Nukilan Tanpa Nukilan Sebenar Lagi.

Posted on Sunday, February 14th, 2010 at 23:40

Perangai aku memang mengarut. Sebijak mana pun keputusan yang aku pernah ambil di dalam kehidupan, aku akan ‘kontra’kan kembali dengan keputusan yang kurang bijak. Walaupun aku tidak pernah rasa kesal dengan apa-apa keputusan yang aku pernah ambil di dalam hidup aku, aku pernah tertanya apakah yang mungkin terjadi jika aku tergerak hati untuk mengambil keputusan yang berbeza.

Aku rasa semua orang pernah mempunyai perasaan yang sama. Kalau kamu kenal aku secara peribadi (maaf, setakat ‘berjumpa’ di Facebook tidak diambil kira, ya?) kamu akan tahu yang hidup aku memang banyak dugaan dan cabarannya. Buat masa ini aku berjaya menempuhi lurah dan lembah yang dilewati (macam lagu Zaiton Sameon), tetapi ianya bukan sesuatu yang mudah. Aku akui yang kadangkala aku akan berhenti berfikir sejenak, mengenang kembali pelbagai insiden masa lalu, dan kadang-kadang tertanya bagaimana sebenarnya aku lalui masa-masa yang getir dulu.

Aku ada ramai kawan yang mungkin sedang melalui cabaran yang sama. Kepada mereka, aku akan ucapkan apa yang aku selalu katakan pada diri aku sendiri, iaitu ‘seteruk-teruk aku, ada orang lain yang lebih teruk situasinya’. Sedikit sebanyak mungkin akan memberikan sedikit sinar harapan untuk terus hidup hari seterusnya.

Pada hari-hari sebegini (hari cuti, tanpa ditemani kawan-kawan) aku biasanya akan lebih banyak berfikir. Kalau berseorangan dan tiada aktiviti memang tiada pilihan lain selain berfikir. Sebab itu aku tidak suka berseorangan. Makan berseorangan aku tidak kisah, tetapi apabila berseorangan dengan semua orang lain (‘Alone With Everybody‘, kata si Richard Ashcroft), dunia ini akan terasa amat sepi.

Tambahan pula hari ini ‘Hari Kekasih’. Aku tidak kisah kamu hendak kata ini hari yang diasaskan musuh Islam zaman dahulu atau perayaan Kristian atau sebagainya, sebab yang aku tahu sesiapa pun tidak mahu bersendirian di hari yang kamu patut luangkan bersama si dia. (Walaupun sebenarnya tiada beza antara hari ini dan mana-mana hari pun.)

Dalam kes aku pula, nasib baik aku tidak mengharap walaupun telah diberi janji yang sekurang-kurangnya aku tidak perlu menghabiskan hari ini bersendirian. Alah bisa tegal biasa, aku sudah boleh membaca perangai orang-orang yang rapat dengan aku. Tidak mengapa, aku tidak kecewa atau marah pun.

Nasib baik ada basikal. *Mengeluh*

Popularity: 40% [?]

Responses (11)

  1. dyla R says:

    aw u miss her

  2. mimo says:

    kata overrated. nak cover feeling sebenar eh?

  3. lolo says:

    yah,u miss her.go visit your son

  4. kenshin says:

    salute bro…utk tabah dalam dunia hari ini memang payah…sebab tu ramai yang memilih jalan utk menghancurkan diri sendiri.

  5. ata says:

    i can relate. thank you.

  6. BajuKurung says:

    Kamu lebih tahu apa yang kamu lakukan. teruskan dan jangan toleh kebelakang. doa sentiasa iringi kamu, kawan.

  7. Kawan says:

    Ada ka Valentine di Port-au-Prince?

  8. shamirah says:

    one word to simplify this would be, ego

  9. fahrulazmi says:

    Boleh kau terangkan apa maksud “berseorangan dengan semua orang lain”?

Leave a Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes