(Gambar Sigur Ros)
Aku ingat lagi ketika aku berumur 8 atau 9 tahun, ayah aku telah membelikan sebuah organ (bukan dari segi anatomi tetapi alat muzik, terima kasih) untuk aku sebab dia perasan aku suka sangat bermain dengan keyboard analog mainan berwarna merah aku. Walaupun aku berhenti kelas organ tidak lama sebab itu (sebab aku kurang seronok main muzik bersyarat, iaitu bermain muzik berdasarkan notasi serta buku dan bukan perasaan serta improvasi), organ tersebut merupakan catalyst minat mendalam aku di dalam muzik. Aku juga ingat ketika pertama kali aku mendengar demonstrasi organ tersebut oleh seorang pemuzik yang bermain di rumah aku, yang tiba-tiba membuatkan bulu roma aku meremang. Perasaan bulu roma meremang itu masih ada setiap kali aku mendengar muzik (terutamanya muzik yang dimainkan secara live) yang bagus. (Ini merupakan cara untuk aku membezakan muzik yang baik dan muzik yang buruk, sampai sekarang pun.)
Lagipun, walaupun kedua ibubapa aku serta keluarga aku bukan keluarga pemuzik, aku dibesarkan dengan muzik. Di ruang tamu rumah aku dahulu tersergah indah sebuah radiogram yang selalu terpasang, terutamanya di waktu pagi ketika aku bangun. Dari radiogram inilah aku mula mengenal muzik dari kecil, dan senang cerita hidup aku memang penuh dengan muzik, bak di rumah mahupun di dalam kereta dan di mana-mana sahaja.
Ketika aku menerima walkman pertama aku pula aku mula aktif mencari muzik yang aku minat. Seperti aku pernah ceritakan dahulu, koleksi kaset abang aku yang penuh dengan band-band seperti Depeche Mode, Ultravox, Yaz, New Order dan The Smiths banyak mempengaruhi citarasa muzik aku. Nasib baik abang aku tidak minat rock leleh. Ketika abang aku mula belajar di Amerika pula penuh rumah aku dengan band-band yang aku tidak pernah dengar. Memang agak pelik ketika itu kerana walaupun abang aku belajar di Amerika dia masih minatkan band-band dari England.
Macam aku, tiap-tiap saat dalam hidup aku ada soundtrack atau runut bunyinya sendiri. (Kecuali waktu aku sunat. Aku hampir pasti ketika itu tiada soundtrack kedengaran di dalam kepala aku.) Sama ada gembira atau sedih, aku akan cuba padankan situasi ketika itu dengan lagu yang aku minat. Paling ketara ketika aku memandu jauh, memang sudah ada setlist tetap yang aku cuba terapkan tiap-tiap kali aku memandu dalam jangkamasa yang panjang.
• KL-Kuala Terengganu : Explosions In The Sky (album rawak)
• Kluang-Johor Bahru, umur 7 tahun : Depeche Mode ( album ‘Construction Time Again’)
• Kuala Kangsar-Kluang, umur 13 tahun : kaset single Extreme—’More Than Words’ kakak aku
• Bangun pagi : Whitest Boy Alive—’Burning’
• Album Cerai : Mogwai (album ‘Happy Songs For Happy People’)
…dan banyak lagi. (Maaf sila Google sendiri.)
Jadi kelmarin aku terfikir kalau aku terpaksa hilang satu deria aku, yang aku paling tidak ingin hilang ialah deria pendengaran. Aku memang tidak boleh bayangkan hidup tanpa bunyi-bunyian dan muzik. Ada tak pembaca aku di luar sana yang cacat pendengaran? Aku hendak dengar pendapat. (No pun intended.)
Sebab Internet itu realitinya memang sunyi sepi. Sekuat mana kamu menjerit kegembiraan atau meneriak kesedihan, hanya taipan serta imejan yang kamu luahkan sahaja yang bersuara, bukan? Macam aku Melayu Minimalis sendiri, walaupun aku ada ‘suara’, tetapi sebenarnya masih bisu. Sebab itu ramai yang berjumpa aku di depan mata macam susah hendak mengaitkan diri aku yang sebenarnya dengan apa yang aku tulis.
Apa pendapat kamu? Apa suara aku sebenarnya? (Suara di sini dimaksudkan secara relatif jadi sesiapa yang tulis sengau memang ‘bengong’.)
Popularity: 4% [?]
Hurm..i kindda tone deaf myself..but it always good to know -.-’ thanks for sharing tho..
Perenggan dua dari akhir buat aku terfikir beberapa kali.
I’m half deaf since 2007 when I was 17. For a reason I still have to yet find. Doctors cant put their fingers on it too. Not until I agree to do a CAT scan or an MRI. I picked aid cause the first two costs a fortune. I don’t intend to use that amount of money when I have college the very next year.
It did make few difference. When the instrumental or few parts of the song is played on the one side of the earphone/headphone, I wouldn’t know it, unless I wore the earphone/headphone wrongly.
I guess there’s a way for you to enjoy stereo music…
But its a bit technical to talk that… panning those left and right stereo tracks and merge them into a mono track…
I did search for it a long time ago(for my headphone yg rosak) if there’s any fast conversion stereo-to-mono software for layman/bulk of songs… but still didnt find any yet…
Seriously, im sadly to know ur half-dead..but surely u aint not gonna stop enjoying the wonders of music with ur other ear, aite?… gudluck!
he’s not half-dead la. ish ish.
to any half-deaf/goin-to-be-deaf… there’s a great mockumentary comedy “It’s All Gone Pete Tong”… kind of inspiring to see how a man can still write music when he’s already deaf…
So urmmm if takleh cari… sila google dan download pirated version… huhuhu…
@Surtika. Beethoven wrote his 9th Symphony when he was completely deaf.
tapi beethoven tu die create muzik dlm kepala dan die terus tulis note kat kertas..bukan create dalam kepala dan baru nak tercarik2 kat gitar. haha
kalau baru nak tercarik2..mmg syok sendiri jela, bunyi yang keluar menjadi ntahapehape.
yerp, he used his teeth if im not mistaken to feel the vibe… but here in pete tong’s story… he’s using he’s feet to feel the music… kinda interesting though… without any hesitation, exploiting every of god’s gift to explore the mysterious wonders of sound vibration
yeah,bagi aku muzik adalah penyeri hidup…
sesuatu yg boleh kita padankan dgn jiwa,
lihatlah sekeliling kita,semuanya ada muzik,
dlm filem?ada muzik soudtrack.
dlm event?kenduri kawen?ada muzik.
dlm sekolah?ada lagu sekolah masing2
setiap negeri ada lagu masing2,itulah muzik
tilawah Al-Quran?ada selingan muzik nasyid,
even dalam pembacaan Al Quran sendiri ada teknik2 taranum/lagu tersendiri.
MUZIK ITU PENYERI KEHIDUPAN.
dlm internet mmg sunyi,
tapi MM,kalau setiap penulisan kau,kau letak lagu tema utk setiap post,aku boleh rasa perasaan kau.
P/S:
aku sangat setuju keputusan kau memadam chat box,
chat box itu membuatkan blog kau nampak murah
(walaupun aku selalu menenggek kat situ,haha)..
jgn marah aaa..hehe =)
pis yawwww (peace yo)
Ha’ah..betul2.. i pon rasa macam tgk AkademiFantasick punya chat box yang ramai orang merepek2….
thanks to your picutre, balik dari office nak tgk heima over again. kan best kalo msia ade landscape cam tu.
urm!
Album Heima tue macam satu strategi promotion.
“Marilah Bercuti ke Iceland!”
Somber but soothing all the same.
Paling suka lagu ágætis byrjun (An alright start/A good beginning).
It always saved me whenever I got overly depress caused by wrong decision.
Btw, my life also fulls with personal ost.
Sometimes my mind plays something good (and perfectly fit!) even in the middle of maddening crowd.
And even in the middle of brainstorming session with my superiors. Ehe~
awak mungkin introvert, who enjoys the inner world of the mind.
not really. i like to share what i have in my inner mind though, and enjoy sharing that in whatever way.
tapi introvert tak semestinya tak suka share. :p and 60% of introverts are gifted people. it makes you one. :)
thank you!
sigur ros memang besh!!!!
patutla my fren yg deaf ckp ppl who is blind is much more lucky compare to her becos they all still boleh dengar bunyi-bunyian. walaupun in my opinian, deaf is much more lucky than blind cos they all can see things. i just dont get it till i read this entry.
Alhamdulillah, kita sempurna.
Ko skarang dah jadi mellow sikit weh..
pehal putus cinta ke??
Tp mcm membe aku ckp chris simpson mineral penah ckp if dont feel lonely you dont feel anything.
cheers!
tak ah.
aku rasa semua orang akan mellow bila habis melalui proses meluahkan perasaan dan isi hati.
dan setelah lebih dua tahun meluahkan perasaan di sini aku sudah cukup tenang untuk menjadi mellow.
aku sendiri pun selalu terfikir tentang JIKA kehilangan mana-mana dari deria.Kl pendengaran hilang mesti kosong kepala dan otak.Agak mengerikan.Tapi tuhan itu adil.Adalah caraNYA untuk mengADILkan semua.
aku sendiri pun selalu terfikir tentang JIKA kehilangan mana-mana dari deria.Kl pendengaran hilang mesti kosong kepala dan otak.Agak mengerikan.Tapi tuhan itu adil.Adalah caraNYA untuk mengADILkan semua..
maaf.terhantar 2 kali
Bagi saya, soundtrack bersunat untuk saya adalah korus lagu tema siri animasi Thundercats!
uh. entri mendalam lagi. chun. aku pun tak boleh bayang kan life without our hearing sense. agak seksa jugak.
aku respect ayah kau yang menyokong minat anak dia, dengan memberikan organ tu walaupun kau tak menunjukkan minat lepas tu.
aku rasa ‘suara’ kau sangat universal dan penuh dengan fakta rawak, dan beberapa teori yang boleh pakai. Tapi aku suka part teori2 yang kau pernah nukilkan. tanpa teori, fakta takkan wujud. sebab aku rasa teori2 yang kau pernah tulis semuanya bernas walaupun ada lebih kurang beberapa peratus impossibilities.
walaupun ‘suara’ yang kau suarakan dalam ni hanya berupa imej dan tulisan tanpa bunyi, tapi mesej yang kau cuba sampaikan tu diterima sepenuhnya oleh kebanyakan pembaca considering on various replies yang berbunyi dengki, , marah, sokong, etc. mungkin gaya kau bercakap lain dari penulisan kau, normal la tu. tapi apa pun, penulisan kau tetap terbaik.
haha mendalam gila komen kamu.
terima kasih! :)
suara kau sengau.
aku hanya punya pendengaran sebelah kanan sebab eksiden.
walaupun tidak lengkap dengan hanya satu pendengaran,
aku masih mampu tidak melepaskan peluang menikmati semua itu,
secara live ataupun tidak,
seperti yang kau cakapkan tiada kehidupan tanpa music.
selagi aku tak hilang sebelah lagi,
selagi itu aku cuba menikmati semua tu.
… aku betul-betul kat belakang kau dan john hafiz ketika peperangan di orange club.
is this a sigur hint? tell me it is. *die*
u rasa diorang ni fan tak? atleast the boss?
http://www.sgrsb.com/services/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=27
Woit…sama…lega…ingat aku sorang je camni
Kau buat aku mengkaji sejenak…………
try listen to God Is an Astronaut if you like EITS, Mogwai, Sigur Ros. A band with powerful combination of music and video showing us how mankind can nurture and destroy.