Malam tadi aku menonton Terminator: Salvation. Walaupun persembahan Christian Bale memang bagus dan kesan khas filem tersebut memang unggul, aku rasa jalan ceritanya agak meh. Jadi malam tadi, seperti biasa, aku terfikir tentang 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Terminator. (Aku suka menonton filem Amerika dan letakkannya di dalam konteks pemikiran Melayu. Seperti 9 Sebab Melayu Tidak Boleh Jadi James Bond, 9 Sebab Utama Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Zombie dan 9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Batman.)
1. Sebab Arnold Schwarzenegger bukan Melayu.
Model Terminator T-800 seperti yang muncul di 3 filem Terminator yang pertama memang disahkan mempunyai rupa dan badan seperti Arnold Schwarzenegger. Kalau kita di Malaysia aku rasa atlet bina badan yang paling terkemuka ialah Malek Noor, walaupun aku kurang setuju sebab aku rasa beliau tidak cukup ketinggian untuk jadi Terminator. Kamu pernah lihat Terminator ketot? Aku memang tidak pernah. Jadi kalau bukan Malek Noot (atau mana-mana atlet bina badan Malaysia seperti Sazali Samad) siapa lagi? Mungkinkah pelakon berotot (kadang-kadang) pejal di bawah?
Memang tak ah.
2. Sebab Terminator Hanya Boleh Bercakap Pelat Austria.
Seperti mana pelat Arnold Schwarzenegger. Kamu bayangkan kamu berjalan-jalan di sekitar Selayang dan kamu terserempak dengan Terminator Melayu (yang semestinya bogel, sebab mesin merentas masa tidak membenarkan kamu membawa apa-apa bahan bukan organik melaluinya) yang mungkin berupa seperti Awie di atas (tetapi bogel la). Dan tiba-tiba si Terminator tersebut berkata kepada kamu…
“Bak mai hang punya baju.”
Kamu nak ketawa sambil menuding jari ke arah konek Terminator ke kamu lari ketakutan?
3. Sebab Terminator Hanya Boleh Membawa Motor Besar.
Seperti kebiasaan Terminator-Terminator hari ini, hanya motosikal berkuasa besar yang menjadi pilihan apabila ingin memburu orang yang hendak dibunuh. Motosikal ini biasanya dicuri dari Mat-Mat Motor di kelab-kelab atau pub-pub mencurigakan di Amerika Syarikat. Kalau di Kuala Lumpur misalnya hanya Mat Rempit yang ramai. Kamu ingat Terminator ada hati hendak menunggang EX5? Setakat hendak bertandang ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk mengambil motor-motor Pakcik-Pakcik Motor yang melepak di sana memang membazir masa dan bakal menyimpang dari matlamat utama Skynet.
4. Sebab Melayu Tidak Boleh Bogel.
Berkaitan dengan sebab kedua tadi, Melayu memang pantang berbogel, lagi-lagi di khalayak ramai seperti kebiasaan Terminator. (Terminator MESTI berbogel sekurang-kurangnya sekali di dalam mana-mana filem Terminator. Kalau tidak percaya sila tonton sendiri.) Kalau bogel di tempat tertutup berbekalkan telefon bimbit berkamera memang biasalah.
5. Sebab Streamyx Lambat.
Di dalam filem Skynet berjaya mengawal sistem pertahanan Amerika secara online. Segala apa kawalan yang Skynet ada pun berasaskan talian online. Dengan status dan keadaan Streamyx sekarang aku rasa Malaysia akan selamat dari jajahan Skynet. Untuk selama-lamanya. Jadi tidak perlu bimbang.
6. Sebab Malaysia Panas.
Salah satu imej yang digemari para-para Terminator selain dari berbogel ialah jaket kulit. Walaupun Terminator itu adalah sejenis organisme sibernetik atau cyborg, aku rasa ia masih boleh berpeluh. Dan Malaysia memang negara yang paling tidak sesuai untuk berjaket kulit. Malah berjaket apa-apa sekali pun kecuali di dalam panggung wayang di Cineleisure yang memang sejuk. Takkan si Terminator hendak melepak di panggung wayang seharian suntuk? Apa jadi dengan misi membunuh? Kalau bukan di Cineleisure pun di mana? Di tempat salji buatan di Mines Wonderland atau Genting Highlands? Aku rasa kalau kamu tinggal di sekitar Cameron/Genting Highlands kamu patut cabut lari jika kamu melihat Awie berjaket kulit sambil menunggang motosikal besar.
7. Sebab Melayu Masih Tiada Bom Nuklear.
Di dalam filem Terminator, ‘Judgment Day’ menimpa apabila Amerika dimusnahkan dengan bom nuklear. Di Malaysia, bangunan hanya boleh runtuh dengan sendiri. Memang susah untuk Skynet menyelenggarakan kemusnahan sejagat sebab terlalu rawak untuk dikawal.
8. Sebab Di Malaysia Sudah Ada Skynet.
Tidak percaya? Lihat di sini. Aku rasa sukar untuk Skynet si majikan Terminator untuk meyakinkan Kementerian Perdagangan Malaysia agar membenarkan mereka menggunakan nama Skynet. Kalau Skynet di Malaysia ini ditutup, maka habislah Mat-Mat Rempit di sini kehilangan kerja sebagai penghantar courier dan despatch.
9. Lihat Dengan Mata Kamu Sendiri.
Masih tidak yakin? Pergi ke laman terminateyourself.com jika kamu seorang Melayu. Dan guna gambar muka kamu sendiri. Lawak bukan?
Popularity: 8% [?]

Gambar awie tu memang aku tak tahan..Kahkahkah
Mines Wonderland dah tak wujud.
siot ah gambar awie tu ko letak.
nampak tetek die. haha.
erkk, aku lebih suke Terminator II.
sbb John Connor sgt comel waktu tu. heh..
awie betul ke tu? ingatkan sapa. haha
betul lah tuh. aku takleh bayangkan terminator melayu bogel sial. dah rupa apa pulak. DAMN!
Aku dapat laptop aku menerusi Skynet.
ada bogel ke dlm terminator terbaru?
ada
“Bak mai hang punya baju.”
aku pasti gelak berguling-guling.
no 4 aku setuju
bok mai ank myaa baju…
mai ikut aku klau ank maw idop
jon koner: mak ang mya pusait
Rasanya sesiapa yang bukan orang putih tak bley jadi Terminator. Sebab orang putih hanya suka tengok protagonist orang putih. Nanti filem tu takkan buat duit.
#5 streamyx — “Untuk selama-lamanya” HAHAHA!
Bio-Dick
Jika terminator di Malaysia, mungkin
Terminator akan menggantikan tugas FRU mengawal pilihan raya misalnya.
Awal2 lagi telah diprogamkan satu perisian Menerima duit kopi v1.0 dalam
mikrocipnya
Lebih ramai peminjam Ah Long tak dapat lari kerana Ah Long mempunyai
dana yang kukuh untuk membeli teknologi tersebut utk kepentingan mereka.
Kerajaan akan lebih pening kepala
Kesimpulan, pahamkan sendiri.
bodoh sial T-4.
terminate the franchise already!!
hahaha
nak sumbangkan gelak je
yang terminate me aku dah buat.. tgok la kat blog aku kalo kesudian
haha
Apa sangat Terminator kalau kita dah ada Badang!
Hahahahahahah
betul cakap ko.
Starting cerita aku da mula seronok.Agak sedap.Masuk ke tengah sampai ke ending,rasa macam main-main lak cerita ni.Terlalu mudah untuk tewaskan skynet.Dekat ending siap mamat tu sempat pegi ‘facial’ lagi.Repair tubuh.
Apa kes john connor asyik sebut nama dia ulang-ulang dalam pengumuman.Macam lagu ‘aku stacey’.
Terminator 2 – filem terminator yang terbaik.Emosi == aksi.
dia tewaskan skynet dgn cubit microchip kat tengkuk dgn baling kerusi dkat monitor.. panas baran betul.
Setuju dengan hapacrita, Terminator-2 adalah yang terbaik. Tapi isi dan gambar awie dalam entri lagi terbaik! haha
memang lepas nonton terminator salvation aritu kitorang selisih dgn lorry skynet..beserta sebuah kereta yg hancur…mungkin disebabkan oleh t800 rasanya…dak pon HK
haha..kelakar
Haha Awie tak tahan. Aku suka ruangan mengapa melayu tak boleh jadi itu, tak boleh jadi ini. Macam best je.
gmbr awie bla tu? haih… rosak, rosak…
5. sebab streamyx lambat.
aku suka sebab yang ini.
hahahahahaha.
awie?
tak leh blah…
hahahaha
‘bak mai hang punya baju’?
harus aku gelak sambil terguling2
sambil tutup mata pasal rasa ngeri tengok ko**k dia
hahahahah
aku lari sebab tengok orang badan berketul melayu seperti awie bogel depan aku. tak selera. aku prefer terminator melayu perempuan.
bro klphq,kau ni asal mana arr
bak mai hang punya baju..!!!!!!!