Jadi berdasarkan pandangan yang aku terima dari nukilan ‘Soalan Cepu Emas’ hari itu, aku tergerak hati untuk menulis topik untuk hari ini. Senarai di bawah merupakan senarai orang/artis yang masih aktif atau sekurang-kurangnya masih hidup ketika ini, dan cuba teka di antara nama-nama di bawah ini mana satu yang aku benar-benar pernah berjumpa dan lepak bersama? (Sebenarnya aku hendak letak 10 nama dalam senarai ini tetapi aku mulakan dengan 5 dahulu, OK?)
Jins Shamsuddin
Sebagai seorang kanak-kanak yang berpeluang membesar di dalam zaman peti televisyen hitam putih, aku masih teringat lagi waktu ketika aku mula-mula menonton filem siri ‘Jefri Zain’ seperti ‘Gerak Kilat’ dan ‘Jurang Bahaya’. Walaupun memang terang-terangan meniru konsep filem James Bond (dan Jins hanya mengajuk lakunan Sean Connery) aku kagum sebab filem Melayu ini (yang sebenarnya dibikin di Hong Kong di bawah biayaan mogul filem Run Run Shaw) banyak merujuk kepada perkara-perkara yang jarang dirujuk di dalam filem-filem Melayu sewaktu dengannya. Ada adegan separa bogel, adegan kelab bogel, dan banyak lagi. Setakat dialog ‘Jin dan tonik’ dalam filem P. Ramlee memang tidak boleh lawan dengan filem siri Jefri Zain ini. Jangan lupa pula siri filem ‘Esok’ lakonan Jins, yang benar-benar memberi kesan kepada aku. Aku tidak ingat filem yang mana satu, (mungkin ‘Tiada Esok Bagimu’. Siapa boleh tolong?) tetapi ada satu adegan dengan pelakon handalan Noorkumalasari mati lemas di dalam bathtub, dengan kepalanya di dalam air dan matanya terbeliak merenung gelas wain yang terapung di atas air. Adegan dipotong dan terus ke satu adegan panjang majlis pengebumian. Memang berkesan. Akibatnya sekarang aku ingin minum wain di dalam bathtub. Apa-apa pun aku rasa Tan Sri Jins merupakan salah seorang pelakon terulung negara, aku hanya ingin duduk berbual dengannya dan bercerita tentang filem-filem lakonannya dahulu.
Julia Rais
Anak-anak 80an pasti kenal siapa pelakon ini. Malangnya selepas berkahwin senyap terus. Aku ingat filem ‘Driving School’ yang terkenal sebab ada adegan beliau keluar dari kolam renang memakai baju mandi yang basah. Memang zaman kegemilangan filem-filem ala arahan Julie Dahlan yang penuh dengan adegan-adegan yang menunjukkan semua orang Melayu di Kuala Lumpur memang suka lepak tepi kolam renang. Aku ingin lepak dengan dia dan bertanya mengapa dia sanggup kahwin dan terus bersara dari dunia lakonan, sebab pada pendapat aku dia sebenarnya mampu menjadi seorang pelakon yang amat berjaya, jika dibandingkan dengan pelakon-pelakon muda zaman sekarang yang harap sahaja muka lawa tapi berlakon tawar. Kalau kamu Google Julia Rais sekarang ada cerita pasal kekecohan anak Julia Rais pula, jadi aku rasa mungkin disebabkan ini namanya akan melonjak kembali. Mungkin.
Deanna Yusoff
Masa dia mula-mula keluar dalam filem dahulu aku memang terkejut dapat melihat pelakon Malaysia sebegini lawa yang boleh muncul di layar perak kita. Selepas filem ‘Selubung’ dan ‘Ringgit Kassorgha’ aku yakin yang beliau ini mungkin boleh naik ke pentas antarabangsa, tetapi realitinya memang amat sukar bagi seorang pelakon Melayu Islam untuk berjaya di Hollywood misalnya. Aku rasa kejayaan dalam filem tempatan mungkin seakan-akan duri dalam daging, sebab setelah berjaya mengambil hati penonton tempatan, penonton-penonton di sini sudah tentu ‘mengambil’ Deanna sebagai kepunyaan mereka. Akibatnya apabila Deanna Yusoff ingin mula melangkah ke pentas antarabangsa dan melakukan adegan ciuman misalnya, kecoh seMalaysia. Aku rasa bukan untuk pelakon sahaja, mana-mana bidang yang mungkin biasa mendedahkan itu ini serta melakukan itu dan ini akan mendapat stigma ‘kecoh seMalaysia’. Apa-apa pun aku rasa dia ini memang berbakat (walaupun bongkok sedikit), cuma jangan menyanyi lagi, OK?
Faizal Hussein
Ya, ya, aku menipu kamu. Sebab aku pernah mengaku aku Faizal Hussein dahulu. Dalam ramai-ramai pelakon, aku rasa aku memang hendak berjumpa dengan dia ni. Banyak benda aku hendak tanya dengan dia.
“Dorang bayar kamu berapa untuk filem ‘Gila-Gila Remaja’?”
Erm mungkin itu sahaja. Siapa ingat tajuk filem dia yang ala-ala ‘The Karate Kid’ dahulu? ‘Bujang Senang’?
Noorkumalasari
Siapa tidak kenal Noorkumalasari? Ketika aktif dahulu aku rasa dialah pelakon wanita Melayu terhandal. (Yang lain semua tak boleh bla. Lagi-lagi filem yang ada Uji Rashid/Hail Amir. Maaf ya Pakcik Hail? Paling dekat pun mungkin Fauziah Ahmad Daud zaman muda-muda dahulu.) Aku rasa filem-filem lakonan Noorkumalasari (kecuali filem ‘Adik Manja’) benar-benar mencabar minda masyarakat Melayu sekitar era 80an dahulu. Aku rasa tidak kurang pula yang menganggap imej wanita Melayu moden yang diserap dalam minda mereka ialah imej Noorkumalasari ketika aktif bermodel dahulu. Mungkin sebab itu kalau aku suka perempuan Melayu, kebiasaannya perempuan Melayu tersebut mempunyai rupa ‘Perempuan Melayu Terakhir’, iaitu tiada unsur-unsur kacukan darah bangsa lain. Memang sukar mencari perempuan Melayu asli yang benar-benar gorgeous. Rambut hitam, kulit sawo matang, mata hitam. Haih. Aku rasa paling dekat pun si penyanyi Indo Anggun.
OK, aku tahu aku cakap 10 nama dan aku senaraikan 5 dahulu. Tetapi terus-terang aku katakan di sini aku sebenarnya tidak berminat pun berjumpa dengan orang-orang dalam Industri Hiburan Tanahair. Sebab semuanya sama, (mungkin) kecuali orang-orang yang aku senaraikan di atas. Mungkin aku lebih berminat untuk bertemu dengan orang-orang lama seperti Jamil Sulong dan Noorkumalasari sebab industri filem dan hiburan tanahair dahulu dengarnya lebih seronok jika dibandingkan dengan apa yang ada sekarang. Cuma malangnya mungkin ramai dari orang lama kita sudah ‘kembali ke pangkal jalan’ dan tidak ingin berborak tentang aktiviti-aktivit seni mereka dahulu.
Malang sekali. Aku rasa banyak yang boleh dikongsikan mereka ini, bukan?
Popularity: 11% [?]
gua penah jumpa faizal hussein masa bulan puasa lastyer
gua dok tunggu nak masuk Penang dish punya restoren nak set bbuka puasa ngn kwn gua(faizal pun dok take turn)
dtg sorg pakcik tegor dia dan salam(faizal pun sibuk lyn ank gadis comelnyee yg noti)
gua nak buat mcm tu
tp gua pikir2 blk
nanti bini dia kat sebelah sekeh gua pulak!
lagipon xelok la kan bulan puasa gua nak pi salam dia
sebab gua kan awek
ahahahaha
I’m glad you mentioned Ringgit Kassorgha, that’s my all-time favourite local movie. Tapi tak ramai orang muda macam I tahu. You old.
beeeeeeeeetch. :p
agreed!
noorkumalasari sangat hot masa muda remaja okay. lagi hot dari cassie
aku setuju..mereka ini di zaman kerancakkan filem melayu..
faizal husin idola aku jugak dulu.selalu belakon watak jahat..i lyke!
aku rasa kau penah jumpa dan lepak bersama dengan deanna yusoff. aku rasa la. heh.
nak tau, kalau pelakon luar pulak siapa ko nak jumpa.
Ricky Gervais.
emmhh…ader hasil kerja lain ker dari Ricky gervais yg menarik minat ko selain the Office uk?
dan kalau kau minat the office..versi mana lg best..Us atau Uk?
you should check out ‘Extras’.
I prefer the UK version, of course.
MM, kau sebak tak dalam cerita Extras episode yang ada David Bowie tu? Sedih gila bagi aku.
Betul ke dulu Julia Rais dated Susan Lancaster? Kalau betul, aku nak cari dia sekarang.
Lagi satu. MM, kau tak suka Ramona Rahman? Aku sampai sekarang tak boleh lupa scene dari filem Fenomena, dimana Ramona Rahman mandi bunga sambil berkemban dan diiringi lagu Ulik Mayang.
haha ya mmg kesian ricky gervais dalam episod tu tapi david bowie mmg cool.
btol2..
cite yg macam karate kid tu tajuknye ‘bujang senang’
time tu encik faizal sgt2 muda..hehe
Noorkumalasari adalah jawapan yang paling tepat!!! Dia memang ikon pelakon wanita terbaik malaya lah! Sampai sekarang memang tak da yang boleh lawan dia. Deanna Yusof sudah dijumpai beberapa kali masa dia datang membeli di Starbucks Bangsar. Jins Shamsuddin sampai ke tua pun masih kategori hottie. Faizal Hussin, dia bukan hot lah, but acting wise memang superb. But I’m not familiar with Julia Rais. Tak membesar dgn zaman ni. Can’t wait for the other 5 list.
Gua lagi rilek, salam cangkuk ngan faizal hussein kat open house time raya.
lu mesti “line adidas” punya
aku dulu follow citer faizal hussein ngan rusdi ramli kat tv2. yang ada boxing2 tu..lupa a tajuk..hati waja ker?
haritu aku jumpa faizal hussein then aku tanya dia pasal blog ATP, patut la dia buat muka blur!
buat malu aku je :(
pakai baju kancing laa suasa~~
gle classic cte karate kid faizal hussein
LoLz
those 5 person mmg superb..Filem Ringgit Kassorgha tu muncul time ann tgk sbb ann minat arwah hani mohsin..hehehe..dlm 5 org yg tersenarai kt atas tu,ann teringin nak jumpa abg pejal and uncle jins…
yang mati mabuk dalam bathtub tu bukan Noorkumalasari, tapi Fauziah Ahmad Daud & Latif Ibrahim. Filem “Esok Untuk Siapa?”. scene tu memang klasik ah. tambah klasik lagi dgn adegan baca talkin tu. huhu.
oh ya. Ramona Rahman pun pernah kecoh satu Malaya bercomolot dlm satu teater. sebelum Deanna lagi kot.
hamid gurkha xda ke?
bukan “bujang Selamat” ke muvi ala karate kid tu..R.Jaafar jd tok guru dia kan…
tp dia mmg azroy yg legend…
:)
deanna yusoff ada belakon dlm indie short film tak? i think i was supposed to be in it.
owh..mase pelakon2 di atas mencipta nama
aku masih kecik lagi wktu tu..
tapi aku penah tgk cite dorg..
pelakon dulu mmg pandai berlakon..
minat norkumalasari coz dulu my mum
pun rambut pjg cm dier..sgt klasik n cantik
mint faizal hussein gak..azroy2 hati ko keras…
hehehe
urmm ade satu cite yg dato’ jins shamsudin
berlakon kepala botak sbb xcident tu sedih..
tapi lupe tajuk sape tau??
Tiada Esok Bagimu kot.
ada.
yang aku igt cite noorkumalasari ‘Rumah besar ditepi bukit’..seram gile cite tuh..kepala noorkumalasari berpusing..mcm sundelbolong…
Tu title dia ‘misteri rumah tua’ kot..cerita aku takut tgk time kecik2..taleh blah..
Deanna rasanya ada berlakon dalam satu cerita bertajuk Paradise ke apa mengikut rumor. Kisah mengenai dua mamat Australia di hukum gantung dahulu pasal dadah. I say rumor because I just heard of the movie and never actually have evidence it existed.
Faizal Hussein aku pernah nampak senyum selengga di mamak atas B.Antarabangsa. Aku rasa dia tunggu aku mintak autograf dia. Tapi aku hanya nak beli rokok.
Kembali ke pangkal jalan bukanlah sesuatu yang malang MM..
Kalau adegan cium memang patut kecoh pun MM.Takkan nak buat diam jer..
5 orang yang aku nak jumpa:
1. Bade – untuk belajar teknik pengarahan dan gerak kerja kamera.
2. Indra Che Muda – juga untuk belajar tentang sinematografi dan gerak kerja kamera.
3. Mira Mustafa – untuk belajar tentang menulis skrip yang baik.
4. Fauzi Nawawi – Belajar stunt
5. Deanna Yusoff [sama macam MM] – untuk belajar bercium [ha-ha]
MM- senarai anda di atas sangat exhaustive (walaupun baru 5) dan relevan. Saya peminat setia Noorkumalasari dan pada saya beliau memang hot. Kalau nak sebut adegan cium, dalam Adik Manja pun ada adegan cium jugak, tapi berlaga hidung sahajalah.
Deanna Yusof best! Noorkumalasari pun Adik Manja. Hehe
siapa yang bersalah ? mereka dan keluarga mereka. – trailer ringgit kassorgha. sampai skarang aku tak penah tengok filem tersebut.
huuh betul siapa cakap tuh, bujang selamat, bukan bujang senang.
faizal hussein idola-ku.
Ingin jumpa Jins? Kadang-kadang aku pernah terjumpa dgn dia kat kedai jahit bapak saudara aku kat taiping (nama kedai, Mat Tailor. Tempat tempah baju-baju pengakap). Time tengah ukur baju. Nak tempah baju raya kot.