Popo bertanya…
Apa album musik yang MM nantikan/tunggu-tunggu tahun ini?
Hmm. Sebenarnya soalan ini sukar untuk dijawab. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku rasa yang aku tidak nantikan apa-apa album baru yang bakal muncul. Ini mungkin kerana semenjak kebelakangan ini aku lebih gemar mendengar album orang-orang yang sudah mati atau bakal mati seperti The Doors, Rolling Stones, The Beatles, David Bowie, John Coltrane dan yang sewaktu dengannya. Maaf.
Syuxx bertanya…
Pendapat engkau mengenai #yorais? haha
Contoh terbaik visi 1Malaysia boleh tercapai, bukan begitu?
Tempohhari bertanya…
1. Apa akan jadi bila kita asyik?
2. Kenapa kadang2 hidup rasa membosankan?
1. Kita akan jadi lalai dan taksub. Atau kita akan jadi pakar.
2. Sebab kita tiada perkara yang boleh membuatkan kita jadi lalai dan taksub. Atau kita tiada kepakaran.
confuse bertanya…
Apa cara terbaik nak bagitau pakwe supaya jangan mengongkong and cemburu buta?
Cakap secara berterus-terang dan jujur. Kalau dia tidak dengar dan mula naik tangan dan meludah ke arah muka laporkan kepada polis dan kemudian tukar pakwe lain.
demang bertanya…
NME baru menamakan album The Horrors – Primary colours sebagai album of the year bagi tahun 2009. adakah kau sukakan musik sebegitu? dan apa pendapat kau pasal killeur calculateur? serta release yang kau tunggu2 untuk tahun 2010.
kau peminat sneaker kan, minat kat reebok? especially pump
kau ada baca novel2 dr Paulo Coelho x? sila cadangkan novel yang bagus untuk dibaca.bukan dari politik atau perkara yang berat.mungkin sesuatu yang ‘inspiring’.
selain dari fixie, kau maen paintball tak?
Lagu The Horrors yang aku suka hanya ‘Sheena Is A Parasite‘. Selepas lagu itu terus-terang aku tidak mengikuti perkembangan band ini.
Pada aku Killeur Calculateur band yang comel dan berbakat dan boleh pergi jauh jika dipasarkan dengan bijak.
Aku suka Reebok Pump terutamanya model ‘Twilight Zone‘ tetapi citarasa aku semestinya dengan kasut yang lebih slim seperti Reebok Fullington.
Aku tidak suka baca karya Paolo Coelho.
Aku juga tidak main paintball.
oked bertanya…
bila kau nak belanja aku murtabak singapore?
Aku turun Singapura minggu depan. Sila beri alamat profail FB kamu.
Jank bertanya…
“CUSTOMER ALWAYS RIGHT”
pepatah ni betul ke tidak ?
sapa yang buat pepatah ni ?
bagaimana nak hapuskan pepatah ni dari pelanggan sentiasa menyebut pepatah ini ?
Salah. ‘The customer is always right’ yang betul.
Kalau kamu ingin hapuskan pepatah ini dari pelanggan yang sentiasa menyebutnya aku sarankan kamu bekerja di tempat yang kamu tidak perlu bertemu pelanggan, seperti pencuci pinggan atau tandas.
Collateral menyokong…
Apa kata kau ajar diri sendiri tentang membina struktur ayat dan tatabahasa yang betul seperti “The customer is always right” sebelum kau nak hentam pelanggan.
PenglipurLara dan tech park guy bertanya…
Bagaimana cara untuk tahu samada seorang perempuan itu masih dara tanpa perlu bersetubuh dengannya?
Terima kasih.
Tanya dia. Nak kongkek buat cara kongkek. Terima kasih Fifi kerana menjawabkan soalan ini. Kamu pandai.
orion bertanya…
Fender Bassman or Fender Super reverb?
Fender Twin Reverb.
moe bertanya…
ko suka tak group hip hop phlowthron? crazy carleed?
Suka. Sudah tukar nama ke Khalid Khazanah bai.
lolo bertanya…
apa pandangan mm mengenai awek yang trendy bastard? cam org naik basikal,dia naik gak padahal tatau apa pon. pakai ride je. orang nak jadi model,dia nak gak jadi model. orang lukis grafitti( dulu) dia pon nak lukis grafitti. dia nak ada band,dia pon nak ada band.
Selagi tidak memudaratkan diri dan tidak menyusahkan orang lain aku rasa patut diberikan dorongan. Kamu ada masalah peribadi dengan perempuan sebegini?
Alanis bertanya…
Apa pendapat kau mengenai video clip Justice ni http://www.youtube.com/watch?v=FU7bFpPJiww
Stress! Klip video kegemaran aku dari Justice, dan juga lagu kegemaran aku dari mereka. Memang mudah, dan kena dengan tema.
ashrfareeq bertanya…
Kenapa majoriti band-band bergenre post-rock akan prefer gitar-gotar seperti telecaster, jagmaster, jaguar, stratocaster, dan lain-lain berbanding les paul, SG, ataupun explorer? Adakah ini disebabkan oleh structure gitar tersebut ataupun electrical configuration of the guitar?
Sebab bunyi post-rock mungkin lebih sesuai dengan gitar yang tidak berkonfigurasikan humbucker, yang berbunyi lebih kasar dan garau. Kejituan bunyi frekuensi tinggi memang sinonim dengan post-rock, jadi mungkin sebab itu menjadikan gitar yang menggunakan single coil lebih popular. Bagaimanapun tiada peraturan yang mengatakan kamu tidak boleh gunakan gitar humbucker untuk muzik sebegini (lihat sahaja Sigur Ros) jadi semua ini adalah subjektif dan terpulang kepada citarasa masing-masing. Janji sedap.
mojo jojo bertanya…
dalam satu minggu, berapa kalikah lelaki bujang yg x kongkek mana2 chikaro melancap?
selalunya, berapa minitkah lelaki boleh kongkek sblm pancut?
10 kali. 45 minit ke 2 jam.
Tu es loco bertanya…
Kenapa orang melayu di amerika selalu disalah anggap sebagai spanish? Aku melayu ok! Melayu!
Lebih baik dianggap orang Sepanyol dari dianggap pendatang dari Mexico, bukan?
(Sial lah aku dah jawab semua tapi server macam sial jadi semua hilang. Aku sambung kemudian.)
Popularity: 21% [?]
Aku nak tanya. Kau rasa apa yang akan berlaku terhadap AdukaTeruna dan apa yang sepatutnya berlaku terhadap dia?
Aku pun nak bertanya adakah ini ruangan bertanya. LOL
kena hayun dgn bdk2 johor.
aku nak tanya boleh bahagia ke aku kalau takat kerja kilang ni…. aku nak gak beli rumah dan kereta dan nak kawin anak orang….
boleh.selagi ko tahu tahap mana kemampuan gaji ko.
kalau rasa2 mustahil utk tercapai,
berusaha lagi bersungguh2.
wat keje partime ke.
ikut kau la..
kau xmengamuk kat kilang tu bhgia la..
kau mengamuk sebaliknya la..
oh MM
nak tanye kalau import Macbook dari overseas kena tax tak??
**member nak hantar
Encik MM, nak kerja gaji besar ke nak kerja gaji kecil? Kerja gaji besar ni comes with price (kena jual soul). Saya ni tak kuat iman. Gaji besar esok lusa botol arak penuh dalam rumah. Kerja gaji besar ni sibuk. Nanti masa untuk family pun takde.
Kalau kerja gaji kecil, sederhana. Setakat jadi family keluarga melayu PKNS lah. Takde la nak pakai LV, kereta besar-besar, nak berjalan overseas. Pendek kata kerja gaji sederhana, pengaruh luar kurang sikit lah.
Macam mana ya?
hahahaha 10 kali hahaahha 45minit ke 2 jam..hahahaha