August 23, 2009 10

Tanya Abang Minimalis Musim 14 Episod 2.

By in Tanya Abang Minimalis

kurik bertanya…
mm, 
what do u think of the hardcore scene here in malaysia? myhc?

Aku tidak fikir apa-apa.

pitery bertanya…
mm,
baju raya tahun nie kaler ape?
thanx..

Sama seperti warna baju raya tahun lepas, dan tahun sebelumnya, dan juga tahun sebelumnya. Secara jujur selain dari makanan, Hari Raya bukan satu hari yang aku tunggu-tunggukan setiap tahun. Banyak sangat soalan dan persoalan.

Jenglot bertanya…
mm ko budak sekolah asrama penuh ke?

Untuk dua tahun sahaja, ya.

hassan bertanya…
macam mana nak hilangkan spare tyre?

Ini cara aku. Semenjak aku mulakan tiga bulan lepas aku rasa perut aku semakin kempis dan menampakkan definisi. Cuba jangan tak cuba. (Ada 5 klip dalam siri ini jadi lihat semua, OK?)

ryurisora bertanya…
mm, kalau darurat H1N1, sume IPT, opis cuti ke?

Tidak. Untuk maklumat lanjut sila cari di The Star Online.

ema bertanya…
1. apakah kepentingan tuisyen kepada pelajar? adakah perlu?
2. adakah air mineral itu betul-betul mempunyai mineral-mineral yang bagus untuk badan?

1. Pada aku tidak perlu kalau terbukti yang guru biasa di sekolah mengajar dengan cara yang betul menurut apa yang disarankan Kementerian Pendidikan. Malangnya tidak semua guru di luar sana yang benar-benar pandai mengajar apa yang patut dipelajari. Terlalu bermotivasikan peperiksaan dan keputusan.
2. Jangan kelirukan air mineral yang dibotolkan dengan air paip yang dibotolkan. Sudah tentu kandungan mineral di dalam air paip kurang dari yang boleh diperolehi dari sumber air mineral sebenar. Let the buyer beware. Buat penyelidikan tentang sumber air sebenar jenis ‘air mineral’ yang kamu minum. Tidak silap aku banyak air yang dibotolkan di Malaysia (dan juga negara lain) hanyalah air paip yang diproses dengan mudah dan dibotolkan.

dewi bertanya…
MM, ape tujuan u idop ?
MM, penah tak tgk org nazak nk mati?

1. Tujuan aku idop ialah untuk menjadi orang yang berguna.
2. Tak.

american express bertanya…
nak tak kalau saya belanja awak makan sambil sembang2 pasal topik yang awak pernah keluarkan sebelum2 ini dan hal2 dunia.saya fikir awak ada pemikiran yang bagus untuk berkongsi maklumat bersama.

E-mel sahaja ke mminimalis at gmail dot com.

mcm2 pe’el bertanya…
1.) ko rase afdlin shauki ngan harith iskander ade persamaan tak dgn jack black dgn kyle gass?
2.) bile agak2nye malaysia boleh keluarkan tv series mcm LOST ?
3.) ko rase bile agaknya team bolasepak malaysia akan masuk World Cup final?
4.) kenape ade SRJK (c), SRJK (t).. tapi takde SRJK (m) ? anak ko masuk SRJK mana?

1. Mungkin ada persamaan. Afdlin boleh menyanyi dan Harith pandai bermain gitar. Tentang pandai berkarya atau tidak Cerita Lain. Tiada komen.
2. Bila jumlah penduduk Malaysia mencapai 304 juta penduduk (seperti Amerika Syarikat) dan pasaran Malaysia mampu menampung kos pembikinan dan pemasaran siri TV yang mampu menelan belanja berjuta-juta ringgit.
3. Bila hanya 32 pasukan dari dunia yang bertanding.
4. Sebab secara teknikalnya sekolah rendah biasa sudah menepati kriteria tersebut. Dia belajar di sekolah agama swasta.

nt bertanya…
God is Time?

www.google.com

crazy_labelle bertanya…
arsenal2… lu sokong fc mne?

Aku tidak minat sukan bolasepak.

ioji ^ ^, ) bertanya…
abang, saya nak tanye pasal seks dengan bomoh.
1. adakah perempuan yang mengamalkan nasi kangkang melakukan seks dengan bomoh?
2. adakaah tok bomoh sendiri yang nakkan seks atau perempuan tu yang nak seks dengan bomoh?
3. Adakah golongan artis/model melakukan seks dengan bomoh?
4. Apakah tujuan atau matlamat seseorang itu melakukan seks dengan bomoh?

1. Bergantung kepada bomoh. Tidak silap aku tidak perlu bomoh untuk memulakan industri nasi kangkang besar-besaran.
2. Bergantung kepada bomoh.
3. Aku tidak hairan jika ada.
4. Untuk ‘berubat’ atau mendapatkan ‘kuasa’ ataupun bertemanlelakikan/bersuamikan bomoh.

suami lalat bertanya…
MM.
1) Siapa Tuhan kamu?
2) Siapa rasul kamu?
3) Apa kitab kamu?
4) di mana kiblat kamu?
Jeng je jeng…

Tidak baca panduan bertanya soalan ke? Jeng je jeng

Z bertanya…
nasik kangkang sedap dengan lauk apa?

Kari ayam.

dyla R bertanya…
nak tanya jugak. basuh kereta sendiri atau carwash?

Carwash.

astro caj RM12 bertanya…
kau dah mandi wajib ke.

Belum.

jiah bertanya…
camne nak larikan diri dari makcik2 yang annoying?

Laju-laju.

kim bertanya…
arabyrd tu best sangat ke? tak nak buat tafsiran arabyrd ke?

Tak nak.

zoowee bertanya…
perempuan, pakai dress dengan leggings. cantik atau jelik?

Cantik tapi hanya jika memakai leggings panjang hingga ke buku lali, bukan leggings senteng yang sampai tengah betis. Lagi-lagi yang berwarna putih. Memang tidak menarik langsung. Ala-ala fesyen kampung yang ingin nampak urban.

videotape bertanya…
broadband apa terbaik?

Secara jujur buat masa ini broadband terbaik ialah talian Streamyx 4MB. Tidak banyak masalah dan konsisten. Aku tidak sabar menunggu projek High Speed Broadband yang menggunakan kabel optik fiber yang bakal muncul tahun hadapan!

watak lain bertanya…
pendapat mm tentang pemikiran sosialis ‘utopian’ dan Marxis serta membandingkannya dengan sistem pemikiran liberal.

Pada aku lain sama sekali. Sosialisme atau keadilan sama rata dari segi tanggungjawab, tanggungan dan keuntungan sebenarnya tidak liberal langsung. Sosialisme ialah struktur sosio-ekonomi serta politik yang dijanakan oleh pemimpin serta parti politik sosialis dalam sebuah negara. Bezanya dengan pemikiran liberal ialah sosialisme mampu dijalankan tetapi mungkin tidak diterima di peringkat individu. Liberalisme mampu wujud dari peringkat individu, dan mungkin lebih berkesan di peringkat ini. Liberal yang aku maksudkan ialah keterbukaan mentaliti yang mampu menerima (dan kemudian memikirkan secara objektif) idea serta idealisme yang mungkin berlainan dari apa yang ditanam di dalam minda dari kecil, dan mungkin tidak bersangkut paut dengan fahaman politik, perkauman atau agama. Ini pemahaman aku-lah.

Pixie bertanya…
Ais krim ape paling sedap?

Paling sedap bagi perempuan ialah ais krim daging. Mungkin untuk sesetengah lelaki juga.

jalang bertanya…
what is your definition of good sex?

Bila orgasme bersama.

Popularity: 24% [?]

10 Responses to “Tanya Abang Minimalis Musim 14 Episod 2.”

  1. skol says:

    ais krim daging??haha..damn..nice one

  2. z says:

    ais krim daging sedap dengan lauk apa?

  3. Zirkon says:

    MM,

    HSBB tu baru akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2012 ke atau TM akan buat secara berperingkat? Contoh macam tahun depan Klang Valley dapat dulu, tahun berikutnya Seri Iskandar pulak..camtu ke?

  4. fahrulazmi says:

    pasal project fiber optic: skang ni TM tengah cuba try test. kawan aku rumah dier kat SS2 dan ayah dier orang TM dapat test. HD siot. tapi aku x penah berkunjung tgk lagi. haha.

  5. rizasan says:

    hola holi MM,
    di sbbkan ko mmg cerdik pengetahuan,aku nk tnye soklan mengenai traveling untuk asgmt aku, jenama beg traveling apa buatan msia?arap dpt tolg aku.

  6. apan says:

    cikgu, perkataan menyampah kata dasarnya sampah ke?pelik semacam je bunyik. cuba terangkan dengan panjang lebar boleh?muskil ah

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes