June 6, 2009 13

Tanya Abang Minimalis Musim 12 Episod 1.

By in Tanya Abang Minimalis

kopi bertanya…
1. apakah bahasa pertama di dunia? dan macam mana ia berevolusi? adakah akar bagi sesuatu bahasa itu banyak dan semua bahsa di dunia ini berkembang dari yang banyak itu dan menjadi lebih banyak? ataupun akar bagi bahasa itu satu sahaja dan semua bahasa di dunia ini berkembang dari yang satu itu?
2. bolehkah naluri diubah?
3. Dalam membuat pilihan? mana yang kau pilih? membuat pilihan supaya situasi menjadi lebih baik walaupun perlu menyakitkan hati orang? atau untuk kepentingan diri sendiri sendiri? ataupun untuk menjaga hati orang lain walaupun keadaan akan menjadi buruk?

1. Ini soalan yang sukar. Menurut teori, bahasa dari rumpun Indo-Aryan seperti Tamil, Urdu, Hindustan dan sebagainya dikatakan sebagai antara bahasa terawal di dunia. Aku rasa teori ini mungkin berasas, cuma memang sukar untuk dikenalpasti. Sebab pada aku, bahasa terawal bukan bahasa tertulis terawal, jadi memang tiada rekod untuk membuktikan teori ini. Cuma mungkin bahasa tertulis terawal yang berkebarangkalian tinggi untuk menular di dunia purba, bukan? Aku bukan pakar linguistik, jadi aku kurang pasti, maaf. Sila Google.
2. Naluri boleh diubah, dan memang mudah diubah apabila seseorang itu bertembung dengan sesuatu yang amat traumatik yang boleh mengubah sesuatu naluri itu dengan mudah. Misalnya naluri membunuh. Pada pendapat aku naluri membunuh itu wujud di dalam semua manusia, (sepertimana naluri untuk bernafsu), cuma ianya terpendam. Hanya perkara-perkara traumatik seperti zaman kanak-kanak yang tertindas, rasa terlampau taksub kepada tanggungjawab negara/agama serta Streamyx offline yang bakal membuahkan naluri-naluri tersebut.
3. Aku rasa tajuk blog ini boleh menjawab soalan tersebut.

naim jasmi bertanya…
MM,macam mana nak check kasut SUPRA tu ori ke tak?
ade tips?

fakesole

Ini cara paling senang. Kalau mahu tahu lagi sila ke laman ini.

mami bertanya…
course ijazah sarjana muda dalam bidang sains makanan dan teknologi ada masa depan tak malaysia ni?
senang dapat keje x?

Pada aku kurang relevan. Penjurusan itu (berdasarkan pengalaman peribadi) adalah tidak penting. Yang penting ialah mentaliti kamu setelah keluar universiti, sama ada kamu sudah bersedia untuk memasuki era tenaga kerja, dan sifat tidak memilih pekerjaan. Anggapkan semua pekerjaan itu sebagai cara untuk mencari pengalaman agar kepakaran kamu lebih relevan dengan kerja yang kamu benar-benar ingin lakukan.

deadidadida bertanya…
kenapa smokers perempuan selalu sangat dikaitkan dengan Salem?

Sebab tidak dikaitkan dengan Gudang Garam.

xeem bertanya…
How realistic is the physics in Angels and Demons?

“The God Particle” atau Partikel Tuhan itu merupakan sesuatu yang amat didebatkan di dalam komuniti sains global sekarang. Aku rasa apa kita perlu buat sekarang ialah tunggu dan lihat hari di mana Large Hadron Collider benar-benar berfungsi. Kalau satu dunia tidak ditelan Lubang Hitam aku rasa teori ini mungkin ada kesangsian.

TOUNGE bertanya…
Kau masih tidak mengeluarkan fakta dari sudut pandangan kau tentang KAKI CONTENG(graffiti) yang telah memenuhi segenp ruang KL.

Tanya Fahmi Reza. Aku rasa kaki conteng lain kurang relevan dibandingkan dengan hasil-hasil seni yang telah dia lakukan. (Terima kasih kepada Fiona Razak. Kamu chun tak?)

msweed bertanya…
konsert yang ingin sekali pergi sebelum mati?

Radiohead, semestinya. Dan mungkin Daft Punk.

1412 bertanya…
Pendapat kau tentang Chin Peng. Adakah wajar dia diberi pengampunan (sekali lagi) dan diizin pulang ke Malaysia?

Aku tidak faham kenapa kita harus gentar dengan komunisme, mahupun apa-apa sahaja idea sosialisme di luar sana. Memang terbukti sosialisme tidak berkesan di abad ke-21 ini (kecuali sosialisme terkawal). Jadi apa perlu bimbang?

hapacrita bertanya…
kamu makan di kg baru?
layan jugak buai kat bawah pokok buluh tu…
kalau betul lah….mcm salah..ha ha

Salah orang, donk.

Jo hyphen Ann bertanya…
1. Sebagai ahli fizik nuklear yang pakar dalam bidang anda, siapakah saintis fizik nuklear terkemuka yang merupakan hero anda, dan kenapa?
2. Adakah anda berhajat untuk memenangi Nobel Prize in Physics dalam masa akan datang?
3. Ahli fizik nuklear boleh berpesta tiap tiap malam ke? Tak kerja overtime ke? Cammana nak menang Nobel prize ni?
hihihihi

1. Dr. Stephen Hawking.
2. Setakat peraduan syok sendiri memang aku tidak berminat. Lagi-lagi yang melibatkan undian online.
3. Boleh. Sebab aku sudah berjawatan tinggi, semua kerja kuli-kuli aku yang buat. Inilah kelebihan umur namanya.

Amoi Cantek bertanya…
Pada pendapat MM, apasal kebanyakkan some pure Malay Babes tangan dia hairy compare to some chinesse babes?
and also ada misai halus. Faktor genes maybe?

Aku pun kenal perempuan berbangsa Cina yang berbulu, jadi tanggapan itu tidak benar. Kamu tahu kan apa orang tua kata jikalau tangan seseorang permpuan itu berbulu, bukan? Apa-apa pun faktor genetiklah yang membuatkan setiap bangsa di bumi ini unik. Kalau semua sama sahaja lebih baik aku keluar dengan mannequin. (Malah mannequin pun ada pelbagai warna. Aku suka yang berkilat macam besi.)

nene bertanya…
jejaka nama K tu hensem tak?

Hensem. Walaupun aku tidak tahu siapa yang kamu maksudkan. Sila jangan minum terlampau banyak sangat ubat batuk, ya?

PakciQue bertanya…
1. Kalau kau menghadapi tanda-tanda ingin demam. Apa langkah awal yang kau ambil supaya demam kau tak melarat selain dari pergi klinik atau makan panadol?
2. Sebenarnya selubung dengan gebar tebal ketika demam untuk mengeluarkan peluh, baik atau tidak?
Sebenarnya aku memang tengah demam ni.

Semoga kamu telah pun pulih dari demam. Aku pun demam minggu yang lalu ini. Aku cuma ada satu komen dan pendapat tentang soalan ini, yang sebenarnya bertentangan dengan apa yang mak bapak kita semua ajar. Dan sebenarnya aku terbaca perkara ini di dalam buku, dan aku telah mencuba, dan sebenarnya berkesan.

Kalau badan kamu panas, adakah kamu minum air panas/suam atau air sejuk? Kalau menurut kata orang tua, kita tidak boleh minum air sejuk. Menurut aku pula, kita perlu jiruskan benda panas dengan air sejuk untuk menyejukkan dia, bukan? Jadi aku minum air sejuk. Ok saja.

rave bertanya…
HeLL o
1. Kau belajar sampai tahap mana? Dip/Deg/Master/PhD?
2. Gaji kau sebulan berapa angka?
3. Pernah tengok The Arrival?
4. Semua soalan yang aku tanya dah ada jawapan ke sebelum ni?

1. Aku belajar di Sekolah Atap.
2. Bulan ini 5 angka.
3. Tidak pernah.
4. Cari sendiri.

Sambung di Episod Ke-2 nanti!

Popularity: 5% [?]

13 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 12 Episod 1.”

  1. khairul says:

    Awek dalam gambar tu hanya bercoli.

  2. hensem says:

    orang minum air panas masa demam untuk mempercepatkan biochemical reaction

  3. boleh lagikah saya bertanya soalan? hari tu dalam salah satu siri Tanya Abang Minimalis, encik MM ada berkata bahawa encik MM akan menonton Transformer 2 kerana adanya Megan Fox. saya baru mendapat tahu bahawa Megan Fox itu sebenarnya transvestite. err, apa pendapat encik MM?

  4. PB says:

    Kamu tahu kan apa orang tua kata jikalau tangan seseorang permpuan itu berbulu, bukan?

    Can Mr. MM explain this? I’m quite curious.

  5. azizulhakim says:

    pasal hal demam tu,mmg betul,
    selama ni kita diajar dgn cara yang salah,
    kalau demam,jangan selimut,
    seelok eloknya duduk dalam bilik yg ber aircond,
    sbb tu la kite tgk klinik,hospital semua ada aircond.

  6. kenshin says:

    bro…stephen hawking sebenarnya theoritical physicist…jauh beza ngan
    nuclear physicist..kajian dia pun banyak melibatkan astro metafizik…
    kalau mary curie ngan enstein okay…memang diaorang punya major field..
    marie curie discovered Radium and Einstein found Eisntenium..

    bukan takut Chin Peng atau ideologi dia…tapi dia adalah pembunuh kejam, pengkhianat dan perosak negara..takkan orang camtu nak bawak masuk rumah..

  7. Jo hyphen Ann says:

    eee siapa awek dalam gambar tu? You’re probably one of the very few scientists who wears Supras with his lab coat kot.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes