Tanya Abang Minimalis Lagi.

Hasil nukilan pada 23/11/2009, 3:53 AM oleh Melayu Minimalis

83


Tanya Abang Minimalis Lagi.

Tak habis-habis video basikal, atau siri Tanya Abang Minimalis. Kamera baru belum dibeli lagi, gambar pun kurang. Gasaklah. Kamu hendak membaca, sila baca nukilan-nukilan lama aku. Boleh buat buku. Mesti laku. (Mungkin boleh masuk senarai Buku Popular di Kinokuniya.)

Di atas permintaan ramai, siri Tanya Abang Minimalis kembali lagi. Aku tahu lambat gila bulan ini, tetapi tengah kemaruk basikal, jadi masa untuk di depan komputer pun kurang. Paling kurang pun layan video basikal. Nasib baik Streamyx sekarang boleh tahan, tiada masalah dan agak laju. 4MBP/s beb. Siapa potong memang rugi. (Kalau hendak suruh aku buat iklan Potong pula sila bayar aku.)

Seperti biasa, sila tujukan soalan kepada aku di ruangan komen nukilan ini, tetapi yang segan sedikit boleh tanya di mminimalis at gmail dot com, tetapi sebenarnya tiada beza pun. Soalan-soalan heavy berunsur agama, politik dan pembedahan jantina biasanya tidak akan dilayan, tetapi bergantung kepada mood aku-lah. Kalau mahu tanya tentang basikal silakan. Aku alu-alukan macam aluminium. (Bodoh.)

Popularity: 46% [?]