(Alamak, ada ahli keluarga baru lagi. Siapa nampak?)
kitsch bertanya…
i passed by popeye’s tadi and was damn curious. how’s the food there?
Biasa-biasa sahaja. Agak cepat muak. Tapi Popeye’s punya mashed potatoes memang sedap. Berempah. Memang sesuai untuk Snoop Dogg.
salsa bertanya…
i am so effin bored and i thot of writing this to you. mm. ure kinda like..mj.in a way. u lead a very fuckup life without any believing and sumhow we always know u could turn yourself around and grabbed what u have left before. make it better and sweeter. i tot mm was just an alterego for u, that u dnt really like boobs party and stuff, and that u really have a heart. kinda like..the lion from wizard of oz. still searching for courage. or maybe the tin man . now i know there is nothing more you can offer cept for the mm himself.
tot ure somone deep and well, hopeful. but the same thing everyday for how many years.
kau give up harapan ke? kau penah ada harapan tak dulu? pernah tak cuba 100% and dapat pulangan yang setimpal dengan apa yang kau cuba?
heres rm100000.
Apa kejadahnya ‘boobs party’? Pesta tetek? Kalau ada jemputan sila beritahu aku, aku pun hendak pergi menjenguk lurah dada. Dan aku bukan ‘the lion’ ataupun ‘tin man’ dari ‘The Wizard of Oz’. Aku ‘The Wicked Witch Of The East’. Aku sudah cek akaun bank aku tiadak RM100,000 pun?
d7 bertanya…
MM..
ingin aku bertanye..
kenapa blog kedamaian sejagat?
bukan isunya selalu rangup ke? ;p
pendapat kamu mengenai kematian micheal jackson?
em, sampai skang aku confused dia islam or sebaliknya..
jack lingam drp top boyz benda benda boleh blah tu adekah salah satu penyumbang idea di akutakpeduli nie? sbb some entries ada gaya penulisan yang samalah.. komen sket..
ok utk bayaran sila ambil wallet kamu dan keluarkan rm30 dengan tangan kiri kamu dan beri kepada tangan kanan kamu..
sekian terima kasih
Wallet aku dekat kamu lah. Sila pulangkan, dengan isi kandungannya sekali. Aku rasa Micheal Jackson ‘masuk Islam’ sebagai gimik untuk mendapatkan pelaburan dari Sheikh-Sheikh dari Dubai. Memang mudah untuk menipu orang yang tidak tahu perbezaan Islam dan ‘Nation of Islam‘. Jack Lingam itu siapa? Tidak kenal.
karim bertanya… MM, kamu suka nasi lemak yg bagaimana?maksudnya, apa yg perlu ada dlm menu nasi lemak kamu?
june bertanya…
aku rasa kau suka makan. jadi, nasi lemak paling kick kat KL yg kau pernah makan kat mana? nasi lemak kg baru tu aku rasa biasa ja.
Sambal yang tidak berapa pedas, malah manis sedikit, ikan bilis rangup, kacang goreng, bergedil, telur goreng (yang tidak berminyak) dan ayam goreng dada. Dan semuanya dihidangkan di atas daun pisang dan dimakan bersama teh ‘o’ ais. Tetapi aku pernah makan nasi lemak bungkus di tepi jalan di sekitar Tanjung Bungah (?) di Pulau Pinang yang dibungkus bersama-sama seekor ikan kembung goreng. Memang sedap. Sampai sekarang aku tidak jumpa balik tempat nasi lemak tersebut. Sesiapa boleh tolong? Kalau di Lembah Kelang pula aku agak gemar nasi lemak yang dijual di Village Park, sekitar Uptown Damansara. Sila Google jika tidak tahu.
Lopo bertanya…
Haha,aku baru nak tanya MM pakai spek tak?
1.MM,adakah kau memakai spek dan mata kau agak ’stim’ disertakan eyebag yang bolehblahlakira dan kau selalu memakai topi?
2.Boleh tak MM bagi cadangan sedikit trend rambut apa yang tengah hot la ni?
3.Mana ok bagi pendapat MM..Macbook Pro yang lama(takdaq slot SD card tu) dengan yang baru ni? Ingat cek nak p beli satu ni.
4.Aku geli la tengok brader berbadan tough+yang gay..yuck. (takdak kena mengena huh)
Ok la MM,sihat-sihat selalu.! Tudiaaaaa aihhhhh~ (mai penang nanti habak aku,nanti aku belanja nasi kandaq line clear!)
1. Tidak.
2. Buat apa ikut trend. Ciptalah trend sendiri. Lagi bagus.
3. Dua-dua ok.
4. Selalunya yang cakap geli inilah yang akan suka.
qila bertanya…
kenapa kalau orang break up/putus tunang/cerai kena lakukan secara public?
kenapa 2 pihak tu perlu argue in public?
cam buat blog, perli2 pasangan lagi satu.
padahal masa bercinta, bukan main merpati sejoli lagi.
sampai delete blog tu MM. huhauhauhuhuhau
Dia macam kahwin juga. Kahwin senyap-senyap tiada siapa yang akan tahu kamu sudah berkahwin bukan? Susah nanti kena tangkap basah.
tiputapibenar bertanya…
MM,
Berdasarkan kepada kemajuan sains dan teknologi yang sudah kita capai sekarang ini, agak-agaknya bila kita boleh buat koloni di Marikh?
Kalau peluang untuk ke Marikh ada, adakah MM akan membawa diri ke Marikh atau terus tinggal di Bumi?
Hmm. Aku rasa kalau manusia benar-benar serius untuk menjajah Marikh, kita perlu mulakan proses terraforming planet Marikh sekarang. Hantar sahaja algae dan organisme tumbuhan lain yang mungkin dapat bertahan dan hidup subur di dalam atmosfera tinggi karbon dioksia di planet tersebut. Aku rasa kalau mula sekarang pun dalam 100-200 tahun pun tidak pasti akan wujud kandungan oksigen dalam atmosfera yang selamat untuk manusia tinggal di sana. Satu lagi aku rasa memang tidak boleh bla jikalau manusia dihantar ke sana dengan teknologi sains roket sekarang. Dijangka dengan menggunakan teknologi sekarang, sebuah kapal angkasa akan mengambil masa lebihkurang 3 tahun untuk sampai ke sana. Kamu (atau sesiapa pun) boleh tahan ke terperuk di dalam kapal angkasa selama 3 tahun? Selalu kita tiada keupayaan untuk hibernasi buatan yang selamat aku rasa misi dengan kru manusia ke Marikh mungkin akan mengambil masa yang agak panjang lagi.
zaX bertanya…
kenapa lx3?
kenapa tidak g10?
Mudah. Nisbah 16:9.
popo bertanya…
Two honest question:
1. Do you think people make up characters in your comment box just to tick you off? Macam “gman” kat atas tu.
2. Pernah menyesal tak buat blog ini, mendapat hits sampai 500,000+++ tetapi orang sibuk usha pasal hal peribadi? Contohnya yang comment pasal “gadis kucing” dsb.
Ok. Kalau nak aku belanja MM makan kat DP tu tidak menjadi masalah.
Honest answer—aku tak peduli. Some people do not understand that just because they read my writings doesn’t mean that they know me. Simple as that.
ikanbilis bertanya…
kenapa MM berpendapat yg The Office Uk lg best dari The Office US??
Steve Carrel mana boleh lawan Ricky Gervais? Dan memang dari dahulu aku memang suka komedi UK kerana penuh dengan dry humour. Sebab itu mungkin aku tidak suka Mr Bean sebab terlalu slapstick walaupun British.
theflyingcamels bertanya…
Kau rasa kau cukup hebat?
Tidak sehebat unta-unta yang boleh terbang.
bart bertanya…
cuba buat satu review pasal olympus e-p1 berdasarkan apa yang kau tau. aku dah baca semua. tapi asa mcm nk dgr dari kau sbb aku suka cara kau review benda.
Aku kecewa sebab tidak dipanggil oleh Olympus Malaysia untuk membuat ulasan tentang kamera tersebut, walaupun aku sudah pun mula menulis tentang kamera itu dari peringkat ianya masih prototaip lagi. Kecewa. (Lagi kecewa bila aku dapat tahu yang bekas rakan sekerja telah dipinjam satu unit oleh Olympus untuk dibuat permainan. Argh!) Jadi disebabkan kekecewaan ini aku hanya akan menulis: Terlalu Mahal.
BO bertanya…
Apakah rahsia untuk memikat wanita jelita?
Rajin mandi. Sentiasa pastikan diri segar. Kalau kamu cukup bersih dan segar tidak perlu berminyak wangi. (Aku anti minyak wangi. Hanya mengingatkan aku kepada Mamat Arab yang selalu turun naik lif di kondo aku.) BO (nama kamu) itu maksudnya body odour bukan?
shie bertanya…
MM,
nak tanya, im kinda very new to the photography-things and thinking to have my own camera with my own money. u seems like camera so much, can u give any suggestion in what camera should i have for a beginner like me coz i really luv to take pic nowadays
tq.
Aku pakai Lumix LX-3. Cukup mudah digunakan untuk orang-orang yang baru berjinak dengan fotografi dan cukup fungsi jika kamu ingin membuat benda-benda yang lebih kompleks dengan kamera kamu.
Qasiyh bertanya…
MM,kalau kawan mcm cibai mcm mane nak handle???
cibai as in tipu kuat ni…
since kamu dah jumpe mcm2 jenis org kan,please give me an applicable answer…
thank you…
Mudah. Kawan yang cibai bukan kawan namanya. Potong nama. Tetapi aku sering dipanggil sebagai seorang yang ‘memilih kawan’ apabila berbuat begitu. Memang aku pemilih. Takkan aku hendak lepak dengan ‘kawan’ yang aku tidak suka, bukan?
XIII bertanya…
1. kenapa jurang kualiti filem di Malaysia masih jauh dibandingkan dengan kualiti filem negara lain yang lebih maju? jika kita tengok cerita terminator 1 (1991), filem malaysia tetap masih jauh ketinggalan walaupun menggunakan teknologi CGI yang lebih tinggi.
2. area damansara mana tempat lepak best?
1. Pasaran yang lebih kecil (setakat pasaran tempatan. Paling kuat Singapura, Brunei dan Indonesia) menawarkan keuntungan yang lebih kecil. Keuntungan yang lebih kecil menyebabkan pelaburan yang kecil. Pelaburan yang kecil bermaksud pembikin filem mempunyai wang yang terhad untuk membuat filem jika dibandingkan dengan filem Hollywood. Aku rasa silapnya di sini ialah pembikin filem Malaysia tidak patut membuat filem untuk melawan filem-filem Hollywood. Banyak lagi subject matter menarik yang tidak perlukan kesan khas yang berharga berjuta-juta untuk berjaya. Gunakan modal insan negara!!! Biarkan Hollywood buat filem-filem ala Hollywood. Malaysia perlu keluarkan filem-filem ala Malaysia, bukan?
yabedabedu bertanya…
MM lu pakai midi keys apa ??? dan kalo bersuit lebih ko nak beli midi keys apa ??? takpe ker wa tanya lu mcm ni ???byk sgt ker soalan wa ???
Akai MPK49. Kalau ada lebih duit aku hendak tambah Akai APC40. Setakat keyboard controller aku benar-benar berpuas hati dengan MPK49.
aZRoy bertanya…
MM, ko ni org jawa ker? ada keturunan darah indonesia?
Ya, moyang aku dari Jawa.
PRock bertanya…
ada banyak benda salah disekeliling kita. bila agaknya boleh kita bikin perkara yang betul dan sepatutnya?
di depan mata kau, ada perempuan sarat mengandung berdiri lama dalam tren. budak di depannya hanya buat bangang sambil memicit2 butang telefon. apa yang betul untuk dibuat?
di depan mata kau, ada lelaki yang elok budi pekertinya dibuang kerja kerana berkata yang hak pada bos yang terkenal dengan kekejamannya. ketika dia mengemas mejanya untuk dikosongkan, dia tenang. apa yang betul untuk dibuat?
Benda yang patut dibuat ialah berani untuk menegur. Dengan teguran sahaja aku pasti kamu akan rasa yang kamu telah jalankan tanggungjawab kamu terhadap situasi yang mungkin menyakitkan hati kamu. Macam aku, aku jenis yang suka sound sahaja. Tidak ramai yang boleh terima hakikat ini. Kalau kamu makan bersepah (dan kamu tidak sakit atau cacat anggota serta cukup sempurna semua) aku akan tegur kamu.
Nantikan episod kedua!
Popularity: 6% [?]
supraaaaaaaaaaaaaaaaaa! saje je MM ni. pfft.
Nation of Islam tu sesat kan?
MM,
boleh bagitau tak apa cita-cita sebenar MM semasa kecik, dan tercapai ata tak? cita-cita kat sini as in ambition. MM ahli fizik nuklear ek?
p/s sori mm kalau soalan sebelum ni mm tak senang. tak bermaksud pun. ampun2!
Bro, bile TK Society? Aku punye ahli keluarga yang kedua on the way, tiba2 kau dah tiga. duh.
mm,Jack Lingam tuh pemilik blog
http://playboymelayuterakhir.blogspot.com/
maksud aku,salah satu penulis http://soapapendapatyouallhuh.blogspot.com/ dengan http://playboymelayuterakhir.blogspot.com/
aku suka entri lama MM pasal zaman gelap masing-masing.
fuh, supra baru lagi. danggg!
babi you. letak kasut right smack in the middle of the photo mana tak nampaknya. sucha bitch!
#4 coming next month. omg i shop like a girl.
Benci kasut. Jumpa nak pijak k thanks.
pijaklah. aku tak peduli pun.
“Aku sudah cek akaun bank aku tiadak RM100,000 pun?”
tiadak. kamu sarawakian ya?