OT! (Oh Tuhanku! = OMG = Oh My God!) Bahagian 32.

Posted on Thursday, September 3rd, 2009 at 01:39

Sangkaan aku meleset. Aku sangkakan versi ‘abang’ siri Panasonic Lumix LX-3 iaitu LX-4 akan keluar awal tahun hadapan dengan lensa format Micro Four Thirds, tetapi nampaknya Panasonic betul-betul ingin melawan Olympus PEN E-P1 dan mengeluarkan kamera mereka lebih awal. Panasonic Lumix GF1 nampaknya menggunakan skema penamaan siri G (seperti Panasonic G1), dan menggunakan lensa format Micro Four Thirds, tetapi secara luarannya tidak banyak berbeza dari Lumix LX-3.

Dan dengan itu aku mengumumkan bahawa aku ingin menjual kamera Lumix LX-3 hitam aku dengan harga RM1200 sahaja, (boleh dirunding.) Baru digunakan dari bulan Mac tahun ini, tidak sampai setahun, dan masih di dalam keadaan baik. Aku akan sertakan segala aksesori (kecuali external flash yang aku ingin simpan). E-mel aku di mminimalis at gmail dot com jika berminat.

Sebagai bonus seperti yang aku sangkakan, aku sertakan gambar kamera Leica yang akan diumumkan pada 9hb ini, iaitu kamera GF-1 versi mereka, Leica M9. Leica X1. Seksi nak mampus.

9-02-09leicax1

Popularity: 33% [?]

Responses (20)

  1. 1412 says:

    berapa harga di pasaran? RM3000 ke?

  2. Blue Sky says:

    citarasa kau sungguh menarik!

  3. fielding says:

    gf1=girlfriend number 1
    =P

  4. Ami says:

    damnson, kalau lah u thought of selling a month ago! :(
    but i think i know who wants it, i’ll let you know!

  5. Ait! says:

    Wah, Hampir batal puasa aku..
    Lumix aku dah padam.
    Macam nak angkat je MM punya LX-3 tu,
    tapi duit aku pun padam jugak la :(

  6. the says:

    MM..that s not M9…Leica X1 if im not mistaken

  7. eyz says:

    sungguh seksi!

  8. kita says:

    biasa je.

  9. hanim says:

    Mr.Minimal,

    You’ve got mail :)

  10. memelayot! says:

    jadinya,format nya ialah 2x jg la ya?
    kecik2 dah kamera skang

    udah xbagak-bagak lagi
    lagi-lagi keluarga four thirds ni

    aku slalu imagine size begini dan full frame
    pasti aku kumpul duit nk beli

  11. zaX says:

    Hmmm, ari tu jumpa tak cakap pun nak jual…

  12. hari tu belum announce GF-1 MAAAAAH.

  13. f says:

    digital leica’s are NOT cool

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes