Tanya Abang Minimalis Musim 16 Episod 3.

Posted on Wednesday, October 28th, 2009 at 20:58

tech park guy bertanya…
bro mm, aku nk tanya.. pada pendapat ko mana yang terbaik, sesuai serta ‘worthy’ bagi seorang yang suka mengambil gambar ’street pics’ dan ‘travel’ slalu.. pilihan diantara GF1 atau beginner SLR yang lain?

Pada aku konsep street photography ini sebenarnya sama seperti konsep mengambil ‘gambar curi’. Dan ada dua cara untuk mengambil gambar curi, sama ada menggunakan kamera yang kecil sehinggakan subjek tidak sedar gambarnya diambil (agar kamu mendapat gambar yang natural) ataupun kamera yang mempunya lensa zoom besar dan kamu zoom dari jauh. Jadi, mana yang lebih mudah? Untuk aku, aku lebih gemar menggunakan kamera yang kecil. Pada aku kamera yang mempunyai lensa yang besar membuatkan subjek menjadi self-conscious dan akibatnya subjek akan mula ‘pose’.

kutu katak bertanya…
bro,
sori ah. lambat aa bukak blog ko nih. sesi soal jawab dah abes eh? dem sit. takpe aa… try aa jawab kalau ko sempat. ko slalu tak beli barang (baju/kasut/suar)online jepon/US dari msia? aku tanya member aku kat sana dia haram tak tau. ada cadangan? tq

Aku selalu juga. Malah semalam aku telah memesan barang dari empat negara, Jepun, Thailand, China dan Singapura. Memang mudah jika kamu gunakan Paypal. Untuk mendaftar Paypal pun senang, tetapi jangan termasuk perangkap kad kredit. Aku sarankan kamu buat kad debit (Ambank ada, Public Bank ada, CIMB pun sekarang ada, kalau aku tidak silap), dan depositkan duit ke dalam kad debit kamu apabila kamu ingin membuat pembayaran. Setakat ini aku tiada masalah ketika membeli dari Internet, yang penting kena kenalpasti pihak yang menjual serta kredibiliti mereka. Aku selalu beli dari ebay dan laman-laman produk tertentu. Misalnya jikalau aku ingin membeli dari jenama X aku akan pergi ke laman web rasmi mereka. Kebiasaanya akan ada webstore yang menjual produk mereka, dan biasanya pembayaran melalui Paypal diterima.

fnl bertanya…
Saya nak tanya, bagaimana stesen tv & radio beroperasi? Misalnya di ntv7 pada hari ahad pukul 11 ada sitkom 2 and a half men, bagaimana tiba-tiba saya buka tv hari ahad pukul 11 ada sitkom tersebut, bagaimana ntv7 memancarkan sitkom tersebut?

Dari pancaran gelombang TV dari antena TV. Sila baca ini.

tuhan sudah mati bertanya…
1)frame apa yang kamu gunakan buat masa ni?track atau pun conversion?
2)adakah kamu bike commuting to work?
3)apakah band 80s hardcore kegemaran kamu?

1. Buat masa ini hanya road bike conversion. Tetapi track frame baru aku akan tiba dalam masa 2 minggu lagi!
2. Ingin mencuba tetapi masih belum berani. Lagi pun aku selalunya kena berjumpa klien di waktu kerja jadi kena rancang terdahulu.
3. Black Flag.

jeremy bertanya…
1. ko suka pearl jam? kalu suke, nape? kalu x suka, nape?
2. ade rumour kate diorang nak main kat KL bulan depan (walaupun aku rasa macam prank pra april fool)…kalu betul, adakah ngkau akan pegi tgk – jawapan bergantung kepada jawapan utk soalan 1?
3. perlukah aku godek balik doc mart dan baju flannel aku utk pegi gig pearl jam?

1. Aku suka sangat Pearl Jam. Aku banyak belajar tentang lagu dari Pearl Jam, dan sampai sekarang aku masih boleh bermain ‘Alive‘ dengan gitar aku. Malah aku masih mendengar lagi ‘Alive’ bila berasa sedih.
2. Aku rasa mereka akan datang dan aku akan pergi, semestinya.
3. Tidak perlu. Janji tidak datang dengan rupa Abang Opis. Cerita Lain.

cekupan bertanya…
salam,
1. apakah basikal yang sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan fixed gear?
2. ada basikal seperti ini (http://www.mudah.my/Fuji-road-bike-singel-speed-4092496.htm) sesuai dan berbaloi untuk orang baru?

1. Cara paling senang ialah membuat road bike conversion. Ada banyak road bike di Malaysia yang boleh dibeli dengan harga murah. Beli sahaja dan pergi ke sebuah kedai basikal masyhur di Bandar Sri Damansara (Advanced Bicycle Centre, cari sendiri) yang berupa macam kedai potong dan suruh Uncle di sana untuk membuat fixed gear conversion ke atas basikal kamu. Kos amat murah, kurang RM700 boleh dapat. Untuk mendapat frame cuba jengok ke bicyclebuysell.com.
2. Memang berbaloi. Tetapi kamu perlu faham salah satu sebab ketaksuban fixed gear ialah proses mencari alat gantian dan barangan untuk basikal kamu. Mulakan dengan kos rendah dengan basikal yang murah, dan setelah biasa dengan konsep fixed gear (bukan mudah seperti basikal biasa) kamu akan sedar jenis-jenis barang gantian serta aksesori yang kamu perlu dan belanjakan wang lebih.

savads bertanya…
mm..antara numark ns-7 dan vestax vci-300
mana lagi kau prefer..full set dgn mixer mahal sgt..
need your view pls

Terus terang aku sarankan kamu beli set penuh dengan mixer. Set-set sebegini hanya akan tahan sebentar sahaja dan kamu akan perasan DJ-DJ lain akan tersenyum sinis ke arah kamu apabila kamu sedang bermain. Sabar dan kumpul wang lebih lagi dan laburkan ke set turntable penuh dengan mixer dan gunakan sistem Traktor Scratch atau Serato Scratch Live.

Rai bertanya…
Sori kalau soalan saya ni sudah pernah ditanya sebelum ni.
1) Apakah maksud sebenar “orang skema”?
2) Adakah “orang skema” sama dengan “geek” or “nerd”?
3) Apa pendapat Abang Minimalis terhadap mereka?
Thank you in advance =)

1. Orang yang terlampau lurus dan tidak pandai berseronok.
2. Lain. Nerd ialah ulat buku. Geek ialah orang yang terlampau obses tentang sesuatu perkara.
3. Aku pun orang skema.

trulysally bertanya…
what attracts you more/what’s more important to you(in a girl), beautiful body or great sex?

Aku mahu kedua-duanya sekali. Aku memang seorang yang pemilih. Mungkin sebab itu aku masih single.

Popularity: 27% [?]

Responses (14)

  1. Jay says:

    I’m thinking of buying a quad skate. Where can I get quad skate in Malaysia? I only find inline skates here.

  2. kau teringin nak pergi negara mana dan mengapa?

  3. kikilala says:

    Apa pendapat anda tentang Pentax K-x?

  4. epool says:

    1 – Pernah baca buku Di Balik Malaysia: Dari Majapahit ke Putrajaya ?
    2 – Jika pernah apa pendapat kamu tentang buku tersebut?

  5. mask13 says:

    mm. cuba u bwt nukilan teknik2 fotografi. ramai yg minat hasil2 tangkapan u

  6. amal says:

    MM
    1. apasal bile aku nk tnye kt ruang “tanya Abang Minimalis” mesti da terlepas. boleh x klu ko set specific date untuk ruang ni?
    2. klu still ble tanye, aku nk tnya pasal tafsiran Melayu yang sebenanya sebabnya aku jadi makin confuse disebabkan isu Malaysia-indonesia ni. definisi mane satu yang betul? Malaysia ke indonesia?
    3. Apa definisi bangsa in simple words? bangsa tu warganegara ke keturunan?
    4. Mak aku warganegara Malaysia, melayu terengganu tp ade darah mamak sikit and ayah aku warganegara Indonesia, minang + batak. so aku ni bangsa ape?

  7. savads says:

    tapi mm..kedua-duanya mggunakan serato scratch live..
    and easy to be set up..

  8. kaka says:

    MM ajarkan aku camne nk bergaya dgn kasut2 high cut!

  9. nat says:

    cadang nak beli 1st cam,
    lumix lx3 atau lumix fx150 lebih baik ? pros n cons?

  10. Mentega kacang says:

    Aku ada beberapa kerat soalan cepu perak utk ditanyakan kpd abg minimalis…

    1. Mane satu ko prefer – Shawn Michaels atau Bret Hart…Zooey deschanel atau Joseph Gordon-Levitt…Wings atau Search…Beatle atau rolling Stone..Mr Os atau Badul…rempit motor atau rempit kereta?

    2. Apa pendapat ko kalo di negara bertuah lagi makmur ini ada wayang gambar seperti Dogma yang diarahkan sdiri oleh rakyat tempatan dan berbahasa melayu..adakah wayang gambar sperti ini dibenarkan utk ditayangkan ataupun jika sudah dibenarkan adakah wayang gambar seperti ini dpt difahami oleh mereka2 yg melihat filem ini spti kita memahami filem dogma arahan kevin smith tersebut

    3. Bulu kaki atau bulu dada?yang mana perlu lebih lebat?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes