1412 bertanya…
kat mana tempat untuk aku ‘repair’ buku dalam KL ni? ada ke kedai atau orang persendirian yang boleh buat?
Aku tidak pasti sebenarnya. Kalau di Johor Bahru mungkin pusat JARO, jika tempat itu masih wujud. Apa kata kamu tanya Skoob Books, mungkin mereka tahu.
KumbangKhayal
1. kau rasa kalau Ian tak mati muda, apa akan jadi pada Joy Division? Adakah penerimaan muzik mereka pada masa kini sama atau berbeza? Kau rasa mana lagi best antara Ian mati dan munculnya New World Order, atau Ian hidup dan terus dgn Joy Division.
2. macam mana dengan Sex Pistols pula? adakah jika mereka tidak berpecah, semangat raw punk yang rebel menjadi semakin faded, seakan-akan semakin mature utk seperti album2 seterusnya seperti The Clash?
3. Band-band yang menangkap telinga kau ketika zaman kegemilangan Fac, Hacienda dan Madchester.
1. Jangan difikir apa yang mungkin terjadi, sebab ianya sudah pun berlaku. Aku rasa kedua-dua Joy Division dan New Order ada kelebihan mereka masing-masing.
2. Aku rasa kamu hanya perlu melihat konsert reunion Sex Pistol beberapa tahun yang lalu untuk mendapatkan jawapan. Aku rasa kerelevanan mana-mana band itu hanya akan kekal untuk satu peringkat tertentu sesebuah band tersebut. Selepas tempoh kerelevanan tersebut band-band tersebut akan sama ada hilang pengaruh kreativiti serta sedikit-sebanyak kredibiliti dan mungkin juga dibenci serta dilupai. Cuma bersandarkan ‘tempoh kerelevenan’ ini sahaja satu band itu akan tetap diingati. Contohnya Micheal Jackson. Walaupun kariernya semakin merundum 15 tahun kebelakangan ini dan kerap dijadikan bahan ketawa oleh pihak media, selepas beliau meninggal pihak media lebih memfokus kepada ‘tempoh kerelevenan’ beliau, iaitu ketika zaman album ‘Thriller’. Contoh-contoh lain yang mungkin kita boleh guna ialah U2 ketika zaman ‘The Joshua Tree’, Metallica ketika zaman ‘And Justice For All’ serta Radiohead ‘OK Computer’. Seperti biasa pendapat-pendapat ini adalah subjektif, jadi jangan sensitif sangat ya?
3. New Order, Stone Roses, The Charlatans, North Star, Candy Flip. Aku rasa Madchester tidak pernah berakhir. Lihat sahaja The Music.
young team bertanya…
MM, aku nak tanya. Sebagai peminat tegar Radiohead, dalam video klip Just, apa yg dikatakan oleh lelaki yg berbaring tu sampai semua org disekeliling pun ikut berbaring di tgh2 bandar?
Pengarah video tersebut iaitu Jamie Thraves cakap pada aku di Skype bila aku bertanyakan dia, yang jawapannya memang sukar, dan aku tidak tahu apa yang aku tanya, dan jawapannya akan membuatkan segala-galanya berubah. Setelah meminta keampunan Tuhan dia beri jawapannya di Skype. Aku serta-merta terbaring di atas lantai rumah aku. Ya, aku boleh beritahu kamu, tetapi kamu semua tidak tahu apa yang kamu minta dari aku. Semoga Tuhan memberkati aku, dan Tuhan memberkati kita semua. Kamu masih hendak jawapannya?
d
cmna nk dpt kasut supra yg ori
Di Lembah Kelang untuk yang pasti original hanya ada dua pengedar yang sah, Zone 5 di Times Square dan Push Skateshop di Seksyen 13 Shah Alam. Yang dijual di kedai-kedai lain pandai-pandai sendiri lah.
twistiesayam bertanya…
mm,
1. wat do wish to accomplish before u die? n how do u wish to die? slow n painful? accident? in your sleep? etc.
2. what is your current perfume?
3. boleh tak ‘taco bell’ dibuka dan dimajukan di malaysia? ada potensi?
4. boleh tak post gambar ruang tamu rumah? hehe
1. Aku ingin saksikan manusia berjaya melakukan proses teleportasi sebelum aku mati. Untuk cara mati pula aku tidak peduli, sebab dengan cara bagaimana pun aku rasa ianya bakal menyakitkan.
2. Aku tidak pakai minyak wangi sebab aku tidak busuk.
3. Aku rasa mungkin boleh berjaya, sebab sebenarnya kalau difikirkan makanan orang Mexico memang sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang sukakan makanan yang berempah dan mempunyai rasa yang ‘pekat’. Terpulang kepada pemilik francais aku rasa. Macam di Singapura misalnya francais Taco Bell dipegang oleh KFC di sana.
4. Tidak boleh
.
aida bertanya…
waktu dan tempat yang best nak shopping kat singapore.
Bila waktu ‘The Great Singapore Sale’. Macam aku, aku suka ke Far East Plaza dan the Heeren. Tidak lupa juga sekitar Bras Basah dan Haji Lane.
Emy bertanya…
Sekarang nama En. MM sudah melonjak online dan offline, En. MM boleh dikatakan seorang yang berpengaruh di kalangan pembaca blog ini. Soalannya, pernah tak En. MM perasan sesiapa in real life yang kononnya nak impress En. MM dengan pengetahuan mereka yang diperoleh dari blog ini, dengan nawaitu hendak show-off, tetapi failed miserably? Boleh bagi contoh tak? Juga tentang mereka yang mula hendak meng-emulate citarasa En. MM.
Aku rasa ini jarang berlaku, sebab untuk yang benar-benar kenal aku iaitu kawan-kawan aku, mereka tahu aku sebenarnya bagaimana. Yang perasan kenal aku (walaupun tahu nama sahaja dan sedikit latarbelakang aku) kebiasaannya tidak berani pun untuk menegur jadi aku jarang berpeluang untuk benar-benar berinteraksi bersemuka dengan pembaca-pembaca aku.
xmamatx bertanya…
pada pendapat kamu, dalam kehidupan sekarang ini, di antara nilai sosial dan nilai ekonomi, mana yang lebih penting? adakah sosial melambangkan nilai ekonomi?
Kedudukan sosial boleh memberi laluan kepada pencapaian ekonomi. Sebaliknya pencapaian ekonomi juga boleh membelikan kamu kedudukan sosial. Pada aku sama-sama penting, dan kedua-duanya berkait. Cuma aku rasa pencapaian kedudukan sosial melalui pencapaian ekonomi agak mengelat. Sebab kalau hendak diikutkan, setiap orang/benda/parti/fahaman ada harganya. Dan kadangkala dengan wang yang banyak kamu boleh ‘beli’ benda yang kamu tidak mungkin akan terima di tahap sosial kamu.
Dix bertanya…
hai,
aku baru mula membaca ni, jadi aku agak ketinggalan. hehe.
apapun nak bertanyalah.
1. kau ada tak cadangan untuk kumpulan-kumpulan muzik seakan-akan Late Night Alumni(selain Kaskade) dan Telepopmusik. Pendek kata kumpulan electro bervokalis perempuan (dan tidak terlalu rancak dan terlalu downtempo).
2. Apakah potensi kamera Canon SX 200 dibandingkan dengan LX3? Aku menepuk dahi selepas mengetahui harganya dalam range yang sama dua bulan selepas memiliki SX200 walhal LX3 sebaris dengan G10 (kalau tak silap). Aku perasan gambar-gambar Canon agak kuning sedikit ye. Dan lagi satu berbaloi ke aku beli external flash untuk kamera ni?
3. Bonus: Dulu kawan aku bertanya dalam status Facebook, Lumix DMC FS7 atau Olympus Mju 1040. Aku terus jawab Lumix. Kawan dia yang aku tak kenal kemudian balas, “kalau untuk barangan rumah seperti cerek elektrik ok lah kalau Panasonic.” Ok tak kalau aku tampar muka kawan dia? hehe
Duit tu nanti aku suruh kawan aku dari Kenya sampaikan. Dia akan email ke yahoo. Ada cara nak dapatkan. Dia akan bagitau.
1. Little Boots.
2. Aku kasihankan kamu kerana membeli kamera tersebut. Aku sarankan kamu jual sahaja kamera tersebut dan beli G10 atau LX3. Serius. Kamera kamu itu tidak cukup serius untuk jadi kamera serius, dan terlampau serius untuk jadi kamera yang mudah digunakan. Separuh jalan.
3. Tidak baik menampar orang. Hanya tampar orang kalau mereka tampar kamu dahulu, OK?
MGR
bertanya…
Salam MM,
1 – Namakan 3 unskippable albums selain album-album Depeche Mode dari library kamu yang boleh didengar berulang kali tanpa rasa jemu.
2 – Suka Monty Python? Namakan anggota Monty Python yang paling digemari dan sejauh mana dia mempengaruhi kamu (macam ada tak Pythonesque lines dari dia yang kamu biasa atau pernah gunakan).
3 – Namakan satu instrumen muzik (obscure, primitif atau etnik) yang kamu belum pernah sentuh lagi dan ingin sangat mempelajari cara bermainnya.
Sekian, terima kasih.
1. Radiohead—OK Computer, U2—The Joshua Tree, Mogwai—Happy Songs For Happy People.
2. Aku tidak minat Monty Python.
3. Gambus. Dan mungkin sitar.
jajabinks bertanya…
hello.
1. which character do you like best, borat or bruno?
2. dalam lagu ‘we are the world’ (http://www.youtube.com/watch?v=k2W4-0qUdHY), pada pendapat MM, performance siapa paling stand out? dan yang paling MM rasa paling best?
3. masa di urbanscapes tempoh hari, aku nampak gadis bertudung memakai long shirt dipadankan dengan leggings ketat bercorak geomatri. penampilannya agak janggal di mata aku. pendapat mm, kena (as in sesuai) ke pakai macam tu?
1. Ali G.
2. Semestinya Cyndi Lauper. Sebab ada bahagian ‘Well, well, well’ dan ‘hey yeah yeah yeaaaah.
3. Setakat mahu tutup rambut pakai topi lagi senang.
Popularity: 6% [?]


Dix
8 months ago
aduh. first camera tak bole jual, sayang. takpe kumpul kamera pun best jugak. try brand lain pulak, lumix or maybe nikon with viewfinder.
young team
8 months ago
Haha. Aku kurang faham jawapan dlm soalan video klip Just tu. Takpelah. Aku rasa mmg tiada jawapan tepat utk soalan tu.
Melayu Minimalis
8 months ago
sudah gaharu cendana pula, sudah garu cedera pula.
xeem
8 months ago
How do you know about Skoob books? I always pass by that bookstore when I was studying in London over the past year.
dyla rosli
8 months ago
bugis village dan queensway pun best kalau nak shopping di singapore. murah! hu-hu
arif
8 months ago
in terms of compact camera pulak macam mana?
which brand do you think is the best?
I’ve done my research and nampak macam Canon is the best so far…
what do you think?
grabulasa
8 months ago
you left out wilco yankee hotel foxtrot. thats ok. its on the list now.
izzat
8 months ago
aku suka statement yang ni
“Setakat mahu tutup rambut pakai topi lagi senang…”