OK, Line Clear.

Posted on Wednesday, July 1st, 2009 at 20:21

Nampak gayanya huru-hara semenjak hari Isnin lalu semakin reda. Mamat yang sah positif virus H1N1 telah pun pulang ke rumah, dan rakan-rakan terdekat yang lain juga nampaknya negatif. Selamat.

Aku pun, walaupun terperangkap di rumah akibat dikuarantin (menurut surat kuarantin yang aku terima, kalau aku melanggar kuarantin sehingga Khamis ini aku boleh dipenjarakan atau didenda RM10000. Takutnya. Tak pun sebenarnya) aku macam tidak tergerak hati untuk menulis. (Ada Cerita Lain, tetapi Cerita itu tidak akan diceritakan di sini.)

Apa-apa pun, semalam aku telah ke Hospital Kuala Lumpur. Memang agak menarik situasi di sana, di mana khemah telah didirikan dan dijadikan pusat krisis H1N1. Sekali pandang macam KL dilanda wabak zombie. Penuh dengan pekerja memakai topeng muka dan pakaian anti-jangkitan lengkap, yang tiada cuma helikopter berlegar di udara serta jip Hummer penuh dengan askar Amerika yang pastinya akan mati digigit zombie. Dan malang sungguh sebab aku tidak membawa kamera, kerana memang bergegas ke HKL semalam.

Sebenarnya agak cuak di sana, sebab aku dan rakan-rakan diminta tunggu, dan aku menunggu hampir 4 jam sebelum diperiksa dan diberitahu perkara yang sama doktor klinik aku beritahu. “Kamu, kuarantin.” Hek eleh.

Cuba bayangkan, kalau seseorang yang memang tidak dijangkiti (macam aku) tetapi hanya demam selsema (macam aku), bukan naya ke kalau malang nasib dijangkiti di sana akibat menunggu terlalu lama? Sekarang cuma sedang menunggu keputusan ujian lagi seorang kawan yang juga dikuarantin. Aku harap semuanya OK.

Jadi, setelah hujung minggu yang benar-benar menyeronokkan (dan kemudiannya bertukar menjadi menggerunkan dan menakutkan), aku rasa aku memang malas untuk keluar rumah buat seketika. Lagipun setelah dikuarantin aku rasa macam bagus pula aku lepak di rumah, bukan?

Masa untuk mengambil langkah baru dan merenung semula segala kejayaan dan kesilapan yang lalu. Aku rasa dengan cara ini sahaja seseorang itu boleh matang dan maju.

Popularity: 6% [?]

Responses (19)

  1. saya says:

    h1n1 tak merebak melalui blog kan?
    heheheh!

  2. 1412 says:

    aku rasa orang-orang kat sini tertekan ‘panic button’ awal sangatlah. Kalau nak dibandingkan dengan negara maju macam jepun dan australia, tak sampai macam tu sekali reaksinya.

    mungkin, sejarah hitam virus nipah masih berbekas.

    mungkin, si tauke-tauke ubat nak ambil kesempatan.

    mungkin, pihak atasan cemas fasal negara inikan antara pengeskport babi terbesar.

    hoho. mungkin.

    • 1412, anda pernah ke dua negara tersebut ketika wabak H1N1 in mneggila? Sudah ada pengalaman kah? Atau sekadar baca di majalah saja?

      • Little Samourai says:

        Jepun tekan ‘panic button’ lagi awal and reaksi lagi hebat. Sekarang dah ok.

        p.s. Nasib baik Abang Minimalis tak apa-apa.

      • young team says:

        Ye betul di Australia bukan mcm itu reaksi H1N1. Di Australia tidak sepanik di Malaysia walaupun di sini kes lagi byk.

        Aku tahu sbb aku sekarang di Australia.

  3. yabedabedu says:

    oh memang giller galkulator memang wabak lah …lol
    mother of dec…..fuh…

  4. mimo says:

    mesti boring kan kene quarantine.

  5. Diyana Di says:

    bagus juge, time for self-reflection.

  6. kersani says:

    aku rasa sekejap saja…
    lepas ni pasti kamu kluar lagi.
    beratus ratus jugak yg berjangkit stiap hari.
    mungkin klau buat bisnes vaksin ada can nak kaya??

  7. johndoe says:

    yaa time time terkena H1N1 mmg masa utk terbaik untuk berfikir sejenak perkara2 yang berlalu dan berlaku utk terus matang dan maju…
    tp takkan time kene H1N1 je baru boleh renung masa lepas kan..:D
    haha klu MM kene H1N1…maknenye suma orang dlm photos die temasok mamat blogger boy pon kene kuarantin la kan
    haha ksiaan…

  8. miszcrowniq says:

    ade hikmah tu kene quarantin..
    oklah br kene quarantin kalo dh sah2 positif??
    ish..ish..xleh nk byg aku xdpt bace blog ni agi..=P

  9. sreshaziela says:

    aku dah sebulan demam n selsema.. tp aku kompem bkn H1N1.. klau tak mesti office dah tutup n kami dpt mc beramai-ramai.. mesti seronok kan.. :D

  10. fa:scinating says:

    Alhamdulillah saya tak kena sebab to get infected korang kena at least lepak dgn si positif for 4 hours. kalau setakat hi-hi-bye-bye, InsyaAllah tak kot. pada pendapat saya juga, it depends on ur antibody kot. good to know u’re ok, MM.

  11. pali says:

    Di aussie jika anda bertopeng, semua akan memandang dengan sinis..kerana mereka tidak, dan mereka mkn babi..aduh..

  12. sekilas says:

    aku suka ayat nih…”Masa untuk mengambil langkah baru dan merenung semula segala kejayaan dan kesilapan yang lalu. Aku rasa dengan cara ini sahaja seseorang itu boleh matang dan maju.”

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes