May 28, 2009 50

Ingatkah Kamu Zaman Kegelapan Kamu?

By in Panduan, Pendapat

Aku pasti ramai di antara kamu yang pernah melalui zaman kegelapan kamu.

Jadi semalam aku dan rakan-rakan rapat telah makan bersama-sama. Seperti biasa bila berborak pasti ada topik-topik yang menarik. Dan topik yang memang menjadi kegemaran sekarang ialah tentang zaman kegelapan bersama-sama dahulu.

Dan zaman kegelapan kami memang gelap. Zaman berkongsi wang untuk membeli DVD agar boleh ditonton bersama-sama. Zaman tiada wang sehinggakan sanggup mengikat perut dan berkongsi makan beramai-ramai setelah membeli makanan paling murah di pasar malam. Zaman bergelap di rumah selama seminggu akibat tiada wang untuk membayar bil elektrik. Tidak masuk cerita tentang bil air lagi.

Ya, aku pernah lalui itu semua.

Jadi kalau dikenangkan dan dilihat kembali, memang berbaloi pengalaman itu semua. Memang aku bekerja keras agar boleh sampai ke tahap ini, dan aku juga bangga dengan pencapaian kawan-kawan yang dahulunya senasib yang berjaya melepaskan diri dari Belenggu Kongsi Duit Beli DVD. Semuanya boleh dikatakan berjaya, mampu buat apa-apa dengan senang lenang. Mampu beli bukan sahaja sekeping DVD malah 100 jika perlu. (Tetapi memang tak perlu-lah.)

Jadi aku hendak bertanya, kamu semua ada pengalaman yang sama? Sebab aku tahu ramai di sana yang mungkin sedang melalui Zaman Kegelapan mereka. Apa kat kita beri inspirasi kepada mereka ini untuk keluar dari Zaman Kegelapan dan masuk ke Zaman Beli Kasut Supra Dengan Selamba? Cuba cerita sikit pengalaman kamu. Mungkin juga aku akan kongsi lagi cerita Zaman Kegelapan aku di ruang komentar di bawah.

Mulakan 5 saat dari sekarang.

Popularity: 7% [?]

50 Responses to “Ingatkah Kamu Zaman Kegelapan Kamu?”

  1. C2B says:

    Hari ini mungkin zaman gelap aku suatu hari nanti..

  2. asiv says:

    dan masa depanku pun mulai gelap….

  3. tiya says:

    saye sedang kelam
    tak gelap sangat

  4. madisilelaki says:

    hidup patik sedang kosong wahai melayu minimalis!haih mengeluh je hobi skang!haha

  5. suka 'uk-uk' says:

    belum ada zaman kegelapan yang begitu kronik.

    tapi,

    pernah dan agak selalu terpaksa mengorek duit-duit syiling yang ada dalam tabung untuk makan dan travel.

    p.s: takda lah gelap sangat kan.

  6. zuraida says:

    sedang melalui zaman separa kelam…..tapi naku yakin esok mentari akan muncul…

    chewah!!!!

    *smile*

  7. gorgon says:

    aku nya perniagaan sedang melalui kegelapan yang agak kelam.
    tak seberapa gelap lagi.
    tapi masih lagi utk lepas makan, dan bayar keta .

  8. dyla says:

    belum berpeluang nak alami zaman gelap. bakal tiba mungkin

  9. azzam?? says:

    owwhh.. mestilah ada.. lunch amik nasik banyak2 and telur goreng satu dan kuah dan itulah satu2nya makanan untuk hari itu. sampai makcik kedai tu kesian lah.. kasik ayam goreng charity..

  10. Lopo says:

    aku mungkin ada gak zaman gelap,tapi tak kronik la..aku doa2 la tak lalui zaman gelap tu..hmmm

  11. Jo hyphen Ann says:

    Zaman gelap aku….back in uni, spent my last few clams buying cat food for my friend’s cat (she was miskin as well). Ate plain bread for a week. Tindakkan bodoh? tak tahu lah.

  12. melon. says:

    siri zaman gelap aku banyak.
    ada sekali,kami pergi ke kafeteria untuk makan,tapi tiada wang.
    jadi kami tunggu orang lain yang tak habis makan.dan kami sapu.
    terutama yang awek2 makan..sebab mereka makan bersih dan tinggalkan byk.

    geli.tp nak hidup kan.

    tapi aku bangga.sebab semua ahli2 itu sekarang dalam jalan nak berjaya.
    dan pengalaman dulu jadi motivasi.

  13. luna says:

    Kalau MM pernah hidup macam tu, nampaknya hidup aku setiap harilah gelap sekarang *sigh*
    Dan nampaknya aku tak pernah keluar dari kegelapan lah sejak hidup berdikari 10 tahun dulu.

  14. trilly says:

    memangkah zaman gelap selalunya melibatkan kekurangan duit dan x cukup makan?~makan roti kosong dan keras (bukan baqueete), makan lebihan org, makan nasi banyak tanpa lauk, xcukup makan bla bla

    mungkin salah satu nye sbb duit

    tp zaman gelap aku mungkin pada zaman kanak2
    xboleh keluar rumah,xboleh balik sebelum 6 (kalo di benarkan bermain diluar), zaman selalu kena hempuk dengan belt buckle dan getah paip, dan yang lebih gelap adalah bila hari2 dikerah utk buat kerja2 rumah

    yer termasuk cuci toilet dan bersihkan fridge

    tp kira okaylah, xperlu bawak moto laju2 untuk kumpul duit
    sudah dapat kerja yg memampukan untuk beli ben sherman dengan selamba
    (lebih murah dari supra pon)

    sekarang sumpahan gelap itu semuanya sudah lenyap

    there is a silver lining in all those clouds

    • biasa says:

      biasalah tu kena sebat, kena kurung dalam tandas. kena cuci toilet dan fridge pun dikira zaman gelap ke? jeez.

      • trilly says:

        kamu pernah rasa ke?
        xde rasa gelap?
        bila dunia kamu hanya di dlm rumah dan bersama adik2 dikelilingi pula dgn kerja2 yang sesuai untuk budak 11 tahun

        kalo x gelap pun, mungkin warna lain-lah yang menunjukkan kesedihan dan hiba

        turqoise?

  15. OBSERVER says:

    aku pula semasa berada di POLITEKNIK.di mana aku dapat hidup dengan berbekalkan rm10 untuk seminggu.rm2 untuk beli mi segera sekampit(ada 5+1).lebihan pula untuk minyak motor dan membeli makanan yang lebih berkhasiat sedikit dari mi segera.Kejerihan ini menjadikan aku yang hari ini.Bila kepayahan mengundang walaupun mengeluh aku sudah pasti ada jalan untuk menyelesaikannya.Seperti MM juga.Aku sudah boleh membeli kasut NIKE SB dengan selambanya.Kepayahan masa lalu membuatkan kita lebih kuat untuk hari ini dan seterusnya.

  16. aku pernah beli roti buku.
    lepas tu pergi kedai mamak.
    mintak bungkus kuah kari 50 sen.
    total cost for dinner = RM2.00.
    sedih.

    makan tepung goreng cicah sos cili pun pernah.
    sekurang-kurangnya bersusah payah ni senang. ada orang senang-senang saja sengaja keluar dengan orang kaya atau berpengaruh misalnya, agar diri hidup senang. boleh belikan benda, boleh belanja makan.

    permanent pangkah.

  17. FZ says:

    kenapa zaman gelap dikaitkan dengan kesusahan korang nak mencari makan?
    aku pelik?

    zaman gelap aku tahun 2002. aku naik ex5. aku merempit lalu langgar van kedai makan yang selalu dilepaki. lalu pinjam duit makcik rm 30 nak repair motor sebab dalam kocek ada rm 20 sahaja.

    lalu makcik aku meninggal seminggu kemudian dan aku tak ada duit nak menjelaskan hutang.

    sial.

  18. Surtika says:

    Selalu mendengar menu2 feveret makhluk kegelapan ini ialah Nasi Bujang… Ada yang panggil Nasi Koboi…ada yang panggil Nasi Happy Meal…
    Tapi bila try layan gak kadang2… especially kalau sambal dia “kow-kow” punya… harga pon Rm1.50 standard(tattaula harga skang)… sangat penjimatan..

  19. NeEM says:

    Zaman gelap aku bukan pada keperluan fizikal, tapi pada keperluan mental.
    Aku miskin camne pun kalau aku takde masalah lain OK kut.

    Tips aku mungkinlah kamu kenang zaman ini sebagai zaman untuk kenal mana kawan sejati, kenal kemampuan diri sendiri, kenal apa yang perlu dan tak perlu, dan kenal erti bersyukur.

  20. young team says:

    Zaman gelap aku adalah pada masa aku tahu keputusan foundation aku teruk. Tidak teruk tapi tidak cukup bagus untuk masuk university idaman aku di luar negara. Jadi aku habis sambung pelajaran aku selama satu tahun di dalam negara sebelum sambung ke luar negara. Zaman gelap berpanjangan selama lebih 6 bulan disebabkan aku tidak boleh terima keputusan peperiksaan dan tidak boleh terima betapa bodoh dan malasnya aku untuk belajar betul-betul dulu. Selama 6 bulan aku ulang alik university dan rumah tanpa keluar bertemu kawan-kawan. Rasa kecewa sehingga tidak ada mood untuk bersosial. Aku habiskan beribu ringgit hanya untuk melupakan kegelapan itu. Tahap depressive yang tinggi sehingga terpaksa beli Xanax secara online.

    Zaman gelap yang lain adalah aku pernah hidup dgn duit AUD 0.50 selama seminggu. Dan aku cuma tinggal beras sekilo, sebotol kicap, dan mince beef hanya untuk 3 kali makan.

  21. WW says:

    zaman kegelapan aku berlaku pada tahun 1996…masa tu stesen janakuasa di paka meletup..habis satu malaysia mengalami zaman kegelapan selama satu malam..seronok betul main lilin dengan adik beradik..masa tu sekolah lagi..nak buat homework pun tak boleh..nasib baik cikgu tak marah..

  22. Jila Jenglot says:

    It’s funny that you’re mentioning this now.

    Sekarang, aku sedang mengalami Zaman Kegelapan aku. Tapi, thanks to my ability to buat tak tahu and go on as usual, aku berjaya buat tak tahu and go on as usual.

    Dan aku berusaha untuk “terang.”

    Aku cakap funny sebab sekarang aku mungkin sedang menuju ke arah cahaya at the end of the tunnel tu.

    I jus got hired.

    *Big smiley face*

  23. bootsbukanpharmacy says:

    zaman kegelapan 2,3 tahun lepas. jadi bohsia for fun (konon), ye aku tau aku memang tak guna otak masa tu. tak menyesal sebab takde ape jadi. now that i’ve found someone great, i don’t even do all the things i did before. takde tonggang – tonggang, tonggeng – tonggeng dah. tak penah lalui zaman kegelapan berkaitan duit. skang ni zaman kelabu, tak baik tak jahat.

  24. bart says:

    masa aku semester 2 dulu, aku pernah mencuba-cuba MLM. habis duit ptptn aku. tapi nasib baik aku cepat bertindak aku berjaya dapat kan balik duit aku tanpa kurang sesen pun. tapi dalam masa sebelum aku dapat balik duit tu, tiap2 hari aku makan ubi kayu yang aku angkat dari depan rumah sewa aku (rumah sewa aku kat kawasan kampung), menu aku ubi rebus, ubi goreng, dan ubi bakar. macam zaman jepun jajah malaysia dulu2 tu. sedih dan sadis kan?

  25. wj says:

    tgh gelap la ni

    sabar je la. aku pasti semua ni ada hikmahnya sendiri

  26. popo says:

    Zaman kegelapan aku adalah lebih kurang 4 tahun lepas di mana baru lepas grad dan dapat kerja, tetapi berhenti selepas 3 bulan kerana tidak tahan bekerja. Aku merempat selama lebih kurang separuh tahun juga. Maklumlah tinggal di Subang Jaya tanpa kerja – memang lah gelap habis.

    Masa itu aku bernasib baik kerana ada seorang yang aku panggil kawan baik sekarang (orang JB, aku orang KB) bertindak payungkan aku. Dia pun merempat tetapi boleh support aku juga la kalau setakat air dengan nasi lemak kosong.

    Aku ingat beli nasi campur pagi, kerana nasi ini lah yang paling value for money yang aku boleh dapatkan (maklumlah di subang, mana nak cari nasi berlauk murah?). Boleh bayangkan tak bayar nasi berharga RM 2 dengan duit syiling? Nasi itulah makanan aku untuk sehari. Air pula belasah air paip. Fuhh, memang masa tu diet kaw kaw sampai aku balik kampung ditegur arwah mak kerana terlalu kurus.

    Aku sangat sangat ingat lagi aku kurus dan memang sangat gembira kalau ada kawan yang belanja aku makan. Masa tu RM5 bagi aku adalah bernilai macam RM50. Dapat makan nasi lemak ayam kira macam sangat istimewa.

    Tapi memang agak lucu dunia aku masa itu, kerana kawan aku yang tolong aku tu ada ramai kawan yang kerja starbucks. So walaupun kitaorang merempat, kitaorang minum starbucks beb. Sebab pakai kupon ataupun kawan dia yang belanja.

    Masa tu aku ada ex-girlfriend, anak Tan Sri (aku pun tidak tahu macamana aku boleh dapatkan girlfriend anak Tan Sri – sesungguhnya aku baru dapat tahu dia tu anak Tan Sri selepas aku couple dengan dia), study di aussie.

    Masa dia balik, dia yang belanja aku kalau dating ke apa.

    Sigh. Memang agak macam sial bila kau pergi dating tetapi terpaksa biarkan perempuan yang bayarkan.

    Masa itu juga aku akan belasah maggi yang rakan serumah beli. Bila aku dapat duit kemudiannya, aku ganti balik lah. Aku pernah ketar satu badan kerana lapar, dan tiada apa-apa di rumah untuk di makan manakala tiada duit untuk membeli makan. Ketar beb. Kalau kau lapar macam tu, dah takde benda kau boleh buat. Nak tidur tak boleh, nak buat benda lain tak boleh tak ada tenaga.

    Tetapi syukur, sekarang aku sudah jauh tinggalkan zaman kegelapan. Wardrobe aku penuh jenama outdoor. Kasut pula, kalau berkenan je aku akan tawar dan beli terus (tetapi aku kurang minat lah kasut Supra tu, aku lebih suka Merrell dari kedai-kedai bundle seluruh Malaysia (sudah ada 4 pasang tetapi masih mencari).

    mmm nanti aku sambung lagi lah, nak tidur dulu

    p/s: Kawan aku yang dari JB tu sekarang kerja dengan studio yang ada nama lah di malaysia ni. Sekarang nak tarik aku kerja dengan dia nak bayar gaji yang kira selesa lah bagi aku, kalau setakat nak pakai Honda Civic tu tiada masalah lah kot. Kitaorang kalau lepak balik memang lawak terkenangkan masa kegelapan subang.

  27. hapacrita says:

    Hampir nak keluar air mata bila duit ada singgit,simpan untuk makan pagi besok.Tapi masa tu rasa nak makan nasi lemak ayam berempah rm3.00.Duduk lepak atas tilam pikir camna nak terus hidup sambil tahan lapar sampai terlelap.Gaji masuk petang lusa.

    Pernah hari-hari makan sardin sampai satu tahap elok masuk je nasi ngan sardin dalam mulut rasa nak termuntah.Aku amik kicap sket,cili sket,gaul-gaul baru buleh sambung telan.peh.

    Duit ada rm2.00,nak isi minyak motor.Perut lapar.Selongkar dapur opis masa orang semua da balik,jumpa biskut kering JACOB’S yang dah expired.Aku amik sos dalam peti ais,buat macam sandwich.Telan dengan penuh nikmat sambil kaki ketar-ketar lemah sebab lapar.

    Kalau mak aku tahu semua tu mau berjurai air mata dia.Diorang call tanya da makan ke belum,laju je jawab da makan.Ha ha ha..jgn harap aku nak cerita kat mak bapak aku.

    Tu cerita setahun lepas.Sekarang?..alhamdulillah la.Rezeki bertambah.Tak da lagi ketar-ketar tak makan.Sedang berusaha untuk keluar dari semua ni.Pengalaman yang sangat menyeronokkan.ha ha ha ha.

  28. sekilas says:

    huhuhu…zaman kegelapan…masa zaman kanak2 dulu aku slalu kena paksa masak…biasa la,idup sbgi anak yatim,mak keluar bekerja..aku benci sbb aku budak sgt lagi..habis punah dapur aku kerjakan sbb nak tunjuk protes konon,baru 9thn ma…tapi kena masak juga smpi la umo aku 20thn…skang masuk U,aku mampu t’senyum bila duduk dgn housemate yg nak potong bawang pun tak pandai…gila arghhh,tahniah kpd mak aku krn mmaksa aku dulu2,aku pulak yg ajar mereka masak..itu belum masuk kisah duit lagi,hari2 sengkek…baju baru dpt beli masa nak raya je(setahun sekali)…kayuh basikal pergi bayar bil air/elektrik masa umo sklh rendah…gila arghh,klu diingat balik…lucu pun ada…semua benda/kerja yg dia pernah paksa aku buat dulu…menjadikan aku dpt menikmati cahaya masa depan..wlupun zaman gelap tu membuatkan aku ilang zaman kanak2…tp tetap menjadikan aku kuat di dunia realiti…

  29. Southsidaz JBC says:

    zaman gelap aku lama. mula dari aku darjah sampaila umur aku 25 tahun.

    masa zaman gelap era sekolah aku pernah nangis kat tepi longkang sebab aku takde duit nak mkn kat kantin sekolah. aku g sekolah pon jalan kaki je. ade cikgu dan kwn dtg tanya kenapa aku nangis tp aku tak cakap ape. balik rumah aku tak ngadu pon kat mak aku sebab aku taknak susah kan die.

    rumah aku takde Tv sampai la aku darjah enam mak aku beli TV hitachi. sonok sungguh dpt tgk TV.

    time sekolah menengah, aku gila skataboard, ala mcm la remaja len jugak. aku beli kasut North Star kat Bata Komtar JB pastu aku convert lambang tu nampak macam lambang Es. budak2 tanya mane aku dpt kasut ni aku ckp beli kat singapore.

    time main skate, aku pinjam2 deck orang2 sampailah aku berjaya land kan 260 flip.

    zaman gelap era sekolah menengah aku pulak. aku still banje sehari rm 0.5o je. sama macam aku banje time sekolah rendah. aku takde duit nak mkn ape. jadi datang la idea aku bawka garfu g sekolah. so bila time rehat aku akan beli air dan lepak dengan kawan2 yang beli mee atau nasik, bole la aku gunakan garfu yang aku bawak tu untuk ngecek (bahasa JB) makanan kawan.

    kawan2 time tu (1996-1999), g sekolah bwak duit Rm5.mkn mewah2, pakai kasut jack purcell dan converse yang aku ni pakai kasut jazz je.yela mana mampu beli kasut mcm tu. pada aku mewah betol.

    time paling sedih bila balik sekolah semua orang mak bapak amek nek kete camry atau civic yang aku ni jalan kaki lalu bukit chagar.kekadang tertanya dalam hati kenapala aku tak sesenang mcm melayu lain. masa tu aku benci hidup aku lahir sebagai miskin!.

    pernah selalu jugak bile balik jalan kaki menyusuri flat bukit chagar tu aku kene pow.tp aku tkde duit. so aku gunakan budi bahasa talk it out dengan mamat pow tu.then tepengaruh die dengan budi bahasa aku, so aku pun lepas. so kat situ aku develop negotiation skill. tapi sedey bile kenang balik smp mcm tu sekali kene jadi.

    time lepas sekolah aku keje kilang. dr 7pg smp 7 mlm then rotate shift 7 mlm smp 7pg. masa tu azab betol. Allah je la yang tahu betapa peritnya hidup sebagai melayu tiada apa2 dan menjadi hamba kilang. 12 jam ngadap mesin je. aku nekad nak ubah life aku. so aku mohon masuk U dan dapat.

    then masuk university, fam aku kete takde ape takde. so aku g register kat arau sesorang je. takde sape. aku baju muwah takde, kasut mewah takde. eh kasut adela kot. masa aku keje kilang tu dpt gaji aku beli kasut DVS secodnd hand dengan member aku. kire cunla jugak.

    aku nekad masuk ni aku nak study sungguh2. orang kata baja tinggi ni bole dpt keje bagus. lama jugak aku study. lepas diploma then degree then sambung Master.

    by the time umur aku 26, hidup aku terus berubah. aku sambung master, pada masa yang sama aku dapat ke sebagai penyelidik, keje 24 jam sebulan gaji Rm1300. dengan yuran master ditanggung.

    walaupun aku tak semewah orang lain. tp apa yang aku kecapi ni dah cukup mewah dah. aku bole mkn ape aku nak, beli baju mahal aku nak.

    tapi oleh sebab aku dah biasa dengan life susah aku. aku still beli baju dan seluar bundle. kecuali baju pejabatla. itu aku beli kat FOS, G2000 atau rejectshop.

    tp tula, aku masih pakai handphone nokia butterfly, wallet aigner lama aku yg kawan aku dari sg bagi. smp sekarang elok lagi tahan lama woi wallet tuh.

    perempuan tgk aku mcm aku takde duit. sebab pki phone rapla cm tuh. tp aku tak kesah. nilai aku hanya aku yang tahu. bila2 masa skrg ni aku bole beli kereta tp aku still pakai Vs125 aku lagi. pada aku biarlah bersederhana dan zaman kegelapan aku itu mengajar erti kehidupan yang sebenar bagi aku.

    cerita takde, duit, mk maggi, awek lari, awek main dengan orang lain, awek hina aku cakap aku macam2 aku dah lali dah. aku sedar bila aku susah awek pon tknk. walaupun muka aku ni kire hensem dan cute tp masa tu poket aku tak masyuk lagi.

    jika diberi peluang nak patah balik lalui liku hidup aku, aku tak nak dah. cukupla susah payah aku lalui tuh. perit sungguh. Allah jelah yang tahu dan dia lah yang beri aku kekuatan sehingga hari ini sampai la aku sambung Master dan dekat nak habis dah.

    sorry panjang.

  30. suparman says:

    zaman kegelapan ialah zaman dimana bila time susah aku susah, takde sapa nak tolong dan bila aku tengok orang susah, aku rasa nak tolong, bila aku dah tolong, orang tu menyusahkan ko balik.

  31. Jila Jenglot says:

    Good one, suparman! There is some truth in that.

    Southsidaz JBC, yang terbaik untuk anda!

  32. gemuk says:

    susah akan berbayar time smuanya dh berlalu…
    cm aku

  33. khairul says:

    Aku tak rasa lagi aku dalam Zaman Kegelapan.
    Tetapi aku banyak berjaga-jaga tentang zaman dan waktu tersebut sebab aku percaya suatu hari nanti pasti aku akan melalui hari-hari tersebut.

    Aku masih belajar. Aku kini di sem tiga di sebuah U tempatan. Aku berasal dari keluarga yang sederhana. Parents aku bukannya beharta sangat. Setakat cukup2 makan adalah. Tetapi aku hidup di U buat aku amat berjaga-jaga kerana aku selalu sangat tengok kawan-kawan aku kekurangan duit untuk makan. Kadang-kadang ada kawan aku yang hanya ada RM 800 untuk dibelanjakan dalam masa 1 semester (4-5 bulan). Masa itu duit MARA tak masuk lagi. So macam yang aku cakap tadi, aku berjaga2 dengan duit. Makan sehari 2 kali sahaja (makanna mewah la jugak haha) Aku keluar bandar hanya sekali sekala, duit backup wajib ada dalam bank. Insuran nyawa full cases WAJIB bayar tiap bulan. Serta investment ASB. Sebab tu semua backup untuk masa depan aku.

    Dan aku kadang-kadang tertanya2, aku tak kaya. tak beharta. tetapi kenapa aku jarang menghadapai masalah2 berkaitan dengan duit. Last2 baru aku teringat. Yang aku sering salurkan rezeki kepada kawan2 aku. Kawan2 aku tak ada duit, aku bagi pinjam. Kawan aku lapar, aku belanja. Padahal kawan2 aku tak ada seorang pun yang pernah belanja aku. Dan kawan aku yang pinjam duit tu boleh bayar pada bila2 masa dia nak. Dan masa yang kawan aku ambil untuk banyar balik duit aku itu amat panjang. Tetapi sepanjang masa dia pinjam duit aku tu, duit yang ada dlam poket aku tu flow amat2 perlahan. Aku tak pasti macam mana tetapi memang aku ada banyak duit lebih pada bulan tu berbanding bulan2 lain. Kalau bulan2 lain, duit aku flow macam air je. So nasihat aku, tolong la org yang susah dengan iklas. Ada hadis kalau tak silap aku dia cakap macam ni :

    “ Allah akan membantu seseorang itu jika dia membantu saudaranya” – Fadilah Kamsah cakap.

    Sem 1 dan sem dua, aku agak jatuh. Zaman Kelam mungkin. Pointer aku agak rendah walaupun tak serendah kawan2 lelaki aku. Tetapi, ianya still rendah. Pengalaman belajar di sem 1 tak menjadikan aku seorang yang berguna di sem 2. Kerana sem dua aku amat pemalas. Bayangkan aku bila 1 hari sebelum final exam, barulah aku start belajar. Teruk bukan? Tetapi aku sudah bersedia untuk melihat pointer aku jatuh. Sebab aku akan gunakannya sebagai motivate aku di sem 3. Ditambah pula dengan pointer awek yang aku suka diam2 tapi semua dah tahu itu jauh lagi tinggi dari aku.

    ssorry kalau aku tak menjawab soalan kau.

  34. ioji ^ ^, ) says:

    aku rase waktu zaman gelap mesti ramai yang menyumpah orang kaya..siap ludah lagi..terutama jumpe mamat yang macam best sket…pastu mesti cakap dengan membe2 ‘kalo aku kaya aku tak sombong la’.ataupun..’berlagak, jangan ingat ko sorang jer kaya’…tapi jauh di sudut hati,pun nak jadi kaya jugak..

  35. shaman says:

    bes bace citer Southsidaz JBC.

  36. sentiasa terang says:

    Zaman gelap ke kalau boleh beli dvd…haha…

    makan roti satu ketul dengan kuah kari pun sedih…muahaha..

    ok korang belum pernah rasa gelap..dari gelap
    tidak pernah mengenal erti gelap yang tiada gelap…gelap lagi..

    pergi sekolah dari pukul 6 pagi tak makan apa2.
    balek tgh hari tidur keletihan

    pukul 7 baru dapat rasa air campur warna merah dan gula..

    ye itulah masa aku pernah puasa dulu…

  37. i.m says:

    uh? zaman gelap zaman gawat makanan?

  38. Iam says:

    HeLo MM..
    Sekarang ni..
    MM kerja sebagai apa er..?

  39. cik melati says:

    zaman gelap aku
    time study dulu
    tak dulu sangat lah
    2-3 tahun lepas
    setiap hari lapar
    duit mak bapak habis kat print assignment
    minyak skuter segala
    dengan rela hati buat part time
    kerja kat pizza hut
    pengalaman paling bermakna bagi aku
    time kelas pagi aku masuk kerja petang
    time kelas malam atau petang masuk kerja pagi
    nasib baik dekat dan dapat restaurant manager yang sangat memahami
    terima kasih kat azma!
    dapat lah beli printer, makan mewah sikit time tu
    duit poket nak beli makanan pun jimat, makan kat pizza je,
    siap tapau bawak balik
    makan sebelum pergi kelas
    dua tahun aku part time
    alhamdullillah pelajaran tak terganggu
    dapat grade dan banggakan mak bapak.
    dan aku akan ingat zaman gelap aku dan kawan yang kawan dengan aku sewaktu zaman gelap aku.

  40. jojo crazy says:

    //Zaman kegelapan??Time tu mmg gelap sangat..selalu duduk dgn makwe kat tempat gelap tp sekarang alhamdulillah..semua nye terang benderang..he he

  41. oked says:

    zaman gelap?zaman tiada elektrik dirumah atau zaman bari rumah besar ke sebuah bilik kecil dengan pekerjaan seumpama professional yang diberi gaji kecil dan dimaki dihina oleh budak-budak bodoh yang mengatakan aku gadis yang kosong, bukan gadis yang boleh memberikan lelaki kebahagiaan, itu aku tak rasa zaman gelap,

    mungkin zaman gelap adalah zaman aku banyak wang, dan rakan, tapi aku habiskan wang dengan membeli cinta lelaki, itu zaman gelap bodoh aku

  42. cik n says:

    mmg sedih kalau masa zaman kegelapan tu..nak2 lagi kalau x der duit nak makan…aku mmg x leh terima kalau tpakse ikat perut kalau tgh gawat sbb sesusah-susah family aku pun mak aku x penah biarkan kan km lapar…penah jgk aku smpai tketar2 punya lapar asyik mkn megi je smpai naik migrain pale ni..tp nak wt cam ner x der duit..skg aku study kt u aku mmg jaga bajet blanan aku..Bagi aku,aku bleh terima kalau org tu x der duit nak beli pakaian yang mahal2 tapi aku x bleh tgk kalau org tu x der duit nak makan..aku mmg kesian..kalau aku kaye-raye aku x kan benarkan sape2 kt msia ni kbuluran sbb x der duit.

  43. in love with u says:

    zaman gelap aku adalah hari-hari (kalau tiada bekalan letrik) setelah masuk pukul 7 petang sehingga 7 pagi esoknya. ini menyebabkan aku terpaksa buka lampu (itupun kalau aku rajin) dan zaman gelap aku berakhir.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes