Kenapa Aku Jarang Menulis 04.

Posted on Thursday, October 15th, 2009 at 13:17

flat fix CM3 dari jun iwai di Vimeo.

Selain dari siri video MASH SF, aku paling suka melihat video dari geng Flat Fix di Tokyo.

OK OK, aku akan cuba terangkan tentang hobi terbaru aku ini. Untuk yang tidak tahu, basikal yang aku tunggang sekarang adalah dari jenis fixed gear, ataupun basikal single-speed. Jenis basikal ini tidak baru sebenarnya, malah datuk moyang basikal moden sekarang semuanya berasal dari basikal jenis ini. Senang cerita, basikal gear mati yang menggunakan rangka basikal ‘road’ ataupun basikal trek/velodrom. Gear mati di sini bermaksud pedal yang kamu kayuh itu tidak akan berhenti selagi roda kamu tidak berhenti. Selagi basikal kamu bergerak, selagi itulah pedal kayuhan kamu akan bergerak.

Atas sebab yang sama, para-para ‘purist’ fixed gear tidak akan memasang brek di basikal mereka. Setakat menggunakan berat badan dan tenaga kaki untuk memperlahankan kayuhan pedal, yang akan memperlahankan kelajuan basikal. Satu lagi ialah menggunakan teknik ‘skid’ di mana kamu akan mengunci kayuhan kamu yang akan mengunci dan menghentikan putaran roda belakang, yang akan menyebabkan basikal kamu menggelongsor dan akhirnya berhenti.

Jadi apa kecohnya tentang naik basikal fixed gear ini?

Mula-mula aku pun tidak berapa faham, sebab aku sebenarnya memang kaki basikal pun. Dari umur aku 3 tahun sehingga habis universiti, aku menggunakan basikal ke sekolah, kolej, tempat kerja dan lain-lain.

Tetapi segalanya berubah apabila aku mula-mula menunggang basikal jenis fixed gear pula. Buang segala apa yang kamu belajar tentang menunggang basikal. Perspektif kamu tentang basikal akan berubah. Cara kamu menunggang basikal akan berubah. Mungkin sebab kamu tahu kamu tiada brek, jadi kamu tidak boleh hanya pandang 5m ke hadapan dan harapkan cengkaman brek akan membantu kamu elakkan dari mati dilanggar lori. Akibatnya kamu akan menjadi lebih kalkulatif dan strategis, memikirkan arah dan halatuju ketika menunggang. Dan secara automatik kamu akan menjadi lebih peka tentang jalanraya dan persekelilingan kamu. Kamu akan menjadi berkira-kira merancang perjalanan, mengelakkan jalan berbukit yang mungkin berbahaya dan memenatkan untuk didaki.

Dan kamu tahu walau apa-apa pun, hanya ada kamu dan basikal kamu. Basikal ringkas bergear satu, dan tidak berbrek. Memang seasas-asas bentuk basikal. Asasi dan minimalis, mungkin. Haha.

Senang cerita, cuba dahulu. Mungkin kamu suka. Kalau tidak suka beli kapcai.

Popularity: 29% [?]

Responses (19)

  1. dandelinoid says:

    pertama kali naik basikal fixed gear dah calar2 lutut…

    tp feeling dia lg best dari basikal yang biasa…
    memamg betul ckp kamu, boleh jadi lebih strategis..

  2. fadzlie says:

    di mana ada dijual?
    range harga?

  3. ashrfareeq says:

    aku fobia dengan basikal.
    bila aku tengok video pun aku rasa gusar.

  4. PakciQue says:

    Dah lama tak menunggang. Rindu pula.

  5. kenshin says:

    kecik2 dulu hang tak modified beskal ker?
    kat kampung aku fix gear dipanggil ‘prevel mampuih’…
    mana datang la punya perkataan…

  6. Perempuan Puaka says:

    Irman Hilmi poseur

  7. gillias says:

    i saw u at TM..damn ur tall
    at least i think thats u

  8. kim says:

    i have to agree with perempuan puaka’s comment

  9. izat says:

    taknak tulis pn. buat la slot tnya abg MM. itu wajib. haha.

    kami-org-yg-sentiasa-tertanya-tanya.

  10. Ezail says:

    tiba2 buat aku teringat kat LeRun. boleh dikira fixed gear bicycle gak ka MM?

  11. gillias says:

    tapi sana fixed are mostly used for despatch..
    mat despatch malaysia tak mau tukar fixed ke untuk hantar surat

  12. Dean says:

    owh,dulu masa aku kecik-kecik panggil basikal gerewel mati…

  13. lipas says:

    harufixed.blogspot.com…

  14. Funniest thing EVER. I saw a girl who obviously just got her fixie go down one of the hills here in San Francisco and smash the ground (she didn’t get hurt).

  15. fiey says:

    aku nak tanya skit ar…kenapa aku pakai spoket mati bila nak skit jer,spoket tu terkeluar trus..basikal member aku punya ok ja sbab dia dah pateri spoket tu kat hub…ada tak cara lain selain pateri spoket tu kat hub..

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes