June 1, 2009 50

Tanya Abang Minimalis Lagi!

By in Tanya Abang Minimalis

Kebelakangan ini aku rasa macam tupai.

Melompat ke sana ke mari. Aktiviti pun semakin bertambah, mungkin akibat tiada perasaan tertambat atau ingin menjaga hati sesiapa. Semua orang tahu bukan pengorbanan diri yang paling berharga ialah pengorbanan akibat ingin menjaga hati seseorang, bukan?

Tapi kalau tupai, bunyi dia macam mana? Nyit nyit?

Apa-apa pun, sudah masuk bulan Jun sekarang. Pejam celik sudah hampir 6 bulan aku bekerja di tempat baru. Setakat ini, semuanya baik. Dan awal bulan juga bermakna sudah tiba masanya untuk siri Tanya Abang Minimalis. Mungkin ada orang cakap ini cara untuk aku cari idea untuk menulis, dan memang betul pun.

Kalau kamu jenis yang rajin mencari dan membaca nukilan-nukilan lama, kamu akan sedar bahawa selain dari topik berkenaan agama, politik dan (mungkin) peribadi, aku sudah banyak menulis tentang pelbagai perkara. Silap aku juga, sebab akibatnya aku sudah tiada perkara yang ingin ditulis. (Di sini bermaksud perkara yang menarik minat aku atau perkara yang aku mungkin ada sedikit kepakaran-lah. Kalau kamu tanya aku tentang kilang tembikar atau kucing siam memang aku tak tahu-lah kan?) Mungkin satu hari inspirasi akan menimpa, ataupun mungkin aku akan mula menulis tentang perkara peribadi (yang aku kata aku tidak akan tulis suatu masa dahulu. Baca di sini tentang mengapa sebabnya, OK? Malah tempohari aku diingatkan tentang blog lama aku oleh seorang rakan, dan betapa ‘mendedahkan’ blog itu sebenarnya…)

Jadi, seperti biasa tanya soalan di ruangan komen nukilan ini, ataupun e-melkan sahaja ke mminimalis at gmail dot com. Kalau soalan itu tidak mengarut sangat dan bukan tentang topik terlarang aku akan layan. Kalau mengarut sangat pun aku akan layan. Ataupun aku akan pangkah. Mungkin.

Popularity: 4% [?]

50 Responses to “Tanya Abang Minimalis Lagi!”

  1. mami says:

    course ijazah sarjana muda dalam bidang sains makanan dan teknologi ada masa depan tak malaysia ni?
    senang dapat keje x?

  2. deadidadida says:

    kenapa smokers perempuan selalu sangat dikaitkan dengan Salem?

  3. tiya says:

    sepandai-pandai tupai mlompat akhirnya jatuh ke tanah
    bunyinya..CITT CITT
    ^0^

  4. xeem says:

    How realistic is the physics in Angels and Demons?

    Thanks.

  5. Otak Belacan says:

    Sigh.

    T_T

  6. TOUNGE says:

    Kau masih tidak mengeluarkan fakta dari sudut pandangan kau tentang KAKI CONTENG(graffiti) yang telah memenuhi segenp ruang KL.

  7. msweed says:

    konsert yang ingin sekali pergi sebelum mati?

  8. 1412 says:

    Pendapat kau tentang Chin Peng. Adakah wajar dia diberi pengampunan (sekali lagi) dan diizin pulang ke Malaysia?

  9. hapacrita says:

    kamu makan di kg baru?

    layan jugak buai kat bawah pokok buluh tu…

    kalau betul lah….mcm salah..ha ha

  10. aji says:

    indie tu satu genre ke??

  11. Jo hyphen Ann says:

    1. Sebagai ahli fizik nuklear yang pakar dalam bidang anda, siapakah saintis fizik nuklear terkemuka yang merupakan hero anda, dan kenapa?
    2. Adakah anda berhajat untuk memenangi Nobel Prize in Physics dalam masa akan datang?
    3. Ahli fizik nuklear boleh berpesta tiap tiap malam ke? Tak kerja overtime ke? Cammana nak menang Nobel prize ni?

    hihihihi

  12. Amoi Cantek says:

    Pada pendapat MM, apasal kebanyakkan some pure Malay Babes tangan dia hairy compare to some chinesse babes?

    and also ada misai halus. Faktor genes maybe?

  13. nene says:

    jejaka nama K tu hensem tak?

  14. PakciQue says:

    1. Kalau kau menghadapi tanda-tanda ingin demam. Apa langkah awal yang kau ambil supaya demam kau tak melarat selain dari pergi klinik atau makan panadol?

    2. Sebenarnya selubung dengan gebar tebal ketika demam untuk mengeluarkan peluh, baik atau tidak?

    Sebenarnya aku memang tengah demam ni.

  15. rave says:

    HeLL o

    1. Kau belajar sampai tahap mana? Dip/Deg/Master/PhD?
    2. Gaji kau sebulan berapa angka?
    3. Pernah tengok The Arrival?
    4. Semua soalan yang aku tanya dah ada jawapan ke sebelum ni?

    Gracie amigO =D

  16. Fakharul says:

    apa pandagan MM tentang masa depan radionuclide berbanding radiography,sebab aku dilema untuk pilih dua2 bidang kerjaya ini.memandangkan aku mempunyai dua pilihan kerja. sekian terima kasih MM

  17. Gaya Mutu Keunggulan says:

    bagi hang mana penting lagi; power ka duit?

    and mana hang prefer,
    obtain banyak kuasa untuk dapatkan duit ka
    obtain banyak duit untuk dapatkan kuasa?

  18. yabedabedu says:

    mana nak buat piring hitam kt malaysia ni…??? spore kalo ada pun…

    kenapa sunburst tak best mcm singfest ???

    amacam gitar baru tu …mencanak ker???

  19. jarvis says:

    kenapa atas duit mesti ada gambar orang? memang semua duit kat dunia ni ada gambar orang ke? dan boleh ke gambar tu di gantikan?
    adakah kemungkinan tak gambar lee kuan yew di atas duit singapore lepas dia mati nanti?

  20. Lopo says:

    Soalannya,

    1.Mana kau lebih prefer,ipod touch ke zune hd?

    Boring la,tkde soalan nk tnya. Bye

  21. ayub says:

    lanvin or common projects?
    converse or vans?
    nike or adidas?

  22. Ferdows says:

    MM, soalan aku ini berkaitan dgn The Arrival yg si Rave tanya tuh.
    Apa pendapat kau tentang pembinaan bangunan2 tersohor (contoh Burj Dubai) di atas ‘Ley Lines’. Kau percaya pada teori ini tak? Juga tentang bentuk2 binaan bangunan seperti piramid, dome/kubah yang akan menerima dan menjana tenaga berbeza-beza bentuk. Sama ada positive @ negative energy. Bagaimana? Itu saja tq.

  23. Joe says:

    Hello,
    apakah pendapat MM tentang prospek menjadi seorang peguam (bukan dpp atau federal counsel) di malaysia (dari segi financial dan perkembangan holistik) dan pandangan society terhadap seorang peguam di sini?thanks

  24. ATLien says:

    apa pandangan kau tentang BBB?
    http://www.badboyben.com

  25. ATLien says:

    aku pernah dengar bunyi tupai sedang sakit disebabkan jatuh ketanah kerana lompatannya dihalang oleh si kucing betina.sejak kejadian tersebut.kehidupan si tupai lebih penuh bermakna dengan selalu menghadirkan diri untuk aktiviti sukan seperti berbadminton bersama rakan-rakan dan bersosial mencari teman.syabas diucapkan kepada si tupai.bersama2 kita membanteras jenayah hati dan perasaan.ke arah patah hati sifar tahun 2009.

  26. azizulhakim says:

    apa pendapat ko tentang band-band tempatan,
    band apa yang kau suka, kalau boleh list kan dan bagi sebab,
    ringkas je dah la.
    utk memudahkan ko,
    bagi TOP 5 je.

    soalan ini berbangkit.
    haha

    p/s: bunyi tupai adalah “nyot nyot”

  27. mm,apa pendapat kau tentang kerata polis yang baru(lancer evo).
    dari pelbagai sudut
    http://kereta.info/can-malaysias-police-car-mitsubishi-lancer-evo-x-beat-this-carbon-motors-e7/

  28. femme says:

    hi MM,

    i have few questions;

    1) if you’re given a choice to travel for college students exchange program, which countries would you prefer to go? trip 1 – turkey, poland and russia. Trip 2 – china and india and trip 3 – phillipines. Tell me your reasons why in terms of which trip would be giving you chances in attaining real life experiences and learn about human dynamics in depth.

    2) I had my last relationship longggg ago. I’m more than content to lead a single life but the problem is I’ve been surrounded by so many nice supportive good guy friends that I have forgotten the feeling of falling in love again! I dont wanna miss out the ‘love’ feelings – bliss or enjoyment or ecstasy or even heartache so what do I do to ‘reach’ the sentiment again? ehemm.

    3)Learn guitar or cooking? (Sigh. If only I can do both.)

    Thanks MM.

  29. aji says:

    hipster tu ape?

  30. kiki says:

    what do you think of girls who does fistfights? macam tampar orang kerana memang orang itu patut kena. would you respect her for standing up for herself or would you think perempuan ni kepohci je?

  31. melon. says:

    hai mm,
    kau kurang menulis sekarang,
    mcm lebih byk memerhati saja.

    disebabkan itu, aku nak tanya, adakah kau percaya pada quote “It’s better to burn out than to fade away”? aku rasa kau tau dari mana quote ini datang.

  32. Xam says:

    Kalau MM minat sesuatu band,contoh mcm NEUROSIS,adakah MM
    akan beli/kumpul semua album band itu ataupun hanya akan
    beli/kumpul album yg MM berkenan saja?

  33. ahmdsyhmi says:

    aku ada terbaca, yang dulu kau ada tulis yang kau kerja dalam bidang fizik nuklear. pelanggar besar hadron semua tu.

    lepas satu ketika kau cakap kau berpindah ke bidang bioteknologi.

    So soalan aku, macam mana dua bidang tu boleh related? sebab aku pelajar sarjana muda bioteknologi, dan aku tak nampak langsung ada kaitan bidang nuklear dengan bioteknologi. Mungkin ada, tapi tersangat minor.

    jadi, dari segi macam mana perpindahan karier kau sebenarnya tu? tak perlu detail, cukup buat aku faham sudah.

  34. videotape says:

    apakah tindakan MM bila meminati sesebuah band ?

  35. En. Y says:

    Hi MM,

    Apa pendapat kamu tentang band2 spt SCTS, Disagree dan Love Me butch? boleh pegi jauhkan diorg nih?

  36. vlad says:

    Kenapa kasut Adidas di Malaysia sampai saiz 11 saja?

    What worst is size Adidas satu saiz lagi kecil dari jenama lain.

    Aku sudah bosan dengan salesman yang cuba jual DC shoe kat aku.

  37. shaman says:

    kenapa dalam hidup akan tiba satu stage dimana hidup rasa hambar, tak bermaya, berjenis malar, ntah ape-ape dan kemungkinan ada bunyi bunyian cengkerik yg mengiringi walhal hidupnya dikelilingi keluarga, kawan-kawan dan org tersyg?

  38. mcm2 pe'el says:

    1. ape beza awek geli2 dgn awek sayang?
    2. kenape ade org pakai crocs pg kerja kat klcc?
    3. betulke skarang ni trend awek cun/hot dgn mamat dorky n vice versa?
    4. mcm mana cara nak menunjuk2 kekayaan dengan tidak menayang blackberry, mercedes, bungalow, baju polo hackett collar up ?
    5. ade ke manusia hybrid dlm dunia ni? (ahli sukan & ahli music yg berjaya)
    6. anak ko dah boleh baca blog ko?

  39. domestobot says:

    Kenapa orang Melayu sangat kompleks terhadap kaum Cina tetapi amat gemar dengan orang-orang yang berwajah seakan-akan orang Cina (Chinese look)?

  40. popo says:

    1. Kenapa talk show Malaysian tak ada yang setanding/dekat dengan quality talk show American macam Late Show with David Letterman? Yang aku tengok rancangan Astro nak buat ala-ala begitu semuanya hambar dan tidak menampilkan lawak stand-up yang matang.

    2. Kawan aku pernah tanya aku soalan yang aku tidak boleh jawab, jadi aku forwardkan kepada MM – kenapa kualiti rakaman musik tempatan tidak setanding kualiti kugiran daripada Indonesia, dan apakah kurangnya? Teknologi atau kemahiran?

    Harap kali ini soalan aku terjawab. Sekian, terima kasih.

  41. Kerepek says:

    1. Cerita sikit apa apps yang kau selalu guna dan suka dalam OS X tu?

    2. Aku nampak gambar mbp di satu majlis muzik.
    http://www.akutakpeduli.com/wp-content/uploads/2009/04/p1010717.jpg
    apa kau buat tu?

  42. khairul says:

    Kalau aku beli domain sendiri dan gunakan kat blog aku, aku still kena buka blogger.com ke untuk post/edit entry serta blog?

    apa yang perlu aku ada dan belajar sblm aku wat ada domain untuk blog aku.

  43. miszcrowniq says:

    mn lebih penting duit atau kasih sayang??
    walaupun aku pikir duit lebih penting dari kasih sayang
    sebab xde duit xmungkin ada org yg sayang
    tapi nk tau juga pendapat mr.MM..

  44. dish says:

    what do you think of tori amos’ music?

  45. Jila Jenglot says:

    deadidadida,
    sebab biasanya perempuan (starters) suka smoke minty cigars.

  46. ema says:

    1. sudah adakah rumah/ofis/kedai yang menggunakan solely tenaga solar sebagai alternatif kepada tenaga elektrik?
    2. apakah maksud label ‘against animal testing’ yang terdapat di sesetengah barangan kosmetik? ke atas siapa/apa mereka jalankan ujian klinikal?

  47. amal says:

    Jika kau diberi 2 pilihan kerjaya dalam sesuatu bidang, yang mana satu menjanjikan pendapatan lumayan dan satu lagi kerja ngan kerajaan tapi kau minat gila dengan kerja tu, contohnya pharmacist di kilang ubat atau pharmacist di public hospital. mana 1 kau pilih?

  48. Qasiyh says:

    1) Ape sebenarnye rangkuman kerja sbg seorang Vj???
    2) Mcm mane nak qualify jadi Vj???
    3) Ape pendapat MM tentang Vj Spacebar???

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes