Tanya Abang Minimalis Musim 16 Episod 2.

Posted on Wednesday, October 21st, 2009 at 02:48

Hell Yeah bertanya…
1) Kau rasa status FB annoying tak? bagi contoh.(Optional)
2) Kau setuju tak yang perempuan kreatif ni selalunya pelik?
3) Kau rasa macamana nak bantu orang hilangkan sifat pendiam, aku benci la tengok orang pendiam. Mulut busuk, sanggup salah dari buka mulut nak tanya orang, boring pulak tu, tidak ada komunikasi dua hala.. I really-really wanna help these people.
4) I’m studying about furniture design.. Kau rasa boleh tak nak apply Malaysian style kat contemporary furniture. Maybe ini bukan bidang kau, but I think you have a good sense of design.

1. Kadangkala. Yang lebih menjengkelkan ialah event page di mana ada orang komen, “Sorry, aku betul-betul nak datang tapi aku tak boleh datang sebab aku sekarang bercuti/bekerja/melacur di New York, London, Padang, Kuala Pilah!”
2. Orang kreatif memang selalu disalahanggap.
3. Aku pun selalu juga bersemuka dengan orang-orang begini. Pada mulanya mungkin ada perasaan ingin menolong, tetapi akhirnya kebiasaan yang aku buat ialah turut sama diam. Tengok siapa boleh tahan duduk lepak tetapi tidak berkata apa-apa selama satu jam.
4. Boleh dan aku memang suka. Tetapi apa yang menggagalkan segala usaha me’Malaysiana’kan apa-apa produk/servis/karya ialah apabila ianya dilakukan sebagai gimik. Atau sebagai konsep yang terang-terangan Malaysiana. Aku rasa adaptasi dan kesesuaian lagi penting. Ambil unsur dan elemen, dan olahkan dengan cara baru yang kreatif. Jangan, misalnya, guna kain batik biasa dan jadikannya skirt mini. Sebaliknya ambil teknik membuat kain batik dan sesuaikan rekabentuknya dengan potongan skirt mini.

xeem bertanya…
Can an Azn boy get a white girl? I assume you have expertise in this area given your international exposure. Please advise on tips and pointers on getting white punani.

Berhenti kerja dan pergi jaga bot/chalet di Pulau Perhentian.

average mat bertanya…
1) liberal or open minded?
2) twilight action girl or goodnight electric?
3) love or lust?

1. Liberal.
2. Bud Culture.
3. Or.

irmanhilmi bertanya…
1) Apa pendapat kau dekat majalah tempatan? Terutamanya majalah hiburan. Apa yang kau suka dan tak suka dekat majalah tempatan. Apa benchmark yang kau rasa perlu ada dekat semua company majalah (info, design, market etc)?
2) Bagi kau, majalah tempatan apa yang kau rasa boleh blah, dan majalah apa yang kau rasa perlu dikritik (secara sihat).
3) Negara apa yang kau rasa pengeluar majalah hiburan paling berkualiti kat dunia ni?

1. Semua majalah tempatan tidak mempunyai pasaran tempatan yang cukup. Aku rasa sudah boleh cukup dibanggakan jika mana-mana pihak mengambil inisiatif untuk menerbitkan majalah. Industri percetakan majalah/editorial memang mencabar dan aku tabik sesiapa yang ingin memulakan majalah baru. Apa yang aku suka atau tidak itu tidak penting, kerana semuanya subjektif. Sebanyak mana aku benci majalah Mastika aku pasti penjualan majalah tersebut antara yang tertinggi di negara kita. Tetapi ramai yang tidak sedar tanggungjawab sosial penerbit majalah. Sebagai pemberi maklumat, memang menjadi tanggungjawab si editor untuk memastikan kandungan majalah itu tepat dan terkini, yang harus disemak fakta dan yang paling asasnya, nahu dan tatabahasa. Aku rasa ini perlu untuk mana-mana majalah dan pada aku dalam aspek ini kita masih lemah dan masih banyak yang boleh diperbaiki.
2. GLAM. Aku suka. Memang tahap antarabangsa dan aku bangga. Yang masih boleh diperbaiki mungkin majalah Perajurit.
3. Jepun. Sebab ada majalah yang memang amat niche sekali subjeknya. Tetapi masih ramai pembeli sebab pasaran yang amat besar. Lagipun tabiat membaca di sana memang jauh berbeza dengan kita di sini. Memang banyak majalah berkualiti.

jalal bertanya…
1) antara Rob Trujillo dengan Jason Newsted mana lagi kau prefer?
2) apa persamaan kau dengan carles hipsterrunoff?
3) aku kau rasa bila makin lama identiti kau makin terdedah?

1. Cliff Burton.
2. Dua-dua pemilik blog. Aku rasa blog si Carles itu lebih berkualiti dan kelakar.
3. Rujuk tajuk blog.

jaja binks bertanya…
1. On a date, do I have to expect the guy to pay for dinner, etc.? (In my case, he works and I’m still studying.)
2. How should a girl dress on the first date? (Ni kalau kau describe salah satu cara pemakaian dapat bonus points.)
3. Personally, do you think it’s okay for a girl to ask a guy out? If it is, how should she do it?
4. Diakhiri dengan ucapan selamat hari raya. (Eh, masih Syawal lagi kah?)

1. Orang bekerja harus membayar makanan orang yang belum bekerja. Kecuali elaun bulanan dari ibubapa kamu lebih besar dari gaji dia, jadi mungkin kamu boleh berkongsi membayar bil.
2. Secara kasual. Nampakkan personaliti sedikit, beri imbasan tentang diri kamu yang sebenarnya. Pada masa yang sama jangan jadi mangsa fesyen. Apa-apa pun aku rasa yang lebih penting ialah keterampilan/kebersihan diri.
3. Rujuk tajuk blog. Ini sudah tahun 2009, cik adik. Abad ke-21. Bagaimana caranya? Dengan cara berterus terang dan jujur.
4. Selamat hari raya.

Izz bertanya…
Aku tertanya tentang Glossy vs Matte kat forum2 Mac..boleh tak MM terangkan kelebihan dan kekurang dua jenis cermin tu? MM pnya MBP jenis skrin yg mne? Boleh tak MM bagi cadangan kat aku mana satu lebih baik (untuk aku guna samada indoor atau outdoor)? Sbb aku takut tersalah pilih,menyesal lak nanti. Tq.

Jika kamu membuat grafik, guna matte. Jika kamu suka berlagak dan menunjuk-nunjuk akaun Facebook di Starbucks, guna gloss. Bukan sahaja kamu yang akan sukar membaca apa yang ada di atas skrin, malah orang di sebelah/belakang kamu juga tidak akan dapat membaca maklumat-maklumat peribadi kamu, mahupun keinginan kamu untuk melayari web porno atau gambar bogel sendiri di tempat awam.

Jay-Z bertanya…
mm apa ko nak buat dgn orang yang dedahkan siapa diri ko tu? walaupun kitorang dah tau siapa diri ko tapi takdela sampai tahap nak buat blog macam dia tu.

Pertama sekali terima kasih Jay-Z kerana sudi bertandang ke blog aku yang tidak seberapa ini. Aku tidak tahu pun kamu pandai berbahasa Melayu. Dan kedua, kenapa awek kamu batalkan persembahan di Malaysia? Aku ingin sangat melihat thunder thighs nya. “All the single ladies! All the single ladies!

spookycouch bertanya…
Dude,
1. Kau pernah dengar pasal Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)? Kau dapat apa?
2. Adakah kau merasakan bahawa setiap orang dilahirkan dengan trait yang berbeza (dan unalterable), yang bahawa sesetengah orang lebih hebat daripada orang lain (in certain aspects), which makes them see things differently?
3. Do you think psychology is worth studying for? Or do you think that it’s better to interpret things/people our own way? Elaborate.
4. Bagi aku satu movie tahun ini yang patut dilihat.

1. Aku kurang percaya ujian-ujian yang kononnya boleh mengkategorikan diri kamu kepada jenis ini dan itu. Yang penting apa yang kamu tahu tentang diri kamu, bukan apa yang orang lain beritahu kamu tentang diri kamu.
2. Setiap individu itu unik, tetapi aku rasa semua orang berupaya untuk melihat dan menilai apa-apa dengan minda terbuka dan berbeza.
3. Aku sebenarnya ingin belajar Psikologi di Universiti tetapi ditolak oleh JPA. Psikologi itu hanya sebagai asas, tetapi penilainan terakhir adalah terpulang kepada pemegang ilmu dan pengetahuan tersebut. Misalnya dua orang mungkin pergi ke kelas senilukis yang sama tetapi sudah pasti cara mereka melukis dan teknik mereka itu akan berbeza, bukan? Tetapi kedua-duanya mempunyai asas senilukis.
4. 500 Days Of Summer. Dan bonus, Where The Wild Things Are.

savads bertanya…
should i stick to TM?
aku tgh intern di TM..benefit is huge but the culture and opportunity..hmm patut kah explore outside dulu?

Tinggal di TM. Peluang banyak, tetapi mungkin kamu sahaja yang tidak perasan.

ingin bertanya bertanya…
1. knape byk sangat orang lain yang bagi jawapan?? bukankah ini ruangan tanya abang minimalis?
2. bolehtak jawab soalan di atas?

1. Sebab semua orang bebas bersuara di sini tanpa apa jenis suntingan.
2. Boleh.

onie bertanya…
salam mm..
adakah ko seorg yg anti dgn mat rempit??
kenapa?? dorg pernah ragut ko ke..haha

Sebab mereka selalu merempit di depan rumah aku ketika waktu aku hendak tidur. Bising!

Ahmad bertanya…
mm sorry la kalau soalan aku nie dah terlambat.aku nak tanya mcmana kalau aku nak tingkatkan tahap penggunaan bahasa inggeris aku? maksud aku, aku boleh faham apa orang kata, tapi aku agak lemah nak jawab balik.aku rasa ini semua ada masalah dengan perbualan aku dalam bahasa inggeris.tahap komunikasi aku rendah.aku baca akhbar dan majalah dalam bahasa inggeris.tapi aku agak susah untuk bercakap bahasa inggeris semasa berbual.ko ade cadangan tak macamana untuk aku tingkatkan kemahiran berkomunikasi aku?ada cadangan tak untuk aku hadiri kelas yang sesuai untuk komunikasi dalam bahasa inggeris?

Banyak berlatih. Bukan dengan orang yang mempunyai tahap Bahasa Inggeris dengan kamu, tetapi dengan orang yang bahasa ibundanya Bahasa Inggeris. Juga jangan perlekehkan kuasa televisyen dan wayang. Seingat aku, aku banyak belajar Bahasa Inggeris (dan juga bahasa ketiga aku, Bahasa Jepun) dari televisyen. Dengar apa yang diperkatakan, dan cuba sebut dengan nada dan tona yang sama. Bukan bermaksud kamu harus bercakap seperti Brad Pitt setelah menonton Inglorious Basterds, tetapi sekurang-kurangnya cuba vokalisasikan apa yang kamu dengar. Bercakap sendirian ada banyak guna sebenarnya. Kelas semua tidak guna jika kamu tiada motivasi.

Kalau hendak senang berhenti kerja, dan jaga bot/chalet di Pulau Perhentian.

maria bertanya…
kawan-kawan perempuan kamu kerja ape yer,aku tgk lifestyle diorang best gila..sgt terhibur,even ada sesetgh muka pch longkang tp stil ley berparti smpai mati..i mean kt mana dorg buat duit,dr parents ke?

Kalau hendak seribu daya. Tidak perlu banyak wang untuk berhibur. Yang penting jenis hiburan yang kamu cari. Party smart, not hard.

vigos bertanya…
semalam aku gi zone 5,
aku sempat gak samba supra yg jenis potongan rendah,
aku de usha yg jenis sky top nya,apesal mahal gle,
wah.. ingatkan harga dia lingkungan 3 4ratus,sampai
6 rat eh..
woah,, syg lak nak kuarkan duit 6rat utk kasut
mcm tu,tapi dalam hati memang nak,
takde apa2 kata semangat utk aku ke supaya aku samba
gak kasut supra yg tinggi macam MM pakai tu.

Yang penting bukan apa yang kamu pakai, tetapi cara kamu pakai. Tidak guna berbelanja beratus-ratus ringgit untuk kasut jika kamu terpaksa berlapar dengan makanan mamak selama sebulan. Buat setakat kemampuan diri sendiri. Kalau mahu juga letakkan matlamat, dan capai matlamat. Jika gagal, cuba lagi. Jika masih gagal, sekurang-kurangnya kamu telah mencuba, bukan?

tech park guy bertanya…
bro mm, aku nk tanya.. pada pendapat ko mana yang terbaik, sesuai serta ‘worthy’ bagi seorang yang suka mengambil gambar ’street pics’ dan ‘travel’ slalu.. pilihan diantara GF1 atau beginner SLR yang lain?

Panasonic Lumix LX-3 dan Ricoh GR Digital III (kamera bidikan aku sekarang). Rahsia street photography ialah kamera yang tidak menonjol. Jadi cari kamera bersaiz kecil. Kedua-dua kamera yang aku sebut di sini termasuk di dalam kategori tersebut.

Soalan-soalan lain yang tidak dijawab bermaksud jawapannya kamu boleh Google dengan mudah. Sekian, terima kasih.

Popularity: 47% [?]

Responses (20)

  1. Hell Yeah. says:

    Thanks for the brilliant answer!
    To all creative people… you’re not a freak.

  2. average mat says:

    thanx..
    bud culture?
    ok…

  3. jeremy says:

    1. ko suka pearl jam? kalu suke, nape? kalu x suka, nape?
    2. ade rumour kate diorang nak main kat KL bulan depan (walaupun aku rasa macam prank pra april fool)…kalu betul, adakah ngkau akan pegi tgk – jawapan bergantung kepada jawapan utk soalan 1?
    3. perlukah aku godek balik doc mart dan baju flannel aku utk pegi gig pearl jam?

  4. aji says:

    aisey soalan aku tak jawab la plak..

  5. Jay-Z says:

    sama-sama mm, kat sini aku nak mintak maaf dari pihak beyonce kerana terpaksa menunda tarikh konsert tersebut di akhir2 waktu. padan muka Hotlink. All the single ladies! All the single ladies!.

  6. cekupan says:

    salam,

    1. apakah basikal yang sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan fixed gear?

    2. ada basikal seperti ini (http://www.mudah.my/Fuji-road-bike-singel-speed-4092496.htm) sesuai dan berbaloi untuk orang baru?

    terima kasih.

  7. jeremy says:

    1. ko minat pearl jam tak? kalu ye, nape? kalu tak, nape?
    2. ade rumour kata bln depan mungkin diorang akan ade gig kat KL (wpun aku rasa ini lawak pra april fool)..kalu betul ko pegi tak (jawapan bergantung kpd respon di soklan 1)?
    3. kau rase adekah doc mart dan flannel shirt masih sesuai dipakai utk pegi gig pearl jam?

  8. spookycouch says:

    Hey, thanks for the answers. So you think it’s okay to categorize other people but you yourself refuse to be categorized. Menarik.

    Ahaha, aku sedang menanti Where The Wild Things Are dengan penuh sabar.

    Oh, nak tambah satu soalan, apa kamu rasa tentang architecture recycling di Malaysia? Wujud ke kat sini (selain Pasar Seni)? Kau rasa ada potensi tak? Aku mengimpikan rumah aku dalam bentuk container suatu hari nanti.

    • lamkadem says:

      mamat tahik MM, mmg mcm tu, dia jer yang paling bagus kat kl nun, ape aje lah, setakat kerja kat majalah klue, keta dapat afford pun satria je, life insurance takde, savings below 10k..lagi nak categorize orang lain, at least azhar dapat naik bmw, perempuan ampang have more fun than you do, mamat beach boys dapat burit org putih, kau burit cina celup mata kucing pun tak merasa..kah kah kah

  9. savads says:

    mm..antara numark ns-7 dan vestax vci-300
    mana lagi kau prefer..full set dgn mixer mahal sgt..
    need your view pls

  10. Rai says:

    Helo

    Sori kalau soalan saya ni sudah pernah ditanya sebelum ni.

    1) Apakah maksud sebenar “orang skema”?
    2) Adakah “orang skema” sama dengan “geek” or “nerd”?
    3) Apa pendapat Abang Minimalis terhadap mereka?

    Thank you in advance =)

  11. ck slmh says:

    GLAM mmg best. aku pon suke!

  12. sensitivity. says:

    sorry lambat tanya. aku nak tanya, it is relevant to be a music journalist in malaysia? junk amek intern tak? another, how to construct and organize your findings on a topic, for instance bloc party’s new album? any music journalist/reviewer yang kau suka dan boleh suggest?

    tolong la jawab mm oi, orang kampung kau ni ha slalu lepak kat railway keluang.

  13. sensitivity. says:

    oops. sorry mm, wasnt my intention to be rude or whatsoever on the genius issue. but then youre knowledgable so im looking forward for your opinion. sorry again.

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes