May 15, 2009 70

Kerana Kerenah.

By in Layan Diri

Semalam, setelah lebihkurang 20 tahun aku terserempak dengan rakan sekelas aku dahulu. Masa kamu berumur 14 tahun, dunia kamu masih kecil. Segala apa pengaruh di sekeliling kamu ialah apa yang kamu nampak dengan mata kamu serta apa yang ibu bapa, adik beradik serta rakan-rakan kamu beritahu kamu.

Pada umur 14 tahun persepsi dunia kamu memang jauh berbeza dengan apa yang kamu faham dan tahu sekarang. Rakan yang aku jumpa semalam misalnya, aku pernah anggap yang dia adalah seorang yang agak ‘cool’. Aku ingat lagi ketika Malam Deklamasi Sajak di sekolah dahulu, dia punya persembahan memang power. Dan di sekolah pun dia dulu memang agak popular, walaupun ketot.

Tetapi semalam setelah berjumpa, aku sedar yang kita semuanya adalah hasil pilihan yang kita buat. Segala pilihan yang kita buat mempengaruhi keadaan kita sekarang. Dan aku dengan dia memang jauh berbeza. Dia masih ketot. Aku sudah tinggi.

Dan aku boleh anggapkan yang kehidupan dia mungkin tidak seseronok kehidupan aku. Walaupun keseronokan itu ada harganya. Tetapi aku tidak pernah menyesal tentang apa-apa tindakan dan pilihan aku masa lalu, sebab sekurang-kurangnya aku berpeluang melalui cara kehidupan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh sebahagian besar kamu.

Walaupun mungkin materialistik dan superficial, itu semua pengalaman aku, dan pengalaman akulah, walau baik mahupun buruk, yang membentuk diri aku seperti sekarang.

Dan jangkamasa umur kamu 15 hingga 20 tahun itu memang sesuatu yang menyeronokkan. Bagi aku misalnya pada umur 15 tahun aku baru belajar chord pertama aku dengan gitar kapok, tetapi pada umur 20 tahun aku telah berupaya main di atas pentas di sebuah negara nun jauh dari Malaysia. Jangkamasa yang amat pendek, tetapi pelbagai perkara telah didedahkan kepada aku, yang sudah tentu bukan sahaja mematangkan pemikiran aku dari pelbagai sudut, tetapi sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran pada umur 20 tahun yang semasa aku umur 15 tahun aku memang tidak tahu apa-apa.

Jadi bayangkanlah setelah hampir 15 tahun apa pula persepsi aku tentang apa yang aku tahu semasa aku berumur 20 tahun dahulu.

Memang tidak tahu apa-apa pun. Memang menipulah jika aku katakan yang waktu itu aku tahu segalanya dan cukup matang untuk membuat keputusan yang betul dan wajar. Walaupun pada masa itu aku ingatkan aku tahu Raja Segala Pengetahuan.

Aku memang tak sabar menunggu waktu umur aku 40 tahun! Sama ada waktu itu aku berseorangan atau tidak belakang cerita.

Untuk pembaca-pembaca aku yang berumur 25 tahun ke atas, cuba tulis komen tentang apa yang kamu rasa kamu tahu sepuluh tahun yang lepas, dan realitinya kepada kamu di umur kamu sekarang. Aku hendak baca dan hiburkan hati.

Macam aku, 10 tahun lepas aku ingatkan aku ingatkan bila masa aku berumur 30 tahun aku akan dapat gaji tahunan 6 angka. Memang silap. Lambat sedikit. Kamu pula?

Popularity: 7% [?]

70 Responses to “Kerana Kerenah.”

  1. iman says:

    kebiasaannya mereka yg berpengaruh dan power masa kat sekolah dulu adalah total loser pada masa kini. sekian terima kasih. buat semua orang yang suka buli aku masa kat sekolah dulu.

    • C2B says:

      Tak juga..yang aku lihat golongan “pussy with guns” berlambak diluar sana..Yang mana mamat/minah skema yang sudah punya kuasa mutlak keatas orang bawahan lebih kurang ajar tika ini..

      Dan tak kurang juga yang kurang asam tika di sekolah begelar jutawan pada masa kini (Pengalaman)

      Semua terletak pada anda untuk mengawal, mangatasi masalah dan bagaimana anda mengatasinya tika itu. Dan seperti yang MM katakan. Kamu pada masa lalu menjadikan kamu pada masa kini.

      Tentang gaji cecah 4/5/6 angka tiada apa hendak aku komen dengan panjang lebar kerana pada aku ia masih makan gaji (jika anda puas,bagus untuk anda) kadang-kadang anda hanya perlu kangkang ketika datang kerja untuk dapat 6 angka kerana anda makan gaji.(Kalau nasib anda baik).

      Jika anda berpuas hati terpulang pada anda, aku suka keluar dari “kotak selesa aku” kerana kenapa mesti aku remehkan Melayu kalau diri sendiri jati akan sifat ke’kemelayu’an? Tidakkan aku akan nampak bodoh sebab aku sendiri pun semikian rupa? (MUDAH PUAS seperti yang pernah diperbincangkan)

      Sila tanya kenalan anda di RapidKL contohnya yang mana boleh kerja dari rumah, datang untuk tanda kedatangan sahaja dan punya gaji bulanan 6 angka. (Mungkin kenalan anda pekerja yang baik..kenalan aku tidak..)

      Owh ya..ini pendapat aku..

    • aku dulu ketua murid selamba je ok camni.

      • C2B says:

        Owh..sama ah kita..ketua pengawas@ketua murid sebab itu aku kurang setuju dengan kenyataan beliau..Agak “stereotype”..

  2. Jay says:

    1. How come you know so much about so many things?
    2. Do you think whatever available job prospect we have right now will be available when I’m out of uni (5-6 years from now)? Cause 10 years back, they said there are so many jobs for those who are taking science comp, but by the time they’re out of uni, there’s no vacancy. -.-” ( I hope you understand whatever I’m trying to ask you)

    • 1. I read.
      2. You don’t have to make a career of what you studied in university.

      • Surtika says:

        “You don’t have to make a career of what you studied in university.”

        Yerpp… especially computer science…

        1. Bill Gates(Microsoft), Steve Jobs(Macintosh) and Larry Ellison(Oracle & owns Sun Java now) the three giant IT people dropped out of their colleges to build their own Cyber-empires!
        2. There are super-lots of great computer hackers/programmers/innovators that dont have the degree…

        My advice is probably if u think ure good in Computers go and take other courses(for an investment if u wanted too) and build ur IT skills like i did…cause to me computer science is almost self-learning especially when youre living in a google.com generation and if im not mistaken, many IT companies dont mind the certs if u can show ‘em the skills…

  3. msweed says:

    Ingatkan akan jadi pelukis yang ‘berjaya’ sambil buka galeri yang berjaya.

    Tapi dua dua itu tidak menjadi.

    :)

  4. miszcrowniq says:

    ingatkan dapat kawen ngn lelaki yg kaye hidup bahagia dn senang lenang..oOps!!!lum lagi aku masih mencari mR. Right tu hahaha
    mR.MM leh couple?? =p

  5. azizulhakim says:

    aku baru 20 tahun dan aku byk belajar benda 3 tahun lepas,
    selepas SPM, aku dapat rasa yang aku jauh berbeza dgn kwn2 sekolah yg aku kenal dulu, dalam hanya 3 tahun, and aku rasa hidup aku lebih seronok dari diorang!haha, mcm ko la MM

    yg penting, kene berani la kan, berani buat bende2 yg kte tak penah terfikir, berani buat bende2 yang kite rase kite takkan buat dulu…

    yg paling penting!kite duduk malaysia, SILA BERKAWAN DGN SEMUA BANGSA!
    jgn la duk melekat ngn kwn melayu je…

    mungkin ini yg membezakan aku dgn kwn2 sekolah aku,
    aku blaja kolej swasta, diorang IPTA

    n aku tak sabar nak melalui 10 tahun akan datang!
    insyaAllah.
    wwooohoooo jom hidoopp!!!
    wahahaha!

    • syabas! ya, persahabatan tidak perlu ada batasan. keep an open mind tu penting.

      lagi terbuka minda kita lagi banyak pengalaman. Lebih banyak pengalaman lebih senang kita membuat pilihan hidup yang betul. Atau sekurang-kurangnya pilihan hidup yang kurang menyakitkan.

      • Jay says:

        I couldn’t agree more!

        But how come Malays always does that “pandang slack” thing when they see Malay hanging out with other race? Can’t they just accept it and they need (and should actually) to be doing the same thing?

        I’ve been in Convent since I was 7. 90% of my friends are non Malays and I thanked my parents for sending me there. but I cant say the same when they decided to put me in IPTA. Most people here hang out with their own race!

  6. diyana says:

    10 years back, 15, i was a naive girl (ketot too) but freaking tyrant at heart. Wanted to control everything around me all the time.

    Now, still ketot – hmm ‘petite’ is a more subtle word to describe me, I’ve learned that either you control your attitude or it controls you. Our background and circumstances may have influenced who we are, but we are responsible for who we become. And no matter how bad your heart is broken the world doesn’t stop for your grief. So, chill and move on.

    Have a nice day =)

    • that is true. the world doesn’t wait for you.
      the more you wait the more you will be left behind.

      that’s why i don’t like to wait because i don’t like seeing the world pass me by.

  7. kalam says:

    dulu memang menyesal ape yang aku buat untuk masa lepas. tp aku xbleh nk wat ape2.
    itu tindakan yang lama,tindakan yang aku buat tanpa pengetahuan dan moral pada tahap sekarang.
    aku boleh berubah,tp aku tidak tahu bila dan bagaimana jika bukan aku yang paksa diri sendiri untuk berubah.
    jika aku harapkan masa dan keadaan sekeliling,memang agak lama untuk berubah.
    aku scara jujur dulu2 aku berharap agar masa dan keadaan sekeliling yang dapat merubah aku.hahaha
    ini la yg aku dapat.masa sekarang.tahap yang bukan sepatutnya untuk aku.

    dulu masa PMR,janji nk berubah..haram..xberubah langsung.sampai la ke diploma skali pon.still sama je..

    dulu masa sekolah..berharap jd arkitek untuk bangunan.amik diploma senibina bangunan..haha..lupakan je la.
    sebab kalo aku berharap je tanpa usaha yang betul.itu bukan rezeki aku.

    sekarang aku jadi ship designer.
    sumpah memang lain.hidup penuh dengan protokol.xbebas.
    terkongkong.kerja sampai hari sabtu.
    untuk gaji cecah 5-6angka? hah…bg la ku 20tahun lagi.

    entah..aku rasa apa yang aku rancang masa sekolah dulu.semua tidak menjadi.
    tp yang amat aku puas hati.aku sekarang boleh buat keputusan untuk diri aku tanpa bantuan org lain.
    itu yg amat aku puas hati.

    dan aku amat pasti,kalo aku nk sesuatu tanpa usaha.aku akan dapat keputusan yang amat berbeza dari keputusan yang aku harapkan.

  8. FZ says:

    dulu gua ingat gua akan menjadi seorang pilot, merakam versi sendiri pilot terlampau.
    tapi kini gua lebih dasat menjadi penulis di blog yang agak boleh bla la kira.

    living the dream.

  9. bart says:

    aku baru 20 tahun. so tak layan cerita. and malas cerita. tapi aku suka nukilan kali ni. buat aku teringat balik zaman2 dulu. masa lampau. cerita lalu. ada yang kelakar. ada yang rasa bodoh, cool, etc. tp nak tanya MM sikit, kenapa tak sabar nak tunggu 40 tahun? curious.

  10. azzam?? says:

    10 tahun lepas?? dapat jamming lagu dead mushroom dah rasa macam rock star habis.. suka bagi masalah kepada guru-guru.. sekarang.. bagi masalah kepada student-student plak.. back when i was 16.. tak pernah terfikir nak jadi lecturer.. kepingin nak jadi rockstar (nak jadi macam shidi dead mushroom,nak jadi macam shidi dead mushroom,nak jadi macam shidi dead mushroom <— ulang mantra 20x) but through all the ‘people skill’.. i find that now.. im quite at ease with my job.

  11. latte says:

    Dulu pergi sekolah bukan nak sekolah pun, tp sebab semua orang pergi sekolah..same la ngn IPT..masuk pun sebab nk sedap kan ati parent..lagi pun sistem pendidikan kat M’sia ni terkongkong..kalau x reti nk buka pemikiran tu sendiri maka jadi bodoh la mereka2 tu..so saper2 yang berpeluang belajar kt overseas tu kire nasib baiklah..

    Lain orang lain pengalaman..saper yang dulu loser mase kat sekolah ader yang tetap jadi loser tp ader gak yang ntah macam maner bole jd cool..begitu juga lah yang skema-rama..mat belia dan pengawas sekolah..mat sukan..kebanyakan yang aku kenal..mereka2 yang degil nak mampos mase sekolah tu lah yang berjaya skang..sume dah rilek2 jek skang tapi masih cool..xder nk cas2 power lagi dah..tp tgk sekolah mane lah..sebab kalau gengster sekolah kampung tu lain cerita..kalau umur da 30an pun sibuk nk cas power n bangga diri buat per siot..budak sekolah pun meyampah..

    tapi bagi aku time remaja lah yang paling best…kalau umur dah 25 keatas baru nk merase nikmat hidup nk buat aper..pada aku x mencabar dan menarik langsung…macam time belajar isap rokok or amek weed lah..time sekolah la best..sebab benda yang di larang tu lah yang best buat betol tak..

  12. surrealiti non-fiktif says:

    10 tahun dulu, aku terbuang dari sekolah yang tersohor. Tangga kedua menuju ke arah bidang kedoktoran telah lenyap dari masa depan aku. Jatuh semula ke bumi kerana tangga terlalu licin.

    Aku membawa halatuju ke arah eskapisme dan halatuju alternatif melalui muzik untuk luahkan isi hati terhadap kesilapan diri. Menghiburkan hati pun ya juga.

    Waktu tu, ingatkan tahulah sangat pasal dunia muzik bawah tanah atau arus perdana di Malaysia. Daripada doktor, tetiba aku mahu rock’n'roll.

    Kebetulan, diajak pula bermain untuk sebuah band yang infamous.

    Malangnya idealisme retorik politikus tepi jalan yang membosankan hapa ke jadah semua tu tiba-tiba cuba disuapkan sebagai falsafah sampingan ketika sesi non-muzikal bersama kelompok band tersebut.

    Aku pun gigit sikit suapan idealis entah dari mana itu untuk sekadar merasa. Ternyata macam sial!

    Falsafah kejadah semua tu aku jadikan hiasan cuma bila bersama dengan kelompok tersebut. (p/s:bukan tidak setuju, tapi terlalu retorik untuk aku!) Maaf, muzik lebih utama.

    Pengalaman beraksi daripada gig yang cuma dihadiri tidak lebih sepuluh orang, sehinggalah kepada pentas utama dengan puluhan ribu hadirin dan hadirat. Daripada studio panas berbahang bekas kilang ceruk Felda di Pantai Timur Malaysia, sampailah pentas khas untuk band tersebut di Eropah Timur.

    Ini membuatkan aku seolah-olah bertambah tahu yang muzik mampu melepaskan aku daripada kekesalan 1999.

    Aku yang paling muda di antara kelompok itu, dan tetiba aku mahu capai lebih keseronokan ketika menjalani hidup nge-gig ke hulu ke hilir itu. Aku mula terlibat dengan bahan-bahan kimia. Kelompok retorik itu pula anti-kekimiaan kononnya.

    Keseronokan dalam diam ini aku nikmati sungguh-sungguh, walaupun harga terakhir yang paling tinggi aku bayar adalah skizofrenia. Lalu aku pun mati selama empat hari dan dijelmakan semula menjadi individu yang berbeza. B-)

    Sekarang aku sedang kembali ke arah dunia kedoktoran. Bekerja sambil sambung semula proses akademik. Agak perlahan tapi tersusun. Lebih tenang begini.

    -THE END-

    *** P/s: 10 tahun lalu aku mulakan pencarian eskapisme dan halatuju alternatif melalui muzik. Dan 5 tahun selepas itu, aku telah mati dan hidup semula sebagai individu yang baru.

    Kelompok retorik sudah jauh aku tinggalkan. Mereka juga telah pupus akibat kematian aku yang lama. Penjelmaan semula aku didapati gagal mengesan kord-kord lagu mereka di leher gitar. Kesian!

    Hari ini, penyesalan sudah tiada lagi. Semuanya punya sebab dan hikmah untuk terjadi. Apa yang tinggal mungkin sedikit kesan dan akibat yang memperkukuhkan pembinaan kendiri.

    -THE END 2-

  13. Mat_Uia says:

    Aku tak tau pun kini aku akan menulis dalam majalah yang aku beli 10 tahun lepas.

    :-)

  14. mizzyn says:

    sedekad lalu aku fikir aku akan dah kawin dan ada anak satu, tapi hakikatnya aku masih bujang.

  15. diloz says:

    Setalah lebih setahun aku ikut blog kau ini aku rasa seolah-olah path yang kau lalui sewaktu kau berumur 20 tahun dahulu sama dengan path yang aku lalui sekarang.bagaimana kau boleh ‘lari’ dari apa yang kau belajar di university dulu?

    apa pendapat kau?

  16. 10 tahun yang lalu aku ingin mengambil CLP.
    being with legal. (sekarang dah takde rasanya…)
    after 2 years realized ianya penuh dengan kecelakaan.
    hahaha.

    aku emo juga sedikit apabila mengetahui
    apa bila tindakan aku mengakibatkan orang kehilangan kerja,
    pakcik pakcik mambayar kos yang tinggi hanya untuk
    panduan mengisi borang seperti procedure,
    kena sumpah dan makian dari individu yang sengsara
    akibat ke”gamble”an bos bos mereka.
    hahaha…working class anger.

    tapi itu jam penting : awek chambering mantap!

    pengajaran aku : stick with motto : burn the rich bastard, working class direct action…

  17. OBSERVER says:

    @miszcrowniq – jangan di ajak “couple” mahu sahaja diajak berkahwin kahwin:)

  18. cyrus says:

    16 tahun lepas, aku gila muzik, gila awek, gila kejar fashion, gila kejar material time bapak aku kaya dulu. suka habiskan duit mak ayah. memang aku nih jenis boros tahap gaban. tak pernah sedar yang duit dari mak ayah tuh susah dicari. aku leburkan sekelip mata je.. pernah sekali time studi UTP dulu, aku abiskan 2k dalam masa satu malam. bukan satu hari ya? satu MALAM sahaja. aku pon tak tau ape yg aku buat. masa high skool aku antara pelajar paling power dalam kelas, so berlagak tuh memang ada. masuk UTP, first sem dapat 3.77. lepas tuh aku stat khayal ngan duniawi, terlalu terpengaruh dengan jamming, shopping, clubbing n all. last last kene kick dari U. On My Face..! aku rase dah serik, dah sedar dari kesilapan lampau. 4 bulan aku menangis dalam bilik. pegi buat umrah.. after dat, then masuk kolej swasta amik graphic designer..

    Dulu slalu fikir, lepas abih studi, kompem dapat keje 5 angka. maybe sebab iklan komersial di kolej kolej yang membuatkan aku terpengaruh dengan isu ini. shit. harap lepas kuar nnti keje jadi grafik designer ler.. NOPE!!! aku jadi video editor/motion graphic. Hurm..

    skrg dah keje, dah leteh dengan enjoy. dah letey sangat dengan hapi hapi ni.. SEKARANG apa yg aku buat ialah kerja kuat dan kumpul duit! n baca blog MM.. lalala~

  19. ordinary gurl says:

    dulu aku ingat kalo tak apply JPA pon takper sebab kna bayar PTPTN pon takat 150 sebulan..aku rase jumlah tu sangat sedikit compared to gaji aku..

    tapi sekarang..aku menyesal sebab 150 itu sangat bermakna bagi aku..dan aku jeles dengan kawan2 yang tak payah bayar PTPTN ataupon yang PTPTN terlupa nak masukkan nama dorang (so dorang takpayah bayar) kerana duit tu..aku ble wat mende lain

  20. adliazaddin says:

    “Macam aku, 10 tahun lepas aku ingatkan aku ingatkan bila masa aku berumur 30 tahun aku akan dapat gaji tahunan 6 angka”

    aku pun fikir begitu… rupa2nya belum lagi….

  21. manggirie says:

    kalu 10 tahun dahulu aku di form 2..cam loser la sket..sebab xpenah ade awek untuk aku masuk golongan cinta monyet..sebab nak join geng ganas yang memulaukan geng jiwang.. tapi aku hepi time tuh.. apa yg aku bayangkan time tuh bila aku umor 24 aku dah ada ijazah+kerja bagus.. tapi skrg aku still belajar untuk dapatkan ijazah kali ke 2 dan dah dapat kerja tetap.. lebih kurang la apa yg aku bayangkan menjadi kenyataan..cuma aku xsuka life skang.. ntah nape.. maybe sebab dah matang kot atau aku kena pretend jadi matang sebab umor aku dah 24 tahun..kalau dulu aku ok jer..skrg kurang ok..MM?

  22. Afiq Malik says:

    10 tahun lepas:

    1. Pilihan lebih teratur (diatur?). Tak banyak masalah, sebab tak banyak perspektif. Apa yang ada, itulah yang dikejar. Apa yang ditawar, itulah yang terbaik. Bukan pemalas, bukan tak rebel; atau kolot, cuma tak banyak kayu ukur. Oh, termasuklah pasal Perempuan.

    2. Kurang intoksikasi. Lebih ‘sihat’. Hehe.

    3. Arah tujuan musik dan seni masih lagi tumpul. Teori mahupun abstrak, penguasaan comprehension dan matlamat dalam seni masih lagi kabur. Tapi secara adilnya, lagi banyak yang kita tahu, lagi banyaklah ruang untuk di isi, bukan?

    Maksudnya, sekarang lagi haru lah. Haha.

    **

    10 tahun dulu, aku minat gila Westlife. Sekarang, aku minat Il Divo.

    Simon Cowell. Sheesh.

  23. pull says:

    bg aku..
    10 atau 20 thn yg lps..
    satu pngalaman idop yg xlh d lupakn..
    segala knangan manis atau pahit..
    kejayaan atau kegagalan..
    ttp brada dlm igtn kt..
    apa yg aku banggakn..
    smua kwn2 aku yg aku knl smua brjaya..
    dr segi taraf khidupan dan prkerjaan..
    xkiralh..
    yg pandai..
    yg gangster..
    yg kaki ponteng..
    yg jiwang..
    yg terejal..
    smua brjaya..
    asalkan kt ni sdr dan tau asal usul..
    kemana kt pegi pn..
    kt tau spe diri kt..
    yg pnting..
    hormat org tua dan org sekeliling anda..
    thn 80an dan 90an..
    thn yg ckp BEST dan MANTOP..
    cheers..

  24. frank says:

    10 years ago – one of my final years in school. I had friends, but never found anybody that I truly clicked with so I just went with the flow. Everyone had best friends. I had none. You would think that I would be riddled with all sorts of insecurities and uncertainty about myself. But I was going through a phase. I went through a “I-don’t-give-a-flying-fu ck” phase. I suppose I was too busy with indignation (at 16!) to have any insecurities. Not that people didn’t like me, but that’s because I was so nonchalant about everything that I suppose it would be safe to say that there was no reason to dislike me. I was just there.

    Looking back 10 years – I am no longer the detached, keeping people at arms length person that I was before. This was what I eventually realised in retrospect – It’s not that I was trying to be cool by acting aloof, I was non-committal and uncaring because I was keeping people at an arms length. Not taking the risk of letting people close to me to see and get to know the real me. Or allowing myself to get to know someone enough to care. So I wouldn’t get hurt. BIG revelation. Came to me only a few years ago. I had no idea.

    As for the current reality, well… this might just get too long for a comment that it might as well be a blog post, so I won’t. So let’s just say that the reality is a two-way street. You will not get what you do not give. And this apparently applies to abstract emotions too.

    This is too long. I beg your pardon.

    • penguin. apakah penguin in malay? LOL says:

      i am totally the opposite of you. dulu i memang berkawan dengan org sehati sejiwa, tapi setelah meninggalkan sekolah, i realized aku bodoh selalu keta tipu, kena guna. saya amat sedih, kini berusia 23, i think i should start to keep everyone in an arms length to protect sendiri.

  25. Belum 30. tak boleh jawab. belajar pun tak habis lagi. but good one indeed this is MM.

  26. yabedabedu says:

    10 thn jer??? cukup ker???

    aku tak tau pun dgn 2,3 note muzik membolehkan aku masuk kaca tv utk mengiringi persembahan secara langsung…..

    aku pun terperanjat yg aku bole bekerja seperti manusia biase mula jam 9 balik jam 6…kadang2 cuti pun kerja (bayaran kerja lebih masa)

    aku tau tau plak adidas ada kasut skate….
    baru aku tau yg main drum tak semestinya kena pakai stick….

    dah juga kawan baik aku yg bole lari laju sepak kuat rupanya bole menari 34 step tarian ….fuh

    eh kenapa semua komen ada kene mengena ngan muzik…apa ni blog org main muzik ker???

  27. Ayyman R says:

    Eh bang, nak tahu cerita pasal kawan yang famous waktu sekolah tu. Haaa. Btw, baru 17, nak tahu pasal apa je kan? Haha.

  28. amalina says:

    macam best topik ni.walaupun aku x cukup 25thn lagi,nak jawab jugak~

    10 tahun lepas,aku baru masuk sekolah menengah.budak baik.ikut peraturan.saiz beg ikut skala sekolah.tudung labuh pun ikut skala sekolah.masa tu badan kecik lagi..tak terfikir nak pg oversea.dan belajar bahasa arab ngah gigih.
    owh.masa tu minat kat sailormoon.mase ni bajet2 after 10 years dah abes degree.percaya sume menda akan ikut cara aku dan dengan smooth

    skang~rules are made to be broken~sometimes.dah kenal stiletoes,wedges,boots. kat oversea dah pun dan terasa xmao balik.still suka sailormoon.bahasa arab dah banyak lupa dan sekarang lebih fasih dalam bahasa jepun.bukan takat degree,diploma pun x abes2 lagi~smooth?hampir2 kena repeat tahun bukan smooth namanya.

    aku xpernah imagine aku akan jadi `aku` yang sekarang.tapi aku selesa dengan diri aku skang.
    matlamat tahun ni~carik pakwe jepun~ =P

  29. feat says:

    aku baru 21 tahun.xleh jwb.tp x sbr nak jwb bila da 30s.boleh open this thread again 10 years from now?lol.or when u’re in 40s ;)

  30. kenshin says:

    10 tahun lepas aku masih dibangku kuliah…tapi semangat aku tinggi, berguru ke sana ke mari…sekarang aku dah 33 tahun..90% dari impian aku, berjaya aku capai. aku ingat bila kita capai impian,kita akan bahagia…tapi…taklah sebahagia sangat yang kita sangkakan…rupa-rupanya hakikat kebahagiaan itu tersembunyi dalam satu ruang yang sangat dekat…
    btw,pada umur 30 tahun gaji tahunan aku memang dah 6 angka…tak best sangat pun…in come tax macam lahanat…habis ditarahnya….

  31. oi mat_uia otai kereta.. weewwiittt..

  32. ni says:

    Am only 20. I was still coming up with theories about the universe and why Satan was raping me every night. Now, I would like to think I’ve found my peace, and stability. I think I have changed some since then, but I don’t know what, and I still think I don’t know anything.

    I read back your older posts. I read your blog, once, awhile back and I rediscovered again and kept coming back, god knows why. What I can see is you seem very different then and now. You seem a bit bodoh-bodoh back then, more human. You just seem like you have less to say, and like you’re forcing performance nowadays. Maybe I’m wrong.

  33. ioji ^ ^, ) says:

    aku 10 tahun lepas nak beli Hp pon x mampu lagi la..tgk kawan pakai motorola startex pun dah kagum…waktu tu aku masih pakai surat dan telefon public kaler oren kalo nak sembang dengan kawan..tu pun payah…prepaid maxis tak salah aku dua ratus lebey kot..mahal siyot..terase dunia nie dah moden gilo!!..

  34. 10 tahun lepas aku ingatkan aku tak akan hisap rokok sampai bila-bila, tapi sekarang aku rasa most probably aku akan hisap rokok sampai bila-bila. heh.

  35. Xam says:

    aku rasa..kehidupan 10tahun lepas sgt berbeza lah..umur 14thn pada tahun 1996 mmg lah nmpk apa yg berada disekeliling dan apa yg org bagitau je..sbb zaman itu media massa/penyebaran masih tak meluas(terutamanya internet).Tp,umur 14thn pada thn 2000 dan seterusnya,kamu bole nmpk mcm2 benda..luaran ka dalaman ka semua boleh nmpk..dan secara x langsung aku rasa akan memainkan peranan penting dlm pembentukan diri utk masa akan dtg…

  36. sarah is the one says:

    sepuluh tahun lepas aku ada perspektif yang sangat sempit tentang love and happiness.

    sekarang aku realized kadang-kadang dua-dua pun adalah orang yang hebat just things didn’t work out. aku belajar ia adalah satu benda yang normal. jadi tidak perlu menyalahkan/menghukum diri sendiri terlalu sangat atau put the blame on the other parties.

    itu sahaja. nanti sepuluh tahun akan datang aku akan tengok career aku berkembang macam mana pulak.

    semoga kau happy. banyak juga hal ye lately.

  37. hadi says:

    10 tahun dahulu, tahun aku ambil SPM. Bulan Mei, aku masih lagi tak pernah siapkan kerja sekolah, apatah lagi kerja amali fizik, kimia dan biologi. Aku ada beli satu buku MAHIR (koleksi soalan SPM) tapi satu haram aku tak pernah siapkan

    Aku bercita-cita nak sambung belajar di luar negara, nak kahwin umur 25, nak ada banglo atas bukit.

    10 tahun yang lalu jugak aku paling benci subjek sejarah. Tapi sekarang aku minat sangat subjek sejarah tanpa disuruh. Waktu itu aku menganggap Stone Cold Steve Austin adalah wira sejati yang paling hebat.

    Oh ya, 10 tahun yang lalu, aku masih bercita-cita mahu menjadi doktor.

    • khairul says:

      apa anda sekarang?

    • hadi says:

      sekarang? aku baru habis tamat belajar degree bidang IT bulan lepas. Aku mula ambil degree pun bulan Disember tahun 2005. Menganggur, duduk rumah keluarga, tak ada kenderaan, tak ada duit. Tapi dah pandai main gamelan, pandai berlakon dan menerbit teater kecil-kecilan. Bila ada masa tulis blog suka-suka.

      Tengah cari kerja… tapi masih tak tau nak kerja bidang apa.. hehe

  38. suparman says:

    10 tahun dulu aku telah dipandang hina oleh seorang minah graduan oversea kerana aku dibuang universiti. tapi skarang aku gaji aku lagi best dari dia walaupun dia bekerja di oversea.

  39. popo says:

    10 tahun lepas adalah 1999, tahun aku PMR.

    Baru nak kenal Manic Street Preachers and The Verve, Weezer (well, truth be told it was one year earlier but, it’s around there).

    The year I took PMR, meniru pun, dapat 6A.

    Masa tu pandangan aku terhadap kehidupan adalah lebih kurang sama macam sekarang. Aku lepak dengan this one guy yang banyak expose aku kepada music-music dari British.

    Kalau tak kerana dia, aku rasa aku masih layan XPDC (not that there is anything bad about them, aku rasa semua orang yang main music kat Malaysia ni pernah jamming lagu diorang).

    Dia pun start layan band british sebab abang dia, so in a way, abang dia lah pelopor.

    Masa tu start pakai kasut Jack Purcell. Start mengenali bundle (and sampai sekarang aku dah bekerja sudah boleh membeli di butik pun aku masih minat membeli dekat bundle). Masa tu agak malu membeli baju bundle sebab persepsi orang ramai terhadap bundle agak teruk. Kedai “American House” la yang mulakan. Nak masuk bundle pun macam in hiding. Hahaha. Lawak.

    Sekarang barang bundle yang lagi mahal dari butik kadang-kadang, quite funny lah.

    Masa aku 15 tahun, aku tiada arah tujuan.

    Sekarang, quite ada arah tujuan.

    To be the best in the business at what I do.

    Aku tak pernah ada arah tujuan 10 tahun lepas, tapi aku macam dapat rasakan that aku should be doing okay. And I am doing okay lah sekarang.

    Mungkin aku masih naive sekarang, tapi tak apa, I will find out and work it out. That is what life is about, at least to me now.

    Aku harap 2019 blog kau masih ada, so boleh tengok balik site ni dan gelak.

    popo

  40. tergeliat says:

    aku tak pernah terpk yg aku akn jadi ape yg aku jadi sekarang pada 10 tahun dulu…aku takla pndai masa skolah smpai aku nk tanam cita2 dalam diri aku pn aku blur, tapi bler dh kuar uni…aku keje berdasarkn minat aku…skang aku dapat kepuasan dalm hidup mcm2 aku blh beli :) … life is simple kan if we make it simple…everything is depends on us not the others …

  41. amirul says:

    umur aku 25 tahun pada tahun ni…

    10 tahun lepas, aku fikir aku dah kawin sekarang, sekurang-kurangnya dah ada sorang anak..
    tapi kenyataan sekarang, aku baru abis belajar, tengah cari kerja…

    dan bila kau ingat2 kan balik. aku gelak sorang2…
    gila ah.. awal betul aku nak kawin. 25 tahun dah nak kawin..
    skang ni aku nak cari kerja dan enjoy hidup aku dulu..

    Kahwin? nanti2 lah aku fikir kan…

  42. nana says:

    Popo mention psl kasut Jack Purcell mmg betul2 mendatangkan balik memori aku la! Time 10 tahun lps and in that duration, aku aktif chatting dan kenal dunia underground (chatting MIRC plak tu, pastu cam bes jadi moderator cam haram! hahaha dlm channel org buat mcm channel sendiri and lot of funny & laughable things happened!). pegi gathering channel underground dan kenal orang2 yg cool. Some of them still around in my life. Time tu pegi gigs mesti dgn kawan lelaki sbg protector sbb kalau pegi dgn kawan2 perempuan je sah kene kacau. Pulak tu time tu jarang pompan ada kt gigs, bkn mcm skrang. Gigs pun kurang exposure dan susah nk dpt venue (slalu je kene raid ntah pa pe), bkn mcm skrang. So yeah, bila Popo mention Jack Purcell aku teringat zaman gigs…di mana aku ber head banging dgr lagu goth metal, flirt dgn drummer & basisst dan pakai sneaker converse biru sampai lunyai..tali pun tak ikat betul. Sampai kawan aku suh ikat tali kasut kalau tripped kt escalator dia tak ngaku kawan. Haha. Hmm. Good ‘ol times. I missed it. Oh yea kami slalu mkn rojak singapore kt Hameed CM. Damn good. Tapi skang taktau mana pegi Hameed :( CM changed so much since then that I hated it.

    So, 10 thn lepas aku tahu enjoy je. Skrang, lebih tanggungjawab tapi still aku enjoy juga..in different way. I prefer vacations on the beach. Haha. Ok on serious note, 10 thn lps aku takkan sangka kawan2 skolah aku akan sentiasa berada dlm hidup aku sampai skrang tanpa diskriminasi.

  43. M.L.D says:

    aku ni masih ijao lagih nak bercerite cm korang2 ni…
    best betol dgr cite sepuluh taun korunk..siyes~ life korunk gle FUN like hell!
    skrng nih aku bru nk stat degree..so phm2 je la umur aku bape..
    10 taun dulu…tyme ak kanak2 ribena…dlm 10 akn dtg mesty da jejak menara gading(ayat feveret kanak2)…CITA-CITA pon skema abes-GURU…ampess..aku rase aku ikut buku/ckp2 owng je kot..pastu..aku bajet 10 taun akan dtg aku mesty dh ade kekasih dunia akhirat…

    tapi..bile da doploh ni..iye aku sedar da jejak menara gading da pon..cume course nye gile tersasar…aku smbong veterinar plak..jaoh menyimpang..ckp bdak kecik x bleh pakai….
    skrng nih..still..aku maseh solo ag….apa lah!

    ***
    still igt lagi..10 taun dulu, aku stil gune surat kt member yg da pindah..skrng gune email/chatting je/xpon gune FB!
    dulu…maen game kat monitor computer yg gabak..skrng dah flat/labtop jek..
    member skola yg gune handphone kale/x kale pon aku cm kagum..FUYOOO!
    skrng tade hal..sume org hade..even bdak tadika!!!

  44. lee_pc says:

    Cita-cita aku 10 thn lps nk jadi ape yg aku nmpk dari mate… dan bukan dari kebolehan, tapi aku selalu sorok kebolehan ini utk elak di pertanggung jawabkan…

  45. 10 tahun dulu, aku boyish, kejantanan, sangat kental, pembuli, juga ketua pengawas, pelajar terbaik district aku, senang kata aku golongan bijak yang bukan ulat buku tetapi seorang manusia kecil yang susah di handle guru dan parents. tak ada cita cita, cuma cita cita aku nak melukis sebanyak mana yang aku mahu. buku nota sains juga aku hantar dalam bentuk lukisan/komik, bukan nota nota ringkas seperti diminta guru

    sekarang, aku ada company sendiri, berumahtangga, beranak pinak, tapi most of the time aku duduk rumah untuk luang masa melihat anak membesar dan keluar besukaria bersama suami dan rakan rakan bila ada masanya. aku rasa 10 tahun lepas emmang membentuk diri kau yang sekarang. tapi kesian kepada mat mat belia lain, masa sekolah kemain kau tunjuk bagus, dah keluar sekolah jadi cikgu pendidikan jasmani je. haha

    moral disini, pengalaman penting untuk semua org membentuk hidup. sesiapa yang tak sempat explore hidup masa kecik kecik dulu konpem tak berapa nak best bila besar nanti

  46. jarrod says:

    hermm… pe salahnye jadi guru pj? gaji guru besar skang. x mcm dulu

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes