Sehari Di Putrajaya.

Hasil nukilan pada 16/12/2009, 3:54 AM oleh Melayu Minimalis

22


Sehari Di Putrajaya.

(Gambar oleh narccc)

Semenjak kemaruk berbasikal ini salah satu tempat yang aku paling suka tuju ialah Putrajaya. Tidak silap aku tidak banyak tempat di Malaysia ini yang mempunyai lorong khas untuk berbasikal. Lorong motor di Lebuhraya Persekutuan tak kira.

Walaupun jauh, aku rasa memang berbaloi berbasikal di sini sebab aku rasa hanya di Putrajaya sahaja aku rasa betul-betul selamat tanpa perlu bimbang disodok atau tersodok Mat Rempit.

9425_189052995873_611730873_4321380_6182845_n

(Gambar oleh narccc)

Lagi satu mungkin di sini sedikit sebanyak aku boleh berbangga yang orang Malaysia sebenarnya mampu membina bangunan-bangunan yang indah (walaupun mungkin bukan dibina 100% dengan tenaga kerja tempatan). Kalau berbasikal di Boulevard utama di Putrajaya memang bukan rasa macam berbasikal di Malaysia, tetapi mungkin di Metrofulus (sila Google ‘Cicakman’).

Tetapi jangan ingat Putrajaya hanya penuh dengan bangunan kerajaan, rumah-rumah tanpa pagar kakitangan kerajaan, orang Nepal dan taman-taman bunga yang terlampau besar, sebab di sini juga wujudnya Alamanda.

alamanda0188_web

Untuk sesiapa yang tidak tahu Alamanda sebenarnya sudah lama tersergam indah di Putrajaya Presint 1 16. Kalau kamu rasa tidak ada sebab untuk kamu ke sana selain untuk merasa sejuk penghawa dingin, mari aku cerita sedikit tentang apa kamu boleh dapat di Alamanda sekarang.

Percutian percuma.

Ya, bukan macam peraduan yang jenis kamu kena kira jumpa skru yang disumbat dalam kotak plastik dan tak perlu kumpul pelekat bergambar beruang dan isi slogan membosankan. Apa yang kamu perlu buat ialah berbelanja sebanyak RM800 dalam sehari, kumpulkan resit dan percutian percuma itu hak kamu. Tiada soalan, terus dapat.

Ke mana?

holidayonus-logo

Kamu boleh pilih percutian 5 hari 4 malam samada ke Phuket atau Bali DAN percutian 3 hari 2 malam ke destinasi tempatan iaitu Kuantan, Langkawi, Pulau Pinang, Port Dickson atau Pulau Perhentian. Dan kesemua percutian ini adalah untuk 2 orang!

Aku tak tipu. Sebab tipu itu berdosa.

Jadi kalau kamu hendak bercuti secara percuma, belanjakan wang kamu (sebanyak RM800) di Alamanda Putrajaya. Promosi ini sudah berjalan dari 27 November tempohari, tetapi kamu ada sehingga 27 Disember untuk rebut peluang ini.

Hendak maklumat lanjut serta tawaran-tawaran lain dari Nichii, Lesportsac dan Habib Jewels (kepada mereka yang ingin berkahwin tidak lama lagi) pergi sahaja ke www.alamanda.com.my atau telefon sahaja 03-88888882.

alamanda0236_web

Aku sah akan berbasikal di Putrajaya hujung minggu ini. Kamu bagaimana?

Popularity: 59% [?]