9 Sebab Mengapa Melayu Tidak Boleh Jadi Wolverine.

Posted on Monday, December 14th, 2009 at 04:49

Bulan Disember ini tiba-tiba Astro rajin pula menyiarkan wayang siri X-Men. Akibatnya aku tertonton dan tertonton lagi, dan walaupun terlambat, aku kemudiannya membeli DVD haram ‘Wolverine’ untuk memuaskan minat mutan aku. Walaupun aku masih kurang setuju dengan pilihan Hugh Jackman sebagai watak Wolverine (sebab kalau kamu gila mutan kamu akan tahu yang Wolverine itu sebenarnya lelaki berbulu yang ketot), aku layankan sahaja.

Aku memang suka layankan sahaja.

Layan….

Apa-apa pun setelah menonton siri filem ini, memang kebarangkalian wujudnya mutan Melayu memang agak rendah. Aku rasa memang tidak wujud pun di dalam alam X-Men. Jadi, untuk tidak menjadi terlalu umum sangat, aku bentangkan 9 sebab mengapa Melayu memang tidak boleh jadi Wolverine.

1. Rambut susah dijaga.
Kamu tengok rambut Wolverine. Dan kemudiannya kamu fikirkan watak Wolverine, yang bersifat roughneck dan mungkin redneck sedikit. Senang cerita Wolverine ni kampung la. Dan jangan lupa Wolverine memang suka naik motorsikal. Kalau di Malaysia, orang panggil Rempit. Kalau di Amerika sana (dan Kanada, sebab Wolverine orang Kanada), memang senang nak layan motor tanpa helmet, tetapi di sini memang susahlah. Lagi-lagi kalau kamu Penunggang Motorsikal Urban (juga dikenali sebagai Mat Rempit). Rambut macam Wolverine memang tidak boleh lepas. Tiap-tiap kali pakai helmet mesti rambut leper. Kamu boleh bayangkan Wolverine berambut leper? Aku tidak boleh.

2. Susah rewang di masjid.
Kamu pernah nampak lelaki bertindik besi sini sana di masjid? Kalau di masjid (semejid, kata sesetengah orang Terengganu) mesti kena tanggalkan, bukan? Walaupun Wolverine tidak bertindik, tapi cakar adamantium tu apa bai? Memang susah hendak cover. Lagipun di masjid ketika merewang buat kerja gotong-royong beramai-ramai mesti ada pakcik gila kuasa yang suka memerintah orang buat itu dan ini. Dan Wolverine ini memang bukan orang yang penyabar. Sia-sia tertusuk cakar adamantium. Naya.

Lagi pun Wolverine ada tatu tidak boleh masuk masjid.

3. Malaysia tiada X-Men.
Walaupun Wolverine seorang yang suka menyendiri, tetapi kombinasi beliau dengan watak Colossus (sila Google) memang padu. Colossus suka baling Wolverine yang menggulungkan badannya ke arah musuh, kiranya Wolverine jadi macam bola boling berbulu lah. (Hanya di dalam komik, aku rasa belum keluar dalam filem, tetapi aku mungkin salah. Sebab aku asyik sangat menonton Rebecca Romjin Stamos) Di sini siapa yang boleh baling Wolverine? Berat badannya memang berat besi, sebab badannya kan disadur dengan besi adamantium? Siapa sanggup? Malek Noor? Awie? Saiful Apek?

4. Malaysia ada Cicakman dan Keluang Man sahaja.
‘MARVEL COMICS presents WOLVERINE, CICAKMAN & KELUANG MAN.’

Memang tak ah.

5. Wolverine tidak akan bekerja dengan KRU Filem.
Kalau setakat di Malaysia ini, syarikat penerbitan filem yang sanggup menerbitkan filem adiwira (ya, itu penterjemahan untuk ‘hero’) ialah KRU Filem. Kamu bayangkan kalau Wolverine Melayu keluar filem sendiri. Tak habis-habis dengan Fasha Sandha, Erra dan Saiful Apek. Bayangkan satu situasi di mana Cicakman (yang dilakonkan oleh Saiful Apek) berdiri di sebelah Wolverine. Tiba-tiba keluar Adam AF yang kurang laku itu sebagai pelakon tambahan menari-nari di atas bumbung kereta Ferrari yang di’render’kan menggunakan komputer Yusry Abdul Halim berlatarbelakangkan muzik dari KRU (terbitan Edry Abdul Halim, semestinya).

Apa situasi seterusnya?

Aku memang tidak boleh bayangkan.

6. Curut mahal.
Memang tidak masuk akal Wolverine hisap rokok sahaja. Atau rokok daun. Lagipun curut busuk orang Melayu tidak suka kecuali yang dapat secara percuma. Secara ikhlas, kamu pernah beli curut ke? Kalau pernah kamu bukan pembaca bidikan blog aku.

7. Malaysia panas.
Walaupun di dalam filem Wolverine memakai pakaian yang dibuat dari kulit dan bukan dari spandex seperti dalam komik, agak kurang selesa kalau Wolverine berpakaian seperti Wolverine yang kita kenal. Kalau di sini kita ada kumpulan adiwira pun, pasti pakaian seragam kapas yang dibuat di Kompleks Pertama akan menjadi pilihan pertama. Seakan-akan pakaian seragam Latihan Khidmat Negara. Setakat Wolverine memang tiap-tiap kali mesti koyak bila bertentangan dengan musuh (maklumlah, ada cakar adamantium). Siapa yang untung? Orang yang dapat tender buat pakaian seragam yang untung. Apa motif sebab ketujuh ini? Aku pun tidak tahu.

8. Siapa boleh jadi Sabretooth?
Di dalam komik X-Men, musuh sejati Wolverine adalah watak bernama Sabretooth. Kalau Wolverine Melayu adalah sukar, Sabretooth Melayu memang mustahil. Siapakah seorang adiwira itu jika tiada musuh sejatinya bukan? Kalau Batman ada Joker, Wolverine Melayu ada siapa? Farouk Gagak Hitam? Castello? (setakat Rosyam Nor botak memang tidak menggerunkan langsung). Tetapi aku rasa kalau kita lihat filem lama mungkin ada. Mungkin Salleh Kamil atau Mahmud June. Apa pendapat kamu?

9. Masalah Jabatan Pendaftaran Negara
Menurut salasilah komik, Wolverine itu sebenarnya dilahirkan pada abad ke-19. Kamu bayangkan kalau Wolverine cuba tunjuk MyKad beliau bila hendak memohon pinjaman beli kereta Mazda RX8? 124 tahun? Memang tidak lepas, sebab sudah melebihi umur pencen. (Orang pencen memang sukar memohon pinjaman). Wolverine masih ada duit pencen? Setakat hidup dengan duit pencen selama 60 tahun lebih memang kering beb. Ini tidak masuk bab kahwin lagi. Kalau hendak minta Borang Kebenaran Kahwin dari imam masjid mesti akan ditolak.

Memang Melayu tidak boleh jadi Wolverine.

Popularity: 62% [?]

Responses (50)

  1. siggplus says:

    welcome back bro

  2. dandelinoid says:

    wow…lama gak MM senyap. artikel suka-suki yang menarik.

  3. Syuxx says:

    Siapa kata bertatu tak boleh masuk masjid? Oh, dia Melayulah. Aheh

  4. soalan says:

    MM,
    ada tak aplikasi muzik ala-ala Acoustica Beatcraft untuk Mac? selain daripada Reason.

  5. Mr K says:

    MM is back huh?

    =)

  6. tbb says:

    Mungkin orang Melayu kita boleh ada versi sendiri untuk ‘Beast’.

    Beast versi Melayu merupakan seorang mutan berbulu coklat, seorang doktor(MD)yang berkebolehan di dalam menghasilkan ‘ubat kuat’ lelaki, dan mempunyai 4 orang bini.

  7. Shaz says:

    Syuxx, blog ko bosan. Dan aku tak nampak apa point ko bikin blog.

  8. Besi Karat says:

    Tender buat pakaian seragam mungkin boleh bagi kat kedai pakaian seragam Professor.
    haha

  9. habis 2 melayu boleh jadi apa?
    copycat?

  10. chock says:

    Pergh..this would be the “lamest” entry to date..keep it up..i guess..

  11. hapacrita says:

    Kalau nak naik kapal terbang,mesin pengesan logam mesti berbunyi sakan.

    Jenuh jugak nak explain kat petugas.Silap-silap,dapat tau ngan menteri..kena serap dalam pasukan Gerak Khas.Jadi membe A. Galak.

    Wolverine minum teh tarik.

    Oh tidak.

  12. icedcham says:

    mungkin boleh tambah sikit lagi. kat Malaysia takde Adamantium, paling best pun kita banyak perak je. perak takleh sadur kat Wolverine melayu, nanti bertembung dengan keluli (sebab dalam movie, Wolverine banyak cakar keluli sampai putus) surely patah. susah nak pasang spare part.

    uhuh.

    p/s: saya suka blog kamu. baru hari ni jumpa.

  13. Azzu says:

    setuju dengan kesemua di atas.. in fact, kesemua mutan X-Man tidak sesuai diMelayukan..bayangkan Wolverine dengan nama Melayu-Jawanya: Wak Bereng, Rogue dengan nama kampungnya: Rogayah, Storm dengan nama klasiknya: Setomah, dan apatah lagi Cyclops dengan nama Melayunya yang mungkin berbunyi seakan-akan Si Kulup. cukup memalukan.

    • vigos says:

      kah kah,betol2 geliga otk ko utk memelayukan nama2 hero xman.

    • Siswa says:

      Haha..terbaik Azzu!

      Harap kerapkan artikel mcm ni. Aku sudah beberapa bulan hanya singgah lalu hanya abaikan blog ini sebab tiada artikel sebegini.

      Selamat Kembali.

  14. ashrfareeq says:

    kalau wolverine ambil upah toreh getah, boleh kaya cepat. satu pokok boleh toreh tiga sekali. style la.

  15. tomoko says:

    bro, idea memang boleh pakai! salute la kat u! hee~~

  16. jila says:

    yeah. this entry is lame. err what happened?

  17. Suessy says:

    this entry is not lame
    this entry is him
    owh darling welcome back!

  18. WJ says:

    mcm dah lame x ade entry sempoi cmni
    ko buang tebiat ek mm?

  19. ish. tulis kecoh. tak tulis kecoh. nanti aku buat semua advertorial kang korang yang bosan.

  20. din says:

    bab pemilihan pelakon untuk wolverine tu. aku rasa kalau jack nicholson muda, dia lagi sesuai kot. masa umur-umur dia berlakon cerita One flew over the cuckoo’s nest. what do you think?

  21. Ladynoe says:

    Hugh Jackman ketot ke? bukan 6kaki 2.5 inchi?
    Aku suka Hugh Jackman bila dia jadi wolverine je. Kamu rasa, kalau Jackman tak sesuai jadi Wolverine, jadi siapa yang sesuai ek?

  22. mancai says:

    salam singgah,
    waduh… bukannya Wolverine je… apa pun kalau kat m’sia tak leh jadi dan menjadi…

  23. Ladynoe says:

    owh silap baca lah.
    wolverine yang sepatutnya 5kaki 3inchi.

    =D

  24. QQQ says:

    Wolvarine melayu! ada pelakon yg leh main watak nih! fizz fairuz!

  25. ioji says:

    harith iskandar jer yang boleh lakon watak professor X

  26. KataKembung says:

    ada tatu tidak boleh masuk masjid?

  27. pakai baju says:

    tak best dah tulisan ko aku rasa.
    dulu aku baca best. skang makin bosan.
    mungkin bukan tulisan ko berubah, tapi minat aku yg berubah.
    hahah.

  28. msweed says:

    tersenyum tengok taipan MM ber ‘alhamdulillah’.

    Wolvarine Melayu dilakonkan oleh Jehan Miskin..hurmmm.. sangat tak kena sebab nama pelakon biasanya gah.

  29. Puteri Gunung Ledang says:

    mesejid kot….not semejid….

  30. jila says:

    been reading his blog forever. THAT’s why i said this entry’s lame. yeah MM, u’ve lost your (humorous) touch.

  31. Edna Sinn says:

    it should be kenapa wolverine bkn melayu,
    sbb kalau kenapa melayu x boleh jadi wolverine,all the reasons can be defy.
    melayu bkn takda yg bertatu and what not.
    reason lain? semua remeh gila!

  32. tergeliat says:

    aku tak pasti adakah sesuai utk aku luahkn dalam ruangan ni, tapi aku nk cakap AKU MALU BERBANGSAKAN MELAYU .

  33. Mario says:

    nak ambik air semayang pun leceh.
    nak kena wudu’kan sekali kuku dia tu.lol

  34. geeknotgod says:

    overall..not funny..but u got me here..lol

    “Tiba-tiba keluar Adam AF yang kurang laku itu sebagai pelakon tambahan menari-nari di atas bumbung kereta Ferrari yang di’render’kan menggunakan komputer Yusry Abdul Halim berlatarbelakangkan muzik dari KRU (terbitan Edry Abdul Halim, semestinya)”

  35. samshung says:

    colossus ada baling wolverine dlm x-men united..

  36. apalah says:

    jujurnya, entri anda nak buat lawak tak jadi. sekian.

  37. syahir says:

    lawak gile mane ko dpt lawak ni?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes