Setelah lama ketandusan modal (dan model), siri ‘Apa Yang Tidak Kena‘ kembali, terima kasih kepada Sang Malay Urban di Flickr. Agak-agaknya siapalah dia ini, kan?
Apa Yang Tidak Kena. (Lihat Rajah 1.)
• Seperti biasa, perempuan-perempuan semuanya berani beraksi ala-ala ‘America’s Next Top Model’ hanya di dalam tandas. Dan ini menjadikan gambar ini satu lagi contoh Gambar Tandas™. Aku rasa di dalam dunia ini 85% dari gambar digital yang di ambil merupakan gambar tandas. 10% mungkin Gambar Sukan dan lagi 5% gambar Micheal Jackson.
• Bukan sahaja gambar ini merupakan Gambar Tandas™, tetapi sebagai nilai tambahan, gambar ini merupakan satu contoh rare Gambar Tandas Berdiri Di Atas Sinki™. Aku rasa hanya akan ada dua sebab kamu perlu berdiri di atas meja sinki, satu untuk menukar mentol lampu yang terbakar dan kamu tiada tangga, yang kedua untuk bergambar. Dan aku rasa mereka berdua ini memang sah bukan penukar mentol lampu.
• Untuk gadis yang di sebelah kiri, yang berbadan agak ‘tebal’ sedikit dan tidak berapa berkaki langsing, keputusan untuk memakai pakaian dua tona, dengan tona yang lebih cerah di sebelah bawah yang bermula agak tinggi di pinggang hanya akan membuatkan kaki kamu nampak pendek dan pinggul tampak besar. Mungkin jika susunan tona warna diterbalikkan (iaitu warna cerah di atas) aku rasa mungkin akan nampak lebih langsing.
• Loket simbol ‘CND’ atau ‘peace’ hanya sesuai di pakai Ella untuk gambar kulit album ‘Puteri Kota’. Selepas itu sudah agak ketinggalan zaman. Paling kuat pun mungkin ketika zaman rapper-rapper dari Amerika kemaruk dengan jenama Cross Colours, terutamanya oleh De La Soul.
• Loket perempuan di sebelah kanan pula aku tidak nampak sangat, tetapi rupanya seakan-akan botol Coke? Aku kurang pasti. Aku rasa terlalu playful dan tidak kena dengan konsep black dress yang mungkin cuba dijayakan dengan gagalnya oleh kedua-dua perempuan ini.
• Plastik balutan di sekitar kaki perempuan sebelah kanan. Kalau hendak bergambar tu, alang-alang berusahalah sedikit untuk mengemas sekitar lokasi pergambaran. Sia-sia sahaja memanjat ke atas meja sinki, dan plastik balutan (yang kemungkinan besarnya merupakan plastik balutan pakaian yang baru dibeli dan terus dipakai dan diambil gambar di dalam tandas) bersepah. Inilah masalah jurugambar serta model amatur Malaysia kita, kurang perhatian diberikan kepada lokasi. Kamu dijemput untuk bergambar di dalam rumah aku jika sudi.
• Akhir sekali, satu cadangan. Mungkin untuk mewujudkan suasana yang lebih dramatik, mungkin paip air di sinki itu boleh dibuka, dan biarkan air melimpah-limpah keluar dari sinki (walaupun ini merupakan pembaziran. Tetapi semua sessi fotografi yang bagus memang penuh dengan pembaziran. Kecuali kalau kamu Terry Richardson) untuk elemen yang boleh membuatkan gambar lagi menarik. Alang-alang sudah memanjat itu buat sahajalah terus, bukan? Kalau takut ditangkap akibat bergambar di tandas awam, kamu dijemput untuk bergambar di dalam tandas aku yang berdinding kaca.
Sekian, terima kasih.
Popularity: 25% [?]

hahaha…..
cam haram. lu basuh sesedap rasa. I like
muahaha
mungkin gadis2 ini merupakan gadis2 yg berada dalam golongan ‘attention seeker’..kurang kasih sayang mungkin..xpun tgkp gmba cmni cara pantas utk mendapat pasangan hidup..
oh god. sampai panjat sinki. ghairah nak bergambar terserlah. -___-”
OMG!
Gile lah.Sampai panjat sinki.Cam haram.
Get a life kids.
I love this section
point #3, I like.
malay urban dah kembali?
Kesian.perempuan dress hitam nmpk mcm tahan berak lah.
i think mini should be with heels…not flats…nampak yg rendah2 tu lagi pendek
i wanted to comment on that tapi macam too obvious.
tu awek aku dowh!! berani korang kutuk.
ish, freak.
aku suka point yang dramatik tu. lagi bagus kalau ada makcik cleaner tengah lap sambil tuding-tuding jari suruh dua orang tu turun.
Aku amat bersimpati terhadap no name.
aku rasa simpati.
kalau bancuh sirap dlm sinki yg tgh melimpah lg bagus..
lepas tu ajak auntie cleaner join sama..
baru meriah!
awek kiri tu migrain ke??
betul aku setuju with the air melimpah dari sinki imagery…
would have been symbolic or lewd hahaha
saya merasakan yang perempuan berbaju two-tone tu sedang menunjukkan pose ala tyra banks. yang sama warna kulit je. =D
eja micheal jackson ironically ke memang sengaja?
alamak keco la lu mat..
bagi aku, kdg2 manusia ni kena la buat aksi gila sikit.. nak lepas tension la kata org.. aku rasa minah2 dlm gamba ni pun tak peduli apa kau tulis. agak mengguris hati but who cares la kan.. girls just wanna have fun.
p/s: aku takde kena mengena ngan minah2 tu pun. saje bg komen..hehe
haha camwhoring is the most fun thing a girl can do without taking her clothes off (completely) (?).
still, wtf.
hahaha! this post is damn funny. ok lah, not that funny because the sentences MM used put me in a serious mood.
ehm to me, the girls memang menjengkelkan and look very desperate but come on lah, don’t tell them to get a life or call them freaks because at least diorang tak kacau life siapa2.kan kan?
ehm tapi comments about ‘heels not flats’ and ‘macam nak tahan berak’ tu saya setuju! bahahaha!
nanti kalau air dah melimpah, tergolek pulak tak pasal-pasal beb. haha
bayangkan masa depa nak naik sinki tu.
*tonggeng2.
*slippery.
and then dah sampai atas nun tercungap-cungap.
damn.
things people will do to get picture comments nowadays.
*hahahaahaha.
kadang-kadang aku wonder, are all the women in MM’s life badan macam model (sister ke, mom ke, aunt ke, loved ones ke)? ataupun, are all the readers here badan macam model?
random.
eh?
member jehan dia tu badan hot. yg muka cina bra strap warna2 tu gemuk.
MM tandus idea photo dan model? aneh..slalu meng-google smp hilang bahan kah?nnt aku upload satu atau dua photo dan..sila comment terhadap photo tersebut ya. haha
gadis badan tebal tak bermaksud dada juga tebal
this is mean and uncalled for irman !!!!!!!!!!!!!!!!!
Boleh jadi itu bukan sinki. Tapi mangkuk tandas.
Harap minah dua orang ini tahu konsep tandas awam.
orang kata.. ‘ada otak letak kat bontot.’
minah 2orang ni ada bontot tak ada otak. buat benda tak ada motif. sungguh melayu.
GAL – get a life. dunia ini lebih besar dari yang kau sangkakan. prffftt..
perlu ke racist?
gal.
ew.
oh sungguh kasihan gadis ‘tebal’ itu.lbd memang tak kena langsung dengan flats dan rantai botol coke
dan lagi kasihan sebab bubble dress sungguh buruk dipakai oleh gadis berkaki ‘tebal’!
Satu soalan :
Ni gambar ke “sampah”? Haha.
haqim zolkefli – kalau gua cakap melayu sangat suka makan nasi lemak agak-agak lu, statement racist gak ke tu? bodola lu ni.
mr. carl arif.
it’s racist for stereotyping a certain situation with a particular race with demeaning motive.
c’mon. don’t be too square. keh keh.
oh to john doe.
it is racist when u’re stereotyping dude.
for example, black people must be afro. non-black must not. “that’s racist”.
MM..u got too many squares reading ur blog.
u’re becoming too mainstream perhaps.
haha.
omg are we getting into the whole mainstream/underground argument again?
mungkin isssue sebnarnye sbb pkatatan GAL tersebut..kmudian pihak kedua xde poin jadi..racist di jadikan issue.adakah begitu?? ya mmg gadis melayu d pavillion suke beraksi begini..we are talking abt 1 particular race.tat aint racist
tandus2
Bukak Myspace, almost everyday gambar macamni orang upload. Lagi satu yang famous sekarang, tangkap gambar depan cermin lepas tu macam reflect dkt cermin sambil pegang camera dslr. Aiyo!
ahhaa, aku simpati dengan dua perempuan ni. haha. plus, memalukan kaum perempuan. adoi
I have decided to not read this post. Firstly, this has gone too far Irman.
I respect your point of view, but dude, keep it to yourself la. Tu gambar diorang, sukatila. There’s nothing wrong about taking a bloody photo in the toilet. Atleast they’re dressed. Bukannya diorang bogel lepastu posing maut tunjuk tetek.
Urgh, I’m sorry but.. this is just too much. Haih.
ntah MM takde point solid nak bahan.
Jehan, Haha. Kasihan.
eh lepas kelabing kat scarlet kot. jamban cam kat cineleisure jek. tapi kelabing pakai flats nih.
not flats. selipar
oe kte checout ekamil lak…
tgh keriau ngn bokeh hahahaha