May 8, 2009 18

Tanya Abang Minimalis Musim 11 Episod 1.

By in Tanya Abang Minimalis

(Aku ada ahli keluarga baru! Cuba cari.)

Aku rasa aku akan jawab soalan yang tidak boleh diGoogle sahaja. Yang lain-lain tu kalau aku tidak jawab sila Google. Jangan nangis. Kalau tidak faham Bahasa Inggeris sila belajar Bahasa Inggeris. Atau cari awek Mat Salleh.

c2b bertanya…
Definasi anda tentang KESAKITAN..

Kesakitan fizikal selalunya akan hilang dengan mudah. Kesakitan mental dan hati yang pada aku lebih menyakitkan.

diu bertanya…
1. pernah tak kau menghadiri pesta muzik seperti lollapalooza, bonnaroo, coachella,big day out,fuji rock festival, glastonbury dan sebagainya rainforest world music festival tidak dikira..sunburst pun tak dikira…konsert hujung minggu AF pun tak dikira..hanya yang seangkatan dengan yg disenaraikan di atas sahaja.sila sertakan bukti kehadiran kau dikonsert yg kau nyatakan..jangan cakap jer.kena ada bukti.(e.g. keratan tiket, gambar yg bukan di”doctored”)
2. Pernahkah kau menghadiri konsert radiohead?(menonton dvd konsert radioheaddi rumah sewa kau/kawan kau tidak dikira)
3. Sila berikan tahap kepentingan wikipedia pada kamu menggunakan skala 1-10 (1= kurang penting, 10=sangat penting) dalam menjawab soalan2 pada ruangan Tanya Melayu Minimalis ini?
4. Sila huraikan percanggahan idea Miller & Modigliani vs. Markowitz(sebolehnya jgn rujuk wikipedia dan website yang miripnya)

1. Tidak pernah.
2. TIdak pernah.
3. Tidak tahu.

dill bertanya…
dang, john pengganti aweks ke?

Haha mungkin. John memang setia. Macam Lassie.

d7 bertanya…
1. merujuk pada blog description..
5 alasan yg berlainan kenapa MM pilih masih minimalis dan rangup?
kenapa rangup dan bukan pervert ataupun perkataan2 lain yg lebih sesuai ngan MM?..
2. aku confused dengan MM yg couple dgn lady esah dan MM yg duda anak satu..
adakah orang yang sama atau berlainan sebab kalau tak silap aku blog ni ade ramai penulis kan?
3. ape pendapat MM pasal susan boyle dlm british’s got talent tu.. bole blah ke x dalam industri hiburan (kat Britain and kalo kat Malaysia ade bakat camtu camne plak?)

sekian.. 10q
eij

1. a) Blog aku macam snek b) snek harus rangup c) aku bukan pervert d) rangup bermaksud segar e) dan segar itu terkini.
2. Orang lain.
3. Aku tidak mengikuti perkembangan Susan Boyle. Maaf. Lagipun siri tv realiti yang menarik hanya melibatkan rakaman aksi Mat Salleh bogel di tepi pantai. Di Johor. (Rujuk tajuk utama Harian Metro hari ini.)

miszcrowniq bertanya…
ape pekara yg paling mm sesalkan dlm hidup?
kalo boleh mcm nk ulg semula perkara tu then betulkan??
hehehe adeke?

Terus terang aku dahulu macam banyak sesalan, tetapi semenjak kebelakangan ini aku sedar yang sebenarnya aku tiada apa yang patut dikesalkan. Semuanya lumrah perjalanan hidup. Ada sebab semua perkara yang berlaku itu berlaku kepada aku. Yang penting belajar atas segala kesilapan dan meneruskan perjalanan hidup. Atas sebab yang sama aku tidak pernah terfikir ingin kembali ke masa lalu untuk memperbetulkan apa yang salah. Tiada yang betul atau salah. Hanya tepat dan silap. Kalau pilihan kamu tepat bermaksud kamu memang cukup sedar dari segala kesilapan yang kamu lakukan dahulu. Kalau semuanya silap sila amalkan pemakaian kondom.

young team bertanya…
mungkin ini soalan separa peribadi,
1) MM pernah mention tentang bagaimana MM mula dgr depeche mode dulu. dari abg kamu bukan? adakah peranan abg kepada MM telah membentuk arah muzik MM selama ini?
2) MM pernah lalui zaman depressive dan melankolik MM. How did u deal with yourself when you had that emotional problem?
3) All time favourite movie? ada org pernah tanya ke soalan ni?

Soalan menarik.
1. Aku rasa disebabkan abang aku citarasa muzik aku lebih menjurus ke muzik dari England. Dari Beatles sehinggalah ke Joy Division, dari Depeche Mode ke Radiohead. Semuanya muzik British. Sampai sekarang juga aku masih berpendapat output kreatif dari orang Inggeris lebih kreatif dan mencabar dari hasilkarya pemuzik Amerika.
2. Agak sukar. Aku pernah alami system breakdown selama 2 bulan, di mana dalam 2 bulan tersebut amat sukar untuk aku berfungsi sebagai seorang manusia. Sebenarnya aku memang berterimakasih kepada semua rakan-rakan rapat aku, yang banyak memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada aku. Mungkin agak cliche tetapi tanpa kata pendorong aku rasa tidak mungkin aku akan dapat melalui masa-masa yang getir pada aku. Akibatnya sekarang aku rasa diri aku makin tabah untuk mengatasai halangan. Sama ada tabah atau hati makin kering lah.
3. Sebagai seorang yang meminati filem, soalan itu memang agak sukar untuk aku jawab. Tetapi aku akan jawab di dalam konteks situasi aku hari ini. Jadi, hari ini, filem kegemaran nombor satu aku ialah Empire Strikes Back. Kalau kamu tanya aku esok dijamin jawapannya berbeza.

famia bertanya…
apsal tak boleh tanya soalan berunsur agama & politik?
*itu soalan juga.. bukan.

Sebab ada ramai lagi pakar atau perasan-pakar yang lebih arif di dalam subjek ini. Aku kurang arif.

Chelaka bertanya…
bro,1st time nak tanya ko ni.

Aku sebagai admin blog chelaka.com,adakah aku menjatuhkan/mengaibkan mana-mana pihak?Tujuan aku buat blog tersebut adalah untuk menginsafkan atau memberi kesedaran/teladan kepada masyarakat.adakah cara aku salah?ada kemungkinan ke blog aku ini akan disaman oleh mana-mana pihak?perlukah aku delete blog aku?

Kamu pernah dengar istilah bad taste? Aku rasa blog kamu epitome istilah tersebut. (Hanya pendapat jujur aku, jangan marah.) Aku rasa ada risiko tertentu jika kamu menulis atau memaparkan blog dengan isu-isu sensitif. Apa-apa pun kalau kamu percaya apa yang kamu perjuangkan aku rasa tidak salah kamu meneruskan. Semoga berjaya mencapai matlamat kamu, ya?

FZ bertanya…
Apakah definisi hiasan pada takrifan MM, kerana pada firasat gua, gambar diatas tidak wajar dianggap sebagai hiasan semata-mata. Ia adalah potret yang menunjukkan imej pemimpin agung.

apakah hiasan?

Hiasan itu halwa buat mata. Dan gambar di atas memang halwa yang amat manis.

yabedabedu bertanya…
MM mana lagi best rick rubin,danger mouse , mark ronson,steve albini,nigel golrich,Sergio Pizzorno,brian eno, ahmad nawab
tu belum mixing pro lagi…mana yang MM bole huraikankalo kt KL ni mana nak cari org mcm depa ni….
aku suka Jim Diamond , ko suka sapa kot????

Dari senarai di atas aku suka Rick Rubin, Steve Albini dan Nigel Godrich. Di Kuala Lumpur memang ada pakar-pakar produksi audio seperti mereka, tetapi mungkin akibat kurang peluang untuk bereksperimentasi hasilkarya mereka yang mungkin setaraf dengan nama-nama di atas mungkin tidak mendapat perhatian yang sepatutnya. Aku masih percaya bahawa ada banyak bakat di negara kita, cuma realiti hidup yang memerlukan wang untuk membayar bil menyebabkan mereka lebih tertumpu kepada kerja-kerja komersil yang berbaloi. Lagipun tidak banyak pemuzik di Malaysia yang ada wang dan masa untuk merakam sesuatu yang bukan sahaja berkualiti, tetapi mencabar pandangan pendengar tempatan. Lebih mudah mencari jalan yang lebih selamat, bukan?

Pada masa yang sama juga, banyak band tempatan yang memang amat kreatif, tetapi mempunyai hasil rakaman yang hambar. Untuk band-band begini aku cadangkan pelaburan lebih untuk menghasilkan rakaman yang lebih bermutu, atau jika kamu tidak pasti kekreatifan kamu akan terakam sesempurnanya, sila jangan rakam langsung tetapi pastikan kamu tinggalkan legasi yang berkekalan.

hensem bertanya…
you pergi university mana dulu?

Dua tahun di Universiti Malaya, empat tahun di luar negara. Kamu hensem ke?

D bertanya…
salam
pernah dgr pasal bleach gigi tak?
klau kt sini harga berapa nk bleach gigi?
adakah kaedah lain lagi yg sama macam bleach gigi ni selain gosok gigi?

Ya aku pernah dengar. Aku kurang pasti kosnya, tetapi aku pasti lebih dari RM1000. (Sila rujuk Smile Clinic di The Curve, Mutiara Damansara.) Selain bleach gigi rawatan cahaya laser juga ada untuk memutihkan gigi. Apa-apa pun jangan bazirkan duit kamu dengan ubat gigi yang mengandungi pemutih, sebab menurut apa yang aku baca, bila waktu gigi kamu benar-benar putih dengan bahan pemutih di dalam ubat gigi, kamu telah membelanjakan sebanyak mana perbelanjaan yang diperlukan untuk bleach gigi kamu di klinik gigi.

kiki bertanya…
apakah sebenarnya Lesen Pengiktirafan-Perkongsian Serupa 2.5 Malaysia and what’s the purpose? how do you apply actually. thank youuu.

Ini sebenarnya untuk mengekalkan hak karya aku, dan pada masa yang sama memberi peluang untuk pembaca-pembaca aku berkongsi maklumat yang aku tulis di sini dengan orang lain. Dan memang matlamat Internet pun, iaitu berkongsi maklumat. Cara-cara dan penguatkuasaan hakcipta agak berbeza di alam maya, tidak seperti bahan bacaan yang dicetak dan disebagainya. Klik sahaja di pautan ‘Lesen Pengiktirafan’ di bawah sebelah kiri laman ini untuk maklumat lanjut.

R9 bertanya…
Halo Mr. MM
I nak tanye u n mintak recommendations.

Bulan depan,I ade jemputan kawin ke Hotel Depalma Ampang.
Kire cam grand jugak la jemputan2 nye.
Tapi I tak tau pakaian ape yng sesuai selain baju melayu.

Bolehlah kirenye bagi sedikit tips untuk kelihatan x terlalu janggal tapi bergaya.

Kalau boleh bagi tau jenis pakaian dan jenama serta mane nak beli.
Harge bolih runding.

Aku kurang pasti kamu lelaki atau perempuan, jadi aku anggapkan kamu ini lelaki. Pada aku pakai sahaja pakaian sut lengkap dengan blazer, tetapi bukan berwarna hitam tetapi biru gelap atau kelabu gelap. Elakkan memakai kemeja berwarna, kemeja putih sudah cukup, dan lengkapkan dengan talileher berwarna gelap. Kemeja murah memang boleh dibeli di mana (jenguk-jenguklah G2000 dan Padini, potongan mereka agak kemas, tetapi hanya sesuai untuk yang ramping. Sebenarnya potongan Padini memang sesuai untuk aku. G2000 kebanyakannya agak senteng lengannya untuk badan aku.), tetapi untuk sut/blazer yang sesuai, aku cadangkan supaya kamu menempah di kedai jahit. Ada banyak kedai jahit yang bagus dan murah, terutamanya di sekitar Plaza Sungei Wang, tetapi sediakan lebih kurang RM1000-1200 untuk kualiti sut yang bagus yang kamu boleh gunakan pada jangka waktu yang agak lama. Lupakan sut-sut di Zara, Topman semua, memang membazir duit untuk aku.

superbutterscotch bertanya…
patut tak aku beli ipod touch dan jailbreak?

Jangan. Beli telefon bimbit G2 Android lagi bagus. Sila Google.

azizulhakim bertanya…
Band tempatan yg kau minat dan kenapa?
sila list kan kalau ada…

Nanti aku akan buat nukilan khas tentang band-band tempatan, ya?

Tunggu episod 2 nanti!

Popularity: 4% [?]

18 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 11 Episod 1.”

  1. hensem says:

    thanks, plz cepatkan tanya abg min musim 12.

  2. LikLik says:

    aha. mcm nak berkenalan dgn hensem tuh ah

  3. pesanan utk si diu.

    kalau nak tanye pasal teori modigliani-miller, please tanye economist la.
    dan kalau kau rajin sila cari journal-journal kat internet tu. (tapi confirm byk kena bayar)

  4. Chelaka! says:

    thx MM sebab answer my ques

  5. kitsch says:

    ohmagad green with envy.

  6. Suet says:

    Hotel Depalma Ampang tuh grand ke?

  7. nurulazreenazlan says:

    bata badminton master.

    i’ve got a pair too =)

  8. Dandan says:

    ahli keluarga baru?

    aku rasa supra skytop hitam tu ngan kasut bata putih,ye tak?

  9. pull says:

    placing kasut sk8 nmpk..
    heheehe..
    cheers..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes