jalang bertanya…
perempuan atau lelaki yang lebih promiscuous?
Aku rasa tidak bergantung kepada jantina, tetapi bergantung kepada pendirian individu tersebut. Monyet bonobo misalnya, memang amat jalang, dan menggunakan seks sebagai satu bentuk interaksi sosial yang biasa.
qwerty bertanya…
cuba explain the term sugar daddy?
Orang lelaki yang lebih tua dan berwang yang dicari-cari oleh wanita mata duitan untuk mendapat duit belanja beli beg Tod’s, kondo mewah di Ampang dan kereta BMW terpakai.
tra bertanya…
apa maksud poyo? lain daripada yang lain?
narfey menjawab…
poyo tu bermaksud macam/perasan bagus
jaja binks bertanya…
Hello.
(Sebenarnya soalan aku dalam slot bulan lepas tak sempat disubmit sebelum tarikh tutup maka aku re-post. FINE THEN. Namun aku ambil dua soalan sahaja dan tambah satu soalan baru.)
1. Apa hadiah paling sesuai untuk bagi seorang lelaki awal 20-an? Tak kisah la teman lelaki, teman baik, berstatus rempit, mat skema atau apa-apa sahaja. Sesuatu yang general yang boleh diberi sempena hari jadi kepada lelaki awal 20-an. Oh, dan tak exceed RM100 please.
2. Pendapat kau tentang gadis yang pakai baju kurung dengan kasut (ie. Converse Chuck, etc.)? Lebih kurang macam Orked (Sepet), although aku tak tau Orked pakai kasut jenama apa. Pada kau, sesuai ke?
3. What type of person on Facebook annoys you the most?
Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
1. Baju kemeja yang kemas. Bukan kemeja kotak-kotak berwarna-warni yang boleh dibeli di Uptown Danau Kota, ya?
2. Comel sangat. Yang penting, seperti mana aku biasa katakan, ialah bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu pakai. Tetapi mungkin kurang sesuai dengan perempuan berbaju kurung yang bertudung.
3. Orang yang perasan kenal aku. Dan orang yang selalu sangat beri invite untuk ke acara itu dan ini. Juga orang yang perasan artis yang menjemput aku menjadi ahli fan page beliau, walhal aku tidak minat pun dia.
me bertanya…
1. pendapat mm tentang melayu indonesia yang ingin sangat menganyang kita.
2. adakah rambut pacak masih relevan pada hari ini?
1. Terlalu melayan perasaan. Dan orang Malaysia terlalu perasan berlagak. Man-man lah. Kalau Melayu cepat melenting, aku rasa orang Indonesia lagi cepat melenting. Tetapi aku tidak salahkan mereka pun, kita memang banyak buat perkara-perkara yang selalu disensasikan media sana.
2. Relevan jika kamu Mat Rempit Indie. Cerita Lain.
Ahmdsyhmi bertanya…
1. kalau kau ada peluang jadi menteri, menteri apa yang kau nak jadi, dan apa yang kau nak ubah kat Malaysia ni.
2. dah cuba Snow Leopard? kalau dah cuba, berbaloi tak? Macam lebih kurang Leopard je.
3. Selamat Hari Raya.
1. Sila lihat nukilan ini.
2. Belum cuba. Aku rasa perubahan paling besar untuk OS ini adalah penukaran dari sistem 32-bit ke sistem 64-bit. Aku rasa perubahannya memang sengaja dijadikan agar tidak terlalu ketara atau berbeza.
3. Selamat Hari Raya kepada kamu juga.
nincampoop bertanya…
apa maksud mm perempuan yang hisap sampoerna hijau tu kononnya “memberontak”?
ohh and tshirt drop dead menawan tak di mata anda
Nak memberontak keluar rumah jangan pakai coli la. Lepas tu lari-lari anak ke sana ke mari atau pergi ke tempat-tempat penghawa dinginnya disetkan ke suhu paling sejuk. T-shirt Drop Dead band dari Amerika ke? Aku pernah menonton band ini secara live dahulu.
cari akustik bertanya…
MM,
aku nak beli gitar akustik siap pre-amp (kalau ada fungsi simple-synth sikit pun lagi ok), budget lebih kurang rm2.5k ke bawah, pada pengetahuan fizik nuklear MM ttg muzik, jenama apakah yg logik untuk aku fokuskan pencarian? dan di mana nk dapatkan gitar tersebut di M’sia ni?
Sekian, terima kasih.
Cuba cari di cawangan-cawangan Guitar Store. Aku kurang fasih tentang gitar akustik. Kalau aku, aku akan laburkan untuk membeli gitar akustik dari Martin Guitar Company. Untuk belanjawan lebih rendah cuba lihat jenama Maton dari Australia. Ada dijual di Guitar Store.
miszcrowniq bertanya…
owhh..comeii sungguh katak itu..
Mr.MM,
-minyak wangi jenama ape yg sesuai utk lelaki
yg ciri2nye berbau segar dan bile di pakai
gurlz mesti akan toleh 2 kali
tetapi paling peting tidak berbau keras
-dimana Mr.MM sambut raya tahun ini? (”,)
1. Burberry The Beat-Men. Aku baru beli tadi sebenarnya. Kisah Benar.
2. Di Johor seperti biasa.
tiputapibenar bertanya…
1) Sebagai seorang Minimalis, bolehkah MM senaraikan ciri-ciri bilik seorang minimalis? Maksud saya, apakah perkakasan dan aksesori yang perlu/patut ada dalam sebuah bilik (master bedroom) untuk seorang minimalis (selain dari katil dan penghawa dingin) sepermi MM?
2) Salah satu budaya Jepun yang saya perhatikan agak unik ialah cara mereka memusingkan kasut/selipar penghadap luar rumah/dinding sebelum masuk ke dalam rumah/bilik/dewan dsb. Berbeza dengan kita di malaysia, kita lebih suka menyusun kasut/selipar menghadap ke dalam rumah/dinding. Pada pendapat MM<,apakah siknifikasi perbuatan ini terhadap kehidupan mereka?
1. Karpet berbulu mewah serta perabot minimalis. Warna yang monotone. Macam aku, hanya ada warna hitam, putih, kelabu/perak dan coklat sebagai accent.
2. Sebab apabila kasut/selipar menghadap keluar, lebih cepat untuk ke luar rumah. Sarung sahaja, tidak perlu pusing-pusingkan arah kasut.
syafik bertanya…
1. saya mahu pergi jalan-jalan cari makan di Johor..Boleh suggest kedai makanan johor yang menarik kat sana?saya tau kamu pakar bab-bab makan..
2. Apa pendapat kamu mengenai orang yang suka melebel negeri?contohnye..orang itu suka cakap orang kelantan gedebe..orang johor poyo..orang melaka kasar..orang terengganu kg..(semua tu just contoh sahaja)
3. Apa yang kamu paling suka dan benci tentang perempuan?tak kisah la dari segi fizzikal or mental…
1. Cuba cari di blog ini. Macam aku, biasanya aku akan cari mee rebus sahaja.
2. Tiada pendapat. Itu semua perkara-perkara yang dikatakan oleh orang yang kurang keyakinan diri, dan tidak kisah asal dari negeri mana pun.
3. Perempuan yang melekat dan perempuan yang hanya suka makan di tempat-tempat mewah sebab geli untuk makan di kedai mamak. Dan perempuan yang tidak pandai menjaga kebersihan diri. Aku sukakan perempuan bergaya yang ada keyakinan diri. Itu yang paling penting. Dan kurus serta tinggi. Mungkin.
ayam golek bertanya…
Apa pendapat kau tentang Hai-o? Nah RM50 duit raya.
Soalan akan dijawab selepas aku terima RM50. Terima kasih.
deep bertanya…
Hi MM,
Hanya nak tanya pendapat MM tentang mereka-mereka yang membuat hukuman sendiri terhadap penjenayah yang berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis.Banyak contoh yang dapat dilihat,seperti peragut yang berjaya ditangkap orang ramai,telah dibelasah sampai lunyai sebelum diserahkan kepada polis.Dan juga ada satu klip yang dapat dilihat di youtube di mana seorang lelaki dipukul dengan hammer oleh beberapa orang kerana kononnya beliau seorang pencuri.
Adakah mereka yang membelasah penjenayah itu juga perlu ditangkap?
Atau memang kita dibolehkan untuk membuat sedemikian untuk membantu polis atau atas alasan mempertahankan diri?
Secara teorinya kalau tidak silap aku kita sebagai rakyat Malaysia berhak untuk membuat citizen’s arrest atau ‘pemberkasan oleh rakyat’, walau sebenarnya aku tidak pernah melihat ianya dipraktikkan di depan mata aku. Yang selalu aku dengar ialah operasi membelasah ramai-ramai orang yang disyaki penjenayah oleh orang-orang yang gatal untuk membelasah orang. Sudah tentunya untuk membuat citizen’s arrest memang ada prosedurnya sendiri, tetapi aku kurang pasti. Ada abang-abang polis atau peguam di sini yang boleh menolong?
Lolo bertanya…
Hey MM,
1.Kenapa disekitar muka kita boleh mengeluarkan minyak? Terutamanya dibahagian ‘T zone’. Mana datangnya minyak tu? Macam mana dia boleh terhasil?
2.MM pernah mengalami zaman jerawat tak? or still ada prob tu lagi?
3.Teknologi penyiasatan yang selalu dipaparkan di cerita CSI Miami misalnya,wujud ke? Atau just untuk menarikkan lagi cerita tu? Malaysia ada ke alatan2 macam tu?
1. Sebab secara fizikalnya kawasan muka itulah yang paling kerap terdedah dan berkemungkinan untuk kering. Minyak itu datang untuk mengelakkan kulit dari menjadi terlalu kering. Masalahnya tidak semua dari kita yang mempunyai ‘kilang’ minyak yang stabil. Akibat tekanan, diet, kebersihan dan hormon, kulit kamu mungkin menghasilkan minyak yang berlebihan. Yang penting kamu kena pandai membersihkan muka (jangan terlampau kerap, sebab ianya akan menggalakkan lagi pemprosesan minyak sebab kulit menjadi semakin kering) dan menjaga pemakanan. Dan kurangkan berangan.
2. Zaman remaja memang lumrah. Sekarang nampaknya tidak ada masalah lagi.
3. Ada kecuali sistem komputer dengan skrin canggih ala-ala 3D yang mereka gunakan. Juga interface komputer mereka. Seperti ketika membuat padanan cap jari atau DNA. Itu semua telah di’Hollywood’kan. Secara asasnya banyak teknologi penyiasatan yang mereka gunakan sudah pun wujud. Tidak silap akulah.
noise therapy bertanya…
mm, aku seorang freelancer yang berkelulusan dalam bidang grafik (orang kata bidang ni semakin overrated, apa pendapat kau?). aku cuma nak minta kau terangkan bagaimana cara-cara yang betul untuk aku meng-approach sesebuah company itu dan seterusnya menawarkan perkhidmatan aku? katalah aku ingin propose sesuatu design kepada mereka, apakah langkah2 yang sepatutnya aku buat? ada apa2 surat menyurat ke atau bagaimana?
aku harap kau sudi membantu aku yang kurang berpengalaman seterusnya memberi iktibar untuk semua pereka grafik yang sewaktu dengan aku.
terima kasih. (kalau jawab)
Untuk semua pereka-pereka grafik yang selalu bertanyakan soalan yang sama, aku jawap dengan cara yang sama. Bina portfolio yang mengancam. Mulakan dengan projek-projek di kolej, atau projek kawan-kawan. Jika hasilkerja kamu bagus, aku pasti akan ada orang yang perasan. Kurangkan mengambil gambar perempuan dengan kamera DSLR di sekitar Pavilion dan tumpukan kepada konsep dahulu, bukan penghasilan. Konsep yang bagus penting untuk mencapai hasilkerja yang menonjol. Teknik dan cara penyampaian pada aku langkah kedua. Usahakan portfolio, pastikan portfolio kamu setanding dengan mana-mana pereka grafik antarabangsa, dan aku pasti kamu akan berjaya.
Latte Guy bertanya…
bulih x kalau aku nk jawab soalan2 ni secara selective?
Silakan.
raynie bertanya…
soup [ s'up ] MM.
01. kome layan EBM tak ? kalau ye, apa band fave kome ?
02. antara Tool ngan Meshuggah mana kome rasa lagi gila dia punya approach dalam songwriting ? dan kenapa agaknya takde band2 tempatan yang cuba untuk tampil segila / berani 2-2 band nih ?
03. dalam banyak2 band / artis new age / worldbeat, yang manakah agaknya menjadi pilihan hati saudara MM ?
04. soalan gila random : antara K-on !, Lucky Star ngan Suzumiya Haruhi no Yuutsu mana kome rasa lagi best ? dan kenapa ?
1. Tidak layan.
2. Kedua-duanya aku tidak pernah minat, maaf.
3. Lagi lah aku tak minat.
4. Semua pun aku tidak kenal. Maaf. (Semua jawapan tidak diGoogle.)
animal bertanya…
kenapa you tak suka flickr?
Siapa cakap aku tidak suka flickr? Aku guna flickr tiap-tiap hari.
nn bertanya…
mm sukakan fynn jamal tak?
mm sukakan sajak dan puisi bahasa melayu tak?
mm membaca buku on a regular basis tak?
Aku kenal dia sebagai seorang blogger sahaja. Aku tidak berapa minat dengan puisi atau sajak. Aku akan cuba membaca apabila ada masa lapang, terutamanya tentang mentaliti serta sejarah Melayu. Sila lihat nukilan-nukilan lama aku.
apan
MM, adakah perkataan menyampah kata dasarnya sampah? pelik semacam je bunyik. tolong huraikan.
Benar. Sampah. Menyampah = Membuatkan sesuatu itu umpama sampah.
epool bertanya…
1 – mm baca novel bahasa melayu tak?
2 – jika mm baca novel bahasa melayu boleh senaraikan novel tersebut?
3 – siapa penulis malaysia atau luar negara yang mm suka tulisannya?tak kisahlah blogger,novelis,penyajak dan sebagainya
1. Novel fiksyen, tidak.
2. Aku baca hasil penulisan Zaid Ibrahim, Dina Zaman dan yang sewaktu dengannya.
3. Chuck Palahniuk. Sila buat carian nukilan lama aku.
izat bertanya…
*5 filem ‘wajib tonton’ anda?
*5 website ‘wajib lihat’ anda?
t.kasih.
Filem
1. Trainspotting.
2. The Crow
3. The Usual Suspects
4. Empire Strikes Back
5. Dark Knight
Laman Web
1. www.google.com
2. www.facebook.com
3. www.flickr.com
4. www.twitter.com
5. www.megadownload.net/
HS bertanya…
Apa favourite keyboard shortcut windows/mac MM?
Command-S (Save)
diloz bertanya…
bisness gigolo/toyboy laku ke di Malaysia?
Hanya jika berimejkan ‘Azman‘. Kalau tidak lupakan sahaja cita-cita kamu.
spearmint bertanya…
1. Kenapa Panasonic mengeluarkan feature MEGA O.I.S dari kamera GF1 mereka. bukankah itu satu kekurangan yang besar pada produk terbaru mereka? atau mungkin itu strategi perniagaan mereka?
2. Kat mana nak dapat sneaker Diet Butcher Slim Skin macam kamu tu di area lembah klang ni ?
1. Sebab jurugambar yang handal tidak perlukan bantuan kamera untuk menstabilkan gambar yang diambil. Dan aku rasa kamera ini disasarkan kepada jurugambar yang perasan mereka handal. (Bila nak sampai, ya?)
2. Aku beli di Internet. Buat masa ini aku tidak pernah jumpa di Lembah Kelang.
average mat bertanya…
1) boobs : silicon or real?
2) guitar : strum or palm muted?
3) vodka : rasberri or kurant?
1. Real.
2. Palm muted.
3. Kurant
Popularity: 39% [?]
Bila ada entry camni je aku takde idea apa nak tanya. Bila dah abis baru la ada question, 3 questions, boleh?
1. Lagu apa yang the lyrics ko misheard, pastu gi singalong dengan konfidennya. Pastu bila ko tau lyrics yang betul, ko nyanyi ikut sedap ko ke ko nyanyi yang betul.
2. Band/lagu apa ko secretly like tapi malu nak ngaku.
3. Kasut & camera penting sangat ke bagi ko?
MM, aku rasa kau kena tulis buku lah.
Tulis lah pasal apa saja.
Confirm aku baca.
Dan lagi, tafsiran perempuan ampang tu, respek giler!
untuk CSI.
Kalau untuk check DNA, dlm tv tunjuk mcm kejap gila. Tp sebenarnya lama. Ni sbb kena extract dulu acid yg berkenaan dan dapatkan beberapa sampel untuk satu perbandingan dengan sampel standard. Nak extract ni pun makan masa, bkn sahaja oleh aktiviti manusia yang diperlukan tapi menunggu extraction dari mesin.
Kat malaysia, aktivitinya dijalankan di jabatan kimia dimana polis adalah klient bagi jabatan kimia. setiap tahun, jabatan kimia akan diaudit oleh pertubuhan kimia amerika. ada juga tahun dimana jabatan kimia malaysia diundang dan dibawa ke jabatan kimia US (yg buat kerja2 CSI tu. Tapi US punya badlog (kerja yang tak siap pada dateline yg sepatutnya) adalah tinggi berbanding malaysia.
Ni mungkin sbb kadar jenayah yang tinggi.
Tq.
thanks for the replies…
2. Explain two differences between a sociological problem and a social problem according to Aspin.
aku da google separuh mati. dalam textbook pun takde. cibai, dah la nak raya ni.
kau kata kau tak pakai perfume.
aku beli deodorant stick. buwek.
aku tak paham.asal masih ada lelaki yang tak pakai deodorant.benda tu wajib kat malaysia.faktor cuaca yang senang buat kita berpeluh.iklim panas dalam masa yang sama kadar humidity yang tinggi.
betul, wajib pakai!
ye ye je mm lu penah tgk dropdead live,bengang pulak gua dengar statement lu ni jealous sial
Kisah Benar. Aku dulu memang kenal drummer dia Brian dari IRC, lepas tu tengok dorang main live sambil jadi penterjemah.
i think he meant this http://www.iheartdropdead.com/ baju yang sangat buruk disukai budak-budak emo hingusan.
tgk diaorang main live via internet ke
kalau macam tu x rad sangat la
kau ni asal kluang ke???
mesti kau,kenal saha embrace budak2 reconstruct
tengok dorang main live depan mata aku. nak tengok internet pergi youtube la.
pehh aku macam errrrr,gila ar,kau tengok diaorang kat rhode island ke
perghh banyak duit jalan2 amerika
got married to a model..a father summore..
hmmm :)
MM..i was thinking of buying turntable and VCI-300 and Numark NS-7came to my mind..
what do u think compared to the normal set since on a budget constraint..
hey MM ,
1.what do you think of shoe polishers ? Orang yang suka kiss ass orang.
2. do you have any worthless friends before ?
3. How’d you deal with people like them ? Cite skit.
Thanks.
still blur~~~~
“apa maksud mm perempuan yang hisap sampoerna hijau tu kononnya “memberontak”?
ohh and tshirt drop dead menawan tak di mata anda
Nak memberontak keluar rumah jangan pakai coli la. Lepas tu lari-lari anak ke sana ke mari atau pergi ke tempat-tempat penghawa dinginnya disetkan ke suhu paling sejuk. T-shirt Drop Dead band dari Amerika ke? Aku pernah menonton band ini secara live dahulu.”
terbayang fa:scinating. dia hisap sempoerna hijau.