April 13, 2009 49

Satu Masalah Dan Satu Penyelesaian.

By in Layan Diri, Pemerhatian, Pendapat

Apabila aku dapat tahu bahawa kerajaan akan memperkenalkan gambar-gambar ngeri yang akan diletakkan pada setiap kotak rokok yang dijual, aku bayangkan tiada banyak masalah. Rokok di Singapura misalnya, sudah lama memperkenalkan undang-undang sebegini, dan gambar-gambar yang diletakkan di kotak-kotak rokok sana memang tidak membuatkan aku fikir apa-apa.

Tetapi gambar yang dipilih kerajaan Malaysia memang brutal. Lagi-lagi gambar Kanser Leher di atas. Alternatifnya ialah gambar Kanser Mulut, yang juga agak brutal.

Malah aku pernah mengambil langkah melekatkan pelekat di atas kotak rokok supaya aku tidak perlu melihat gambar yang dipamerkan, tetapi agak poyo tindakan itu.

Jadi apa aku buat?

Aku bayangkan ianya semua gambar zombie, hasilkerja pemekap kesan khas Tom Savini. Habis cerita.

Popularity: 6% [?]

49 Responses to “Satu Masalah Dan Satu Penyelesaian.”

  1. Von says:

    haha. pilihan aku sekarang semestinya gambar janin, miscarriage tu. kurang brutal sikit. kalau tak ada gambar tu kt kedai, aku sanggup tak beli rokok. walaupun takut dan geli, aku masih merokok. kergh.

  2. helmi says:

    eh, mild seven bang?

    citarasa yang bagus..(walaupun sebenarnya aku tak merokok.)

  3. wanighani says:

    hahaha…!! chenta itu membutakan…

  4. Ferdows says:

    Haha. Good idea.
    Budak2 graphic kata gambar tuh byk edit
    Kira mcm melebih2 lah.
    Tapi tak tahu betul ke tak.
    LOL

  5. haniazrina83 says:

    ada seorang yg penting dlm hidup kawan aku meninggal dunia akibat sakit jantung. jantungnya lemah tak boleh pam darah. darahnya dah bertoksik. dia tak ada insuran pulak tu. sian kawan aku nak kena jaga adik2 dia. oleh sebab tu, adik lelaki dia tak merokok. sebab dah tengok depan mata.

  6. berkesan jugak ek…
    ingtkan perokok tegar nie takde perasaan.

  7. bagus kerajaan!!
    haaa kalau u taknak tgk gambar2 tu beli r rokok seludup..
    hehehehhe

  8. pali says:

    rakan – rakan aku mengambil jalan penyelesaian dengan cara me’replace’kan rokok – rokok mereka ke dalam bekas rokok tin yang lebih sopan ‘appearance’ nya..tapi macam leceh la pulak..lol jgk

  9. MARiZA says:

    hahahahah.

    nampaknye xberkesan la usaha keraaan kite.
    and ramai perokok yang wat koleksi kotak rokok tuhh.

  10. heiho says:

    aku mengambil langkah memakai bekas lain. tp akibatnya selalu ternyala rokok kat puntung. aiseh..celaka!

  11. ryurisora says:

    huhu..berkesan jugak rupanya. tahniah kerajaan

  12. 1412 says:

    kawan aku standby spray warna hitam. beli rokok, spray. beli rokok, spray. haha

    • Wow!
      Sekarang bukan sahaja kena berbelanja beli rokok, tapi kena beli cat semburan sekali untuk meokok!

      p/s – Jangan lupa pakai topeng gas waktu sembur cat semburan tu! nanti paru2 lebih cepat rosak! Maklumlah, asap rokok + erosol!

  13. bob the builder says:

    seronok ko men’torrent’ ea…

  14. ahmad says:

    transmission yang latest agak lembab kat mac os x leopard.aku pakai v0.8 dan memang superb..

  15. Saniboey says:

    It’s fucking unfair when the price of my Dunhill is expensive here in KL and then they show you pictures of cancer. Dah lah suruh bayar lebih tapi kasi orang takut pulak. Hahaha. Nasib baik aku dah pindah semula ke Malaysia sebab di Singapore dulu harga Dunhill aku ialah S$11.80 (kira lah sendiri harga RMnya kalau didarab 2.35)

  16. epool razak says:

    Aku hisap rokok jenama Luffman,murah je, tiga ringgit sekotak dan tiada gambar-gambar penyakit kanser di kotak rokok tu..

    murah dan berbaloi..hahaha ;0

  17. penglipurlara says:

    apa gunanya isap rokok jikalau ada benda laen yg boleh dihisap?
    bincangkan

  18. suparman says:

    sebenarnya orang tu mati pasal tercekik buah ceri, tu pasal bila bedah ada buah ceri kat leher. time makan nasi ayam mmg marvelous tengok gambar2 begini.

  19. miszcrowniq says:

    hehehe..ramai rakan2 i beli rokok terus simpan dalam poket..
    nk isap pun mate xpndg kotak rokok tu..pas isap pun terus simpan balik dalam poket..dh xberani nk sepah2 kotak rokok tu depan mata..betul2 ngeri gambar2 tu..boleh terbawak dalam mimpi tu..hahahaha

  20. penglipurlara says:

    bagi aku jikalau kamu seorang perokok tegar,tak guna rasa takut dengan gambar2 yang provokatif tersebut. deny sahaja,sendiri hisap sendiri tanggung. aku percaya kamu boleh melakukannya.go smoker go

  21. hoo says:

    beli rokok batang sudah.

  22. aji says:

    takutnya aku tgk gambar2 tu. kamu tak takut ke? jgn nanti kamu jd zombie sudah

  23. fictionita says:

    haha. same here! everytime i got the new packaging, i’ll strip off some stickers & paste on it. tanpa putus asa.

    kot-kot bila dah habis sticker, mungkin nak beli marker…

  24. pali says:

    aku merasakan kerajaan Malaysia paling banyak ‘tap’ duit rakyat mereka melalui cukai..dan aku masih tidak faham, mula – mula tax, kemudian gambar ‘horror’..adeh..

  25. suami lalat says:

    aku rasa inisiatif mcm ni tak bagi impak yg besar sgt kpd jumlah perokok..

    mungkin kerajaan patut letak slogan “rokok hanya untuk pondan” atau “merokok boleh membuatkan anda menjadi bodoh dan terencat”.

  26. pali says:

    kau ingat perokok nak percaya kah?lol

  27. bukan perokok says:

    Semalam baru terbaca ada blog nih cerita pasal anak dari ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merokok akan kurang pandai, kurang pintar, kurang cerdik dan yang sewaktu dengannya.
    Kalau nak anak2 anda pandai dan pintar kahwinlah dengan bukan perokok dan anda semestinya bukan perokok. Agaknyalah.

  28. i am mai says:

    komputer mac… tekaan aku tepat.
    aku tiada duit untuk merokok.

  29. Iklan gambar kat rokok pada aku ok lagi…..Pernah aku tengok iklan dari indon rasanya….babaknya : tiap kali ada orang yang nak isap rokok tiba ada sekumpulan manusia pakat2 baca YAASIN….memang psiko…

  30. nanatron says:

    nasib baik rokok marlboro menthol light tak ada lagi geganba ngeri tu. kalau ada, alamatnya lps nyala simpan blk kotak rokok dalam beg…

    ganba mmg tak dinafikan sangat kejam mampu bawa rasa insaf. yeke anak kurang pandai kalau merokok? hurm…harus berenti sebelum conceiving neh..hehehe..

  31. melaine says:

    betul la tu. kalau kamu perokok tegar, apa nak ditakutkan dengan gambar-gambar macam tu. sebab dalam peparu kamu sendiri pun tengah develop benda yang sama, apa nak dihairankan, kan?

  32. akulanie says:

    :)………..

  33. lila says:

    bro, berhenti la merokok. kamu semua tahu apa akibatnya. merokok tak semestinya anda cool.

    saya nampak teman wanita MM juga merokok. perempuan yg merokok?? memang tak cantik

  34. rokok secara fakta memang bahaya.
    tar yang dekat jalan raya tuh ditaruk dalam rokok.
    tetapi apa boleh buat”masing-masing punya citarasa sendiri untuk teruskan hidup”
    its peeps lifestyle
    don’t change them till the really want to.
    :)

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes