Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar.

Posted on Thursday, October 29th, 2009 at 04:17

Lama sebenarnya aku tidak menulis panjang. Mungkin semenjak kebelakangan ini banyak aktiviti-aktiviti baru yang aku boleh buat tiap-tiap hari. Apa-apa pun buat masa ini aku rasa lebih sihat, lebih segar, dan juga lebih bersemangat untuk membuat sesuatu perkara.

Akibatnya masa untuk menulis semakin menurun. Bukan masa sahaja, malah inspirasi dan idea juga semakin berkurangan. Mungkin sekarang aku lebih tenteram dan stabil, lebih mengambil masa untuk berfikir masak-masak tentang sesuatu perkara, dan juga lebih cenderung untuk menikmati sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.

Secara jujur, mungkin dahulu ada banyak perkara yang perlu ditulis, akibat bahang yang membakar di dalam hati. Banyak gila perkara yang membuatkan aku puas hati, tetapi mungkin sekarang aku lebih senang menerima keadaan dan orang sekeliling. Dan oleh kerana aku memang jarang menulis perihal peribadi, banyak tulisan aku sebenarnya berkenaan dengan pendapat aku sendiri tentang pemerhatian yang aku lakukan.

Mungkin atas sebab ini ramai yang tidak puas hati sebab mereka rasa ada banyak lagi pemerhatian yang boleh aku tulis. Ya, memang, cuma aku tidak mahu. Bukan takut atau mula sensitif dengan pendapat orang lain tentang aku, cuma aku rasa tidak perlu.

Jadi aku terfikir, akibat kekurangan modal sekarang, hasil penulisan semakin merundum. Mungkin sudah tiba masanya aku menulis (secara abstrak) tentang kehidupan harian aku.

Apa aku makan.

Apa aku minum.

Siapa aku jumpa.

Siapa aku kongkek.

Sebab nampaknya memang ramai yang berminat tentang cara kehidupan aku yang kononnya bohemian dan sesat. Cuma aku teringatkan zaman blog peribadi aku dahulu, memang macam-macam masalah aku terima akibat dari blog.

Jadi apa pendapat kamu? Patutkah aku?

Popularity: 30% [?]

Responses (19)

  1. ahmdsyhmi says:

    Aku rasa kau patut tulis apa sahaja yang kau mahu dan rasa perlu.

    Peduli apa orang kata.

    Aku Tak Peduli kan?

    And you’re genius man, hampir semua yang kau tulis make sense.

  2. miszcrowniq says:

    sgt suke nukilan dan pendapat mr.MM,cara menjawab soalan, cara hidup dan gambar2 malam semalm..sgt cool..betul kata ahmdsyhmi mr.MM patut tulis ape yg dia mahu..(^_^)v

  3. TTB says:

    “Secara jujur, mungkin dahulu ada banyak perkara yang perlu ditulis, akibat bahang yang membakar di dalam hati. Banyak gila perkara yang membuatkan aku puas hati, tetapi mungkin sekarang aku lebih senang menerima keadaan dan orang sekeliling.”

    Adakah anda sedang mengikuti Pelajaran “Siri Bercakap Dengan Setan” di blog Amir Hafizi?

  4. sensitivity. says:

    tak semestinya apa yang irman ni tulis make sense boleh letakkan dia di kelompok genius. c’mon man, interpol are geniuses (in music, of course). but irman? (in what sense?)

  5. diloz says:

    macam kau selalu cakap,
    “rujuk tajuk blog”

  6. lee pc says:

    name blog pn ko x peduli (aku x peduli)…. bt x peduli je la bro, Ko mcm hilang pendirian je. trus kn je tulis kt blog ko nie.

  7. hana says:

    Tak payah la cerita pasal hidup seharian. Lagi best macam sekarang. Just be more creative boleh?

  8. trulysally says:

    nope..don’t change,bykkn tulisan yg lebih kpd ur pemerhatian,i like it. however, it’s ur call.sometimes a small decision can change ur life forever..get u into new,unexpected things.

  9. NR says:

    今のままでけっこう面白いと思う。

  10. Counter says:

    Futura pun main fixie?

    slamxhype.com/art-design/stages-futura-interview/

  11. kenshin says:

    tulis jerr…banyak penulis yang jadi kaya dan glamour kerana menulis kisah peribadi mereka…

  12. zul says:

    buat je ape kau suke,puaskan hati kau,
    knp nak puaskan hati pembaca blog kau(termasuk aku)?bukan kau kenal kitorang pun.

  13. NeEM says:

    Kau tulis je apa ada dalam kepala. pasal kehidupan harian(dalam bentuk abstrak mahupun motif batik) pun tak mengapa.

    itulah yang aku selalu buat. dan aku peduli apa orang tak faham.
    aku tak peduli.

  14. joe says:

    is not fucking kidding man

  15. jehan says:

    kongkek. hihi. love

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes