Tanya Abang Minimalis Musim 17 Episod 1.

Hasil nukilan pada 27/11/2009, 11:19 PM oleh Melayu Minimalis

9


Tanya Abang Minimalis Musim 17 Episod 1.

(Gambar tayar paling bagus dalam dunia.)

mhb bertanya…
1) macamana atasi minyak rantai basikal terkena seluar?
2) biasa beli kasut kat mana?
3) kalau order burger gerai, order biasa ke ad specs tersendiri? contoh: taknak tomato.
4) komen tentang pelbagai pengeluar handphone dengan title “iPhone killer”?
5) mase kecik-kecik dulu belajar mengaji dengan sape?
6) Pendapat tentang posisi politik Malaysia tahun 2014 / 5 tahun akan datang nanti?

1. Pakai seluar pendek.
2. Zone 5 di Times Square atau dari online. Kadangkala Studio R sahaja.
3. Tak mahu mayones, tambah sos tomato dan bawang.
4. Bakal dibunuh oleh iPhone.
5. Tok Wan, makcik dari Kelantan.
6. Tidak akan berubah. Kamu rasa boleh berubah? Selagi tangga gaji sektor awam tidak lumayan selagi itu tidak akan ada apa-apa perubahan.

azwanbakhtiar bertanya…
1. betul ka bila seseorang tu mati. jam tangan yang dia tengah pakai tu akan mati sekali? macam dalam cerita detective conan tu. sebab apa?

Seperti yang dijawab oleh seorang pembaca, hanya jam yang menggunakan tenaga kinetik.

ahmdsyhmi bertanya…
Mana nak cari produk AKAI MPC kat Malaysia ni?

SMX di Times Square.

izziosborne bertanya…
Aku pernah kene jeling semasa teman satu makwe pegi shopping undergarment stuff. Pada hemat kamu, adakah sesuai lelaki pergi teman makwe/isteri/mak pilih bra and panties atau duduk jauh 10 meter dr butik/kawasan tersebut. Takut takut juga kalau dicop pervert atau jantan gatal.

Buat apa takut dicop pervert atau jantan gatal? Cara untuk temankan orang ke bahagian pakaian dalam ialah menumpukan fokus kepada teman tersebut, bukan benda lain. Mata melilau memang kantoi. Gunakan teknik yang sama apabila cuba melihat lurah dada wanita di situasi berbeza. Lihat tapi jangan pandang. Paling penting jangan renung.

average mat
wats ur opinion on men who pierced?
does it cn turn women on / off?
do you pierced?
kt mane ngam nk pierced besides telinga? e.g: lips ke, lidah ke, kening ke,

Menyusahkan apabila ingin melalui pengimbas besi di lapangan terbang. Aku tidak bertindik. Mungkin bertindik juga akan menyukarkan pembelajaran Bahasa Inggeris kamu.

john travolta bertanya…
apa contoh fesyen 60’s yang kau suka/minat?

Lama juga aku fikir tentang perkara ini.

Aku tidak suka fesyen era 60an. Muzik, lain cerita.

nona bertanya…
bila model berbadan gemuk akan diterima oleh masyarakat?
i have basikal that not a fixed gear.kira basikal taman2 la…i have the thought of changing dia punya handle to monkey ear handle,mana mau carik ek? anak dpt no berapa periksa akhir tahun?

1. Malangnya aku rasa mungkin sukar. Obsesi sosial tentang imej yang sempurna biasanya tidak akan melibatkan imej orang yang berbadan tidak kurus.
2. trbikes.wordpress.com di Singapura.
3. Nombor empat.

dill bertanya…
what is your take on the pudu jail issue?

to keep, or not to keep.
if keep, what can be done to the place? (pasar indie? tempat makan? make it into a park?)

Bangunan warisan harus dijaga dan diberi wajah baru, bukan diruntuhkan. Lihat sahaja kawasan Bugis di Singapura. Perancangan urban mereka yang menggunakan ‘wajah’ depan kedai-kedai lama dalam konteks moden (depan sahaja yang lama, tetapi bahagian belakang digantikan dan dibangunkan) aku rasa memang patut dicontohi. Sama ada ada nilai komersial atau tidak bergantung kepada si pemaju, bukan?

Pembebel Seksi bertanya…
aku ada soalan yang lebih kurang sama, hmm sesetangah roundabout kat msia ni amat besar.tengah2 dia kosong.patutkah ia dibiarkan kosong atau buat tempat makan/pasar indie seperti apa yang dill katakan.

Tanam pokok. Soalan kamu tidak sama langsung dengan soalan sebelum kamu.

deep bertanya…
Goofs dalam filem apa yang ko tak boleh terima sekali.

Shot pertama siang, shot kedua dalam senario sama tiba-tiba terus senja/malam/bersalji.

Lopo bertanya…
1.Boleh tak MM bagi tau aku macam mana atau cara-cara gulung baju lengan panjang dengan betul?
2.Lain kali kalau buat aktiviti berbasikal around Putrajaya aku nk join bleh? Tapi gua naik basikal bmx flatland la..boleh blah tak agak lu? heh.

1. Jangan terlalu kemas. Pastikan nampak ‘effortless’.
2. Boleh, tapi basikal BMX mungkin kurang laju dan memenatkan untuk dibawa meronda jauh-jauh.

Sheh bertanya…
1.Pada pendapat kau,bidang perhotelan dan perlancongan kat malaysia ni ok tak? Sebab aku amik diploma berkaitan perhotelan. So just nak tau peluang aku banyak tak untuk maju dlm bidang ni?

Semua bidang ada peluang. Cuma terpulang kepada kamu untuk merebut peluang itu ataupun tidak.

rarae bertanya…
1.Apa ideal frame weight untuk fixie.
2.Aku tau fixie tak perlu break.But,is that any possible to put breakes on
3.小ギヤの歯数は何枚でいいの?

1. Kurang 3kg untuk frame sahaja.
2. Memang boleh letak brek, tetapi bergantung kepada frame kamu.
3. Bergantung kepada crankset kamu. Aku guna 44T 17T.

penyoal bertanya…
MM,
kamera kompak berciri dslr paling best kat pasaran brand ape? cybershot ok tak?

Seperti Diloz cakap, tak. Tak boleh silap dengan Panasonic Lumix LX-3.

Meon bertanya…
1)bilakah kali terakhir ko sikat rambut belah tengah?
2)apa pendapat ko tentang majalah GILA-GILA?

1. 1988
2. Aku rindu Kerengge. Aku lebih minat majalah ‘Fantasi’ yang dikeluarkan penerbit yang sama dahulu. Malangnya tidak bertahan lama.

ohmln bertanya…
i mix with others to learn about them. until i noticed that i am different. kau percaya tak hidup tanpa perkongsian? kau rasa itu pentingkan diri atau depends on what we believe?
terima kasih.

Lihat video ini untuk jawapan. Perbezaan itulah yang menjadikan kamu unik sebagai individu, bukan?

QQQ bertanya…
1) Apakah itu minimalis?
2) Adakah melayu bangsa yg berkuasa di Malaysia?
3) Kenapa abang best sangat?
4) Kenapa saya suka rumah saya?
5) bagaimana untuk menjadi minimalis

1. Minimalisme.
2. Yang berkuasa, tidak pasti. Gila kuasa, sudah tentu.
3. Terima kasih.
4. Sebab kamu tak suka rumah aku.
5. Ambil borang permohonan dari aku dan bayar yuran RM5500 sahaja. Pada aku.

RAMA bertanya…
adakah camera lumix LX3 yg diguna oleh MM sesuai utk ber-wedding photography ?

Untuk gambar studio, kurang sesuai. Gambar lokasi atau gambar kenduri atau majlis perkahwinan memang sesuai sekali.

aaa? bertanya…
mm, ko bleh kasi guide tak untuk budak baru nak berjinak jadi dj?
lagi satu macam mane nak dapat keje jadi dj kat club?

1. Main dengan Traktor dahulu. Dapatkan konsep beat-matching. Kenalpasti genre muzik yang kamu ingin mainkan. Kemudian cari seorang guru yang sanggup mengajar kamu konsep berDJ. Di Lembah Kelang sekarang banyak sekolah untuk DJ atau tempat-tempat yang melatih kamu untuk menggunakan turntable atau CDJ. Cari dan kamu akan jumpa.
2. Buat ‘mix CD’ dan edarkan kepada orang-orang yang boleh membantu kamu.

PLANKTON bertanya…
jika ada orang send msg ugutan melalui ruangan chat (T-pain) di blog kamu ini, apa yang kamu pilih utk buat..
a. tidak endahkan saja
b. reply kembali – dan berkenal-kenalan
c. lain-lain (nyatakan)

Aku pilih ‘a’, Halim!

Reverie bertanya…
1) Aku student Malaysia di Uk. Nak buat degree selama 3 tahun di sini. Macam mana nak dapatkan AP student? Adakah syarat2 seperti contohnya kena menetap disini lebih dari setahun tak balik ataupun mungkin kena gunakan kereta itu selama setahun disini?
Baru tiba sini. ada lagi 3 tahun di sini.
2) Jika dapat tour Europe atau middle east country, mana tempat kamu nak pergi? (Lagi spesifik lagi elok)
3) MM pernah tengok radiohead, coldplay atau Muse secara live tak?

1. Kan bagus kalau beli basikal? Kurang pencemaran udara. Sila lihat Brick Lane Bikes.
2. Aku hendak ke Berlin!!!
3. Tidak pernah.

magic bertanya…
Spek hitam ape paling x ditelan zaman.
sesuai untk semue keadaan. ( taman,pantai,laut,lepak kedai makn tepi jln ,bwk kete tengah hari terik,pegi kenduri kawin ).
Aku lelaki.
skrng aku pakai emporio armani ( sape mau beli ? ).

Spek hitam yang BUKAN Emporio Armani.

Aku akan sambung Episod 2 bila ada masa, ya?

Popularity: 32% [?]