Salah satu naluri manusia ialah untuk kelihatan menarik. Mungkin atas sebab itu ramai di antara kita yang mencari fesyen serta trend terbaru untuk dijadikan ikutan, tidak kurang juga mereka yang sendiri memulakan revolusi serta trend fesyen tersendiri.
Semasa aku membesar dahulu, memang agak sukar untuk mendapatkan produk yang aku lihat di dalam majalah atau kaca televisyen. Ada tiga ketika yang aku benar-benar ingat kepayahan untuk mendapatkan item fesyen yang aku rasa bergaya ketika itu—
• Kasut Reebok — kasut berjenama di sekitar lewat tahun 80an memang sukar dibeli di tempat aku membesar dahulu. Aku ingat dahulu memang agak bersusah payah aku berusaha semata-mata ingin mendapatkan kasut jenama Reebok. Aku tidak ingat di mana aku beli, tetapi aku ingat yang kasut itu terbesar satu saiz. Tapi aku pasrah walaupun pakai kasut bola keranjang Reebok yang membuatkan aku nampak seperti badut. Tidak silap aku beberapa bulan kemudian kakak aku telah membelikan aku kasut Nike pula, tetapi kali ini satu saiz lebih kecil dari saiz sebenar kasut aku.
• Seluar jeans Levi’s 501 — inilah seluar yang aku beli apabila pertama kali mendapat gaji selepas bekerja sebagai tukang servis komputer selepas peperiksaan SPM. Memang puas hati.
• Kasut but Dr. Martens — tidak silap aku, aku telah pergi ke Singapura semata-mata untuk membeli sepasang kasut but ini berbekalkan duit Raya yang dikumpul. Pakai kasut lama ke sana, yang kemudiannya dibuang selepas membeli kasut but baru. Tidak silap aku beli di Peninsula Plaza, satu tempat yang sampai sekarang aku masih kunjungi.
Tetapi pada tahun 2009 memang senang untuk bergaya. Kapitalis-kapitalis baru dari China yang sentiasa bersedia mencengkam trend-trend terbaru yang mereka lihat di dalam Internet menyebabkan mana-mana trend global menular dengan cepat (dan mungkin mati dengan cepat.) Aku perasan beberapa tahun kebelakangan ini banyak benda-benda yang aku rasakan menarik tiba-tiba menjadi kurang menarik apabila aku sedar benda yang sama boleh dibeli oleh sesiapa pada kadar 99% lebih murah dari harga yang sebenarnya. Contoh yang paling ketara antaranya—
• Kacamata Wayfarer — aku rasa aku sudah bosan melihat bentuk bingkai kacamata sebegini. Kalau kamu hendakkan yang murah sila ke kedai Cotton On.
• Shutter shades (lihat gambar utama) — sebenarnya hanya Kanye West yang berhak kelihatan seperti orang bodoh apabila memakai kacamata sebegini.
• But gladiator — mungkin dahulunya kelihatan amat seksi dikenakan gadis berkaki panjang, tetapi sekarang hambar.
• Kasut hightop ala Skytop — sekarang sampai Zara dan Pull & Bear (dan juga Aldo) sudah mengeluarkan versi Skytop mereka sendiri. Hampa.
• Jeans skinny — siapa yang tidak kenal? Dahulunya terpaksa ke Kompleks Pertama untuk beli seluar jeans sendat. Sekarang di pasar malam pun (mungkin) ada. Seluar pilihan Mat Rempit sekarang.
Ada banyak lagi contoh. Siapa boleh tambah?
Jadi, pada tahun 2009 ini, bagaimana kamu boleh tingkatkan individualisme kamu? Pakai macam orang gila? Bogel?
Pada aku, satu cara paling mudah ialah memilih barangan yang dianggap klasik, tetapi digayakan dengan semudah (atau seminimal mungkin) Seperti kasut Converse misalnya, aku rasa dalam 500 tahun akan datang pasti masih ada, dan masih akan ada orang pakai. Juga jeans yang dibuat dari raw denim, jeans yang boleh dipakai dan diusangkan dengan pemakaian dan penjagaan yang baik. Juga t-shirt atau kemeja potongan ringkas dan berwarna asas, memang tidak akan salah.
Macam aku, aku rasa secara asasnya apa yang aku pakai agak mudah. Cuma mungkin aksesori atau kasut yang dikenakan berbeza. Memang agak lama untuk mencari potongan yang sesuai dengan aku, tetapi aku rasa semua yang kenal aku akan kenal ‘gaya’ aku.
Gaya kamu bagaimana? (Maaf, malam-malam borak pasal gaya.)
Popularity: 56% [?]


Mr K
2 months ago
Tanya lady gaga
jam
2 months ago
Yeah.ramai sgt dah pakai sekuar skinny neon. aku tetap ngan 501 dan chuck taylor. MM pegi tak Zouk tgk Killeur Calculateur tempoh hari?
Melayu Minimalis
2 months ago
tak pergi. aku tengah naik basikal.
ioji
2 months ago
sori rafiq..aku pun tak dapat dtg show kau walaupun free…aku ade mende lain nak wat…buzzcock aku datang la kot..last call..jumpa lagi kat kenduri ek rafiq…baru aku tahu..ko memang popular..dalam blog ni pun ade org tanye pasal ko…
nashkia
2 months ago
aku mungkin tak berapa bijak bergaya,
tp satu ketika dulu aku memang rasakan western shirt dengan sawtooth/panhandle pocket adalah sangat menarik.
susah juga untuk dapat yang betul2 ‘munasabah’.
seingat aku, aku hanya ke buntil di pudu/bb plaza untuk dapat yg betul2 puas hati..
tp sekarang memang sudah bersepah dengan rekaan yg ntah ape2 dan tak munasabah..
di burukkan lagi bila budak2 bersepatu slip-on menjadikannya trend.
dekat city square cthnye, bersepah dan 99% lebih murah dari harga sepatutnya..
ini lah ape yg dulu aku rasakan sangat menarik tiba2 jadi tak berapa nak menarik lagi..
cobain
2 months ago
dari istilah MM kalau nak lain dari yang lain kena spend lebih dari yang lain?jadi kalau seseorang tu banyak duit dia lah yang bergaya atau di pandang fashionable?Jadi mana unsur kreativiti dalam fashion kalau orang tahu benda mahal will look good.merapu
Melayu Minimalis
2 months ago
cuba petik dari nukilan di atas di mana aku cakap perlu banyak duit untuk bergaya. ada?
buat malu kurt cobain je kamu ni.
jeremy
2 months ago
dulu rare sekarang common
dulu valuable sekarang affordable
aku suka yang dulu-dulu
joker39
2 months ago
oh kasut paul smith sudah menjadi tidak menarik langsung.
pasal gaya?
entah
tapi aku pernah baca kau cakap pasal “yang penting ialah cara kamu pakai bukan apa yang kamu pakai”
OK?
vigos
2 months ago
aku penah terkena ayat “yang penting ialah cara kamu pakai bukan apa yang kamu pakai” bila encik MM replay persoalan aku.
tapi memang betol katanya.
dewajiwa
2 months ago
barangkali apa sahaja yang tidak klise akan nampak hot.
kalau semua orang pakai, aura eksklusif itu tidak lagi ada.
tapi ada juga dilemma bila kita pakai sesuatu brand, hanya kita dan segelintir orang sahaja yang tau dan kagum (walau tiada niat nak show-off pun). silap-silap, apa yang kita dipakai dipandang cheap. jadi, baik pakai saja yang old-skool, retro atau klasik. biar tidak rugi apa.
counter
2 months ago
Fixie – berkemungkinan ini juga boleh jadi hangat-hangat taik ayam sekiranya ianya lebih kepada kenyataan fesyen. Harap-harap geng Tikus Kuala Lumpur akan terus berbasikal dan menjadikan ia satu budaya yang menyihatkan.
Dengan wujudnya lebih ramai kumpulan basikal dan individu yang berbasikal, saya yakin perancangan untuk laluan sikal pasti akan diberikan pertimbangan yang lebih serius dalam pembangunan kuala lumpur.
Popular dan kesihatan sebenarnya boleh berjalan seiring.
PS- MM ke yang tunjuk papan tanda LALUAN BASIKAL di Putrajaya di dalam foto sebuah blog kumpulan fixie tempatan?
pitery
2 months ago
kekadang aku terfikir yang fesyen2 atau ape yg kiter gayakan adalah takdir pada diri kiter.. ape yg kiter nk atau fikirkan slalu x dpt… then kiter pkai je apa yang ada depan mata…stuju x MM? fesyen is fate. ssb 2 ia menjadikan kiter sumer berbeza antara 1 sama laen… keyakinan diri…wang….citarasa….sumer main peranan…dan x hairanla mcm2 gaya kiter dpt lihat ari ini…ada yg suka…ada yang kutuk….biasala…
vlad
2 months ago
Aku memang tak ada gaya.
Kalau boleh pakai seluar pendek, t shirt dan selipar jepun ke jamuan hotel 5 bintang, pon aku akan pakai.
This is coming from a person who in any invitation to something in the e-mail list having a post script saying, “Vlad, please do not wear shorts.”
ami
2 months ago
tak kisah kot what is it that we’re wearing, it’s how we wear the things kan? MM pasti lagi terer bab style ni
Melayu Minimalis
2 months ago
that’s true. although if everybody keeps wearing the same thing i think in a way you just lose your individuality.
however, if you were to wear the same thing, but creatively, then that’s a different story altogether.
cyrus
2 months ago
dari aku kecik sampai la remaja memang suka bergaya dengan pakaian hip hop. nak kata minat sangat ngan hiphop ni, tak jugak. tapi lama lama bila dah slalu pakai baju ala ala hip hop ni, terikut ikut plak nk rapping n boombox. yang aku pegi layan gaya jip hop tuh sbb masa tu badan aku memang gemok giler dan pada pendapat aku hip hop memang ada size utk orang gemok mcm aku. nk pakai skinny jeans? untuk saiz pinggang 56 dan baju size XXXL? hehe, takperlah.. kompem takde saiz. so aku bergelumang dalam fesyen hip hop ni agak lama gak.. dari awal sekolah menengah sampai masuk U..
tp skarang bila dah bekerja, badan aku mula susut dan bleh memakai pakaian size L dan M.. so bila dah badan susut ni aku suka meniru pemakaian orang taiwan dan jepun. kenapa? sebab bagi aku pemakaian derang agak minimalis dan flexible. tak perlu berjenama tapi pandai bergaya. tapi bundle aku tak abaikan sbb bundle mmg hidup aku.. hee~
*dah mula menulis balik MM.. hee~
type A
2 months ago
what is common to you is when local folks start dressing it kan? kalau hollywood atau some western subculture dok pakai whatevs the trend is right now do u still see it as rare?
solution paling senang nak jadik fashionably original without trying to belong to some lame scene is just to wear whatever you rasa is aesthetically worthy. despite your interests.
don’t stereotype anything. just wear whatever looks good.
Melayu Minimalis
2 months ago
the thing about ‘rare’ is that it quickly becomes ‘common’. so rather than ‘rare’, i think more importantly is ‘creative’.
kasturi
2 months ago
chill la, trend kot. mcm ko gak MM.
ko ada hipster ride kot..
semua org ada trend. kalau tak kite pakai baju pagoda.
btw, kanye tak bodo!
twistiesayam
2 months ago
aku rasa kita patut pakai ape yg kite rasa selesa dan pada masa yg sama tak merendahkan our self esteem. sesetengah orang suka ikut ape saja yg ada di mtv dan channel v. kadang2 kelakar juga. bagus juga ada org yg tiru bulat2 dari mtv. kalau tak, bosan juga malaysia ni.
Besi Karat
2 months ago
Dari pemerhatian aku,sejak setahun dua yg lepas,semakin ramai golongan “streetwear” (Golongan yg selalu beli pakaian di zone5,showroom,uncommmon,boundlezz dll) dah berjinak2 dengan pakaian bundle.Mungkin sebab di bundle boleh dapat baju atau seluar yg menarik,rare,vintage,unik.Mungkin hanya kasut je masih dibeli di zone5 atau showroom.Ape pun,yg penting keselesaan.
Melayu Minimalis
2 months ago
aku rasa dah lama. yang dulu beli kat showroom pun mula2 beli kat bundle. bila ada duit beli kat showroom. sekarang sedar itu semua membazir duit, jadi pergi ke bundle balik. sekurang2nya kebarangkalian untuk berjumpa dengan mamat kat Pavilion yang pakai baju sama adalah agak rendah.
dena_r
2 months ago
i believe the rempits do not wear skinny jeans, they wear the evolutionized version of it which is spray-on skinny / superskinny, with flip-flops. serious buruk. and i don’t know why kings of leon likes wearing em.
dodo
2 months ago
aku suka zaman pakaian alien workshop dengan maui and sons…best..best..dan lagu kegemaran mestilah dari kumpulan A to Z: itik gembo-gembo..memang cool…
encik suka fesyen
2 months ago
gaya sederhana, black hooded, dark short-khakis, baju apek, kasut jack purcell kelabu rabak2. jalan town sambil isap rokok dunhill, dengar i-pod playlist lagu the arcade fire, ambil gambar dengan kemera selain dslr, bawak suzuki v100, galas beg north face, borak-borak dengan bahasa ‘lu-gua-lu-gua.
cukup tu je gua nak.
popo
2 months ago
Aku nak cari baju universiti/dorm asrama yang ada nama-nama budak dalam kelas.
Eg:
Sekolah Abu Bakar
5 Adil
Arif – Asrul – Kamal – Shikin – Terry – Rahim – Zakaria
~Ceria selalu~
Aku rasa baju macam ni tak akan dikomersilkan.
salman
2 months ago
ahah. nampak sangat kau dah insecure.
semua yang kau buat, dah jadi scenee.
Melayu Minimalis
2 months ago
scene bagus apa.
ratu
2 months ago
aku tak tau sgt pasal fesyen, bg aku, pakailah apa yg kita rasa selesa dan suka. tak kisahlah apa org nak kata. selagi ia tidak melanggar undang2 atau menganggu ketenteraman awam, pakai aje. contohnya diri aku, uniform aku kat rumah adalah t-shirt(plain colour)lengan pendek dan track bottom…huh sungguh selesa
Suessy
2 months ago
after reading this entry, finally i have an opinion, if u would refer to it later, of what u’d be better at in blogging — urself.
this ain’t an encyclopedia about u if you say it isn’t — it’s just that to me, imho, u bring up/introduce new stuffs to those who are not within ur circle or who have not known what you have already known. uh-hm, readers like me.
that is all. have a great weekend.
Melayu Minimalis
2 months ago
thanks Suessy!
e-yis
2 months ago
aku baru membeli wayfarer transperant… ia kelihatan kelakar bile di pakai dan nerd, bile berade di kalangan mat2 belia aku di tertawa kn, tapi bile aku berada di kalangan org2 yg memahami fashion, aku di puji dan ramai yg meminjam..adoiiiii
Harun
2 months ago
weh ape kate ko post gamba ko kat public ni, aku nak gelak gak mcm mat belia tu.takpon aku might be puji kau melantun. who knows. kan? post ah weh.post ah.
Aliah
2 months ago
Baju kotak-kotak (checked) pun common gile babi..
salman
2 months ago
tengok design gak baii. kalau ada ‘v’ kat belakang. pocket dua kat depan memang ar scenee.
topman, danau, bb, ahchai. tak power.
kalau power yang macam aku pakai ni.
Aliah
2 months ago
Oh dan aku nak tanya, apa pendapat kau about girls wearing high cut converse dgn skirt or shorts?
Melayu Minimalis
2 months ago
i like. i find it extremely attractive. Sometimes even sexier than heels. I hate heels, because that usually means the girl tak larat to walk as much as me, so asyik kena duduk atau lepak banyak bila keluar shopping.
wear comfortable shoes!!!
Nadiah Whoah
2 months ago
Oh, fashion donts! converse dengan dress tak kena la sayang. i find that neverfull bag from high end brand yang dulu nak sangat tapi dah muak sebab sana sini orang pakai. Nak nak dari LV. Boh to the ring! Sekarang I’m into peep toe boots. Musim hujan kan kat malaysia, kasi can la.
bapester
2 months ago
Actually in a country like Malaysia where the ringgit is weak, it’s not surprising that we ultimately settle for the high street versions (or even worse, Sg Wang version) of classic items. I mean I’d love to get my hands on a pair of Rayban Tortoiseshell wayfarers, but I think every family member of mine would hit me on the head if they knew that I parted with my hard-earned pay for it.
With our sort of income bracket, I think the best strategy is to combine creatively the cheaper capitalistic stuff with the more classic items worth paying for.
My only pet peeve is when people wear high-street/fake items with no appreciation for its roots or significance. For instance, fake 4-stripe adidas superstars. it breaks my heart.
zwan
2 months ago
serupa macam blog ini, sudah terlalu komersial sangatlah!
mousqy
2 months ago
trend pakai ihram all the wayyy
selamat hari raye korban