omnomnom bertanya…
1)Apakah kamera DSLR entry level yang paling sesuai untuk newbie berkecimpung dalam dunia fotografi?
2)Kenapa harga Sony DSLR sangat murah jika dibandingkan dengan DSLR lain?
3)Saya baru menerima SMS spam dari nombor yang tidak diingini, adakah di Malaysia tidak terdapat undang-undang yang membolehkan membolehkan pengguna telefon bimbit dilindungi oleh SMS spam?
1. Canon EOS 500D.
2. Seperti pembaca lain yang telah berikan komen, Sony memang ‘cap ayam’ di dalam dunia DSLR. Lensa dan sensor yang kurang bagus. Di Jepun misalnya, imej Sony di kalangan pengguna di sana ialah ‘barangan yang hanya boleh tahan 3 tahun’. Ini mungkin tidak mempunyai kesan besar di negara yang mempunyai tabiat menukar barangan konsumer setiap 3 tahun tetapi mungkin menimbulkan masalah di negara kita yang masih mempunyai rumahtangga yang menyimpan peti tv National Quintrix berusia 20 tahun di dalam rumah.
3. Buat masa ini tiada. Ada beberapa telefon bimbit (jenama Samsung terutamanya) yang mempunyai fungsi ‘Block SMS’ yang mungkin membantu. Apa yang aku pernah buat dahulu ialah menghantar e-mel ataupun menelefon pihak yang bertanggungjawab menghantar SMS dan mengancam tindakan jika tidak dikeluarkan dari senarai ‘SMS Blast’ mereka. Kalau tidak boleh juga tukar nombor telefon.
PakciQue bertanya…
Berkaitan dengan soalan no.3 di atas.
1. Boleh ke kita mengambil tindakan undang-undang ke atas penghantar SMS Spam tersebut.
2. Aku berjaya bekerja di dalam sektor awam. Ada apa-apa nasihat kamu untuk aku?
1. Aku kurang pasti. Ada pembaca-pembaca di industri guaman yang boleh membantu di sini?
2. Jangan terlampau menonjol tetapi pastikan idea kamu diterima atau sekurang-kurangnya sampai ke pihak atasan. Memang sukar untuk ‘naik’ ke atas tetapi dengan perancangan (serta sokongan dari pekerja lain yang ’sama kepala’) sudah pasti kamu akan meninggalkan kesan. Paling sukar sekali ialah menukar cara pemikiran ‘orang tua’ yang di atas sana, jadi aku sarankan jangan cuba menukar cara pemikiran mereka, tetapi cuba selitkan ideologi serta idea kamu yang berjaya setiap hari di tempat kerja, dan jika saranan yang kamu buat itu berjaya dan berhasil, pastikan bos-bos kamu juga mendapat pujian dan bertanggungjawab melaksanakan idea-idea kamu itu, walaupun mereka tiada kena-mengena langsung. Tetapi jika pegawai atasan kamu perempuan yang menarik tidur sahaja dengan mereka. Jalan mudah.
gd bertanya…
hai,
1. pernah beli barangan dari luar negara? kalau ya pernah tak mengalami masalah penghantaran? kastam buat hal ka? …
2. rasa hang la lx4 akan keluar?
3. sudah beli tee tu? -> http://www.akutakpeduli.com/2009/10/08/ot-oh-tuhanku-omg-oh-my-god-bahagian-34/
1. Buat masa ini tidak pernah sebab aku tidak pernah memesan dadah, biji ganja, bahagian badan manusia, mesingan, peledak plastik atau serbuk uranium dari luar negara.
2. Pasti akan keluar sebagai alternatif kepada Lumix GF-1.
3. Belum.
yen bertanya…
aku sambung degree dlm bidang product design engineering.
1) buku/majalah yang disyorkan selain daripada i.d(industrial design).
2) adakah market kerja untuk ni makin meluas atau mengecil.
1. Majalah Surface.
2. Hanya ada peluang meluas apabila Malaysia menjadi semakin mahir dalam bidang pengeluaran dan penghasilan barangan, terutamanya barangan yang bukan dikeluarkan secara mass tetapi barangan yang lebih menjurus ke ideologi boutique dan custom sebagai menyahut permintaan dari rakyat Malaysia yang semakin tinggi tahap kehidupan dan citarasanya. Aku rasa pasaran untuk barangan custom-made di Malaysia akan melonjak dalam 5 ke 10 tahun lagi, di mana pembeli-pembeli tempatan akan inginkan produk serta barangan yang lebih individual serta menampakkan kreativiti serta citarasa mereka. Proses pembuatan dan fabrication juga semakin mudah sekarang (dan pastinya akan menular di Malaysia yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah dari negara Barat misalnya) jadi kemungkinan besar permintaan pereka-pereka yang mampu menepati trend ini akan meningkat. Mungkin.
haniemansor bertanya…
what do u think of getting marry at young age? and define young age to you as well.
Jangan. Pastikan tahu menjaga diri sendiri dahulu sebelum mula menjaga orang lain. Pada aku apa-apa umur di bawah 25-26 tahun itu boleh dikatakan muda dan kurang matang untuk berkahwin. Di bawah umur ini sila bela kucing, iguana atau Tamagotchi.
Jitchy bertanya…
1. Nokia n93i was produced 2 years back. Is it still possible to get my hands on it? where can I find it in Malaysia?
2. Whats the current price of LX3?
3. I haven’t pick my degree yet. Which one would have more job openings in 4-5 years from now? Accounting or Finance?
4. Should I pick Mandarin or French for my 3rd language? Why?
1. Pasti boleh jumpa di Sungei Wang Plaza atau Low Yat. Macam-macam ada jika kamu korek betul-betul. Pastikan kamu korek di tempat yang betul. Salah korek akan menyebabkan jari yang berbau. Atau putus.
2. RM1500-1699.
3. Aku kurang pasti. Aku sarankan jangan dengar pandangan aku atau pandangan pembaca lain dan sebaliknya buat kajian sendiri serta tanya orang lain yang mungkin sekarang sudah bekerja di industri yang berkaitan. Ini masa depan kamu, bukan masa depan aku.
4. Bahasa Perancis. Sebab Bahasa Perancis itu seksi. Kalau kamu menjadi akauntan mungkin kamu berpeluang menjadi akauntan di ibukota fesyen dunia iaitu Paris, misalnya. Sekurang-kurangnya kamu boleh belajar mendalami budaya orang Perancis apabila kamu sekurang-kurangnya faham bahasa mereka, bukan?
I Am Killer! Not. bertanya…
1. Saya adalah dari golongan ‘Mat Belia’, dan saya rasa teramatlah kurang life. Cinta bertepuk sebelah tangan, gel rambut berlebihan, baju sponsor sebagai pakaian harian… bla bla bla.. Apa langkah terbaik untuk jadi at least “Azman”. Ini serius.
2. Saya berumur 22 tahun dan berkebolehan dalam pelbagai bidang, intermediate level dalam video editing, 3D Modeling, Graphic Designing, Photography, Sketching. Tapi masalahnya, Macamana nak start cari duit? antara bidang-bidang yang saya sebut itu, yang mana paling berpotensi.
3. Video Clip Rob D – Clubbed to Death, boleh explain tak video clip tu? (optional)
1. Keyakinan diri, penampilan kemas dan berusaha untuk berinteraksi. Cabar diri buat perkara yang biasanya tidak akan terfikir untuk dibuat. Letakkan diri di luar comfort zone, dan belajar dari sekeliling. Tetapi jangan main terjun sahaja. Buat kajian agar penampilan kamu tidak berapa janggal. Pastikan etika-etika sosial yang sesuai dengan lingkungan sosial yang kamu ingin dekati. Jangan peduli apa orang lain kata, terutamanya 13 abang-abang bermotorsikal yang tinggal serumah dengan kamu. Biar mereka makan mi Maggi, kamu ada citarasa yang lebih menyihatkan badan. Macam mi kuning.
2. Semua ada peluang. Yang penting kamu kena pandai mencari contact. Lebihkan bergaul dengan orang di luar lingkungan sosial kamu, termasuklah orang-orang yang kamu rasa memang tidak boleh bla. Tanamkan di dalam pemikiran mereka yang kamulah orang yang patut dihubungi jika memerlukan perkhidmatan yang termasuk di dalam skillset kamu. Pastikan kerja yang berkualiti dan sedikit demi sedikit kamu akan perasan yang lebih ramai orang akan menghubungi kamu. Pada mulanya mungkin kamu terpaksa menerima segala kerja yang ada sebab tiada pilihan, tetapi lambat-laun kamu akan perasan yang kamu boleh pilih sahaja jenis-jenis kerja yang kamu ingin terima.
3. Saya putar, Halim!
Mr K bertanya…
Kenapa kau amik advertlets. Lagi untung dari nuffnang?
Ya.
nene bertanya…
kenapa,after all of a sudden, musim basikal tiba? bila musim fixed gear ni nak habis? fixed gear ni more to street wear tayang kasut supra/nike or mmg nak exercise?
Senaman kardiovaskular. Pakai Supra Skytop untuk berbasikal? Memang tak ah. Terus terang aku tidak faham apa kecohnya bila mula-mula mendengar tentang fixed-gear cycling, tetapi setelah mencuba pendapat aku berubah. Memang memberi perspektif lain ketika berbasikal. Dan aku sebenarnya dari dulu memang kaki basikal, dari basikal chopper, kemudian road bike, kemudian mountain bike dan BMX. Dari umur aku 3 tahun hingga ke 24 boleh dikatakan aku berbasikal tiap-tiap hari, baik ke sekolah, kolej atau tempat kerja. Jadi memang naluri untuk berbasikal masih ada dan memang tidak sukar aku beralih ke arah basikal fixed-gear pula. Pada pendapat aku subculture fixed-gear ini seakan-akan kemunculan skateboarding pada tahun 70an dahulu di California. Mungkin betul, mungkin salah.
Lopo bertanya…
Soalannya:
1. Bidang mass comm ni ok tak dari segi pulangan dia? Sebab aku dengar ada yang kata ok dan ada yang sebaliknya? If tak ok perlu ke aku tukar kebidang lain? Or ada cara untuk push aku lebih maju dalam bidang ni?
2. Laptop yang boleh blah la kira selain Apple ape ek?
1. Hanya ada pulangan jika kamu pandai bersosial dan memilih kerja. Tetapi seperti banyak industri berlandaskan media, penampilan serta keupayaan bercakap dan berinteraksi amat penting. Jika kamu seorang yang selekeh, suka berseorang di dalam bilik bermain PS3 dan mempunyai bau badan/mulut mungkin bidang ini kurang sesuai.
2. Alienware.
izat bertanya…
1. apa lu rasa dgn muzik sigur ros?
2. komen sikit ttg polis malaysia. gua rasa. polis malaysia sgt kurang skuad jalanan. tu kn cr terbaik mengurangkn jenayah kat kawasan2 bandar?
3. apa komen lu pulak psl ‘illuminati conspiracy’/ ‘new world order’?
4. apa langkah2 terbaik nak berbaik2 dgn org indonesia?
5. lu dengar muzik indonesia? contoh? kenapa?
1. Gua rasa ok. Gua suka sangat, bai.
2. Gua malas komen nanti masuk penjara, bai. Pemilik rmp.gov.my (Royal Malaysian Police) pernah bertandang masuk blog ni, bai.
3. Gua dulu taksub pasal teori konspirasi. Sekarang gua tahu itu semua paranoia semata-mata. Lebih baik gua kayuh basikal, bai.
4. Bagi salam. Bagi hadiah kain batik. Bagi makan tempeh.
5. Gua paling suka The Brandals bai.
pervert bertanya… soalan saya:
1)adakah minyak pengasih dan pendinding yang dijual di [http://www.lelong.com.my/merchant/default.asp?userid=kodrudin] mujarab dan apakah ramuan untuk membuatnya?
2)apakah kegunaan/khasiat jenglot yang dijual itu?
3)adakah penlibatan bomoh moden ini dalam mengiklankan produk-produk mereka di internet (nuffnang mungkin) dapat menembusi pasaran antarabangsa dan menjana ekonomi negara?
4)adakah kemungkinan untuk bomoh moden ini membuka syarikat MLM mereka sendiri? segala kerjasama amatlah dihargai.(aku serius ni!!!) p/s:adakah terdapat perkhidmatan santau dalam talian (online)? aku takut aku disantau oleh pemilik gudang tersebut…
Aku seorang pewaham. Tetapi apa-apa pun never underestimate the power of belief.
Jam bertanya…
1)Relevan ke fixed bike dekat Malaysia ni? coz wit our country kind of weather kan panas and trafik kat KL kan cam gila. So wat do you think?
2)apa pandangan MM dengan golongan gay and lesbian in our country? do you think its a trend or dari mata turun ke hati?
3)adakah MM seorang yg sanggup membayar RM400 untuk sehelai baju comme des garcons sebagai contoh?
1. Relevan atau tidak itu semua tidak penting. Yang penting minat dan dedikasi. Aku kenal ramai rakan yang sanggup berbasikal ke tempat kerja, panas atau hujan. Malah, rakan sekerja aku baru sahaja balik berbasikal selama sebulan di Eropah. Selepas berbasikal di Vietnam, Kemboja dan Indonesia. Memang kaki basikal.
2. Sebagai manusia biasa aku terima kenyataan ada banyak perkara yang aku tidak faham. Tetapi aku faham yang lumrah manusia itu sebenarnya pelbagai.
3. Tidak.
diloz bertanya…
1. Acoustic guitar <rm2k apa yang berbaloi beli.
2. Apa cita-cita kau waktu kecik dulu?
3. fixie naik bukit ampang-hulu langat boleh blah ke?
1. Cuba jenama Maton. Sebenarnya jenama Yamaha juga boleh tahan.
2. Tidak silap aku angkasawan atau saintis.
3. Memang tidak boleh bla. Tetapi tidak mustahil. Mungkin satu hari nanti aku cuba.
tak reti main gitar bertanya…
sy nak belajar main gitar.macam mana harus sy mula?kelas?belajar sendiri?
Beli gitar belasahan. Belajar cara baca notasi gitar. Berlatih setiap hari. Jadi berdedikasi. Cuba bermain dengan gitaris lain. Paling cepat ialah belajar dari rakan-rakan. Kalau malas jual roh kepada syaitan.
yabedebu bertanya…
1. boss ….crite sikit la pasal jualan muzik secara atas talian di malaysia ni (cth: itunes)…pasal crite muzik jualan langsung secara digital wa rasa dlm 5,6 tahun dari sekarang syarikat telekomunikasi akan jadi syarikat rakaman , dia payung mana2 ahli muzik untuk bikin rakaman dan jual secara digital ….memandangkan syarikat rakaman asyik buat kompilasi pendekar je ( wa rasa dah edisi 6,7 dah kot )
2. lu rasa bwk head amp fender twin reverb main kat pentas berskala kecil mcm laundry (baca: contoh) patut ker ???? bwk yg combo sudah la kot ….ada rasa ni …
1. Di Malaysia, selain dari kedai-kedai jual baju di Blogspot, pembelian online kurang relevan. Ini mungkin kerana jumlah penipuan kad kredit serta pelanggan kad kredit yang kurang berminat membeli cara online mungkin. Aku rasa pendapat kau tentang masa depan muzik digital mungkin tepat, sebab dengan adanya Internet syarikat rakaman memang kena mencari model perniagaan yang berbeza dan lebih kreatif. Tetapi kalau nak diikutkan, di Malaysia ini mungkin lebih berbaloi untuk band atau artis mendapat keuntungan dari persembahan dan royalti radio/ringtone berbanding dengan dari penjualan album. Memang tidak boleh lepas.
2. Pada aku tidak patut. Aku memang kaki amp combo.
elle bertanya…
1. kau rasa streamyx servis mcm haram x?
2. kau ada petua2 nak ada hidup yg selesa dan berkualiti?
3. kau pernah join multi level marketing?
1. Pada aku yang menggunakan servis Streamyx 4MBP/s memang tiada masalah setakat ini. Tiada rungutan.
2. Sentiasa menderma kepada yang memerlukan. Jangan lokek dan sentiasa berkongsi.
3. Daftar sahaja dan bayar wang untuk memuaskan hati kawan, pernah.
kenshin bertanya…
1. mana nak dapatkan hand pump untuk airgun/riffle? nak order dr oversea mesti sangkut..
Rakan sekerja aku baru beli bulan ini. Nanti aku tanyakan.
ashrfareeq bertanya…
1. Mana lebih kau prefer, Macbook Pro or Macbook untuk seorang pelajar course perubatan macam aku?
2. Cara nak memujuk perempuan yang paling mujarab?
1. Macbook sudah cukup. 2. Melalui perutnya. Belanja makan di restoran sedap. Tidak semestinya mewah, janji sedap. Aku memang tidak suka memujuk, tetapi jika terpaksa aku akan puaskan nafsu makannya sebelum memuaskan nafsu-nafsu jenis lain. Cerita Lain.
Kita bersambung di Episod 2 nanti. Memang banyak soalan!
Popularity: 42% [?]


Melayu Minimalis
4 months ago
senyap je.
I Am Killer! Not.
4 months ago
Thanks.. genius answers I must say. Tertembak seketika.
aji
4 months ago
cepat la episod dua
noobie
4 months ago
tertarik dengan soalan ashrfareeq.
mana elok macbook pro ke Macbook, utk student engineering + melibatkan penggunaan pro E, auto CAD, MATLAB dan semua jenis engineering software?
current price for macbook pro and macbook (15″)?
*eh..boleh ke tanya kat sini???
Lopo
4 months ago
Satu lagi..bleh ke guna macromedia kat mac ni? sbb member kata nk wat assgmnt yg lbatkan macromedia mac mmng tk bleh? btul ke?
noobie
4 months ago
tambah 1 lagi soalan
satria neo: auto or manual (for student)?
ttb
4 months ago
Untuk belajar tak perlu lah Neo. Cukup sekadar Viva, Savvy atau kereta-kereta yang CCnya 1.3 kebawah.
Tapi kalau anda dari keluarga yang berkemampuan, itu lain cerita lah…
noobie
4 months ago
i’m sorry but i’m asking bout neo auto or manual.
not ‘which car is suitable for a student?’
pierrot
4 months ago
cpt2 p tmbuk dia…
kenshin
4 months ago
okay..tolong tanyakan member hang…i just need the pump
not the gun…
Melayu Minimalis
4 months ago
cuba cari di kedai anime di Cineleisure tingkat bawah. member aku beli di sana.
kenshin
4 months ago
errr…are u sure dude…jual kat shopping complexs
pls check ur e mail..details inside there..
vigos
4 months ago
semalam aku gi zone 5,
aku sempat gak samba supra yg jenis potongan rendah,
aku de usha yg jenis sky top nya,apesal mahal gle,
wah.. ingatkan harga dia lingkungan 3 4ratus,sampai
6 rat eh..
woah,, syg lak nak kuarkan duit 6rat utk kasut
mcm tu,tapi dalam hati memang nak,
takde apa2 kata semangat utk aku ke supaya aku samba
gak kasut supra yg tinggi macam MM pakai tu,
tech park guy
4 months ago
bro mm, aku nk tanya.. pada pendapat ko mana yang terbaik, sesuai serta ‘worthy’ bagi seorang yang suka mengambil gambar ’street pics’ dan ‘travel’ slalu.. pilihan diantara GF1 atau beginner SLR yang lain?
kutu katak
4 months ago
bro,
sori ah. lambat aa bukak blog ko nih. sesi soal jawab dah abes eh? dem sit. takpe aa… try aa jawab kalau ko sempat. ko slalu tak beli barang (baju/kasut/suar)online jepon/US dari msia? aku tanya member aku kat sana dia haram tak tau. ada cadangan? tq
Poser
4 months ago
Twin reverb bukan combo ka
Melayu Minimalis
4 months ago
ada head amp version juga.
http://www.doctormusic.co.jp/originals/product/FenderTwinReverbHead.jpg
fnl
4 months ago
Saya nak tanya, bagaimana stesen tv & radio beroperasi? Misalnyha di ntv7 pada hari ahad pukul 11 ada sitkom 2 and a half men, bagaimana tiba-tiba saya buka tv hari ahad pukul 11 ada sitkom tersebut, bagaimana ntv7 memancarkan sitkom tersebut?
fnl
4 months ago
Saya nak tanya, bagaimana stesen tv & radio beroperasi? Misalnya di ntv7 pada hari ahad pukul 11 ada sitkom 2 and a half men, bagaimana tiba-tiba saya buka tv hari ahad pukul 11 ada sitkom tersebut, bagaimana ntv7 memancarkan sitkom tersebut?
penerangan
4 months ago
anda silap..illuminati tu semua bkn paranoia semata2..luaskan bacaan anda dulu
tuhan sudah mati
4 months ago
1)frame apa yang kamu gunakan buat masa ni?track atau pun conversion?
2)adakah kamu bike commuting to work?
3)apakah band 80s hardcore kegemaran kamu?