi kau mereka2 adalah golongan kelas ketiga? serta pendapat ko tentang tahap education golongan2 ini.

1. Hmm. Transformers 2 sebab ada Megan Fox.
2. Inilah masalahnya. Di banyak negara-negara maju pekerjaan berseragam seperti apa yang kamu sebutkan di atas memang pekerjaan buruan. Malangnya di sini akibat amalan-amalan kurang sihat yang membabitkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan juga tahap gaji yang tidak sepadan dengan peredaran masa menyebabkan jenis kerja ini mempunyai stigma yang kurang disenangi. Aku rasa pihak yang terbabit patut menyemak kembali ‘nilai’ kerja-kerja sebegini agar bukan sahaja lebih berwibawa, malah disanjung. Cara yang paling senang untuk dilakukan ialah dengan meningkatkan tahap minima pendidikan yang layak, serta tangga gaji yang lebih realistik.

msweed bertanya…
foreign movie yang terakhir MM tengok?

Hm. Aku betul- betul tak ingat sebenarnya. Mungkin The Machine Girl‘.

Hensem bertanya…
Negara mana yang paling sesuai untuk memulakan career sebagai arkitek?

Negara sendiri. Cuma kamu patut cuba letakkan diri kamu di antara arkitek-arkitek tempatan yang berwibawa agar akan rasa lebih terdorong untuk mengeluarkan hasil kerja yang lebih berkualiti. Kiranya  kerjalah di tempat yang kamu tahu kamu terpaksa beri 110% atau kamu akan hilang kerja.

budakIPTAjacketFree bertanya…
M pernah khatam Al-Quran tak?

Pernah. Umur 11-12 tahun.

AhChai bertanya…
MM, flashlight strobe(bukan panasonic) ape yg paling sesuai ngan lx3?

buih menjawab…

FL36 by Oly seems to be best bet if you are going for a on camera flash. there’s also a 3rd party flash by the brand Cybertek that is compatible with Oly/Panny. Oly and Panny uses the same flash basically. otherwise, get a radio triger like the PT-04 to trigger an external flash of any make (except for nissin) for a single strobe setup.
so, my question, hujan tak petang esok? aku nak bawak camera gi sepang nih…


Syuxx bertanya…
Negara kita Malaysia sangat kekurangan majalah-majalah tempatan yang mengasyikkan dan berilmiah. Jadi, apakah majalah-majalah tempatan yang terpaut pada hati hati MM? Dan apa pandangan MM terhadap industri majalh di Malaysia?
Kalau boleh, bahagikan dalam kategori emagazine, musik, business, motor etc.

Majalah Perajurit dan GLAM. Industri majalah kita masih lemah atas sebab kualiti, bukan sahaja kualiti penulisan dan imej bergambar, malah kualiti kertas majalah itu sendiri. Dan dengan berkembangnya Internet, penerbit-penerbit majalah kena lebih giat bersaing agar tidak bungkus. Banyak majalah di sini yang kononnya ingin meniru cara majalah barat seperti Nylon serta Dazed & Confused, tetapi tahukah kamu di kilang-kilang percetakan di Malaysia tidak ada pun yang menyediakan kertas Gred A seperti yang digunakan oleh majalah-majalah barat? Kebanyakan kertas di Malaysia diimpot dari Indonesia, dan yang paling bagus pun mungkin hanya layak dipanggil Gred B+. Akibatnya penerbit terpaksa menempah kertas khas, dan semestinya hanya tajuk-tajuk yang berduit sahaja yang mampu berbuat begini.

Tidak lupa juga banyak sidang redaksi majalah di sini yang hanya pandai mencilok bahan dari Internet. Penulisan aku misalnya, telah beberapa kali diterbitkan di dalam majalah-majalah tempatan tidak berkualiti tanpa pengetahuan aku. Banyak lagi penerbit-penerbit majalah kecilan yang tidak mengamalkan penyemakan fakta, malah penyemakan tatabahasa/ejaan sebelum menghantar fail terakhir majalah untuk dicetak.

Von bertanya…
Encik MM,
Mana yang perlu didahulukan mengikut prioriti:
1. Mutual Fund
2. Insurans
3. Pelaburan Umum(spt. FOREX/share percentage)
Atau mungkin kau ada penjelasan yang lebih lanjut/mendalam mengenai ‘finance knowledge’ dalam bulatan orang Malaysia.

Kalau aku, 1) Insurans, 2) Mutual Fund, 3) Pelaburan umum. Maaf, aku kurang arif tentang bab kewangan. Sebab itu main hentam sahaja beli kasut.

sarahistheone bertanya…
bila tukar dot blogspot ke dot com apa beza yang MM rasa.
dan betul kan ini asalnya ialah akutakpeduli.wordpress baru ditukar ke .com?
kenapa pindah dari blogspot ke wordpress? apa beza yang MM rasa antara dua. blogspot dan wordpress

Beza yang aku perasan ialah stigma menggunakan blogspot. Mungkin dengan membayar untuk domain aku rasa lebih dedikasi dan serius untuk terus mengemaskinikan blog. Dan bukan, ini bukan laman dari wordpress.com, tetapi hasil meletak dan menetapkan domain di Dreamhost. Antara WordPress dan Blogspot pula yang paling ketara perbezaannya ialah tahap customability. Cuma di WordPress aku banyak kehilangan fungsi social network yang aku suka, seperti pautan ke blog lain yang ber’feed’ sendiri yang terkini, serta keupayaan untuk menggunakan senarai pengguna Blogspot. Itu sahaja. Tetapi aku sukakan templat-templat WordPress yang banyak di Internet sana, jadi…

neys bertanya…
1) Bagaimana sesejenis produk pencerah kulit boleh mencerahkan kulit kita?
2) Apakah yang menyebabkan MM buat web sendiri ni ? iaitu dr .blogspot ke .com

1. Ia berfungsi dengan memulihkan dan menghalang penghasilan pigmen kulit yang menyebabkan kulit kita gelap. Apa-apa pun aku tidak menggalakkan penggunaan pencerah kulit kerana kebanyakannya mengandungi hydroquinone dan merkuri, dua bahan kimia yang bakal menyebabkan kemudaratan jika digunakan dalam tempoh yang lama. Hitam itu menawan.
2. Sebab aku tidak ingin tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan Blogspot.

Liyana bertanya…
MM,
I’ve a dilemma. Sekarang sedang pakai Nikon D40, kit lens & SB600. Saya nak guna camera yg lebih baik dari D40 (I think it’s time to change). Tapi saya nak juga beli zoom lens, atau wide lens (tak pasti lagi). I find myself wanting a lens yg aperture dia besar most of the times. (Ada kaitan tak?)
Sebenarnya, saya tak tahu mana yang patut saya beli. Terus terang saya kata, mmg tak tahu tentang mechanism/technical part/specs of the camera, lens, etc. Mana eh yg patut? Beli camera atau beli lens?

Lensa baru. Aku kenal ramai jurugambar yang hanya menggunakan D40 dengan hasil kerja yang memang amat menarik. Anggapkan kamera seperti mata kamu. Kamu sudahpun biasa dan serasi dengan mata kamu, dan kacamata baru mungkin beri peluang untuk kamu ‘melihat’ dunia dengan cara yang lain dan lebih kreatif.

tina bertanya…
kat mana beli car freshener tu?

Ace Hardware Store ada banyak. Jenama Little Trees.

yulia bertanya…
berapa cm panjang kote mm bila keras?

http://www.epenis.nl/

Kazuya-hunt bertanya…
Adakah Melayu Minimalis sedar tentang fenomena “Aku Tidak Pedulisma” yang melanda masyarakat terutama remaja kita sejak akhir2 ini. Berikan komen dan pandangan saudara terhadap masalah ini. Sila rujuk link di bawah untuk lebih maklumat. Terima Kasih.

http://saifulislam.com/?p=466

(Lihat laman lampiran untuk maklumat lanjut. Aku malas buatkan pautan.) Menarik, walaupun frasa ‘Aku Tak Peduli’ di sini digunakan di dalam konteks yang berbeza. Malah setelah aku membaca laman tersebut konteks yang digunakan memang jauh berbeza dan bertentangan dengan konteks yang digunakan di sini.
Pada pendapat aku, isu yang ditimbulkan laman tersebut tidak patut wujud. Pelajar di institusi tinggi sepatutnya hanya belajar. Penyuaraan hak akan berlaku lebih lantang apabila kamu habis pendidikan formal dan memasuki era tenaga kerja negara. Timba ilmu yang sepatutnya apabila belajar, tidak perlu mempolitikkan segalanya.

brunoz bertanya…
peranan hairstylist kepada negara?

Menggayakan Rambut Rakyat.

Hish bertanya…
1.MM,apa pendapat kau tentang iPhone 3G? Sbb aku ingat nak angkat satu.
2.MM pakai phone apa haa?
3.MM,apa cerita seram yang paling kau rasa bleh tahan la?
Itu je,see yah!

1. Aku tidak berminat sebab aku tidak perlukan fungsi-fungsi yang disediakan iPhone. Aku sudah ada komputer riba Macbook Pro dan kamera digital Lumix LX-3 untuk itu semua jadi kurang relevan dengan aku. Lagipun pada aku saiz iPhone itu sebenarnya agak besar dan tidak muat di dalam poket jeans aku.
2. Aku guna Samsung E2510, telefon bimbit yang agak basic tetapi aku suka rekabentuknya yang amat minimal.
3. Cerita ini.

neys bertanya…
1) MM, apa pendapat tentang kamera yang dikeluarkan oleh Hasselblad ?
2) Apakah yang MM mahu daripada sebuah kamera ? Apa pentingnya kamera kepada MM ?
3) Jika MM seorang pembuat kamera, kamera bagaimanakah yang MM ingin hasilkan ?
4) Boleh tak buat nukilan pasal kamera? eg jenis2nya, kelebihan etc

1. Terlalu mahal dan untuk golongan professional sahaja.
2. Saiz yang kompak, kepantasan penggunaan, rekabentuk minimal, mod manual. Kamera penting untuk aku sebagai cara untuk mendokumenkan hidup harian yang aku bakal lupa satu hari nanti.
3. Aku rasa Sigma DP2 paling dekat dengan kamera yang aku ingin hasilkan. Cuma mungkin kamera itu ‘kurang laju’ dan interface penggunaannya tidak sebagus Lumix/Leica.
4. Tak boleh.

pali bertanya…
MM,
dah lama aku nak tanya ni sebenarnya,
macam mana saudara MM,seorang art director,(aku pun stalker juga..serious)yang sepatut nya sibuk dengan kerjaya anda, tapi mampu melayan karenah orang-orang yang macam kitorang ni?ke kerja kau arah orang je?lol

Sebab apa semua yang aku serta kamu tulis di dalam sini aku boleh jadikan kajian untuk kerja, atau sekurang-kurangnya sumber pencetus idea untuk kajian. Setakat ini segala maklumat yang aku terima untuk blog ini memang berguna di dalam kajian sains nuklear, jadi kita lihat sahajalah. Kerja aku memang banyak cakap.

porn collector bertanya…
wo, dah ada domain sendiri. ok soalan. listkan semua tempat pengajian kau. macam mana cara kau bahagikan masa dengan smart. dan kalau boleh, post gambar kau tutup mulut macam bebudak lain.

Terima kasih. 1. Rahsia 2. Sedar bahawa ada masa untuk semuanya. Dan buat semuanya satu demi satu. Satu perkara yang aku selalu beritahu rakan sekerja ialah jika kamu beri aku masa 5 minit untuk buat sesuatu, kamu akan dapat hasilkerja 5 minit. Kalau 2 hari, maka 2 harilah nilai serta konsentrasi yang akan aku berikan untuk kerja yang diamanahkan. 3. Tidak boleh.

D bertanya…
salam..
1)brand-brand seluar skinny yang di syorkan oleh saudara MM
2)kasut jenis & brand apakah yang sesuai untuk seluar skinny(kalau ada gambar lagi bagus)
3)kalau kat malaysia dimanakah untuk mendapatkan seluar dan kasut itu(yang original)
terima kasih ya

1. Aku pakai Topman sahaja, cuma kena pandai cari yang basic dan minimal, bukan jeans rekabentuk ‘lebih-lebih’ yang banyak dikeluarkan kebelakangan ini.
2. Ada banyak nukilan gambar kasut di sini. Aku rasa semuanya sesuai. Sila cari siri nukilan ‘OT=Oh Tuhanku=OMG’.
3. Kamu ingat aku penasihat fesyen ke? Ingin aku tegaskan di sini semuanya bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu pakai apa yang ada. Aku bukannya selalu berpakaian mahal-mahal pun.

ahmad bertanya…
MM
apa alasan kau bila kau merokok dan minum arak?

Sebab naluri membinasakan diri itu sememangnya amat memuaskan bagi manusia.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terus terang aku akui soalan-soalan kali ini tidak banyak memberikan aku peluang untuk membuat kajian, mungkin terlampau banyak soalan peribadi seperti soalan ukuran panjang kote aku dan sebagainya. Haih.

Popularity: 3% [?]

21 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 10 Episod 2.”

  1. juwie says:

    pakai skinny topman je? kata cool sangat. apa kelas? kasi la poyo sikit…
    I hanya suka Topman bila I jadi bottom. Auw!!!

  2. john jenin says:

    apa gila yulia…

  3. Hish says:

    Haah,orang semua mesti nak tanya soalan peribadi,sebab nak tau siapa MM sebenarnya kut? takpe la,nanti aku tanya John;P

  4. Lily Cartina says:

    soalan kote tu takle blah..
    agak celake.

  5. penglipurlara says:

    aku rasa tahap pendidikan sudah meningkat dengan untuk askar sahaja menetapkan agar sekurang2nya mereka mestilah mempunyai kelayakan spm.

    Malangnya di sini akibat amalan-amalan kurang sihat yang membabitkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan juga tahap gaji yang tidak sepadan dengan peredaran masa menyebabkan jenis kerja ini mempunyai stigma yang kurang disenangi

    ini aku setuju dengan kamu.kekal ditakuk lama, kejarkan harta, besarkn perut sendiri sahaja.

    tetapi berkenaan tentang pendidikan adakah dengan penubuhan universiti pertahanan nasional malayisa membantu tentera(pasukan keselamatan secara amnya)meningkatkan tahap education golongan2 ini?

    ya universiti baru.

    dan akhir sekali aku bersetuju berkenaan dengan gaji..=D

  6. Porn Movie says:

    His surprising funny and stupid actions make you smile. Porn Movie

  7. konpius betul says:

    MM…ade khbar angin bertiup yang mengatakan bahawa lagu COLDPLAY-VIVA LA VIDA akan dihalang on air kerana mengandungi unsur christianity dan jewish yang menyebabkan kite terpesong…ape komen kamu dan bolehkah kamu terangkan ape yg sebenarnya cuba disampaikan dalam lagu itu…

  8. miss x says:

    Dear MM,

    mcmana nk buatkan teman lelaki jadi seorang yg suka mencuba benda baru? pasangan saya suka sgt pergi dating yg tempat sama, order makanan yg sama, boring betul. dia xsuka kl sbb dia kata rimas, ok fine. jarang jln2 shopping pun i kisah, i can do tht w my friends. skali i ajak pergi island/beach/theme park/a famosa (haha) pun taknak. isk.

    i want him to be someone who is eager to tryout new things, experience new places (tu baru ajak g dkt2 je tu, klu nk ajk g afrika dia pgsan kot). sbb saya jenis yg mcmtu. mcmana encik MM? whats ur take on this?

  9. miss x says:

    pmbetulan : line 3 *i TAK kisah, …*

  10. Nik Hitler says:

    Dear Abang MM yang dikasihi.

    rasanya la kan kenapa mat mat atheists mati2 nak orang percaya yang manusia ni berasal dari beruk?

  11. pali says:

    dengar cerita masih berselindung sambil mengekalkan identiti sehingga ramai tertipu..serious aku masih mempunyai beberapa kenalan yang masih terpedaya dengan pujuk rayu kau..lol

  12. Shikin H says:

    kalau aku stormtooper dude, aku pkai camera ni, mesti ramai stormtrooper chick minat aku.

  13. Shikin H says:

    lol. aku post comment kat entri salah hahahaha ngok.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes