Tanya Abang Minimalis Musim 14 Episod 1.

Posted on Friday, August 21st, 2009 at 01:39

(Gambar curi)

PEMBEBEL SEKSI bertanya…
betul ke melayu mudah lupa?
kat mana nak shopping clothing murah2 area kl/pj/selangor selain bb

1. Pada aku sesiapa pun mudah lupa kalau tidak diingatkan, bukan terhad kepada bangsa-bangsa atau orang-orang tertentu. Kalau kamu mudah lupa cuba amalkan menulis di dalam organizer atau gunakan fungsi peringatan (reminder) di dalam telefon bimbit kamu.
2. Bundle Chow Kit, pemborong sekitar Jalan Kenanga, Uptown Danau Kota.

PakciQue bertanya…
Aku nak tanya lagi. Kali ni banyak.
1. Mana lagi kool. Pakai cermin mata atau kanta lekap?
2. Kamu selesa dengan 16 darjah celsium atau 30 darjah celsium.

1. Cool atau tidak semuanya tidak penting. Janji kamu selesa dan nampak dengan terang. Fesyen datang dan pergi, kalau kamu ingin yang terkini kena rajin-rajinlah buat rujukan dan bersedia untuk berbelanja.
2. Apa itu ‘celsium’?

diloz bertanya…
puasa dah nak dekat,
1.moreh kat mana paling best?
2.tempat buka puasa tetap kau selain rumah. restoran/bazar.

Aku tahu kamu seronok untuk beraya di Malaysia setelah beberapa tahun di perantauan, bukan? Aku selalunya beli makanan di Pasar Ramadhan TTDI dan beli lebih untuk bersahur. Kebiasaannya-lah.

E bertanya…
1. apakah pengaruh epik star wars dlm hidup kau?
2. apakah darkside kau yg kau rasa nak tinggal, tapi x boleh?
3.siapakah kau punya yoda?

1. Banyak gila. Antaranya—
• Perempuan berpakaian putih tanpa coli amat seksi (rujuk Princess Leia dalam Star Wars: A New Hope), tetapi perempuan berpakaian gundik/hamba abdi lagi seksi (rujuk Princess Leia dalam Return of the Jedi).
• Dalam hidup, lebih baik nakal sedikit (Han Solo/Harrison Ford) dari menjadi lurus dan poyo (Luke Skywalker/Mark Hamill).
• Aku sampai sekarang inginkan kostum Stormtrooper. Harga: RM4000+
2. Aku hidup dalam The Dark Side.
3. Cikgu Putih Kamsan.

makcik_cleaner bertanya…
1. Apakah kriteria2 dalam blog yang boleh menghuni kotak Blog Boleh Tahan ko?
2. What makes you feel secure and safe?

1. Penulisan berkualiti. Kalau tidak berkualiti pun sekurang-kurangnya pendapat yang berkualiti. Atau pemilik blog perempuan yang lawa dan seksi. Atau aku kenal pemilik blog secara peribadi. Biasanya perempuan yang lawa dan seksi.
2. Telefon bimbit dan beg duit yang berisi duit. Dan tulang lengkuk pinggul perempuan.

AJIZBERBAKAT bertanya…
allo.
1. antara contract staff yang bergaji tinggi dan memberi banyak pengalaman dan permanent staff yang bergaji rendah dan memberi pengalaman yang minimalis..mana satukah yang patut menjadi pilihan sekiranya kau adalah fresh grad dan grad di zaman yang recession.
2. betulka didier drogba dari chelsea f.c di anggap tuhan di negaranya (ivory coast).tq

1. Hanya jadi staf tetap jika keuntungan yang bakal diperolehi pada jangkamasa panjang adalah berbaloi. Ini termasuk insurans, perlindungan perubatan, dan prospek kerja (dari segi gaji dan pangkat) adalah bagus. Apa-apa pun pilih kerja yang kamu rasa lebih sesuai dengan kamu, tetapi jangan terlampau memilih sangat.
2. Aku tidak minat bolasepak.

d7 bertanya…
holla MM
cam biasa aku ada 3 soalan..
1. adakah ini zaman kejatuhan blog akutakpeduli?
sebab aku tengok makin lama makin kurang responds / comments yang kamu dapat..
2. kamu puasa cukup sebulan tak? selalu pergi terawih?
ok 10q..
slamat berpuasa MM

1. Aku letak gambar kaki dan muka orang yang tersembunyi sahaja bagaimana orang hendak komen, bukan? Turun naik tidak penting. Yang penting masih wujud.
2. Tak.

syakira bertanya…
1. do u think in the end, guys really need a good girl who have at least a basic foundation of religion to be their wife?
2. do u think guys really end up marrying the girl their meet at a club?
3.where is the perfect country for ppl to migrate?

1. Aku rasa ini berdasarkan keinginan masing-masing. Untuk aku, aku perlukan seseorang yang faham tentang kerja dan minat aku, dan ini tidak bermaksud seseorang yang bekerja di dalam bidang yang sama atau meminati benda yang sama dengan aku. Janji dia faham. Dan tidak gempal.
2. Ya. (Ini berdasarkan pengalaman sendiri.) Sama ada berkekalan atau tidak itu Cerita Lain©.
3. Tiada negara yang sempurna. Yang penting kamu mampu mencapai cita-cita kamu (atau sekurang-kurang tidak kantoi melakukan perkara yang kamu suka buat) tidak kisah di mana kamu berada.

Mungkin berkait, tetapi salah satu perkara yang aku paling menjengkelkan aku ialah orang yang mungkin mentalitinya lebih terbuka (atau mungkin lebih liberal) yang mengeluh tinggal di Malaysia dan selalu inginkan kehidupan di negara lain. Pada aku orang-orang beginilah yang diperlukan negara kita agar sedikit sebanyak boleh mempengaruhi mentaliti orang yang tinggal senegara. Anggapkan sebagai ‘tanggungjawab’ sosial yang terselindung. Kita asyik mengeluh tentang Mat Rempit atau rasuah atau pelampau agama tetapi siapa lagi selain dari kamu yang liberal yang boleh menyebabkan anjakan paradigma mentaliti masyarakat secara menyeluruh atau kecil-kecilan?

Azam bertanya…
Dua pilihan. blackberry bold 9000 atau iphone 3G S?

iPhone 3G S sebab tiada butang-butang kecil yang kamu harus picit di dalam tempat yang gelap.

Lopo bertanya…
Soalanya:
1. Boleh terangkan kenapa orang melayu suka sangat santau menyantau ni?
2. Pernah tak MM rasa dendam dengan seseorang? Apa tindakan MM?
3. Kenapa kat Malaysia jarang ada aktiviti crop circle? Dekat Kedahkan ada sawah padi?
4. Mana nak dapat cd atau ep Killeur Calculateur? Tak kira la kat kawasan utara atau selatan.

1. Sebab kita selalu dengkikan kejayaan orang lain dan bukan mengambil iktibar untuk memajukan diri sendiri. Walhal peluang semua ada, cuma terpulang kepada akal sendiri bagaimana untuk mengeksploitnya. Lagipun santau hanya akan berjaya jika kamu percaya. Kalau tidak percaya cubalah santau macam mana pun, tiada akan ada apa-apa kesan. Macam mamat ini.
2. Pernah. Aku beli baju ninja dan berlatih ninjutsu dan seni pedang katana. (Masa ini aku berumur 15 tahun.) Selepas aku rasa bodoh terfikir begitu aku mula kurangkan aktiviti-aktiviti berdendam dan belajar terus-terang dan bersemuka dengan orang-orang yang tidak puaskan hati aku.
3. Aku rasa kita terlalu taksub dengan toyol, jenglot, jin dan Nenek Keropok untuk kisahkan tentang cerita makhluk asing.
4. Tanya Killeur Calculateur sendiri.

James Cameron bertanya…
macam mana nak letak avatar dekat kiri?

Guna Gravatar.

Lontong bertanya…
Soalannya :-
1. Apa pendapat ko tentang dunia anime adakah ianya baik untuk pemikiran bagi orang berimaginasi, apakah ko rasa ia elok untuk pelajar2 muda kitaa, aku tengok banyak juga jalan cerita anime ini tentang persahabatan dan semangat tidak putus asa, apa pendapat ko tentang kebaikan dan kelemahan “Anime” nih.

Aku rasa seperti mana-mana budaya pop yang popular yang penting jangan terlampau obses, tidak kira anime, Akademi Fantasia atau Macam-Macam Aznil. Baik atau buruk aku rasa terpulang kepada individu. Pada aku anime bagus untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti, tetapi kurang bagus kerana membuatkan lelaki terimpi-impikan wanita yang mempunyai bentuk badan yang melebih-lebih dan kurang realistik. (Sama seperti komik dari Amerika.) Tetapi aku jumpa ramai perempuan yang berupa macam watak anime. Cuma kena pandai cari.

pleaselah bertanya…
macam mana kau control emosi kau bila orang selalu condemn kau, blog kau dan apa2 saja pasal kau. sebab kau sangat cool walaupun orang sentuh tentang hal peribadi kau. itu satu benda pasal kau yang aku sangat pelik dan kadang2 kagum. kadang2 saja. mungkin kau dah berumur dan lebih matang dari kami2 ini tapi aku sangat pelik juga.

Siapa kutuk aku? Cakap! Cakap! Setakat kutuk mengutuk aku tak rugi, mereka tak untung.

nM bertanya…
apa pendapat kau tentang pembaca kau?
 apa yg kau rasa pembaca kau suka di blog kau?

Aku lebih suka pembaca yang benci apa aku tulis dari pembaca yang suka sangat apa aku tulis. Kalau kamu sering marah dengan penulisan aku bermaksud kamu termasuk di dalam target market aku, dan sedikit sebanyak penulisan aku berjaya. Syabas! (Walaupun sebenarnya aku menulis bukan bermotifkan untuk menyinggung mana-mana pihak tertentu. Anggapkan sebagai satira sosial.)

skol bertanya…
mm,since ko tau byk tmpat mkn sedap kn,ko x nk bt ruangan ‘jalan2 cari mkn’ ke??

Tak nak. Ada banyak blog di blogosfera ini yang bertemakan demikian.

juliana bertanya…
pendapat MM tentang inter racial relationship? boleh tahan lama x?

Boleh jika ada sefahaman dan perasan saling hormat menghormati. Dan untuk jangkamasa panjang dan bercadang untuk serius meneruskan perhubungan aku rasa perlu ada lebih pengorbanan. Pada aku cinta (jika wujud) itu buta. Tidak perlu dipisahkan kerana benda-benda remeh seperti bangsa atau adat. Yang penting saling memahami dan sifat saling mempercayai satu sama lain. Dan perasaan yang kamu boleh saling bergantung antara satu sama lain, tidak kisah untuk apa perkara sekalipun.

anipmambo bertanya…
Can you shed some light on the emergence of ‘Bundle’ stores in Malaysia? Not that I patronize these shop, just something that crossed my mind

Kebanyakan kedai bundle di Malaysia mengambil stok dari Jepun. (Walaupun tidak terhad kepada Jepun). Di negara-negara mewah seperti Jepun misalnya, terdapat banyak pakaian-pakaian yang tidak diperlukan lagi dan dibuang. Dan daripada dibuang, terdapat orang-orang pandai berniaga yang mula menjual pakaian-pakaian ini yang dilonggokkan ke dalam kontena dan dihantar ke negara-negara yang mungkin kurang mewah dari Jepun (seperti Malaysia dan Selatan Thailand). Pakaian-pakaian ini akan tiba di pelabuhan-pelabuhan utama negara, dan diasing-asingkan menurut longgokan yang akhirnya dijual menurut berat longgokan tersebut. (Inilah asalnya perkataan ‘bundle’, yang bermaksud longgokan). Terus terang dari semua pakaian yang tiba dari Jepun, kurang 10% yang benar-benar berkualiti. Ini termasuk pakaian berjenama dan pakaian yang benar-benar vintage. Aku kurang pasti bila fenomena ini bermula, mungkin sekitar tahun 80an, yang kebanyakan dimonopoli oleh orang dari Pantai Timur yang mempunyai hubungan dengan peniaga-peniaga pakaian dari Selatan Thailand. Siapa tahu lebih perinci sila tinggalkan komen.

Di Jepun misalnya, pakaian-pakaian bundle diimport dari Amerika Syarikat. Terdapat pasaran yang amat besar untuk pakaian vintage di sana. Cuma bezanya di sana pakaian terpakai ini dibasuh bersih-bersih dan diletakkan di dalam butik pakaian yang ada kelas. Selain dari pakaian terpakai, terdapat juga pakaian lebihan tentera (Army surplus) yang juga popular bukan sahaja di Jepun, juga di Amerika. Malangnya pakaian lebihan tentera ini jarang masuk ke Malaysia. (Mungkin aku salah.)

miszcrowniq bertanya…
hye mR.MM..
1.kampung mR.MM ktne? adakah mR.MM mempunyai kampung?
2.mR.MM xrase hidup mR.MM tu membosankan atau kosong ke?
3.mR.MM kenapa aku rase pic mR.MM kt blog ni dh makin xbest arr..
anyway sowie byk tanye soalan personel..
thanks..

1. Kampung I kat Johor jerk.
2. Tak pun. I ok jerrrrrr. Hidup I banyak stuffs yang I look forward to taaaaau.
3. Tak best jgn datang leeeeer. I ok jeeeerk. Janji I puaaaas hati yo.

fatherhood bertanya…
Apa pendapat kau tentang Najib Razak? Kau suka dia sebagai Perdana Menteri Malaysia tak? (bukan berunsur politik)

Tak. (Jawapan juga tidak berunsur politik.)

king of kings bertanya…
encik MM,
sy ada wang terhimpun berjumlah rm75k skrg ini, asalnya nak ingat nak melabur ke dlm pasaran saham, tapi nampaknya macam tak ok. apa pelaburan alternatif yg boleh sy buat dgn rm75k tersebut? mohon bantuan sebelum sy wakafkan kpd mana2 masjid yg PRnya bagus.

Hmm. Aku tengah mencari pelabur untuk memulakan label pakaian/kasut dengan pereka muda terkenal, haha. Aku tidak tahu sangat tentang pelaburan wang, tetapi kalau aku, aku akan laburkan dalam aset yang aku rasa akan meningkat nilainya, simpan aset tersebut, dan jual ketika perlukan wang. Dan ulang semula sampai duit aku berganda.

Lontong bertanya…
MM Apa maksud, Om nom nom? :p

Nyam nyam.

Izz bertanya…
1.Apa pendapat MM tentang Hanis Zalikha. Pernah jumpa dia tak? Adakah dia seperti model2 lain yang berlagak dan sombong disebabkan mereka ‘model’ la kan!

Tidak kenal secara peribadi. Model-model yang aku kenal secara peribadi sebenarnya tidak berlagak dan tidak sombong. Yang berlagak dan sombong hanya model yang tidak laku atau baru berkecimpung dalam bidang modelling dan tidak tahu selok-belok. Tetapi baik atau buruk keperibadian mereka Cerita Lain, semestinya.

tiputapibenar bertanya…
Apa lauk kegemaran MM bila berbuka puasa dan bersahur dan menu apa yang MM MESTI makan apabila balik beraya di kampung.
Berapakah purata duit raya yang MM peruntukkan untuk anak saudara MM yang berumur :
1 – 12 tahun kebawah
2- 12 hingga 18 tahun.
sekian.

1. Teh Ais kole gelas besar dan buah kurma. Untuk hari raya di rumah aku makan ketupat dengan kuah lodeh, sambal kacang, sambal goreng dan ayam masak kicap (yang dimasukkan bersama kentang goreng). Om nom nom.
2. RM20-50 sahaja.

Yang lain aku akan jawab dalam Episod 2. Pening!

Popularity: 41% [?]

Responses (16)

  1. Pegasus says:

    Nenek Keropok… wahaha.. nama-nama hantu di negara ni lagi kreatif dr nama orang kebanyakan.

  2. aku suka bac soalan dan jawapan kat blog ni

  3. artfuldodger says:

    i have a question : who’s the artist of the stolen picture?

  4. pali says:

    uuuu..ntah aperrrr-aperrr la u answerrr dat gurll nyeee quesstion..(aku pun turut berasa janggal untuk taip wording dia ni)

  5. giggle says:

    MM nak collabo dengan pereka muda yang pernah design apparel untuk PUMA tu ke?

    kenapa MM memilih mode perniagaan sub-culture, dan bukan mainstream approach seperti Kopi Janda, Nasi Lemak Minimalist, mahupun UPtrend2U?

    kalau MM adalah seorang yang berjawatan di dalam EPU, apakah new economic growth model yang MM akan sarankan berdasarkan pemikiran MM sendiri?

    Berapa bulan MM tunggu Satria Neo tu keluar? kita tengah plan nak beli Neo CPS tapi orang cakap waiting period nam bulan.

    Memang celakak la ennn?

    • giggle says:

      peh aku main masukkan je email paul tan tetiba keluar lak gambo dia. sharp gila paul tan. relax paul im just playing around with your email addy mate.

  6. mizzy N says:

    Turun naik (kome? visitor? bla bla?) tidak penting. Yang penting masih wujud.

    bagusnye. bleh buat motto la.

  7. kalu ada cendol pada jam 11 pagi nih chare gak.

  8. tasyaaziz says:

    hahahaha! word of the day=celsium!

  9. Jila Jenglot says:

    king of king,
    invest dalam forex. easy money

  10. lidah says:

    awek ni nampak kinky habis.uwh

  11. cantik lah gambar curi tu

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes