10 Perkara Yang Aku Perhatikan Tentang Peniaga Melayu.

Posted on Tuesday, August 25th, 2009 at 20:24

Orang kita memang suka berniaga. Asalkan boleh dapat wang ringgit, memang gembira. Jadi di sini aku ingin membincangkan bersama pemerhatian yang aku buat tentang peniaga-peniaga Melayu. ‘Peniaga Melayu’ di sini merujuk kepada perniagaan yang lebih konvensyenal dan umum, bukan pengusaha blogshop misalnya. Aku rasa mungkin aku ada menyentuh tentang kandungan senarai di bawah di dalam nukilan-nukilan lama, tapi tak mengapa, aku senaraikan juga. (Ingat, ini semua subjektif, ya?)

1. Suka Meletakkan ‘De’ atau ‘D’(nama perniagaan)’ Sebagai Nama Perniagaan.
Contohnya Restoran De Kayu, D’Tomyam, Kedai Baju De Murni, Klinik De Mam, Pinjaman Wang De Posit. Paling terkenal mungkin restoran yang dikendalikan FELDA, D’Saji, yang memang terkenal dengan pakej jamuan perkahwinan mereka. Aku tidak faham rasional penamaan sebegini, mungkin untuk kedengaran lebih ‘Perancis’, walhal sebenarnya lebih kepada lebih ‘kampung’. Aku rasa pasaran bidikan mereka mungkin teruja dengan penamaan begini. Pendek kata asal ada unsur Mat Salleh sedikit, boleh jalan.

2. Kejayaan = Kualiti Merundum.
Ini biasa aku lihat, terutamanya dikalangan pengusaha restoran. Bila sudah popular sedikit dan mula berkembang ke premis yang lebih besar misalnya, makanan kegemaran kamu yang kamu selalu pesan apabila bertandang ke restoran tersebut tiba-tiba menjadi kurang enak. Layanan istimewa yang dahulunya diberikan kepada kamu seolah-olah sudah dilupakan. Harga makanan semakin naik, restoran menjadi semakin cerah (akibat jumlah lampu kalimantang yang meningkat) tetapi kualiti dan mutu semakin merundum. Apa cer?

3. Suka Dengki Mendengki.
Apabila perniagaan mendapat kurang sambutan (apabila kualiti makanan merundum, jahitan senget, alat kelamin semakin longgar), mulalah menuduh ada pihak-pihak tertentu yang berhasad dengki, walaupun sebenarnya diri sendiri yang salah. Puuuh kiri, puuuuh kanan, wang ringgit dibazirkan membeli artifak aneh yang kononnya boleh menjadi pendinding. Apabila dapat tahu yang si polan ini yang kononnya mencemburui perniagaannya, mulalah ‘menghantar’ itu dan ini, dan aku tidak maksudkan hadiah-hadiah atau hamper makanan. Apabila peniagaan kurang laku, mulalah cari bomoh Siam yang boleh membekalkan ‘pelaris’ agar perniagaan lebih maju. Jangan hairan kalau jumpa tampon terpakai di dalam kari ayam kamu.

4. Boros/Berlagak Bila Perasan Berjaya.
Apabila mula dapat wang sedikit, mulalah bazir duit. Baru dapat balik kos modal, sudah bertandang ke kedai kereta mencari kereta BMW 5 Series terpakai. Mula pergi bertandang ke blog-blog selebriti tanah air yang penuh dengan gambar artis ‘terlampau’ yang bersosial untuk dijadikan bakal isteri, insyaallah. Memang tanggungjawab kamu yang mampu untuk membimbing artis-artis yang sesat ini, bukan? Memang mudah pun untuk berkawan dengan artis-artis gred B ini, bela misai tebal, bawak kereta separa mewah dan lepak di sekitar kawasan Ampang atau The Curve.

5. Kurang Pandai Berkembang Lebih Maju.
Untuk perniagaan yang ada potensi pula, selalunya tersekat di tahap yang sama. Tidak pandai menggunakan kemudahan yang ada (seperti pinjaman SME, forum serta kaunseling perniagaan) untuk terus maju ke hadapan. Pada mereka jalan yang senang (sehingga boleh mencapai wang berjuta-juta) semuanya terletak di laman-laman web yang menjual maklumat untuk skim-skim Ponzi. Atau main kutu.

6. Tidak Pernah Bersedia.
“Adik, ada duit kecik tak?” Ayat yang memang sebati dengan peniaga Melayu. Kalau aku hendak guna duit kecil aku akan guna vending machine.

7. Melayu Kena Tolong Sama Melayu.
Walaupun motto ini sebenarnya tidak salah, tetapi motto ini mungkin sedikit sebanyak menghadkan kemampuan sebenar mana-mana peniaga. Akibatnya muncullah kronisme. Walaupun ada banyak calon lebih baik dan mampu di luar sana, akibat kronisme, kerja serta kontrak diberikan kepada anak buah atau keluarga terdekat sendiri, walaupun memang sah si ahli keluarga itu kaki joli yang boleh menghabiskan wang RM1 juta dalam 10 hari. (Lihat No. 4) Kalau aku berniaga, aku tidak kisah. Keuntungan dahulu, keluarga kemudian. Kalau aku sudah untung, keluarga aku pun akan untung. Buat apa beri peluang kepada keluarga sendiri yang hanya akan merugikan usaha titik peluh kamu, bukan? Selidik dan kaji dahulu!

8. Suka Taktik Hutang Budi.
Dalam banyak-banyak jenis orang, orang apa yang paling diminati? Orang dalam. Orang dalam yang boleh memudahkan segalanya, dari proses ambil lesen, bayar saman, menang tender, isikan borang dan sebagainya. Aku rasa ini berkaitan dengan senaraian No. 7 di atas, tolong menolong akan sedikit sebanyak membuatkan yang ditolong rasa terhutang budi. Dan orang Melayu memang suka berhutang, dari hutang budi hinggalah ke hutang Courts Mammoth. Lihat sahaja kemelut kerajaan Negeri Selangor, ramai yang ‘nama naik’ akibat hutang budi. Memang senang hendak berjaya dalam perniagaan apabila kamu paksa orang lain untuk berhutang budi dengan kamu. Kalau mereka tidak mahu bayar hutang, sila ungkitkan waktu-waktu kamu ‘cover’ si pemiutang tersebut. Mudah.

9. Perosak Pasaran Iklan.
Impian utama semestinya membuat iklan barangan di televisyen. Lagi-lagu peniaga-peniaga yang mengusahakan kosmetik yang menggunakan nama sendiri sebagai nama produk dan muka sendiri sebagai model layandiri. Muka kapal pecah pun tidak kisah, kita ada Photoshop, bukan? Yang ada belanjawan akan terlebih belanja membuat iklan-iklan gambar soft-focus berambut besar yang penuh dengan muka sendiri terlebih mekap, yang kurang wang akan buat iklan statik yang pastinya akan ada muka sendiri juga. Kalau tidak percaya tonton tv sejurus sebelum waktu berbuka puasa. Ada banyak. Kalau dulu kita ada ikan Kaka, Ding Dang lakonan Mat Sentul yang diterbitkan pengusaha makanan ringan tidak berkualiti, sekarang kita ada pengusaha produk kecantikan.

10. Suka Name Drop.
Aku kurang pasti istilah name drop dalam Bahasa Malaysia, mungkin kita boleh istilahkan sebagai penyalahgunaan nama orang lain. Lagi-lagi yang ada gelaran Datuk dan Tan Sri. Ini tidak termasuk menggunakan gambar ketika bersalam dengan PM apabila terserempak di Pasar Besar Selayang lagi. Baru sekali bersalam dan bergambar sudah rakan sehidup semati kononnya. Tidak boleh maju dengan nama sendiri ke? (Eh boleh, lihat No. 9) Kononya ini kenal ‘orang dalam’ lah. Senang berniaga.

Popularity: 81% [?]

Responses (83)

  1. riri says:

    akhirnya MM ada ilham utk menulis semula. tahniah

  2. crazy_labelle says:

    bak wet raya skit

  3. Kaka says:

    see, tak sia-sia u come to my house lalu pasar selayang. aha.

  4. 1412 says:

    1. contoh lain: bla bla kopitiam, bla bla corner, bla bla bla cafe.

    2. contoh terbaik: nasi lemak antarabangsa. overrated.

    • vigosss says:

      bila member akuciter pasal nasik lemak antara bangsa.
      aku orng pertama akan perlekehkan rasa nasik lemak tu sendiri.
      tak sedap mana pun

  5. azzam?? says:

    konsep D’ tu pengaruh D’Artagnan dari 3 musketeers tu…

  6. dah lama aku rindu artikel sebegini.

    peniaga melayu kurang jalan sebab mereka tak boleh join mat saleh/chinese sewaktu berurusniaga ditemani wine? link/orang dalam/networking tu penting kalau mahu ke peringkat yang lebih tinggi.

    aku mahu quote kata boss(chinese) aku: “melayu ke cina ke, susah nak pergi peringkat global selagi dalam company mereka tak ada mat salleh”

  7. d7 says:

    hahaah
    tiba2 aku pun terkena tempias ‘D’ tu jugak!!
    lol
    anyway, finally MM kembali menulis!!
    yeayyyy!!

  8. Ferdows says:

    Welcome back!
    Berapa ribu atas meja tuh MM? Biasa bawa cash money banyak ke kalau keluar? Haha

  9. Lontong says:

    Aku masih xpaham lg dgn perkara no.6, dan smpai skrg aku mmg piss off ttg perkara itu, slpas ini aku akan sentiasa mmbawa ‘kantung’utk duit2 syiling, damn sucks!!

  10. Kap says:

    “Jangan hairan kalau jumpa tampon terpakai di dalam kari ayam kamu.”

    *Telan ait liur*

  11. malia says:

    name-dropping = menyebut nama orang-orang terkenal :)
    (Sumber: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

  12. vigos says:

    pasal yg letak nama awalan De dekat nama
    kedai2 dorang tu memang nampak tak releven.
    jual jambu pun letak ‘De’ atau D` sahaja.
    wakakkaa.

  13. PakciQue says:

    No. 1-Kalau aku guna D’ mungkin sebab nama aku bermula dengan huruf D

    No. 3-Hasat dengki dalam berniaga memang tak asing dalam peniaga melayu.

  14. dontdrinkmilk says:

    pergi kedai runcit sekecil-kecil kedai India pun ada duit tukar. Pergi restoren yang kelihatan gah, bagi duit RM10 mesti tanya lagi ada duit kecil tak?

  15. 11. Menyelitkan unsur-unsur Islamik untuk mendapatkan keuntungan.
    Dari ubat gigi hingga ke penapis air dan mungkin juga suatu hari nanti baju dalam, pasti akan diselitkan dengan unsur-unsur Islamik yang bertujuan hanya untuk memenangi pelanggan Muslim dengan label Islam, padahal produk/perkhidmatan yang diberikan itu mungkin tidak mengikut standard Islam, malahan mungkin lebih teruk dari standard yang telah dicapai oleh orang bukan Islam.

  16. FZ says:

    name drop – petik, atau jual nama.

    jom lepak d’limau nipis takpun briyani d’bangi.
    lame.

  17. miszcrowniq says:

    mr.MM tu duit sape??
    bak sikit..

  18. MatPit says:

    Ada lagi satu,suka guna nama dan warna-warniii tiga palang…..

  19. itafukada says:

    mmg btul sgt2la tu..
    setuju benar..

  20. Lontong says:

    Ada satu lg la MM ko lupa, nama kumpulan D’Riyadh..hehe
    http://ms.wikipedia.org/wiki/D%27Riyadh

  21. fa:scinating says:

    ei, kenapa kan, diaorg yg berniaga kat bazaar tu, suka takmau letak papan harga makanan?

    btw, D’ & De, hahahaha!!!

  22. awek manjung says:

    ada satu kedai makan tu letak gambar framed siti nurhaliza tengah minum kat kedai dia, pastu kalau orang tanya kata Siti regular kat situ, ropa-ropanya ada la sekali Siti minum kat situ sebab letih shopping..ntah apa apa ntah..

  23. jack lingam says:

    bengong semata mata. semua yang kau lihat tak semesti nya benar. aku kerja kat tempat melayu takde pon benda benda sebengini.

    mungkin style mafia kami yang buat kami tip top.

    oh ya. semua komen komen yang di beri olleh pembaca kesayangan kau majoiriti tulis pasal kedai makan.? apa cer?

    ingat melayu pandai buat teh tarik je ke?

    haih. terlampau minimal obserbvasi kau. apadehal, kau pon peduli apa ye tak?

  24. bart says:

    hah! 100% agreed with everything. lama MM tak tulis perkara subjektif macam ni. layan gak aku baca sampai habis.

  25. diloz says:

    bila aku baca tajuk je aku dah tahu,
    #6 mesti ada.

  26. NeEM says:

    De Putih. De Wajah.
    D’Pipi. D’Hidung. D’Dahi.

    Payuda.

  27. lila says:

    mmg betul. MM, welcome back! finally something entertaining. we missed u!

    i agree on the D and De thingy. WTF

  28. s says:

    guna D sbb nnti tak popular kut.

  29. diu says:

    satu benda aku perasan pasal melayuminimalis ni..mesti dia dengki ngan org lain yg boleh afford BMW 5 series. Tak kira laa dia “Azman” ke, “peniaga melayu” ke “mamat MLM” ke..mesti dia nak mention pasal orang2 yang boleh afford BMW 5 series(rujuk entry yang lepas2)

    dah gaji kau kecik..dah kau mampu beli Neo aje, bersyukurlah..bukan diorg pakai duit RM 50 kau yang 4-5 keping kat atas tu pun…jauh sekali duit mak abah kau..

    tulah kau, kerajaan bagi scholarship belajar luar negara, supaya balik dapat kerja yang best2, dapat beli keta best2 mcm BMW 5 series, tapi kau gagal di tengah jalan, pastu dapat mediocre job, lagi mau dengki ngan orang lain yang boleh beli keta lagi besar dari kau..

    memang melayu tipikal lah.

    • evertan says:

      haha. hidup lagi budak pulau ni.

    • ststst says:

      diu,funny lah you niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    • Boo says:

      Even though I’m pointing out the obvious, aku rasa kau dah tertinggal point komentari-komentari dalam blog ini.

  30. jibone says:

    “10 Perkara Yang Aku Perhatikan Tentang Peniaga Melayu.” Malangnya, kesemua sepuluh pekara semuanya nagatif, tak ada satu pun yang positif yang diperhatikan tentang peniaga Malayu.

  31. kerepek says:

    Apa nama “mat” lutsinar dibawah MBP anda?

  32. ★mariam★ says:

    haha. normally yg aku salu perhati. dorang tak layan customer sgt. dah la kite na bg duit kat dia. layan nak tak nak je. baik g mamak, lom masuk lg, mamak da panggil! tu pandangan aku je la..

  33. buntakkulau says:

    when no. 6 happens to me, i’ll usually tell the shopkeeper or makcik gerai, i’ll come back the next time to pay up. most of the time, i don’t mean it, though. pfft…

  34. izat says:

    ah. melayu. racist selalu x kena tempat. org cina racist2 pn memajukan bangsa mereka. tlg bangsa sendiri bila ada mutual benefits selalunya.. bkn sbb berhutang ‘body’ ke apa. plg mls pelayan yang x reti melayan. nama kau pun ‘pelayan’ kot.

  35. fndrocka says:

    diu..tu lebih dari 4-5 keping wehh..tebal lagi..

  36. muhamad says:

    betul la ape lu ckp.semua mcm tu.
    hangat2 tahi ayam je yang lebih.

  37. gaikoku jin says:

    My pet peeve is #6.Selalunya I’d tell them – Kalau dah ada duit kecik saya dah bagi tadi.

  38. ika says:

    congrats..sbb menulis blik. gud job*-*

  39. manusia says:

    kau pikir semua peniaga melayu mcm tu ke?
    cube ko list 10 perkara tentang melayu moden yg rosak moral plak…msti x dpt kan
    sbb ko sndiri pon dah x mcm melayu dah….mcm org barat…idup dgn arak, pompuan sana sini,terlompat2 dlm club mlm,clubbing sini clubbing sana…
    kritik org pandai….kritik diri sendiri tak tawu lak

    • diu says:

      rilek lah..mamat melayuminimalis ni pendengki orangnya…mmg tak sah kalo tak kutuk orang yg lebih berjaya dari dia..gitaris klphq dulu pun ada cakap kat aku..melayu minimalis ni dulu selalu lepak kat loft, sambil ngorat2 awek kat situ, pastu kalo awek tu tak layan, dia mula lah, kutuk2 awek tu dgn laungan suara yg kuat ejek cara awek tu berpakaian etc. hehe..budak2 sungguh perangai

      • skol says:

        haha..ntah pape la korg ni..its a general observation and an opinion..dah die rase mcm tu,bkn nk kutuk..korg tu je sibuk nk kutuk org..get a life dude

  40. 1st point tu tepat sekali!

  41. fahrulazmi says:

    ni first artikel yg aku baca kat blog ni. diperkenalkan oleh kawan aku. best dan penuh makna. keep it going! ;)

    orang melayu memang ramai macam tu. paling kesian yang jadik mangsa peniaga2 ni. adeh…

  42. Xam says:

    Alahai..ini kan blog MM.Itu pemerhatian dan pendapat dia.Kan subjektif katanya.Apa kata anda yg ada blog tu buat artikel sendiri.Contoh “10 perkara tentang melayu moden yg rosak moral”.Bagus juga rasanya.

  43. mUz says:

    kt gerai2 kecik minta duit kecik aku maseh xkesah.
    aku penah di tnye “xde duit kecik ke? dh tahu ade payment sen2 ni..” di bank BSN

  44. Ayyman R says:

    Ada duit kecik tak tu paling tak best bila jadi. Hish

  45. brggh says:

    sekarang ada trend baru aku tengok kat tv3 (iklan SME’s jual kosmetik)

    instead o “D’”, sekarang guna “B’”

  46. Boo says:

    1. Secara kebetulan, Topik D’ atau De dikalangan usahawan Melayu adalah jenaka berlari (running joke?) antara aku dan kawan-kawan aku.

    9. Terlalu benar.

    Satu lagi, usahawan Melayu gemar menggembar-gemburkan ejaan perkataan Bahasa Inggeris seperti ‘shoppe’ atau menambahkan huruf ‘Z’ dihujung nama seperti ‘Wanz Cafe’. Kononnnya mencari kelainan.

  47. RM says:

    entry ini bagus.
    bukan memuji tapi bersetuju.

    pada yang tau baling batu sembunyi tangan tu, macam bagus je. kalau tak suka (benci) membaca entry satira, rileks sudah. jangan datang lagi. kalau jenguk semata-mata nak tengok respon komen kau tu, nampak sangat kau juga hasad dengki. ya betul, get a life la.

  48. memelayot! says:

    memang boleh aku kata benar juga isi entry ni.melayu,melayu.
    macam-macam perangai yg aku pun mgkin ada buat tanpa aku sedar

    mgkin aku pun lemas sama dalam circle melayu ni
    tanpa aku sedar,kan

  49. kalau kamu sudah mula fikirkan yang mungkin kamu pun lemas, itu maksudnya kamu telahpun mulakan langkah pertama.

    teruskan.

  50. Tengok gambar hiasan untuk kali ni;
    ala-ala gambar penggiat MLM yang selalu diorang upload kat facebook dan friendster lah.

  51. apan says:

    nt ak nak bkk kedai nama stat ngan MM bley x?cth, MM’Tomyam, MM’Kayu, MM’Bank ke..kalo MM tu cm sesuai ntuk kedai makan je sbb bunyi die menarik.

    name drop tu mmg lumrah.untuk ‘pelaris’ la katakan sbb bukan sume customer pk cam ko la mm.org baca blog ko baru tersedar (kot?).

  52. rashdy says:

    pasal perkataan D tu dh mcm satu trend, kang kalau letak E, lainpulak jadinya, mcm E’nasi kandar, jadi mcm eee…nasi kandar, mcm tak sedap nasi kandar kt situ, what ever ni cuma gurau jer, ada juga kebenaran nya kata MM, tapi tk semua melayu cam tu, sbb azali lagi melayu bukan keturunan perniaga tk mcm cina, kat mana letak pn boleh hidup.

  53. amir says:

    Yang no 6 tu (tiada duit kecik), kita patut jawab, “kalau ada dah lama saya bagi!”.

    Cerita pasal kedai makan Melayu ni, teringat pula pada bapak kawan aku. Dia memang anti kalau nak bayar tapi kena pergi ke kaunter, sebab dia lebih suka bayar dari tempat duduk dia. Kalau ada pelayan yang suruh dia pergi sendiri bayar kat kaunter, dia marah lalu bayar juga dan minta baki. Perkara ni susah nak berlaku di kedai mamak.

  54. G says:

    LOL @ #1.

  55. madulazat says:

    #1 duh..dah tak bleh buat apa2..peniaga nak tunjuk pandai..tapi salah sebenarnya…D’ untuk A E I O U sahaja..huruf2 yg lain guna De, Des…sama juga dgn l’, la, le, les..cuma dimana nak guna tu kena tahu..Le français dgn La France lain tau…wahai Melayu..Parlez-vous français? tak faham? gi belajar Perancis dulu barulah menggatalkan tangan untuk letak bahasa ni kat signboard…kalau guna bahasa Melayu apa salahnya?

    • Mbah surip says:

      hahahaha betul tu bro tak yah ckp skrng la dulu2 pun ada kumpulan kugiran les skinchan jaman pop yeh yeh, satu lagi katkampung aku dulu ada band Les Purnama tu weh wakakaka, dorang sumer ni nak kata bodo, tapi ade restoran or business but still tak tau grammar, well pendek citer it about time the regime to step down or else our people will still stuck in pre-historic time wakakakaka..Cheer!!

  56. llll says:

    tulis la pe pon..msti org puji..lwak btol.

  57. AN says:

    saya sangat sangat suka dan bersetuju dengan entry ni.
    terima kasih kerana menulis MM!

  58. ururu says:

    sume statement diatas adelah benar… dan benar semate mate benar.
    nih la orang Melayu.. imaginasi kurang.. nak kate malas berfikir.. rajin pulak dia bukak kedai.. nak kate mudah lupe.. itu Mahathir sorang je mudah lupe.. tak caye sila rujuk no.8 , menunjukkan statement Mahathir adelah salah.. Melayu takkan lupe.. haha!

    bab tuka resepi bile dah berkembang tuh tak best… dah ilang originality dia.. dah x sedap.. serius let down kalau cenggitu.. cam restoran Bilal lebuh ampang.. dlu beriyani ayam goreng dia takleh kalah.. restoran pun 2 tingkat.. skang 1 tingkat pun x ramai org datang sejak dia tuka resepi beriyani dia.. hadui! pastuh tak reti2 nak tuka balik resepi lame?

  59. Sylarius says:

    Yaa. Aku suka entri kali ini. Amat seronok untuk dibaca dan diteladani oleh aku.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes