Johan Affendy bertanya…
Sebagai seorang peminat sukan gusti profesional, mengapa agaknya masyarakat susah untuk menerima fakta bahawa gusti sebegini adalah hiburan semata-mata? Macam tengok movie-lah. Ada scene berdrama, ada scene berlawan. Aku naik lemas bila mendengar suara-suara mengatakan semua itu tipu belaka. Contohnya; “Nampak sangat pukul tak kena”, “Tak logik je orang tu boleh baring tunggu The Rock buat People’s Elbow.” dan sebagainya, Ada pula yang terlebih percaya; “Tergamak Matt pukul Jeff untuk dapatkan title shot. Diorang kan adik beradik!”.
Apa pendapat anda?
Gusti itu semua betul-lah. Siapa kata tipu? Memang betul apa Triple H dengan Stephanie McMahon berkahwin?
Mohammad Helmie Bin Mohd Noor Yazid bertanya…
aku inginkan pendapat dari kamu tentang masalah pengkid, iaitu mengenai punca dan cara menangani serta menghadapi golongan pengkid ini. aku kira kamu boleh membantu aku mendapatkan maklumat mengenai hal ini sebagai panduan. disebabkan genjala ini semakin berleluasa sekarang, dan ia merbahayakan ketumbuhan generasi sekarang dan aku sekarang berhadapan dengan golongan yang bermasalah ini.
Sebelum aku jawab soalan ini aku hendak kamu dan semua pembaca lain untuk faham satu hakikat. Apa-apa pun jenis manusia yang ada di muka bumi ini, mereka memang tidak diminta dilahirkan sebegitu. Sama ada cukup sifat serta sempurna atau penuh cacat cela, itu semua nasib kamu ketika kamu dilahirkan. Sesempurna seseorang itu pun, pasti ada cacat cela. Jadi soalan kamu, tentang ‘masalah’ pengkid itu aku rasa tidak wajar. ‘Masalah’ pada aku ialah sesuatu yang timbul akibat kepincangan sosial, terutamanya dari golongan yang nampaknya normal. Keinginan serta cara nafsu seseorang berfungsi itu pada aku bukan sahaja akibat cara-cara seseorang itu dibesarkan, malah mungkin juga sudah termaktub di dalam DNA mereka dari awal lagi.
Aku anggapkan kamu dilahirkan normal. Katakanlah kamu dilahirkan sebagai seorang yang cenderung kepada homoseksualiti. Dan setahu aku, pada seorang homoseksual, keinginan untuk bersama dengan seorang yang sama jantina adalah sama dengan cara kamu cenderung kepada seorang wanita untuk kepuasan fizikal. Pada fikiran mereka, inilah naluri mereka. Cuba kamu bayangkan kalau tiba-tiba ada orang berkata pada kamu, “Kau, kau tak boleh suka perempuan. Itu salah. Kamu kena main dengan laki!“, apa perasaan kamu?
Sekarang cuba pula bayangkan bahawa kehendak serta naluri kamu itu tidak diterima masyarakat. Dan kamu harus bersembunyi semata-mata ingin bersama dengan yang tersayang, dan kemana kamu pergi kamu dipandang serong. Apa perasaan kamu?
Pada aku, semua yang lahir di dunia ini ada peranan mereka masing-masing. Tidak kisahlah sama ada dilahirkan lurus atau songsang, itu semua bukan pilihan mereka. Ini bukan soal betul atau salah, tetapi soal kemanusiaan. Dan kita semua sama-sama manusia.
Aku rasa yang penting ialah kita harus saling menghormati cara hidup sesama kita, dan walaupun kamu tidak setuju, sekurang-kurangnya cuba memahami cara masing-masing. Pendidikan itu penguasaan.
cecilia dawson bertanya…
um kau tak jawab lagi satu soalan aku. soalannya…
“what is the cure for boredom?”
Gila am soalan ini. Aku pun jawab secara am. Cari hobi. Atau ambil gambar seksi diri sendiri dan e-melkan pada aku.
Akmal Baharuddin bertanya…
1)kau tinggal kat damansara kan..berape sewa kondo umah kau?
2)merujuk kepada nukilan tempat kerja, kau bukan keje nuklear bangi belakang utan ukm ke?ke dah tuka
3)nape bandar ‘melayu’ (mane-mane lah rase kau majoritinya melayu) tak best hah?kalau ade yg canggih mangih pon pasal subsidi (mane2 lah bandar yang kau rase paling banyak makan duit negeri). tue pon tak best langsung…takde tempat lepak (contohnya panggung wayang, contoh).. yang banyak kat atas jalan yg byk bulatan adalah rempit bin rumput, kat tasik orang buat 3gp
1. Berpatutan.
2. Ya, di situ.
3. Bukan soal Melayu atau bukan Melayu, tetapi soal mentaliti umum masyarakat setempat. Jika kamu minoriti (bukan dari segi kaum atau bangsa, tetapi dari segi mentaliti), kamu tiada pilihan selain dari mengikuti permintaan majoriti. Tiap-tiap tempat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, yang penting ialah apa sumbangan kamu kepada mana-mana masyarakat di mana-mana pertempatan.
ema nakahara bertanya…
i am thinking of buying vinyl player, tetapi, tiada langsung idea tentang vinyl player. so, since you are doing another ‘tanya abang minimalis lagi’ series, and you are one person that i know is full of great knowledge, i am hoping that you could maybe let me know where to start.
by the way, fun to know that rocky balboa pun ada words of wisdom selain big guns…
Hanya untuk mendengar atau untuk berDJ? Kalau untuk mendengar, jenama Audio Technica ada mengeluarkan pemain vinil yang murah dan berpatutan. Tidak silap aku jenama Pioneer juga ada, pemain vinil mudah hanya untuk mendengar. Ada lagi jenis-jenis yang mahal, untuk kaki-kaki audiophile (senang cerita cara paling senang untuk membazir wang jika kamu kaya sangat), tetapi pada aku hobi audiophile ini hanya membazir duit, sebab tidak banyak rakaman muzik di luar sana yang mengamalkan rakaman tahap audiophile yang benar-benar boleh mencabar sistem audiophile kamu. Kalau kamu ingin berDJ memang tiada pilihan selain dari siri Technics SL-1200/1210. Sila Google.
Rocky Balboa rocks.
akusally bertanya…
adakah infedility itu sesuatu yg negative, or just a force of circumstances?
Susah soalan ini. Aku anggapkan kamu bertanyakan soalan ini dari segi mereka yang telah pun berkahwin. Negatif, untuk perkahwinan, tetapi mungkin positif untuk perkembangan diri. Yang penting bukannya sebab ianya berlaku, tetapi tindakan kamu setelah ianya berlaku. Memang tidak mudah untuk mempercayai seseorang yang telah curang kepada kamu, malah aku sendiri pernah berada di dalam situasi yang sama. Senang cerita aku sampai sekarang tidak memaafkan si dia langsung.
dammit bertanya…
Aku rasa kau tahu banyak benda tentang musik(Mungkin kau involve jugak). Jadi aku nak tanya;
Apa pendapat kau tentang sell out bands. Contohnya Green Day, Cradle Of Filth, Metallica, Nirvana dll. Dorang dikecam sebab beralih ke Mainstream. Disebabkan duit, kata peminat. Dekat Malaysia pun berlaku jugak. Aku rasa isu ni tak perlu dibesarkan sebab kalau sesebuah band tu bagus, mereka tetap bagus. Apa pendapat kau?
Aku rasa marketability adalah penting. Sebagus mana pun muzik kamu, jika kamu tidak pandai memasarkannya maka kamu bodoh dan lagu-lagu lunak kamu hanya akan dilayan oleh kamu, ibubapa kamu dan kawan-kawan kamu yang terpaksa melayan kamu. Pada aku fokus untuk pasaran yang lebih besar adalah langkah logikal untuk mana-mana band, cuma cara kamu beralih fokus itu penting. Apa-apa pun aku rasa sekarang ramai sudah sedar yang menjaga hati peminat-peminat kamu ketika kamu masih band yang kecil kurang ganjarannya jika dibandingkan dengan langkah kamu untuk mencapai pasaran yang lebih besar di luar sana. Aku neutral dalam isu ini, sebab pada aku, ya, jika band kamu bagus, maka tiada bezanya. Yang menjengkelkan ialah langkah sesetengah band yang menukar bunyi mereka semata-mata untuk menarik perhatian di dalam arena mainstream. Contohnya Red Hot Chilli Peppers selepas album ‘Blood Sugar Sex Magik’ dan Metallica ketika album ‘Black’.
mukrimania bertanya…
apakah perbezaan antara kasut converse yang dibeli dinegara kita dengan kasut yang dibeli dari america?
10 tahun dahulu mungkin, ketika kasut Converse masih dibuat di Amerika. Sekarang, dengan lebih banyak syarikat gergasi membuka kilang-kilang di Timur Jauh aku rasa tiada perbezaan. Aku mungkin salah.
deadidadida bertanya…
kenapa kata karipap sardin, tapi inti bawang?
Kamu berselera ke makan karipap dengan inti sardin sahaja? Apa-apa pun karipap inti kentang paling layan.
khairul bertanya…
1. apa beza janji melayu, janji cina dan janji india?
2. soalan aku yang atas ni racist ke?
1. Janji Melayu akan dikotakan oleh orang selain dari orang Melayu, janji Cina akan dikotakan oleh orang Cina, janji India tak ramai yang buat.
2. Tidak.
Popularity: 3% [?]
apakah kriteria2 yang melayakkan sebuah blog itu diletakkan di dalam kotak ‘blog patut baca’ ko? adakah blog2 yang popular sahaja atau kawan2, dan juga model2?
tapi MM,
benar pengkid itu naluri. sama juga seperti seorang serial killer, mungkin dia itu sudah dilahirkan sebagai seorang yang cenderung kepada perbuatan membunuh.
nevertheless, yang salah tetap salah walaupun semua orang melakukannya.
dan, yang benar tetap benar walaupun tiada seorang pun yang melakukannya.
oleh itu, sebagai umat Islam, kita harus membendung saudara-saudara seagama daripada melakukan perbuatan yang dilaknat Allah, benar? kemanusiaan memang kemanusiaan, hormat menghormati juga benar, tapi semua itu tetap tidak mengubah hukum Allah jauh sekali menjustifikasikan perbuatan tersebut (bagi orang Islam sahaja okay, pengamal homoseksual bukan Islam aku hormati hak mereka :) )
hence,
kerana homosexuality itu sudah termaktub dalam kitab al-Quran sebagai satu perbuatan yang dilaknat Allah, maka sehingga bila bila pun perbuatan itu tetap salah bagi umat islam bukan? sama juga seperti seseorang yang mempunyai naluri yang suka membunuh tapi perbuatan membunuhnya itu tidak sekali-kali pun akan menjadi perkara yang salah walaupun setiap orang menghormati cara hidup dan nalurinya atau DNAnya yang berbeza (lain lah kalau dia itu ada masalah mental okkaayy).
naluri tetap naluri, tapi aku setuju dengan Shakespeare, “to be; or not to be; that is the question”. nah, ya, semuanya di tangan individu.
btw MM, teruskan berblog! aku suka blog kamu ^_^
eh, ada correction.
“sama juga seperti seseorang yang mempunyai naluri yang suka membunuh tapi perbuatan membunuhnya itu tidak sekali-kali pun akan menjadi perkara yang SALAH ” —> BUKAN SALAH, OKKAYY, BETUL. aku ulang, tidak sekali-kali pun akan menjadi perkara yang BETUL. haha sorry dude! (got too carried awayyy may be!lol)
oh. ta dude sbb jawab soalan aku.
aku nak tanya lagi.
definisikan ‘cinta’
vinyl player untuk mendengar, dan tidak, saya tidak kaya.
terima kasih, untuk information itu.
(terus menggoogle apa yang perlu)
MM… Ape yg Johan Affendy nak sampaikan ialah kenapa orang sanggup percaya movie macam Rambo, dia sorang je boleh kalahkan satu pasukan askar vietnam. Tapi bila John Cena lawan Edge, terus jadi tipu dan dianggap lakonan. Jadi macam mana nak ubah pemikiran tu?
aku agak la si Johan Affendy tu cakap macam tu..
yup betul tu amirul. MM salah baca kot. atau dia salah seorang yang terlebih percaya? :p
triple h & stephanie memang suami isteri. bella twins pun adik beradik. tapi undertaker & kane macam mana pulak? tu namanya “kayfabe”. aku rasa masyarakat tak paham konsep ni. tu yang mintak pendapat encik minimalis kita.
Hah. Kantoi yg pakai sari tu MM.
Terima kasih kerana mengulas soalan aku…jawapan kamu lebih kepada pengkid “tegar”, yang muka ganas macam laki dan perangai **** Masyallah…
pengkid aku adalah seorang yang pada dulunya seorang wanita…..
salah satu sebab yang mungkin, kerana disebabkan faktor sejarah hidup yang lampau seperti ; kekecewaan kepada kaum adam dan lain2….
yang aku pelik, seorang yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna boleh terjurumus dengan genjala ini…yang berjaya dalam akademik tapi tidak pada sosial…..ya, betul “kubur masing2″…dan fatwa mengatakan genjala ini adalah haram, pada pengkid yang tegar, memang susah nak berubah…
kerana dlm al-Quran ada menulis ; jka dlm satu masyarakat brleluasa mlakukan kegiatan yang dilarang Allah, bala ini bkn skadar ke atas mrk yg ingkar tapi kpd smua manusia di kawasan tu…
dan bagi aku, jawapan kamu itu tak relevan dengan soalan aku….disebabkan penerengan soalan yang kurang jelas…maaf….
aku ambil contoh ; amy af3…daripada seorang wanita (yang cantik bagi aku) bertukar menjadi pengkid…..
masuk sini..
http://www.skycrewz.net/blog/amy-af3-tomboypengkid/
(aku adalah orang yang memberi komen yang ke-50)
apapun, terima kasih dengan jawapan kamu….
MM,seriously aku tak sabar nak bace artikel ko pasal band tempatan.
haha buat cepat weh..lagi best kalau kau list kan semua band..n kau ulas satu2…terbaek.
when are you going to blog about the joy of being a father? i am sure there are stories to share. your hedonistic lifestyle only provides so much readerhsip gratification. it gets boring after a while.
love,
helen
kau dududk di salah sebuah kondo damansara berdekatan restoran mamak,Al-Safa kan?
Merujuk kepada soalan yang diutarakan En. Akmal Baharuddin mengenai ‘Bandar Melayu’. Secara amnya, aku lihat dia lebih merujuk kepada Bandaraya Shah Alam. (maafkan aku jika khilaf).
Apa yang aku cuba terangkan di sini, ialah mengenai apa yang aku faham tentang peraturan pembangunan Bandaraya Shah Alam dan seumpanya. Tela jelas dinyatakan bahawa kawasan tersebut memang tidak membenarkan sebarang premis perjudian (nombor ekor dan sebagainya), panggung wayang dan sebarang bentuk hiburan yang menjurus kepada maksiat.
Oleh kerana itu, kita dapat melihat, kawasan pinggir dari bandar tersebut dipenuhi dengan premis-premis yang kita tidak dapat lihat di tempat tadi. Ini kerana peniaga-peniaga untuk jenis perniagaan tersebut nampak dengan jelas taburan penduduk yang menetap di kawasan tersebut. Mereka melihat ini sebagai satu potensi dan peluang perniagaan yang sangat besar demi menampung permintaan atau lebih tepat lagi keinginan penduduk setempat akan hiburan yang bersifat sedemikian.
Sekarang, pembalikan ke atas diri sendiri. Hiburan jenis bagaimanakah yang dapat memenuhi keperluan anda. Sekiranya anda merasakan prasarana dan kemudahan serta penawaran yang disediakan mencukupi, anda akan berasa selesa dan cukup dengan apa yang ada (dalam konteks hiburan. Ataupun jika sekiranya anda mendapati ianya tidak menepati gelojak jiwa anda, anda boleh ke kawasan lain untuk mendaptkan hiburan seperti yang anda inginkan.
Apa yang saya cuba katakan di sini, jika kita melihat jika kita lihat pusat hiburan yang terdapat di pusat bandar Kuala Lumpur, nyata pengunjungnya bukanlah menetap di kawasan berdekatan, malahan mungkin ada yang datang sejauh Negeri Sembilan.
Pokok pangkalnya, apakah jenis hiburan yang menjadi inspirasi anda dan kesanggupan anda untuk mendapatkannya. Saya juga menjangkakan anda juga tentu mahukan kawasan kediaman yang tidak terlalu hiruk pikuk (walaupun kadangkala inginkannya).
helmie: gejala lah bukan genjala.
aku rasa gambar hiasan tu gambar keluarga Jack Lingam.
agak agak la wey chelaka. sampai kat mana mamatminimalis ni tinggal pun kau nak selidik ke. pegi la buat benda lain, ada 1001 lagi perkara yang menyeronokkan kat dunia ni. takde maknanya blog bole buat kau famous mcm Ed Templeton.
owh tak merujuk mane2 bandar..leh jadie bangi leh jadi zimbabwe kampung baru miri putrajaya klang skudai shah alam abu dhabi mane2 je lah.bukan soal khilaf tak cume kalau shah alam tue, takde panggung wayang yang menjurus ke arah maksiat, cam tak berape kene.sekurang-kurangnye itu yang aku pike setiap kali lalu tepi federal highway nampak kilang carlsberg..tapi kalau kamu selesa, baik untuk kamu.cume nak menekankan mentaliti kelompok majoriti sesebuah bandar sebenarnya membentuk sosioekonomi tempat tuh gak…masjid tempat yang baik tapi mampukah menghalang orang dari mencuri selipar semayang jumaat?jalanraya sepatutnya memudahkan tapi kadang2 jadi litar motor kapcai…begitu juga bandar2 yang diterapkan konsep tertentu. sediakan wakaf untuk berehat di tepi tasik,dataran-dataran tapi jadi tempat bercanda kasih juga.sediakan bangku sana sini di tempat gelap dengan pemandangan lampu liplap…bukankah semua itu menggalakkan?kalau paris ada jabatan agama Islam mesti mereka berfikir dua kali untuk membuat tempat2 sebegitu…bile tak sesuai dgn budaya perlukah kita memberi umpan dan kemudian menangkap habuan?atau kita biarkan sehaja hiburan tanpa batasan?jadi natijahnya mentaliti kita semua bukan?? dari sudut lain fikir satu tempat pentadbiran yang wujud dengan dana yang bukan untuk tujuan pelaburan..mane-mane lah…yang dibangunkan semewahnya tapi untuk hiasan dan kebanggaan hingga tergondol bukit-bukau untuk mendapatkan batu granit dan marmar..hasilnya?jadi bandar mati yang kosong tanpa mendapat tumpuan selain waktu bekerje..aku bukan berkelulusan ekonomi tetapi pada aku bandar2 sebegitu tidak membangun atas landasan ekonomi yang tulen.kuala lumpur contohnya wujud kerana aktiviti perlombongan dan ekonomi lain tanpa disekat kemajuannya dengan polisi dan subsidi. ya peraturan pembangunan yang incik ee katakan itu ada faedah nya, cuma harap tiada kejutan budaya pada remaja bilamane sudah mampu berkenderaan ke sekitar pinggir bandar yang anda maksudkan kerana masalah remaja terkejut inilah yang menjadi beban negara
aku tak setuju pasal naluri serta anologi yg diberikan mm dan aku tak kata aku betul..cuma kalau aku sebilik ngan lelaki yang minat lelaki aku seram tambah geli..heheh aku raselah..mungkin ade yang suka
MM, kenapa masih ramai menyangka kau ‘keje nuklear’?haha
mukrimania bertanya…
apakah perbezaan antara kasut converse yang dibeli dinegara kita dengan kasut yang dibeli dari america?
I doubt there’s any difference. I bought Converse shoes in US which are actually produced in China.
mm..aku nk tanye skit..jika dibagi pilihan..ko pilih blackberry ke G1? n why is that u choose? aku pening sket…
nape bandar ‘melayu’ (mane-mane lah rase kau majoritinya melayu) tak best hah?
contoh terdekat = putrajaya…
abg mm,,, nak tanye skettt,,, camne nak tahu org tu tol2 nak kite, maksud aku jujur ngan kite dlm hubungan p’cintaan lah,,, ape yg leh kite wat ataw uji kejujuran dan ketulusan dia…? pening lor,,,
abg,, camne nak taw yg bf sy tu tol2 jujur nak kat sy…..? sebab x-bf sy sblm ni semua hampeh taw….. abg kan lelaki,, so mst taw nye lor….. kan,,,,