May 9, 2009 17

Tanya Abang Minimalis Musim 11 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

nyvea86 bertanya…
tumpang tanya, apa prospek pekerjaan bidang bioteknologi di Malaysia? Boleh huraikan especially dalam bahagian biomedical? Adakah bioteknologi di Malaysia rata-ratanya tertumpu kepada penghasilan produk? Dan adakah bidang pertanian menjadi keutamaan? Kalau fresh grad biotech, apa je kerja yang ada?

Aku kurang arif, tetapi setahu aku Malaysia masih ketinggalan jika dibandingkan dengan banyak negara lain di dalam bidang penyelidikan dan penghasilan, terutamanya bagi produk-produk berasaskan teknologi. Banyak skim-skim ‘perpindahan teknologi’ di antara syarikat tempatan dan multinasional asing misalnya, tidak mencapai tahap yang diinginkan mungkin akibat sikap penyelidik tempatan yang kurang latihan, ataupun mungkin hanya malas. Sebab itu misalnya jika dibandingkan dengan Korea Selatan mahupun Taiwan, jenis produk yang dimajukan 100% tempatan agak berkurangan. Dalam bidang bioteknologi pula, terlalu banyak penekan diberikan kepada produk-produk yang ‘terlalu’ tempatan, misalnya penyelidikan tentang tongkat ali, gamat dan yang serupa dengannya, yang selalunya berakhir dengan kegagalan akibat teknik pemasaran yang salah. Pada pemerhatian aku produk akhir yang dikeluarkan, walaupun mungkin ada yang mencapai piawaian antarabangsa, kalah dari segi pemasaran.

Aku rasa apa yang diperlukan ialah perbandingan produk Malaysia dengan produk-produk tempatan negara lain yang berjaya, misalnya nata de coco. Dari segi biomedikal pula aku rasa selagi tiada integrasi dengan produk berunsur antarabangsa, memang agak susah untuk dimajukan. Walaupun begitu aku rasa permintaan tempatan tetap ada, cuma agak sedih jika difikirkan yang potensi produk-produk tempatan sebegini tidak dieksploitkan sepenuhnya.

Apa aku cakap ni?

Bees Made Honey In the Lions Skull bertanya…
macamana nak tulis lagu

Secara umumnya ada dua cara. Mulakan dengan melodi asas dan cuba paparkan ‘kisah’ yang kamu ingin sampaikan, atau berdasarkan ‘kisah’ atau jalan cerita dalam kepala kamu, cuba sesuaikan dengan melodi yang bersesuaian. Secara peribadi aku gunakan kedua-duanya. Juga jangan tiru bulat-bulat inspirasi kamu (bermaksud lagu-lagu dari karyawan lain), tetapi cuba dengar lagu yang mungkin 180 berbeza dari jenis lagu yang kamu cuba sampaikan, dan selitkan unsur-unsur lagu yang kamu dengar (yang mungkin dari genre yang berbeza) ke dalam karya kamu sendiri.

aleya bertanya…
siapa perempuan yg paling gorgeous to you?
who is she and why?

Perempuan yang jelita memang ramai. Tetapi perempuan yang jelita rupa serta perawakan dalamannya memang susah dicari. Aku kerap kali berjumpa perempuan yang aku anggap amat jelita, tetapi mempunyai hati yang busuk reput. Setakat ini aku rasa perempuan yang paling jelita ialah…. jeng jeng jeng.

Goblog bertanya.
Adekah kamu menyayangi Rysa??

Kamu fikir bagaimana?

XfaizX bertanya…
Selain dari Malay urban..per lagi flikr page yang mcm malay urban..hehehe!

Abg MM…apa pandangan MM tentang local clothing label yang tumbuh macam cendawan skang nie?

Setakat ini aku tidak jumpa lagi. Memang agak sedih laman flickrnya ditutup, bukan? Untuk soalan dua aku rasa persaingan adalah satu benda yang aku alu-alukan dalam semua bidang. Lagi banyak saingan dan kurang monopoli hanya untuk satu pihak akan menyebabkan pengguna diberi lebih banyak pilihan. Akibatnya yang kualitinya kurang tidak akan mendapat sambutan, dan yang bagus akan naik. Aku rasa ini penting dalam mana-mana industri.

Yang ikhlas,
XmmX

Lopo bertanya…
1.Ada mitos menyatakan bahawa jikalau kita atau seseorang itu memandu kereta mahupun pacuan 4 roda yang dipandu tidak membuka penghawa dingin/aircond,kita dapat menjimatkan minyak.Jikalau benar atau salah berikan sebab mengapa.
2.Macbookpro MM 15 atau 17 inci? Amacam prestasi Macbook tersebut,puas hatikah?
Sekian untuk musim ini,see ya!

1. Benar. Sebab penghawa dingin menggunakan enjin kereta (yang menggunakan minyak) untuk proses penyejukan menyeluruh. Kalau tidak percaya cuba masukkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin, tetapi berhenti ketika hanya bateri kereta kamu diaktifkan. Hidupkan penghawa dingin. Memang tidak akan dingin sepenuhnya. (Kalau aku salah dan ada pembaca dengan jawapan yang betul sila komen di bawah.)
2. Aku puas hati, cuma Macbook Pro 15″ aku (dan banyak MBP lain) banyak masalah dengan upgrade RAM. Banyak RAM yang tidak sesuai dan menyebabkan masalah prestasi, hingga hang. Lihat sahaja di forum diskusi di www.apple.com.

seliparmelayu bertanya…
halo kawan..
aku mmg follow ko pye blog but sometimes ko pye fact yg mention dlm entry ko pon bknnye btol sgt,,,ko btol2 taw ataupun sngaja buat ‘pala’ taw??

Aku tahu sesuatu yang tidak betul. Ejaan kamu. Sama ada aku betul atau tidak, itu tidak penting. Yang penting pembaca harus tahu bahawa ini semua pendapat aku sahaja. Banyak lagi sumber rujukan di Internet tentang perkara yang aku tulis, bukan?

mad bertanya…
ATP & GTP MM yg same ke?

Itu MMM. Aku MM. Orang lain dan aku tiada kena mengena.

Gibson Les Paul bertanya…
Bolehkah MM terangkan definisi “Fail” dan “Win” yang selalu muncul dalam internet meme?

Fail = “Hek eleh”, Win = “Fuiyo!”

tiputapibenar bertanya…
Antara sneakers ‘low-cut’ dan ‘hi-cut’, yang mana satu pilihan MM dan kenapa?
Pernahkah MM mengimpikan untuk menjadi Corgishoe Malaysia?

Aku suka high cut. Untuk soalan kedua tidak pernah terlintas langsung. Sebab aku tidak kenal apa itu Corgishoe.

Tunggu episod ketiga, ya?

Popularity: 3% [?]

17 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 11 Episod 2.”

  1. kepada nyvea86- kalau kamu rasa lebih seronok membuat research, ceburkan diri dalam bidang yang lebih detail dan teknikal seperti molecular biology. tidak kisah medical, atau agriculture. aku beranggapan sesiapa yang major genetic semasa di universiti mempunyai advantage tapi semua perkara boleh belajar.

    tidak semestinya bertumpu kepada penghasilan produk (lagipun kalau kamu mahu kira penghasilan produk itu sendiri ia terlalu meluaslah), ia atas target institusi penyelidikan, universiti, kerajaan, pemberi grant sebagainya.

    prospek kerja adalah luas bergantung kepada minat. kalau mahu buat sales, kamu boleh pergi syarikat yang menjual barang. syarikat supply alatan dan chemical untuk kegunaan makmal juga sibuk bersaing antara masing-masing.

    kamu juga boleh menceburkan diri ke bahagian perundangan provided kamu mestilah sambung masters mengkhusus kepada apa yang diperlukan. aku tidak pasti bagaimana tapi perlu belajar law juga.

    admin pun boleh kalau itu yang kamu mahu. tapi mungkin terhad kepada pegawai sains atau pegawai pertanian dan kamu tidak berpeluang melakukan penyelidikan. kecuali memilih untuk sambung balajar kelak.

    biasanya kerja yang paling diminati ialah menjadi tenaga pengajar atau penyelidik. dan peluang banyak bergantung kepada kelayakan akademik dan pengalaman. kalau degree dahulu tidak berapa perform mungkin sedikit sukar. tapi untuk mendapat pengalaman adakalanya bergantung kepada budi bicara pihak yang bakal employ kamu dan nasib masing-masing.

    kamu harus mempunyai contact, lebih ramai lebih bagus. sebagai sumber untuk memberitahu kamu kalau-kalau ada apa-apa peluang baru kerana tidak semua kerja diiklankan. dan adalah diingatkan, kebiasaanya sekarang bekerja dalah kontrak dahulu, even tenaga pengajar juga, tertakluk kepada syarat (biasanya antara syarat ialah menyiapkan masters atau phD dalam tempoh yang ditetapkan). pegawai penyelidik pun sama. hanya diterima bekerja tetap selepas lima tahun kontrak juga adalah perkara biasa.

    menyambung pelajaran selepas degree adalah sangat digalakkan untuk bidang bioteknologi. sekian. semoga membantu.

  2. wow sorry komen di atas macam tidak ada perenggan walaupun aku dah buat perenggan dan selang dua baris. hehehe

  3. tiya says:

    “internet meme” itu apekah?
    baru pertama kali dengar ^0^

  4. Ayyman R says:

    Blog chelaka tu agak menakutkan.

  5. bart says:

    wow, supra baru lg? black croc suede. pernah nampak. boleh tahan lawa. pergh. masyuk sial.

  6. thetourists says:

    http://www.flickr.com/photos/24723731@N04/

    MM, agak-agak flickr ni boleh ganti malay urban tak ?

  7. nyvea86 says:

    Thanks sarah n mm. Maybe perbincangan ni boleh dipanjangkan lagi. Thanks again.

  8. khairul says:

    mithbuster da buat test..

    pasang aircond lebih jimatkan minyak berbandang bukak tingkap..

    kalu aku salah tengok, marahkan jimmie hynamen (pedulikan ejaan aku)

    tapi lau boleh search cite ni kat tenet

    • Tree Hill says:

      mungkin kau tengok yang first punya.
      test kedua dibuat season selepas itu.

      untuk kelajuan bawah 80kph, lagi bagus tutup aircond dan buka tingkap.
      melebihi 80kph pula, lebih baik tutup tingkap, kerana angin akan memperlahankan kereta pada kelajuan yang tinggi dan menyebabkn penggunaan lebih banyak minyak.

      *MythBusters season 2 episode 14 & season 3 episode 15.
      wiki ada!

  9. yjbhnft says:

    atp ngan gtp tu nucleic acid kot.

  10. haihaihai says:

    sorry MM my comment is out of topic.
    i saje excited nak beritahu u, last 2 days i mimpi yang MM ni actually 12 years old boy. i bangun yang terkejut giler tu… macam is it for real?

  11. pull says:

    SUPRA ni owner dia ERIK ELLINGTON..
    cuba google..
    cheers..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes