June 8, 2009 12

Tanya Abang Minimalis Musim 12 Episod 3.

By in Tanya Abang Minimalis

Xam bertanya…
Kalau MM minat sesuatu band,contoh mcm NEUROSIS,adakah MM akan beli/kumpul semua album band itu ataupun hanya akan beli/kumpul album yg MM berkenan saja?

videotape bertanya…
apakah tindakan MM bila meminati sesebuah band ?

Aku sudah tidak beli album. Aku download secara haram macam semua orang. Kalau kamu kata bukan memang kamu penipu tegar. Malang sekali tetapi zaman aku beli CD sudah pun berakhir lama dahulu. CD yang aku beli sekarang hanya di dalam format CD-R, CD-RW atau DVD-R. Aku mungkin hanya akan beli t-shirt mereka. Atau, jika berkemampuan aku akan menonton mereka secara live.

ahmdsyhmi bertanya…
aku ada terbaca, yang dulu kau ada tulis yang kau kerja dalam bidang fizik nuklear. pelanggar besar hadron semua tu.
lepas satu ketika kau cakap kau berpindah ke bidang bioteknologi.
So soalan aku, macam mana dua bidang tu boleh related? sebab aku pelajar sarjana muda bioteknologi, dan aku tak nampak langsung ada kaitan bidang nuklear dengan bioteknologi. Mungkin ada, tapi tersangat minor.

jadi, dari segi macam mana perpindahan karier kau sebenarnya tu? tak perlu detail, cukup buat aku faham sudah.

Mungkin sebab aku double major? Atau aku penipu.

vlad bertanya…
Kenapa kasut Adidas di Malaysia sampai saiz 11 saja?
What worst is size Adidas satu saiz lagi kecil dari jenama lain.
Aku sudah bosan dengan salesman yang cuba jual DC shoe kat aku.

Itu kamu kena tanya Adidas Malaysia. Apa kata kamu tanya Darren Choy, orang besar di sana. Aku rasa mungkin tidak cukup pembeli untuk diletakkan di pasaran. Kaki kamu besar saiz itu ke? Wow.

shaman bertanya…
kenapa dalam hidup akan tiba satu stage dimana hidup rasa hambar, tak bermaya, berjenis malar, ntah ape-ape dan kemungkinan ada bunyi bunyian cengkerik yg mengiringi walhal hidupnya dikelilingi keluarga, kawan-kawan dan org tersyg?

Itu petanda yang kamu perlukan perubahan drastik. Aku pun pernah berasa demikian. Paling mudah ialah perhatikan orang di sekeliling kamu. Adakah mereka kebanyakannya ‘menjatuhkan’ kamu? Kalau ada, pangkah mereka. Terutamanya orang yang tidak rapat dengan kamu, atau orang yang kamu kenal kurang dari 5 tahun. Kawan-kawan yang masih ada dengan kamu lebih dari 5 tahun adalah kawan-kawan yang kamu patut simpan. Kamu tidak perlukan ramai kawan, cuma kawan-kawan berkualiti yang boleh sama-sama menolong. Mungkin juga isu kerjaya. Macam aku, aku selamba sahaja nekad tukar kerjaya sebab aku rasa di tempat kerja yang sama ada siling gelas yang menghalang kemajuan aku. (Atau tangga gaji aku.) Hidup tidak menarik tanpa risiko, percayalah.

mcm2 pe’el bertanya…
1. ape beza awek geli2 dgn awek sayang?
2. kenape ade org pakai crocs pg kerja kat klcc?
3. betulke skarang ni trend awek cun/hot dgn mamat dorky n vice versa?
4. mcm mana cara nak menunjuk2 kekayaan dengan tidak menayang blackberry, mercedes, bungalow, baju polo hackett collar up ?
5. ade ke manusia hybrid dlm dunia ni? (ahli sukan & ahli music yg berjaya)
6. anak ko dah boleh baca blog ko?

1. Itu pun mahu tanya ke? Awek sayang kamu sayang dengan hati, awek geli kamu sayang dengan batang.
2. Sebab mereka adalah jenis yang utamakan keselesaan dan bukan rupa. Kalau keselesaan itu keutamaan maka itu bukan fesyen, bukan? Jadi mungkin mereka ini tidak pentingkan fesyen. Atau pun mereka ingat Crocs itu teramat fashionable. Guilty on all accounts.
3. Entah. Kamu tanyalah perempuan yang sukakan lelaki dorky. Macam aku memang tidak minat lelaki dorky.
4. Belanja orang makan tiap-tiap hari di Restoran Third Floor. Belanja orang macam aku. Aku jamin aku letak kamu dalam blog aku.
5. Ada.
6. Sudah boleh.

domestobot bertanya…
Kenapa orang Melayu sangat kompleks terhadap kaum Cina tetapi amat gemar dengan orang-orang yang berwajah seakan-akan orang Cina (Chinese look)?

Aku rasa bukan semua orang Melayu mempunyai kompleks terhadap orang Cina. Terutamanya orang Melayu yang keluar dengan mereka yang betul-betul kaum Cina. Kita hidup di dalam masyarakat muhibbah bukan, jadi apa salahnya? Kalau kamu ada kompleks aku sarankan kamu mendalami budaya-budaya yang ada di dalam Malaysia ini dan sedar bahawa tiap-tiap kaum itu ada kelemahan dan kekuatannya sendiri.

popo bertanya…
1. Kenapa talk show Malaysian tak ada yang setanding/dekat dengan quality talk show American macam Late Show with David Letterman? Yang aku tengok rancangan Astro nak buat ala-ala begitu semuanya hambar dan tidak menampilkan lawak stand-up yang matang.
2. Kawan aku pernah tanya aku soalan yang aku tidak boleh jawab, jadi aku forwardkan kepada MM – kenapa kualiti rakaman musik tempatan tidak setanding kualiti kugiran daripada Indonesia, dan apakah kurangnya? Teknologi atau kemahiran?
Harap kali ini soalan aku terjawab. Sekian, terima kasih.

1. Walaupun kita mungkin mempunyai bakat-bakat yang boleh membawa rancangan-rancangan sedemikian, kita perlu sedar bahawa kebanyakan rancangan talk show di Amerika sana semuanya bukan bergantung kepada hos semata-mata. Yang penting ialah penulis skrip. Malang sekali aku rasa kita tidak punyai penulis skrip yang benar-benar kreatif, terutama di dalam bidang lawak. Kalau hendak harap pelawak itu sendiri yang menulis skrip memang tak ah. Talk show itu sebenarnya satu komoditi yang amat penting untuk tiap-tiap stesyen televisyen. Dengan skrip yang berkualiti serta hos yang berkemampuan, ramai orang akan berduyun-duyun untuk benar-benar menikmati rancangan tersebut di dalam studio. Ini bererti semua yang hadir di dalam studio ketika proses rakaman adalah peminat-peminat sebenar rancangan yang berkualiti. Tidak silap aku di Malaysia pula banyak penonton adalah dari jenis planted audience. Sama ada mereka dibayar atau disogokkan dengan makanan/pas percuma ataupun terpaksa dan dipaksa. Selain dari penonton Akademi Fantasia aku rasa tiada talk show di Malaysia yang benar-benar menampilkan interaksi positif di kalangan hos dan penonton.
2. Kalau kamu berak di dalam jamban emas pun, apa yang keluar tetap najis. Kualiti rakaman pada aku tidak penting, yang penting ialah kualiti benda yang dirakam. Seteruk-teruk kualiti rakaman pun, kalau apa yang dirakamkan itu emas, ia tetap akan kedengaran sebagai emas.

Kerepek bertanya…
1. Cerita sikit apa apps yang kau selalu guna dan suka dalam OS X tu?
2. Aku nampak gambar mbp di satu majlis muzik.

http://www.akutakpeduli.com/wp-content/uploads/2009/04/p1010717.jpg

apa kau buat tu?

1. Aku selalu guna Finder, Internet Connect, Firefox dan Keynote.
2. Aku sedang guna Modul8.

khairul bertanya…
Kalau aku beli domain sendiri dan gunakan kat blog aku, aku still kena buka blogger.com ke untuk post/edit entry serta blog?
apa yang perlu aku ada dan belajar sblm aku wat ada domain untuk blog aku.

Boleh jika kamu masih letakkan blog di blogspot.com dan kamu forward URL kamu ke alamat blogspot.com kamu. Macam aku aku buat installation WordPress sendiri, jadi aku tidak gunakan blogspot.com lagi. Kamu perlu ada cara untuk membayar secara online, dan kamu kena rajin buat kajian tentang servis hosting yang sesuai dengan kehendak kamu.

miszcrowniq bertanya…
mn lebih penting duit atau kasih sayang??
walaupun aku pikir duit lebih penting dari kasih sayang
sebab xde duit xmungkin ada org yg sayang
tapi nk tau juga pendapat mr.MM..

Kalau kamu lelaki duit boleh membelikan kasih sayang. Kalau kamu perempuan kasih sayang boleh membelikan duit.

dish bertanya…
what do you think of tori amos’ music?

Aku suka sangat. Terutamanya lagu Depeche Mode yang dibawanya di bawah ini.

Pada aku dia seorang genius, dan aku suka rambutnya yang merah. Seksi di depan piano.

ema bertanya…
1. sudah adakah rumah/ofis/kedai yang menggunakan solely tenaga solar sebagai alternatif kepada tenaga elektrik?
2. apakah maksud label ‘against animal testing’ yang terdapat di sesetengah barangan kosmetik? ke atas siapa/apa mereka jalankan ujian klinikal?

1. Di Malaysia aku rasa paling kuat pun ialah tempat membeli tiket parking kereta dan telefon awam di tempat-tempat terpencil. Setahu aku yang 100% tenaga solar masih tiada.
2. Soalan yang baik. Aku rasa segala ujian dilakukan sepertimana ujian barangan perubatan biasa. Biasanya dibuat dengan volunteer atau diberikan bayaran. Macam untuk bahan perubatan misalnya, katakan 10 orang dikenalpasti untuk menguji sesuatu ubat. Kesemuanya akan diberitahu apa fungsi ubat yang mereka makan, tetapi hanya separuh atau 5 orang yang akan diberi ubat sebenar. Yang lagi 5 akan diberi placebo sebagai ‘kumpulan kawalan’. Aku kurang pasti. Ada sesiapa boleh jawab?

amal bertanya…
Jika kau diberi 2 pilihan kerjaya dalam sesuatu bidang, yang mana satu menjanjikan pendapatan lumayan dan satu lagi kerja ngan kerajaan tapi kau minat gila dengan kerja tu, contohnya pharmacist di kilang ubat atau pharmacist di public hospital. mana 1 kau pilih?

Aku sarankan letakkan diri kamu di suatu keadaan yang kamu boleh alami kedua-duanya sekali. Macam aku, aku buat apa yang aku minat dahulu (lama juga, dalam 7-8 tahun), dan hanya baru-baru ini, selepas puas hati aku, aku berubah karier ke sesuatu yang lebih menjanjikan pendapatan lumayan. Macam aku ini jenis tidak berapa pentingkan kekayaan, tetapi realiti bil, bayaran kereta dan kasut Supra sememangnya tidak berapa enak tanpa gaji yang berpatutan.

Terima kasih semua kerana memberikan soalan-soalan yang menarik untuk musim ini. Hingga bulan depan!

Popularity: 3% [?]

12 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 12 Episod 3.”

  1. gorgon says:

    aku suka dgn jawapan yg encik MM bagi ni.

    Itu pun mahu tanya ke? Awek sayang kamu sayang dengan hati, awek geli kamu sayang dengan batang.
    roflcaptor.

    • sangat suka juga!!! hahahahaah!
      MM terbaek!

    • ATLien says:

      aku ada kenal seorang kawan yang menggunakan awek geli2 dengan sekadar sms lucah sahaja.dia tiada keinginan untuk meneruskan ke tahap yang lebih tinggi kerana sedar diri tidak memenuhi kriteria lelaki perawan.

  2. dena_r says:

    to Ema concerning animal testing which i feel strongly about: besides what MM has mentioned (which happens later in the procedure),it also “includes test-tube (or in vitro) techniques and models; chemical and molecular analysis; investigations in a wide variety of human cells and tissues grown in the laboratory. Microbes, such as bacteria and yeast, can help identify chemicals likely to be damage the genetic material (DNA) and cause cancer. Innovative computer models are being developed that simulate various body systems and can be used to predict how new compounds behave in the human body.” (Dr Hadwen Trust, Humanity in Research). actually probably 90% of what you see in guardian are tested on animals; dove, pantene, clairol, roc, colgate-palmolive brands, johnson&johnsons, uniliver products, the list goes on and they dont just test on rodents and rats but monkeys, rabbits, dogs. further read: http://origin.www.peta.org/mc/factsheet_display.asp?ID=87 and this is an example of what they do for testing http://www.petatv.com/tvpopup/Prefs.asp?video=covance_30 (graphic)

  3. frankie says:

    Tori Amos is sex.

  4. hihihi says:

    my little brother saiz 12. mmg susah nak cari kasut di Msia. so kalau pergi holidays di oversea dia akan borong kasut.. mm. i think you shud do something to freshen up ur blog. macam dah boring la mm.. thats my 2cent. ;)

  5. thoyol says:

    my shoes size 11 and half and type B. It so freaking hard to find and wear all the good shoes that you had. :(

  6. vlad says:

    Suddenly I don’t feel so alone.

  7. ATLien says:

    patutla MM tak kahwin.duit semua habis ke benda yang memuaskan nafsu.tiada simpanan.baru ada simpanan,tengah bulan terpaksa gunakan kembali.

  8. sekilas says:

    aku suka jawapan MM yg nih,”….pangkah mereka. Terutamanya orang yang tidak rapat dengan kamu, atau orang yang kamu kenal kurang dari 5 tahun. Kawan-kawan yang masih ada dengan kamu lebih dari 5 tahun adalah kawan-kawan yang kamu patut simpan”..tersangat la betul…

  9. khairul says:

    MM, aku nak tanya.

    Apa pendapat kau tentang blogger yang pergi ke blog orang lain dan iklankan blog dia agar org tersebut melawat blognya. Kadang-kadang aku rasa yang orang sebegitu adalah pathetic. Tetapi memandangkan blogger.com ni tak ada servis untuk cari blogger lain seperti Facebook dan lain-lain, aku rasa ianya okay. So apa pendapat anda?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes