June 27, 2009 37

Senarai Jengkel 2.

By in Senarai

Masih berada di dalam keadaan yang menjengkelkan.

1. Orang Yang Tidak Pandai Ajar Anak.
Kamu hendak makan senyap-senyap, tetapi budak kecil berumur 3 tahun di belakang kamu ini asyik menjerit dengan suara nyaring sampai pecah gegendang telinga kamu. Walaupun dia datang dengan kedua ibubapanya, kedua-duanya buat tidak tahu sahaja. Tidak sedarkah kamu anak kamu mengganggu ketenteraman orang lain? Cuba hajar sikit anak kamu tu. Kalau tidak sampai besar suara dia nyaring. Menjengkelkan.

2. Orang Yang Terlampau Pandai Ajar Anak.
Kamu jalan-jalan di Tesco dan kamu ternampak anak comel sedang menuding ke arah aiskrim lazat penuh berkrim. Dia merengek sedikit dan tiba-tiba PAAAAAAAAP hinggap penampar di mukanya. Ihsan dari ibunya yang cakap dengan anak sendiri macam Ultimate Warrior baru hendak berentap dengan Andre The Giant. Terang-terangan kamu nampak macam penderaan kanak-kanak di depan mata kamu. Ini sudah lebih…. Menjengkelkan.

3. Facebook Bila Waktu Maintenance.
Hendak marah orang guna Facebook Status pun tidak boleh. Sebab site down for maintenance. Menjengkelkan. (Nasib baik ada Twitter.)

4. Penjual Di Ebay Yang Tidak Menghantar Barangan Ke Malaysia.
Disebabkan segolongan penyangak siber, ramai barang yang aku hendak beli di Ebay tidak boleh dibeli, disebabkan si penjual tidak akan menghantar barangan ke Malaysia. Sebab di Malaysia katanya penuh dengan pengganas fanatik, komunis, perogol, kucing, orangutan dan sebagainya. Walau banyak mana wang kamu beri pun, dia tetap tidak akan menghantar. Menjengkelkan.

5. Band Yang Tune Gitar Di Atas Pentas Tanpa Alat Tuner.
Teng, teng… teng teng….. teng teng…. teng teng….. (Semua sudah hafal lagu ini.) Kalau aku, aku sound sahaja depan-depan. Bazir masa orang. Menjengkelkan.

6. Orang Yang Perasaan Satu Dunia Mengorbit Di Sekelilingnya.
Ini memang ramai. Orang yang buat kamu tunggu berjam-jam. Orang yang perasan segala apa yang dia lakukan boleh dimaafkan sebab dia umpama matahari yang dikelilingi planet-planet yang lebih kecil dan kurang mustahak. Sebab kalau tiada matahari memang semua planet-planet ini akan layu dan mati. Kiranya kewujudan dia memang lebih penting-lah. Lagi-lagi jenis ‘Fit But Don’t You Just Know It‘. Menjengkelkan.

7. Orang Yang Tweet Benda Tidak Berguna.
Aku memang selalu berTwitter. Tetapi memang tak boleh bla bila pasal dia bangun gosok gigi pun kena tweet. Ini kita sama tahap blog berunsur diari yang penuh dengan nukilan berunsur “I gemuklah, jerawat pun dah timbul. Nak buat apa ek? Letak gambar lurah dada lah!” Menjengkelkan.

8. ‘Kawan’ Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa Tiba-Tiba Hendak Berjumpa Untuk Jual Barang.
Multi-level marketing is evil. Sila jangan buat cold calls lagi untuk berjaya. Menjengkelkan.

9. Orang Yang Tegur Aku Tanpa Mengenalkan Diri.
Sering berlaku. Sedang berjalan-jalan, dan tiba-tiba tampil memperkenalkan diri. (Dan sebelum ini tidak pernah diperkenalkan pun.) Lepas itu, borak macam dah lama kenal. Jadi, untuk mengelakkan perasaan yang menjengkelkan ini dari berlaku, sila perkenalkan diri kamu, terutamanya jika kamu pembaca blog yang aku mungkin tidak kenal. Macam hari esok di Urbanscapes misalnya.

Selamat!

Popularity: 8% [?]

37 Responses to “Senarai Jengkel 2.”

  1. Bila takde duit – jumpa barang baek – terasa nak beli – semangat kumpul duit – bila dah berduit – nak beli barang baek – tiada saiz/dah habis stok – deadstock pulak tu. Menjengkelkan.

  2. cupid says:

    http://www.facebook.com/profile.php?id=702892085&ref=nf#/profile.php?id=702892085

    she’s divorced.
    she’s beautiful as hell, inside and out.

  3. johndoe says:

    ha i saw that page..and shes pretty…..NOT!!

  4. adrianna says:

    terima kasih

    untuk list yang ke 9

    MM

  5. buruh says:

    “I gemuklah, jerawat pun dah timbul. Nak buat apa ek? Letak gambar lurah dada lah!” – ini menjengkelkan? aku suka gambar buah dada.

  6. baju K&N dan baju cucuk2 (tropicana life, wild channel dan lain2 yg mempunyai design yg mencucuk2)

    menjengkelkan.

  7. Jebs says:

    Remaja yang pakai t-shirt yang ada tertulis ‘Saya sayang mak saya’ atau ‘Please call me sayang’. Muka macam pembunuh, nak orang panggil sayang.

    Orang yang menggunakan perkataan ‘keling’.

    Remaja gothic yang pakai sayap berbulu di Sungei Wang tapi balik rumah naik LRT. Kenapa tak terbang?

  8. penglipurlara says:

    Letak gambar lurah dada lah!”

    lu pun letak banyak gambar lurah dada la brader
    lu menjengkelkan jugak ke?

  9. aji says:

    aku setuju no 8. menjengkelkan

  10. yabedabedu says:

    tadi Damn dirty apes tuning atas pentas….
    tapi apsal tak menjengkel kan ek ????
    dulu masa kat rock the world damn dirty apes ada penyanyi …itu menjengkelkan ….

  11. renegix_01 says:

    aku rasa gaya penulisan MM macam lain sikit untuk senarai jengkel 1 dan 2. hmm

  12. fara says:

    setuju nombor 5. hmph. kalau ada juri-juri yang tonton, nampak urat-urat di dahi dan leher sambil menggelengkan kepala; menunjuk ke arah si tune gitar.

  13. senarai 5 dan 7 kamu teramatlah tepat sekali.tq

  14. gemuk says:

    paling menjengkelkan

  15. shemagh! says:

    orang yang rasa bagus dan menulis perkara menjengkelkan…menjengkelkan!

  16. 8. ‘Kawan’ Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa Tiba-Tiba Hendak Berjumpa Untuk Jual Barang.

    Baru minggu lepas seorang ‘lahabau’ (orang seperti ini saya tak panggil kawan)cuba buat begini terhadap saya. Nasib baik tidak jadi jumpa. Lain kali kalau dia hendak jumpa, saya akan bawa ‘print-out’ Fatwa Majlis Ulamak Arab Saudi yang menyatakan bahawa MLM itu HARAM!

  17. popo says:

    1. Bila tandas tak boleh flush.

    2. Bila paip tiada air.

    3. Bila selipar kena curi di masjid.

    4. Bila bil air kena potong sebab housemate buat bangang.

    5. Bila aku baca artikel bahasa mat salleh tetapi banyak salah grammar.

    6. Bila eksiden, kena pergi balai polis buat laporan.

    7. Bila aku dapat laporan bahawa dekat Urbanscapes/Cloth&Clef ada kemungkinan jangkitan wabak H1N1 (seorang rakan sekerja aku pergi ke acara berkenaan, jadi sekarang aku mungkin mendapat cuti dibayar seminggu!)

    Menjengkelkan!

    8. Tidak lupa juga program Cit Cat Azwan Ali. Ya, memang dia tak pernah buat dosa dekat aku, tetapi bila dia cakap “amboi, amboi, amboi” dengan tunjuk pakai anak jari dia, memang tekanan yang tidak patut.

    9. Astro bila tidak ada benda menarik untuk ditengok.

    10. Bila dibayar dengan cheque. Kena tunggu bank proses, leceh.

  18. popo says:

    11. Tidak lupa juga orang yang ambil serious hal-hal blog dan hal-hal internet. Orang pembenci blog ATP, contohnya. Apa yang diorang tak puas hati sangat aku pun pelik lah, kalau tak suka – tak payah buka.

  19. kame says:

    bila boss saya sms lagi pg ni “im still on mc, please find someone to mob for me”..dan ini adalah kali ke5 berturut2 sejak minggu lepas
    wth .jengkel gila babi

  20. menjengkelkan bila ada org pandang badi. padahal aku tak buat pape..

  21. senah says:

    kuiz-kuiz dan aplikasi yg tak berguna di fb, dan akan keluar di halaman utama.tolong saya.ia sgt menjengkelkan!!

  22. tikus mondok says:

    FB freak yang nak update ‘what’s on your mind’ selang 10 minit, setiap hari termasuk hujung minggu. orang yang sama. berulang-ulang.

    >__< uh, sangat annoying!

  23. oreo_lemau says:

    Orang malaysia yang menganggap zebra crossing diatas jalan itu sbenarnya, corak yang dilukis oleh kanak2 tadika, dan lampu merah dianggap lampu disko siang hari.
    People cross the road man….berhenti la. Faham? (tak rasa mereka faham kerana orang bodoh seperti itu tak baca blog ini)

    Yang benar,
    Menjengkelkan.
    Trime kasih.

  24. jarrod says:

    teng teng ….. teng teng………..carburetor dung did that at the BUZZCOCKS’ gig two weeks ago! aiyo. auto tuner is not expensive

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes